Jumaat, 17 Februari 2017

12 Kenapa kakitangan kerajaan terlalu ramai sangat?

Baru-baru ini Bekas Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) yang juga bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd Kassim menyarankan agar kerajaan mengecilkan saiz perkhidmatan awam selagi mampu untuk berbuat demikian dengan pembuangan pekerja awam dibuat secara berperingkat-peringkat dengan menawarkan pelbagai insentif berbanding melakukannya secara tiba-tiba (memotong gaji dan pencen) apabila dilanda krisis seperti negara Greece.


Baca berita sepenuhnya di sini:

Setakat ini, Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah penduduk yang tertinggi di Asia Pasifik, seramai 1.6 juta orang mewakili 11 peratus daripada tenaga kerja di negara ini.

Malaysia dijangka membelanjakan sebanyak RM76 bilion untuk gaji dan elaun bagi perkhidmatan awam pada tahun ini, dengan RM21 bilion untuk bayaran pencen.

Ya, Malaysia antara negara yang mempunyai kakitangan kerajaan yang ramai berbanding negara lain termasuk negara-negara maju seperti US, negara Eropah, Jepun dan sebagainya. Begitu juga dengan jawatan menteri, Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah menteri dan kementerian yang banyak berbanding negara lain. Baca artikel ini - Kenapa Malaysia perlu ada ramai Menteri? dan Gaji pemimpin di Malaysia tidaklah sebanyak mana.

Namun Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menolak cadangan mengecilkan jumlah penjawat awam bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan kerana menurut mereka penjawat awam bukan sahaja tidak terlebih malah tidak cukup.

Tahu kenapa kakitangan kerajaan di Malaysia ini ramai sangat? Sebab negara kita ini sebenarnya adalah negara berkebajikan. Negara yang mengamalkan pemberian tongkat yakni subsidi kepada rakyatnya sejak dulu lagi.

Jumlah 1.6 juta penjawat awam tu bukan semuanya kakitangan kerajaan yang kerja kat pejabat kerajaan, duduk depan komputer atau kaunter perkhidmatan, pergi mesyuarat sana sini tu, malah jumlah kakitangan kerajaan yang duduk di Putrajaya tu mungkin tak sampai separuh pun dari jumlah keseluruhan kakitangan kerajaan.

Habis siapa kakitangan kerajaan yang ramai-ramai sampai 1.6 juta tu? Kenapa kakitangan kerajaan terlalu ramai sangat? (Ayat ini sengaja diletak berlebih-lebihan. Perkataan 'terlalu' dan 'sangat' sebenarnay tak sesuai digandingkan bersama)

Mereka adalah polis, tentera, cikgu yang mengajar di sekolah-sekolah kerajaan dan juga petugas kesihatan seperti jururawat dan doktor yang bekerja di hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara. Malah dengan bertambahnya jumlah populasi rakyat Malaysia, bilangan kakitangan kerajaan ini juga pasti akan bertambah kerana wujudnya pertambahan sekolah dan hospital kerajaan.

Ya, penjawat awam kita ramai sebab sekolah dan hospital awam adalah di bawah tanggungan kerajaan, berbeza dengan negara lain, di mana mereka lebih banyak sekolah swasta manakala sekolah awam pula diuruskan oleh majlis kerajaan tempatan sesebuah daerah, dan hospital pula kebanyakannya adalah hospital swasta yang tidak ditanggung langsung oleh kerajaan.

Sebab tu negara lain tak nampak ramai sangat kakitangan kerajaan sangat kerana mereka guru dan pekerja kesihatan bukan dikira sebagai penjawat awam pun. Kakitangan kerajaan mereka kebanyakannya cuma yang buat kerja pentadbiran kat pejabat kerajaan. Malaysia je antara negara yang mempunyai sekolah dan hospital awam ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya serta pekerja-pekerjanya dibayar gaji oleh kerajaan.

Maka kerana itu di negara lain, setiap rakyatnya diwajibkan mempunyai insurans kesihatan untuk menampung kos rawatan di hospital, kerana mereka langsung tiada hospital kerajaan, dan caj rawatan dan perubatan pula sangatlah mahal.

So kalau nak kurangkan penjawat awam yang 1.6 juta tu boleh, tapi kalau sekadar buang pekerja pentadbiran yang berjawatan rendah tu tak luak pun angka 1.6 juta tu, sedang pegawai tinggi dan JUSA-JUSA yang dibayar gaji yang jauh lebih banyak masih ramai.

