Jumaat, 22 Februari 2019

9 Jumlah penjawat awam perlu dikurangkan?

Jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta terlalu besar dan perlu dikurangkan, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, jumlah berkenaan meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003.

“Apabila saya letak jawatan jumlah anggota pentadbiran hanya satu juta sahaja sekarang sudah meningkat kepada 1.7 juta, peningkatan sebanyak 700,000 lagi.

“Saya berpendapat bahawa saiz pentadbiran kita itu terlalu besar, sebaliknya dengan menggunakan teknologi maklumat, komputer dan sebagainya kita boleh kurangkan saiz ini,” katanya dalam sesi soal jawab ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan, di sini pada Khamis.



1. Perdana Menteri Tun Mahathir sekali lagi menyatakan jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta terlalu besar dan perlu dikurangkan yang menurutnya jumlah berkenaan meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003. Untuk rekod, beliau pernah berkata jumlah penjawat awam tidak akan dikurangkan walapun berlaku penstrukturan semula kementerian seiring dengan pertukaraan kerajaan

2.  Setakat ini, Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah penduduk yang tertinggi di Asia Pasifik, seramai hampir 1.7 juta orang mewakili 11 peratus daripada tenaga kerja di negara ini. Untuk membayar gaji dan elaun kakitangan awam serta pencen bagi pesara sahaja kerajaan perlu membelanjakan berbilion-bilion.

3. Malaysia antara negara yang mempunyai kakitangan kerajaan yang ramai berbanding negara lain termasuk negara-negara maju seperti US, negara Eropah, Jepun dan sebagainya.

4. Begitu juga dengan jawatan menteri, Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah menteri dan kementerian yang banyak berbanding negara lain.

5. Tahu kenapa kakitangan kerajaan di Malaysia ini ramai sangat? Sebab negara kita ini sebenarnya adalah negara berkebajikan. Negara yang dah lama mengamalkan pemberian subsidi kepada rakyatnya sejak dulu lagi.

6.  Jumlah 1.7 juta penjawat awam tu bukan semuanya kakitangan kerajaan yang kerja kat pejabat kerajaan, duduk depan komputer atau kaunter perkhidmatan, pergi mesyuarat sana sini tu, malah jumlah kakitangan kerajaan yang duduk di Putrajaya tu mungkin tak sampai separuh pun dari jumlah keseluruhan kakitangan kerajaan.

7. Biasanya bilangan perjawatan di sebuah bangunan kerajaan tu dari 10 tahun yang lepas sehingga hari ini lebih kurang sama je. Kadang bertambah, kadang berkurang. Kalau bertambah pun taklah banyak mana.

8. Habis tu siapa kakitangan kerajaan yang ramai-ramai sampai 1.7 juta tu? Kenapa kakitangan kerajaan terlalu ramai?

9. Mereka adalah kakitangan kerajaan yang bekerja dalam bidang pendidikan, kesihatan dan keselamatan seperti polis, tentera, bomba, cikgu yang mengajar di sekolah-sekolah kerajaan dan juga petugas kesihatan seperti jururawat dan doktor yang bekerja di hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara. Malah dengan bertambahnya jumlah populasi rakyat Malaysia, bilangan kakitangan kerajaan ini juga pasti akan bertambah kerana wujudnya pertambahan sekolah, klinik/hospital kerajaan dan balai polis yang baru.

10. Apabila sebuah kawasan dan bandar baru dibina, biasa infrastruktur kerajaan seperti sekolah, klinik/hospital, balai polis, balai bomba mesti akan diwujudkan sekali. Kalau kawasan tu makin ramai dan padat, mungkin pejabat kaunter perkhidmatan kerajaan seperti UTC pun akan dibuka.

11. Bila sekolah, klinik/hospital, balai polis, balai bomba, pejabat kaunter perkhidmatan kerajaan baru dibina, secara logiknya mestilah bilangan perjawatan perlu ditambah. Takkan bila sekolah baru dibuka, nak tarik cikgu dari sekolah lain sahaja, sekolah lain pun perlu cikgu juga. Samalah dengan klinik/hospital, balai polis dan sebagainya. Bilangan penduduk di Malaysia pun semakin bertambah, bukan berkurang, maka logiklah kakitangan awam semakin bertambah. Ini LOGIK. Ingat kerajaan saja-saja nak tambah pekerja ke? Lantikan politik tu lainlah, sekarang pun ramai dah kena tamatkan kontrak.

