Memaparkan catatan dengan label Awek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Awek. Papar semua catatan

Selasa, 30 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Lawan ayat pickup line paling padu

Bila kau dan kawan suka kat perempuan yang sama dan berlawan ayat pickup line siapa lagi padu. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 4 Mac 2020

0 Buasir Otak TV: Cakap Jepun lepas tengok anime

Bila kawan weaboo fanatik anime yang acah-acah jadi orang Jepun tiba-tiba cakap bahasa Jepun secara rambang dengan kau lepas dia tonton anime. Jom tonton animasi ini.


Ahad, 1 Mac 2020

2 Buasir Otak TV: Perempuan mata duitan

Bila kau tak kaya tapi awek kau mata duitan, mungkin perpisahan adalah jalan terbaik. Jom tonton animasi ini.



Jumaat, 3 Januari 2020

0 Buasir Otak TV: Bila perempuan terlebih perasan

Bila perempuan terlebih perasan ingat semua lelaki nak mengurat dia. Jom tonton video animasi ini.



Jumaat, 4 Oktober 2019

0 Buasir Otak TV: Entah apa yang merasukimu

Bila awek tiba-tiba minta putus tanpa sebab, mungkin kerana ada sesuatu yang telah merasukinya. Jom layan animasi ini.



Sabtu, 21 September 2019

2 Buasir Otak TV: Perempuan terlalu memilih rupa?

Susahnya nak cari pasangan hidup. Betul ke perempuan zaman sekarang hanya memilih rupa? Jom layan animasi ini.



Jumaat, 28 September 2018

9 Tiada istilah kawan baik antara lelaki dan perempuan

Orang lelaki boleh berkawan dengan orang perempuan.
Orang perempuan juga boleh berkawan dengan orang lelaki.
Namun persahabatan lelaki dan perempuan hanya boleh kekal sebagai kawan biasa sahaja, jika mereka tiada sebarang hubungan percintaan.
Hanya orang lelaki dan perempuan yang bercinta sahaja boleh menjadi kawan baik.
Selain dari itu, lelaki atau perempuan hanya boleh mempunyai kawan baik dari kaum yang sejantina dengan mereka sahaja.



Sabtu, 15 Oktober 2016

15 Merungkai rahsia populariti Nasi Lemak Anak Dara

Nasi Lemak Anak Dara...

Tiba-tiba meletup. Tiba-tiba popular. Tiba-tiba viral. Tiba-tiba gerainya ramai pengunjung lelaki. Tiba-tiba masuk radio. Tiba-tiba artis datang. Tiba-tiba Menteri Besar datang.

Maka apakah sebenarnya rahsia di sebalik kepopularan Nasi Lemak Anak Dara ini, sedangkan produk yang dijualnya tidaklah lain dan luar biasa, hanya nasi lemak yang biasa kita makan setiap hari itu?

Kami akan merungkai rahsia itu...



Khamis, 8 September 2016

12 Di sebalik alasan awak terlalu baik untuk saya

Awak terlalu baik untuk saya...

Alasan klise seorang perempuan yang mahu menolak cinta daripada seorang lelaki. Aku rasa ramai pun orang lelaki pernah kena reject dengan perempuan yang dia suka dengan ayat ini. Aku pasti pasti ramai juga lelaki yang tak puas hati bila kena reject dengan alasan ini. Ada yang merasakan "aku kena jadi jahatkah baru dia nak terima aku?" Atau "aku ini bukannya baik sangat, kenapa dia cakap aku baik, adakah dia sekadar nak jaga hati aku?"



Rabu, 13 Julai 2016

3 Wanita utara pilihan lelaki jadikan isteri

Golongan lelaki di negara ini didapati lebih cenderung memilih wanita dari negeri-negeri di sebelah utara Semenanjung untuk dijadikan isteri.

Perkara itu diakui oleh Pengu­rus Agensi Jodoh, Zainudin Md. Jaafar yang berpengalaman selama 10 tahun menguruskan perniagaan mencari jodoh.

Zainudin berkata, selain nege­ri-negeri di sebelah utara, rata-rata pemuda di negara ini juga memilih wanita dari Johor untuk dijadikan teman hidup.

“Saya pun tidak pasti apa keistimewaan wanita dari utara, tetapi berdasarkan pengalaman saya, lelaki banyak memilih wanita dari sana. Begitu juga dengan wanita Johor, mungkin ada keistimewaan atau ciri-ciri tertentu yang diidamkan lelaki pada wanita-wanita dari negeri-negeri berkenaan.



Isnin, 8 Februari 2016

28 Reply Terbuka kepada Crazy Ex- Girlfriend


Aku sebenarnya dah malas nak layan sangat exes.
Dah hubungan tak menjadi, sudahlah.
Walaupun apa-apa alasan yang mungkin melibatkan aku dan korang (BACA: exes), kita anggap good breakup dan teruskan lah kehidupan anda.

Tapi, semalam aku dapat emel dari salah seorang ex yang tak dapat menerima hakikat bahawa aku tinggalkan dia atas apa jua alasan dan secara harfiahnya, mencabar aku menjawab persoalan beliau secara terbuka dalam blog.

Well Baby, Challenge accepted!!!


Isnin, 11 Januari 2016

34 Yang harus disembunyi biarlah kekal tersembunyi

Aku bercadang nak jadi aktivis kencing secara terbuka. Memandangkan kencing ni suatu benda yang normal, maka kenapa kita kena kencing senyap2 di tempat tertutup?

Zaman moden ni kita sepatutnya menunjukkan keterbukaan kita. Kita sepatutnya mempunyai hak untuk kencing di mana2 sahaja terutama di tempat awam dan secara terbuka. Semua harus tidak malu untuk menangkap gambar tengah kencing serta upload di Facebook dan Instagram.

