Iklan Leaderboard

Rabu, 24 Jun 2015

15 Pasar Ramadhan dipertahan dari gangguan Mat Saleh

Viral di media sosial baru2 ini video dua orang lelaki yang dipercayai Mat Saleh yang bukan warganegara Malaysia telah dikasari dan dimaki hamun oleh peniaga2 baazar Ramadhan Damansara Damai. Difahamkan kedua2 lelaki tersebut mahu mengeluarkan kereta dari tempat letak kereta sebab tak tahu akan adanya pasar Ramadhan di situ pada sebelah petang, namun Peniaga Baazar enggan berbuat demikian lalu berlaku adegan yang tak sepatutnya.

Nampaknya para peniaga Melayu kita sekali lagi berjaya mempertahankan kesucian pasar Ramadhan daripada anasir luar dan gangguan Mat Saleh.



Kenapalah segelintir peniaga Melayu ni samseng sangat? Lepas dah berjaya menghalau lelaki tu bersorak2 rasa bangga pulak macam itu adalah satu kejayaan yang besar lagi mulia.

Ini bukan kes baru, sebelum mula puasa hari tu ada kes peniaga Melayu bergaduh sesama sendiri berebut tapak pasar Ramadhan, tahun lepas kes pemimpin DAP Cina kena halau dari pasar Ramadhan oleh abang surat mana surat.

Ingat saya lagi?

Aku tak faham.

Perlu ke jadi samseng?
Perlu ke gaduh2?
Perlu ke marah2?
Perlu ke tolak2?
Perlu ke maki hamun?

Bulan puasa sekarang ini sudah jadi masa untuk Melayu berebut2 cari duit sampai sanggup bergaduh2, bukan lagi masa untuk berebut2 cari pahala.

Aku tak faham.

Tuhan baru hantar 2 orang mat saleh bagi ujian kat mereka tapi dah gagal tunjuk akhlak Islam lebih2 lagi di bulan mulia ni. Itu baru meniaga pasar Ramadhan, belum lagi jadi kontraktor kerajaan atau syarikat kroni projek kerajaan, tak tahulah setakat mana level ketahian tu nanti.

Aku tak faham.


Cuba kalau Melayu parking kereta kat kawasan parking yang petangnya tapak pasar Cina dan kau nak keluarkan kereta, lepas tu kena maki2 dengan peniaga Cina, apa perasaan kau? Sakit hati?

Cuba kalau kau pergi luar negara, parking kereta kat tapak perniagaan dan kau tak tahu yang situ adalah tapak perniagaan, pastu kena maki dengan mat saleh, mesti kau akan canang satu dunia kata orang Islam kena tindas dan diskriminasi.

Tapi kau tak sedar, kat negara kau sendiri kau menindas dan diskriminasi orang lain. Islam agama yang aman, kenapa kau tunjukkan akhlak yang kasar? Di pasar orang membeli makanan untuk berbuka puasa pulak tu. Langsung tiada sikap sabar kah? Langsung tiada sifat toleransi kah?

Takpelah, memandangkan ni bulan puasa, aku doakan orang2 macam ni berubah dan sedar akan kesilapan mereka. Aku pun tak nak membalas dengan memaki2 hamun sebab ia hanya akan merendahkan tahap intelektual aku menjadi sama level dengan mereka.




tags: mat saleh nak alih kereta warga asing kena marah maki hamun peniaga bazar bazaar pasar ramadhan kurang ajar damansara damai tolak surat mana samseng gangster abang kawasan peniaga melayu

15 ulasan:

  1. alah apa susah, boikot je kedai ni. Buat malu

    BalasPadam
  2. biar omputih tu tau bangsa melayu pantang di cabar,sudip senduk sedia terhunus membela maruah air cincau dari di jajah.pantang kereta beralih parking pantang lagi mengalih meja ke tepi. tak kan bazar makanan lenyap di bulan ramadhan.

    BalasPadam
  3. Semoga mereka mereka ini diberikan petunjuk olehNya..
    Aminnn..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Subhanallah .. Bulan puase dorg sepatutnye perlu bersabar .. Nak ubah kereta je pon

    BalasPadam
  6. Noob memang tak pernah maki orang...dia maki Kpoop Anjing sebab ada Nas Dalam Quran...Noob memang mulia akhlaknya...contoh Muslim terbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah nak sarkastik sangat lah anon. Aku tak kata aku tak pernah maki orang, cuma aku cakap bulan puasa ni aku malas nak maki hamun orang. Yang aku maki K-Poop tu adalah music scene K-Poop tu sendiri bukannya orang. Kalau aku maki music hip hop tak bererti aku maki mana2 artis hip hop. Nampak, boleh bezakan tak?

      Btw tak yah main2 lah dengan Al-Quran. Kalau tak puas hati dengan aku, ko boleh kutuk je aku tanpa melibatkan Al-Quran.

      Padam
  7. Tanpa Nama24 Jun 2015 11:27 PG <-- munkin anak peniage bazaar ramadhan kot... atau peminat k-poop. apak ko ke yang maki hamun mat salleh tue? kesian... kesian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 11:27 yg pakai topi biru tu ke??

      Padam
    2. Anon butthurt ni memang sensitif kalau kita kutuk tempat 'rezeki' die...

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  8. Org melayu suka sangat emosi...boleh bincang baik2 tp emosi x sudah2 mcm menopos..lagi buat kaum lain menyampah dgn bani melayu ni. Jgn sibuk pertahankan ketuanan melayu...jadi muslim sejati plz.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. jadi muslim sejati lebih penting..sibuk nak melayu melayu

      Padam
  9. Peniaga2 bazar ramadhan mmg zionis pun..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...