Isnin, 30 September 2019

0 Buasir Otak TV: Anggaplah kita tak kenal

Kalau nak berjaya pun janganlah berlagak sangat sampai memperlekeh dan melupakan kawan. Jom layan animasi ini.



Sabtu, 28 September 2019

0 Buasir Otak TV: Setiap kali musim jerebu

Masalah jerebu memang tak pernah habis, setiap tahun ada je berlaku. Dah lah menyebabkan pencemaran udara, tahap kesihatan pun boleh terjejas. Jom layan animasi ini.



Rabu, 25 September 2019

0 Buasir Otak TV: Punca orang berhenti kerja

Apa sebenarnya punca terbesar yang menyebabkan orang nak berhenti kerja?

Kerja terlalu banyak? Tugas susah? Gaji kecik? Pejabat jauh? Persekitaran kerja tak best? Rakan sekerja perangai macam haram? Jom layan animasi ini.



Sabtu, 21 September 2019

2 Buasir Otak TV: Perempuan terlalu memilih rupa?

Susahnya nak cari pasangan hidup. Betul ke perempuan zaman sekarang hanya memilih rupa? Jom layan animasi ini.



Rabu, 18 September 2019

0 Buasir Otak TV: Orang Melayu teruk?

Macam ni lah orang Melayu, asal ada yang perangai teruk habis satu kaum kena kecam. Jom layan animasi ini.



Isnin, 16 September 2019

0 Perpaduan kita masih hanya pada permukaan sahaja

1. Masa zaman awal-awal buat blog dulu sekitar tahun 2012, aku dan rakan penulis lain begitu ghairah mengecam orang. Bila ada ahli politik buat benda merepek, kutuk. Bila berlaku suatu isu panas, kecam. Bila orang buat benda bodoh, viralkan.

2. Namun lama kelamaan, aku rasa macam takde arah, sebab apa yang kami buat cuma kutuk, kecam dan viralkan. Langsung takde solusi, langsung tak mengubah apa-apa. Itu yang aku menukar pendekatan penulisan aku dengan memberi kritikan serta idea dan cadangan.

3. Golongan yang selalu menjadi bahan kritikan, adalah orang Melayu. Sebab zaman tu, mengkritik orang Melayu adalah suatu yang sangat cool. Dari Tun Mahathir, penulis blog, warga Twitter dan Facebook, ramai orang lantang mengkritik sikap dan perbuatan buruk yang dilakukan oleh orang Melayu, sampai Melayu yang buruk tingkah laku ini diberi suatu gelaran yang sangat degrading iaitu "meleis".



Ahad, 15 September 2019

0 Buasir Otak TV: Setiap kali minta hutang

Masa dia nak pinjam duit, sanggup dia merayu kat kita. Bila kita nak minta hutang, kita pula terpaksa merayu kat dia. Jom layan animasi ini.



1 Kisah persahabatan satu hala yang toksik

1. Amir dan Manaf berkawan baik sejak sekolah rendah. Kini masing-masing ada akaun media sosial.

2. Amir seorang yang extrovert dan sukakan perhatian, manakala Manaf seorang yang introvert dan tidak suka perhatian.

3. Amir suka mencari rakan dan followers baru di media sosial, manakala rakan dan followers Manaf hanya di kalangan kawan-kawan dunia nyata.

4. Bila Amir post status, Manaf akan Like dan bagi komen, begitu juga dengan Amir akan Like dan komen status Manaf.

5. Lama kelamaan bilangan friend dan follower Amir semakin ramai dan dia semakin popular. Sebagai kawan, Manaf tumpang gembira dan terus Like dan komen post kawannya tanda sokongan.



Sabtu, 14 September 2019

0 Manusia poyo acah-acah rebel di media sosial

1. Golongan Raja juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan macam kita.

2. Mereka juga ada keinginan nak guna Internet dan media sosial macam kita juga.

3. Kalau tak suka dengan mereka, simpan dalam hati sudah atau sembang dalam private group. Pergi cakap kat Twitter memang mendapatlah.

4. Sebab celah mana pun, mereka Raja dan kau cuma rakyat biasa.

5. Ya, mereka memang mendapat elaun dan peruntukan dari kerajaan Malaysia. Sejak dulu dah termaktub dalam undang-undang mereka memang layak dapat atas jawatan dan tugas mereka, buat apa nak persoalkan?



Jumaat, 13 September 2019

1 Buasir Otak TV: Asal sembang tak nak kalah

Kita semua ada kawan yang dia punya sembang tak pernah nak kalah, asyik nak menang je. Jom layan animasi ini.



