Malah bila aku check kat wiki kat Internet pun, sebenarnya nama asal restoran ini di US adalah Church's Chicken, bukan Texas Chicken. Sebagai seorang meleis, aku memang sangat fobia dan paranoid dengan perkara2 macam ini kerana dikhuatiri sesiapa yang makan makanan berjenama gereja akan rosak akidah dan mencemar otak Melayu sepertimana kes tengok salib suatu ketika dulu. Maka sebagai sebagai seorang pejuang akidah bani Melayu maka aku haruslah membuat aduan dan komplen terhadap Texas Chicken Malaysia di page FB mereka untuk meminta mereka menukarkan sos jenama gereja mereka kepada nama lain.
Kah kah kah.
Ini lawak. Tak sangka ada ada lagi meleis kepala hotak jumud gila bapak kau hijau. Ingat dah pupus dah lepas kes salib hari tu.
Church tu kalau diterjemah kepada Bahasa Melayu memang la gereja, tapi yang nama jenama Church's Chicken tu dinamakan sempena nama founder atau pengasas perniagaan tu iaitu George W. Church, Sr, bukan sempena perkataan Gereja, dan takde kaitan pun dengan agama Kristian atau agenda nak mengkristiankan orang Melayu. Tu produk dan perfume Christian Dior tu berlambak meleis pakai, takde pulak bising nama produk tu ada perkataan Christian.
Lagipun takkan akidah Melayu lemah sangat? Lepas makan makanan jenama Church, guna minyak wangi jenama Christian, tertengok pulak lambang salib, terus rosak akidah?
Kamon la Melayu, jangan la jumud sangat. Jangan la bagi kita ni nampak bodoh sangat di mata kaum sendiri dan kaum2 lain jugak. Sekarang ini kaum lain dan orang bukan muslim gelak je pasal isu ini. Takkan kebodohan kita sendiri ini pun salah Cina atau salah Yahudi juga?
Yahudi dah kuasai sains dan teknologi, Cina dah kuasai ekonomi, Melayu tak kuasai apa2 pun lagi. Tidak apa kalau Melayu tak kuasai apa2 sangat pun, sebab aku pun bukannya berharap sangat pun, tapi sekurang2nya janganlah asyik nak kuasai kebodohan je.
Lain2 sumber:
- The Rakyat Post: When ‘Church’ is not a church.
- The Malay Mail Online: ‘Muslim didn’t not (sic) eat food from church brand’: A tale of Chickens from Texas.
tags: texas chicken malaysia church's chicken brand jenama gereja muslim melayu tak boleh makan aduan facebook fb mista bob faishah dipping sauce brand franchises lawak
Melayu kuasai kebodohan.
BalasPadamsiyesly aku terbahak baca, apak bodoh nya bani2 melayu ni. simpan sikit bodoh tu
PadamHabis yang ambil bantuan dari Gereja tak kecoh pulak boleh merosakkan akidah & berisiko murtad sebab katanya nak minta kat Jabatan Zakat cukup susah. Ada baca blog Auni.. dah la orang tu susah, mohon bantuan zakat alih2 borang di hilangkan petugas kat situ. Kalau kandungan produk tu halal.. takde maknanya rosak akidah sebab jenama dia Church
BalasPadamAbis yg ko kecoh psl telekung lambang salib tu xper plak.. smp ati ko lekit x approve komen aku.. kikiki
PadamIni la akibatnya malas belajar, malas berusaha, nak cepat kaya, tamak, mementingkan diri, aku je yang betul, dan sebagainya..
BalasPadamSedap x ayam dia? Kat tmpt aku xde lg ni.
BalasPadamok je ayam dia. kalau dah bosan rasa KFC, leh la layan texas chicken
PadamAku memang geli la tengok Melayu cenggini. Mmg berbagai2 stigma kalo aku tengok Melayu. Tapi nak buat camana, aku juga berbangsa Melayu.
BalasPadamAku ada 6 anak buah, 3 melayu 1 india dan 2 cina. Pelik jugak, semuanya ok dan pandai kowtim memasing punyer kerja. 3 melayu ni rajin la pulak doh.. susah kita nak serkap jarang yang melayu ni begini dan begitu.
Mungkin pada hal agama dan politik, orang melayu memang rigid sikik.
hahahaha..kuangjaq!!!! perut aku dah kesedapan makan texas chicken tak perasan pulak sos dia tu..sebab makan kat situ kan..sos pon main tekan2 mcm kepsi tu.. huh!!! maleis memang ntah sensitip betul..kakkaka..kelakar pulak yg komen ghuna gambar arwah Nik Aziz tu.. kemainnn./...
BalasPadamape susah sos kicap manis ABC kan hado.....
BalasPadambaru sos church dah kecoh, selama ni meleis makan nasi goreng cina xjadi cina pun? nasi goreng usa xjadi org amerika pun?
BalasPadamnasi goreng kampung mukin penah terjadi
Padamnasi goreng USA - nasi goreng Udang Sotong Ayam sepatutnya...
PadamNasi Goreng USA aku selalunya dapat daging masak merah...
PadamTak guna punya yahudi!!!!
Arhghghhghghghghghghghhhghghghgh
- Meleis
Lepas aku meluahkan kemarahan aku, aku terus menarik tangan makweku keluar dan kami menunggang motor ke restorant radix.
BalasPadamAlhamdulillah halal. Kami terus pula ke panggung wayang menonton dan akhirnya aku hantar makweku pulang pkul sepuluh malam
Sebelum aku pulang, sempat makweku mencium tanganku dan berpesan agak elok elok pulang.
Lega aku, harini kami tak termakan produk gereja syaitonirajim
Alhamdulillah sahabat...
PadamJangan tertipu dengan plot2 illuminatih ni semua...
8/8 get rekt m8
salah faham lah ni kiranya...huhuhu
BalasPadamsalah faham? kalau ye pun nama "church" tu di ambil sempena nama gereja, perlu ke dia complain? xde salah fahamnya...hihihi
PadamRasanya x semua org melayu befikiran begini. Harap penulis tidak meniat kan semua org melayu begini.
BalasPadamYa cuma sebahagian melayu je
Padammalaysia ke arah zaman kegelapan.. *sigh*
BalasPadam