Khamis, 11 Jun 2015

13 Melayu bergaduh berebut tapak bazar Ramadan

1 Ramadan yang menandakan bermula ibadah puasa bagi umat Islam dijangka tiba tujuh hari lagi, namun gara-gara Bazar Ramadan, sekumpulan penjaja dan peniaga kecil di bandar ini sudah berkelahi sesama sendiri.

Kejadian tercetus di perkarangan pejabat Majlis Perbandaran Seremban (MPS), hari ini.

Puncanya adalah perebutan lot tapak bazar untuk berniaga sepanjang Ramadan nanti.

Antara penjaja dari dua kumpulan bertelagah yang terbabit dalam insiden pergaduhan di pejabat MPS di Seremban pada petang Rabu.

Insiden bermula jam 2 petang apabila sekumpulan lelaki mencetuskan provokasi ketika Pengerusi Persatuan Penjaja Uptown Dataran Senawang (PUDS) Razali Zakaria sedang mengadakan sidang media bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan mengarahkan mereka mengosongkan tapak Bazar Ramadan tempat mereka berniaga sejak tiga tahun lalu.

“Di tengah sidang media sedang berlangsung, sekumpulan samseng menimbulkan provokasi dengan mengusir kami,” Razali menjelaskan kepada The Rakyat Post.

Perselisihan faham itu kemudian merebak menjadi adegan bergasak yang didakwa dimulakan seorang pegawai MPS yang berada di situ.

Menurut Razali, pihak penjaja PUDS telah menyediakan stok bekalan untuk berniaga pada sepanjang Ramadan dan juga musim perayaan yang menyusul.

Sehubungan itu mereka berharap dapat terus berniaga di tapak yang diduduki, sebaliknya diarah mengosongkan tapak masing-masing oleh MPS.

“Wujud unsur hasad dengki dengan mencemarkan nama penjaja Uptown Dataran Senawang dan menggantikan mereka dengan sekumpulan kroni,” dakwa Razali.


Katanya lagi, sejak dua tahun lalu, penjaja tidak pernah berdepan sebarang masalah apabila memohon MPS mengizinkan mereka terus berniaga di tapak yang diduduki sejak 2012.

“Masalah hanya mula timbul selepas perubahan dalam pengurusan bahagian perlesenan MPS awal tahun ini,” dakwa beliau.

“Kami tidak kisah untuk berkongsi lokasi berkenaan dengan peniaga lain, cuma lebih suka berniaga di tapak yang biasa,” jelas Razali.

Bagaimanapun cerita berbeza keluar daripada kumpulan yang satu lagi.

“Ada cabutan undi dibuat oleh MPS pada Isnin bagi menentukan lot untuk Bazaar Ramadhan dan Razali hadir tetapi tidak mencabut undi,” kata Pengerusi Persatuan Penjaja Negeri Sembilan, Noor Hafiz Mohammad Razali.

Noor Hafiz mendakwa Razali bertindak keluar meninggalkan proses cabutan undi, mengakibatkan 51 penjaja di bawahnya terjejas manakala beliau pula dapat memastikan tapak perniagaan untuk 40 penjaja di bawahnya terjamin.

Seorang daripada penjaja terlepas peluang mendapat lot untuk berniaga, Siti Maryam Madzim berkata dia merasa tertipu kerana Razali sudah berjanji ada tapak untuknya.

Siti Maryam Madzim (kanan) berkata dia merasa tertipu kerana Razali sudah berjanji ada tapak untuknya.

“Saya hanya mengetahui melalui mesej dalam kumpulan Whatsapp akan ada sidang akhbar serta protes hari ini dan saya pun datang untuk mengetahui cerita sebenar,” wanita berusia 27 tahun itu bercakap kepada pemberita dengan linangan air mata.

Razali kemudiannya membuat laporan mengenai pergaduhan itu di Balai Polis Rahang.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dalam insiden tersebut.

Sumber The Rakyat Post.

* * * * * * * * * *

Banyak yang kita boleh pelajari daripada kes ini antaranya adalah salah guna kuasa, pentingkan diri dan kroni, tak peduli orang lain, selfish, sikap tamak, hasad dengki, tidak bijak, beremosi, agama taruk belakang, mentaliti cap ayam dan lain2 lagi. Banyak lagi yang boleh disenaraikan sebenarnya, tapi ia boleh dirumuskan dalam 1 perkataan sahaja iaitu...

Melayu.




tags: puasa belum bermula sudah bergaduh sesama peniaga berebut tapak lot bazar pasar ramadan ramadhan seremban senawang

13 ulasan:

  1. Xkan melayu hilang d dunia..

    BalasPadam
  2. yup.. itu realitinya.. Melayu juga yang menjatuhkan Melayu itu sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hina sagat ka kami yg melayu ni huhuhuhu bapak ko hijau !!!

      Padam
  3. inilah kesannya bila melayu percaya pada dap dan cina. habis melayu ditindas. nak berniaga pun takdapat

    BalasPadam
    Balasan
    1. bangang~ itu yang boleh dirumuskan untuk otak macam ko nie. jangan babitkan bangse lain di atas sebab kelemahan individu itu sendiri.

      Padam
    2. Macai umno ni mmg bodoh. Apa kena mengena dap dan cina pasal isu ni?? Patutlah melayu x maju sebab org macam ko ni lah. Minta maaflah jika ada bangsa lain kata melayu bodoh tapi itulah hakikatnya dan saya tak kata semua org melayu bodoh hanya segelintir sahaje.

      Padam
  4. xpa kak ini semua dugaan bulan posa yg akan datang kak kena lah byak2 bsabar.

    BalasPadam
  5. ada usaha adalah rezki dariNya...

    BalasPadam
  6. Inilah perangai sebenar kebanyakan orang2 melayu berniaga. Perangai lain:
    - tamak (letak harga melampau, barang tipu, tiruan, barang dah basi, expired, dll)
    - tak bertanggungjawab (sampah sarap, buang dalam longkang, barang dari bahan2 terlarang, bahan xbiodegrasi)
    - sombong/angkuh (tengok sikap mereka kalau dah berjaya sikit)
    - cantas mencantas (klu berniaga secara kontrak, pelbagai helah kotor untuk mencantas pesaing)
    - tiada budaya kualiti (barang, budaya kerja, jual barang tiada kualiti)
    - tiada tolong menolong sesama peniaga (kalau bangsa cina mereka saling tolong sesama peniaga, tidak perang harga)
    - hasad (sering menjatuhkan pesaing atau peniaga yang lain)
    - tiada butiran (kalau jual beli, tiada bil, tiada resit, jadi pengguna tidak tahu beli harga berapa, contohnya kedai makan, caj sesuka hati.)
    - tiada inovasi (semua mahu jual barang yang sama, kalau ubi laku, semua pakat jual ubi, akhirnya semua pakat lingkup kerana jualan tidak memadai)

    Dengan sikap-sikap begini, memang sukar orang melayu untuk maju dalam ekonomi. Makin mundur.

    BalasPadam
  7. Tp apa yg sy tau...dpt lesen/lot untuk bazar ramadhan spt dpt menang loteri...sure untung kaw2 kalau dpt sbb jualan sales spt 6 bulan sales dlm masa 1 bulan 2...siap leh shopping n ttup kedai sebulan pun xpe.....

    Kalau lot pasar malam biasa xde sgt mcm ni...only utk bazar ramadhan je.

    BalasPadam
  8. mak ko hijau!!!

    BalasPadam
  9. selalu melayu diseru utk merebut peluang berniaga.

    x sangka mereka memang betul2 rebut sampai bertumbuk

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.