Khamis, 12 September 2019

2 Kaedah mudah bantu pengguna cari kedai Muslim


1. Bila orang sebangsa dan seagama dengan kita buat benda bodoh, perbuatan jahat, perkara jahil, orang kita mesti kecam. Namun bila ada orang cuba melakukan suatu hal yang baik untuk kaum dan agama, pasti ada juga orang kita yang kecam, kutuk, sindir, perli dan sebagainya.

2. Bila ada kes ustaz tahfiz cabul murid, habis dihinanya seluruh tahfiz. Bila ada isu lelaki Melayu curang, dikejinya seluruh lelaki Melayu. Bila ada orang nak boikot produk barat sebab isu Palestin, diperlekeh-lekehkan.

3. Apa sahaja yang dibuat oleh orang sebangsa dan seagama dengannya ada sahaja yang tak kena. Tapi bila kaum dan agama lain yang buat hal tiada pula nak kecam, malah pertahankan pula. Paling tidak pun masuk gua.

4. Macam isu umat Islam jalankan kempen utamakan produk muslim, mereka diperli dan disindir macam-macam. Tapi bila orang bukan Islam tunggang agama Islam dan kaum Melayu, buat produk guna nama Melayu dan Arab, guna istilah Islam dan tulisan Jawi untuk mengaburi mata orang kita, tidak cakap apa pula.



Selasa, 10 September 2019

0 Buasir Otak TV: Kawan perempuan luah perasaan

Kalau kawan perempuan yang kita suka tiba-tiba meluahkan perasaannya pada kita, mesti rasa bahagia je hidup kan? Jom layan animasi ini.



Ahad, 8 September 2019

0 Buasir Otak TV: Setiap kali bila peperiksaan

Setiap orang mesti pernah ada kawan macam ni setiap kali ujian/peperiksaan. Jom layan animasi ini.



Sabtu, 7 September 2019

0 Buasir Otak TV: Idea pekerja VS Idea boss

Bila kau bagi idea VS bos kau bagi idea. Diorang punya jilat memang tak ingat punya. Jom layan animasi ini.



Jumaat, 6 September 2019

3 Orang Melayu memang baik tapi kini sudah penat

1. Masa pergi solat Jumaat tadi, aku perasan di tempat letak kereta masjid ada amoi tengah sibuk berjalan sana sini untuk letak pamphlet jual kondominium kat cermin kereta.

2. Kagum aku dengan kegigihan beliau berani masuk ke tempat ibadah agama lain sewaktu masjid tengah ramai dengan para Muslimin untuk mengerjakan solat Jumaat .

3. Pandai juga dia ambil peluang buat marketing masa masjid tengah ramai. Walaupun masa tu azan, khutbah dan bacaan solat tengah kuat berkumandang, dia tak kisah yang penting dapat lakukan bisnes dia.


Khamis, 5 September 2019

0 Buasir Otak TV: Ragam temuduga kerja

Fresh graduate atau pekerja berpengalaman, dua-dua biasa hadap kerenah macam ni masa interview kerja. Jom layan animasi ini.



Selasa, 3 September 2019

0 Buasir Otak TV: Tolong bisnes kawan

Bila kawan buat bisnes, kita kenalah tolong, barulah namanya kawan. Jom layan animasi ini.



Isnin, 2 September 2019

0 Menjayakan kempen utamakan produk Muslim

1. Nampaknya kempen Buy Muslim First (#BMF) atau utamakan membeli barang dan produk orang Muslim semakin giat dijalankan semula. Sebagai seorang Muslim, aku amat sokong kempen seperti ini. Kempen ini bukan bermakna kita boikot nak jatuhkan produk kaum/agama lain, cuma kita utamakan produk orang Islam dulu untuk membantu mengukuh ekonomi orang Islam.

2. Sebab apa kita tak boikot sepenuhnya produk kaum/agama lain? Sebab di Malaysia ni, pusing sana sini mesti akan terkait antara satu sama lain. Peniaga Muslim pun ada ambil stok barang dari pemborong bukan Muslim. Peniaga bukan Muslim pun ada jual produk Muslim di kedainya. Syarikat bukan Muslim pun ada ambil orang Muslim menjadi pekerjanya, begitu juga sebaliknya. Kedai Muslim pun bukannya ada di semua tempat. Jadi kalau kita boikot sepenuhnya, ekonomi peniaga dan pekerja Muslim juga boleh terkena kesannya.



Ahad, 1 September 2019

0 Buasir Otak TV: Setiap kali tugasan berkumpulan

Setiap kali ada tugasan berkumpulan mesti ada orang macam ni. Jom layan animasi ini.