12. Sekolah dan hospital awam adalah di bawah tanggungan kerajaan persekutuan, berbeza dengan negara lain, di mana mereka lebih banyak sekolah swasta manakala sekolah awam pula diuruskan oleh majlis kerajaan tempatan sesebuah daerah, dan hospital pula kebanyakannya adalah hospital swasta yang tidak ditanggung langsung oleh kerajaan persekutuan.

13. Sebab tu negara lain tak nampak ramai sangat kakitangan kerajaan di peringkat persekutuan sangat kerana mereka guru dan pekerja kesihatan bukan dikira sebagai penjawat awam persekutuan pun. Yang dianggap sebagai kakitangan kerajaan persekutuan adalah orang yang buat kerja pentadbiran di pejabat kerajaan. Malaysia je antara negara yang mempunyai sekolah dan hospital awam ditanggung serta pekerja-pekerjanya dibayar gaji oleh kerajaan persekutuan sepenuhnya.

14. Maka kerana itu di negara lain, setiap rakyatnya diwajibkan mempunyai insurans kesihatan untuk menampung kos rawatan di hospital, kerana mereka langsung tiada hospital kerajaan, dan caj rawatan dan perubatan pula sangatlah mahal.

15. Malah kalau nak kurangkan penjawat awam yang 1.7 juta tapi sekadar buang pekerja pentadbiran yang berjawatan rendah tu tak luak pun angka 1.7 juta tu, sedang pegawai tinggi dan JUSA-JUSA siap disambung lagi kontrak lepas pencen yang dibayar gaji jauh lebih banyak masih ramai, baik tak payah.

16. Jadi kalau nak nampak impak pengurangan lagi besar, langkah lainnya adalah kurangkan cikgu atau pekerja sektor kesihatan. Tapi macam mana nak kurangkan mereka? Takkan nak swastakan sekolah dan hospital kerajaan? Nak ikut sangat macam negara lain? Dah tak nak jadi negara berkebajikan lagi?

17. Faham-faham jelah bila dah swastakan sektor pendidikan dan kesihatan sepenuhnya, impaknya murid nak masuk sekolah je kena bayar yuran yang tinggi. Sekolah juga kena cari duit dan peruntukan sendiri untuk bayar gaji cikgu dan perbelanjaan sekolah.

18. Rawatan di hospital pula tak payah cakap la. Selama ini cuma kena bayar tak sampai RM10 pun untuk sekali rawatan pesakit luar, mungkin lepas ni kena bayar berpuluh dan beratus.

19. Kalau nak sangat kecilkan jumlah kakitangan kerajaan dengan jumlah yang besar, inilah antara langkah-langkah yang kena buat. Persoalannya, kita sendiri sanggup ke bayar lebih untuk sekolah dan klinik/hospital? Jadi pada aku tak perlu dah nak bangkit dan persoalkan lagi isu penjawat awam ramai ni. Ramai pun sebab ada keperluan mengikut pertambahan penduduk dan kepesatan pembangunan.

20. Tapi kalau nak kurangkan menteri dan segala jenis lantikan politik, itu aku setuju sangat.


Siaran ulangan dengan sedikit kemaskini dari artikel - Kenapa kakitangan kerajaan terlalu ramai sangat?


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: kenapa kakitangan kerajaan terlalu ramai besar gemuk sangat kurangkan kecilkan saiz perkhidmatan penjawat pekerja awam lambakan buang perdana menteri tun mahathir

9 ulasan:

  1. No.20 tuu aku setuju sgt2..👏👏👏

    BalasPadam
  2. No 20.Itu solusi yang pertama patut digerakkan dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seruju sangat...
      Ada yg dtg keja main game dlm pejabat..
      Siap main golf lagi...

      Dia ingat opis tu bapak dia punya...
      Klu rakyat tak undi...jgn haraplah!!!

      Padam
  3. Konon pgswastaan membantu rakyat...
    Membantu rakyat atau membantu anak..proksi dan kroni???

    BalasPadam
  4. Bodoss kepala bapak ko. Lahanat

    BalasPadam
  5. Xphm aku dgn otak si tua nyanyuk kerala bila la dia nak mampos. Dah level fosil masih nak kejar dunia. Celah mana nak kurang penjawat awam. Nak pecat polis, tentera, jururawat, doktor? Kang org sakit dtg hospital elok2 sakit boleh jd mampos terus xde doktor nak rawat, atau ko kena samun xckup polis nak dtg tgk. Semua ada kes lain keh keh keh..

    Yg benar
    - ahmad-

    BalasPadam
  6. Mahathir! Jawab soalan aku, Anwar Ibrahim betul-betul meliwat atau hanya fitnah? Itu saja soalan mudah..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.