Kencing adalah perbuatan yang normal bagi semua manusia, maka kenapa harus ia dilakukan secara tersembunyi? Kita sepatutnya berbangga dapat menzahirkan kencing itu secara terbuka kerana kencing itu suatu fitrah manusia dan banyak kebaikannya.

Orang lain yang mengutuk dan mengecam perbuatan kencing secara terbuka adalah orang yang tidak positif, hasad dengki dan kolot. Mereka yang seharusnya mengalihkan pandangan, bukan kita yang terpaksa kencing di tempat tertutup.



Isnin, 4 Januari 2016

13 Jika cikgu aku cantik dulu mesti aku belajar rajin2

Hari ni hari pertama persekolahan bagi kebanyakan negeri di Malaysia. Negeri yang kerja hari Ahad dah start sekolah semalam. Dan seperti biasa kat media sosial penuh dengan orang update gambar anak kat sekolah terutama yang baru mula bersekolah darjah 1. Meriah, memang meriah.

Cuma aku agak tak suka apabila ada orang lelaki dewasa yang viralkan gambar cikgu2 yang cantik kat media sosial dengan status2 lebih kurang seperti ini:
"Kenapa zaman aku sekolah dulu takde cikgu2 cantik yang macam ni? Kalau cikgu aku cantik macam ni dulu mesti aku takkan ponteng sekolah dan sanggup belajar rajin2."


Selasa, 3 November 2015

20 Cintailah perempuan yang suka membaca

Cintailah perempuan yang membaca. Perempuan yang berhabis duit untuk buku dan bukan baju. Dia punya masalah dengan ruang lemari baju, kerana dia punya terlalu banyak buku. Cintailah perempuan yang punya senarai buku-untuk-dibaca, perempuan yang punya kad perpustakaan sejak dia dua-belas tahun usia.

Carilah perempuan yang membaca. Dialah perempuan yang sentiasa menyimpan buku yang belum dibaca dalam tas tangannya. Dialah yang meninjau-ninjau di dalam kedai buku dengan penuh rasa kasih sayang. Yang menjerit kecil apabila ketemu buku yang dicari. Kau lihat gadis aneh yang mencium bau halaman buku lama di kedai buku terpakai itu? Itulah dia perempuan yang membaca. Dia tidak akan dapat tahan nafsu untuk menghidu halaman buku lama, terutamanya yang sudah mulai kuning.



Sabtu, 24 Oktober 2015

11 Awek Rusia fasih Bahasa Melayu dan cinta Malaysia

Tidak kenal maka tidak cinta. Mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan pegawai akhbar Kedutaan Rusia yang enggan pulang ke negara asalnya selepas selesa tinggal di Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu.

Naib johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012, Polina Matveycheva mengakui cuaca sejuk dan bersalji di Rusia — sehingga mencecah 25 darjah Celsius bawah paras beku  — sering merisaukannya dan sentiasa menggamitnya pulang ke Malaysia.


Khamis, 3 September 2015

13 Tudung dan Konsep Menutup Aurat

Kegilaan trend bertudung dengan pelbagai fesyen sikit sebanyak ada kebaikan. Selain menggalakan masyarakat berpakaian sopan dan lebih patuh syariah.

Apa salahnya menutup aurat tapi bergaya sikit ye tak?


Isnin, 31 Ogos 2015

17 Sejauh manakah rakyat Malaysia Sehati dan Sejiwa?

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015

Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia yang sebelum ini iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu adalah Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.

#sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.



Ahad, 30 Ogos 2015

23 Koleksi gambar awek dan lain2 sekitar BERSIH 4

Berikut adalah koleksi gambar2 awek dan juga gambar2 menarik para peserta sekitar perhimpunan BERSIH 4.0 yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos 2015. Bersedialah untuk menghabiskan kuota data Internet smartphone dan tablet korang.



Khamis, 9 Julai 2015

23 Anak muda meluahkan realiti kehidupan di Malaysia

Anak muda yang bernama Zahra ini telah diberi peluang untuk berbicara dan menyampaikan pandangan serta luahan hatinya mengenai realiti kehidupan di Malaysia terutama kehidupan anak2 muda yang baru hendak mula mencari arah dan hala tuju di hadapan pemimpin negara yang di antaranya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam majlis Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2015 yang bertajuk Laporan Sosio-Ekonomi Melayu: Menuju Negara Berpendapatan Tinggi yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad (MTEM).

Adakah anda mempunyai situasi yang sama seperti ZAHRA?



Rabu, 24 Jun 2015

7 Lagi pelajar perempuan sekolah menengah bergaduh

Lagi kes pergaduhan antara pelajar perempuan sekolah menengah. Budak remaja kalau gaduh adegan tarik2 rambut mesti ada, dan punca pergaduhan selalunya mesti tak lain dan tak bukan kerana berebut lelaki atau salah seorang kacau pakwe yang seorang lagi. Dari budak kecik bergaduh pasal mak kau hijau, budak sekolah pun bergaduh, yang dah besar pun boleh bergaduh pasal pasar Ramadhan.

Sudah2 lah tu bani Melayu, matang lah sikit. Takkan la orang Melayu ni kerjanya asyik nak gaduh, gaduh, gaduh, kat luar gaduh, kat Facebook gaduh, dari kecil sampailah besar. Itu je ke kehebatan yang kita ada? Kalau bersaing siapa yang dapat reka ciptaan teknologi yang paling hebat takpe lah jugak, ini bertumbuk pasal lelaki, perempuan, duit, mak bapak. Sedih.