Kalau nak nampak impak pengurangan lagi besar, kena kurangkan cikgu atau pekerja sektor kesihatan. Tapi macam mana nak kurangkan mereka? Kenalah swastakan sekolah dan hospital kerajaan.

Tapi faham-faham jelah bila dah swastakan sektor pendidikan dan kesihatan sepenuhnya, impaknya nak masuk sekolah je kena bayar yuran yang tinggi. Sekolah juga kena cari duit dan peruntukan sendiri untuk bayar gaji cikgu dan perbelanjaan sekolah.

Rawatan di hospital pula tak payah cakap la. Selama ini cuma kena bayar RM1/RM5 untuk sekali rawatan, mungkin lepas ni kena bayar RM500/RM1,000.

Kalau nak sangat kecilkan jumlah kakitangan kerajaan dengan jumlah yang besar, inilah antara langkah-langkah yang kena buat. Persoalannya, korang sanggup ke bayar lebih?

Caj cabut gigi kat hospital kerajaan naik dari RM1 ke RM15 pun korang bising, inikan pula kalau banyak perkhidmatan kerajaan diswastakan supaya penjawat awam dapat dikurangkan?

Tapi kalau nak kurangkan menteri, aku setuju sangat.


Baca juga artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Versi cetak sudah habis, namun anda boleh membeli versi digital di Google Play Books dengan harga RM14 sahaja di sini - https://goo.gl/8bZKUo.

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: kenapa kakitangan kerajaan terlalu ramai sangat kurangkan kecilkan saiz perkhidmatan penjawat pekerja awam lambakan buang

12 ulasan:

  1. klu US pun rasanya cuma FBI dan CIA bwh kerajaan US , polis under state dan county kot...??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer kerr..kalau macham tuu apa kata pm najib buang saja kakitangan yg menentang kerajaan..yg tua2 patut patut beri peluang pada org muda berkhidmad..prOoTt💨💨💨dmuka seriosly..🐒🐒🙈🙉🙊

      Padam
  2. Cadangan mengurangkan jumlah kakitangan awam bukan penyelesaian masalah ekonomi negara. Cuba amek cukai 10% atau zakat 2.5% daripada 100 Orang Terkaya di Malaysia termasuk 9 orang Sultan kemudian bahagikan secara rata kepada rakyat Malaysia. Tentu selesai masalah. Setakat 10% tak jatuh miskin pun diaorang.

    Saya cadangkan tambah lagi jumlah kakitangan kerajaan dan naikkan lagi gaji mereka.

    BalasPadam
  3. Buang saja kakitangan kerajaan yang prestasi kerjanya sangat hambar..selalu cuti..selalu lepak kedai mamak pagi2..selalu main fesbook masa bertugas..selalu pakai kereta department

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok....👮💼🐵🙈🙉🙊🐒🍌🍲🍜🍝🍔🍟🏀⌚⏰⏳⌛

      Padam
    2. Sokong 300% sbb mereka sombong, tak profesional, menunjuk kuasa, meninggi suara, perasan pandai, biadap. Elok buang bahalul2 parasit terutama dalam jabatan tertutup

      Padam
  4. Skola jd swasta.. hahaha.. hospital jd swasta...hahahha ... rakyat pun masih dpt brim. Yg byr cukai tu pun banyak yg x mampu... sesak juga... Cukai d malaysia ni ada mcm2... x cukup2 lg ker? Hahaha mmg klakar la dasar gov..

    BalasPadam
  5. tolong buat segmen utk mlm2017 bro.. best ah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni xabes2 hiburan..smpai ke mmpos nk bhibur kot

      Padam
  6. Betul ckp noob. Jawatan kritikal mcm bomba polis jurawat doktor perlu di tambah. Yg duduk office gentel konek ko nak buang pun xpa.

    BalasPadam
  7. Elok buang saja kakitangan kerajaan yg bodoh, kasar, malas, tidak profesional dgn rakyat, berlagak pandai walhal cuma kuasa utk mengertak rakyat. Semasa BN dulu ketua pengarah setiap jabatan berlumba lumba membesarkan jabatan mrk dgn mencipta unit unit baharu, cawangan baharu, skop kerja baharu walhal semuanya dicadangkan kpd jpa supaya jabatan bertambah besar dan bilangan JUSA dan gred2 lain pun bertambah maka kenaikan pangkat dan gaji makin laju walhal keperluan kerja tidak lah kritikal pun. Maka belanja jab bertambah besar staff terlalu ramai maka ramai yg berpeleseran minum tea sesukahati maka pejabat kosong. KP yg pandai menekan JPA maka KP tersebut cepat naik JUSA

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.