Iklan Leaderboard

Isnin, 1 Jun 2015

13 Mohon kerja atau praktikal perlu adab dan etika

Nak dijadikan cerita, suatu pagi dapat mesej Whatsapp daripada nombor yang tak dikenali lalu berlakulah komunikasi seperti berikut:
Gambar hiasan
Gadis: asklm... ni abg Noob (bukan nama sebenar) ke? sy eyma (bukan nama sebenar) student kolej ABC. sy nk tnya tmpt abg ada amek x budak praktikal?

Aku: Waalaikumsalam. Praktikal berapa lama? Bila patut mula? Ambil course apa? Saya perlukan maklumat dahulu.

Eyma: esok sy dtg ofis abg boley?? cte dya camni, sy tgh cari tmpt utk buat praktikal, jd sy pikir sy nk praktikal kt tmpt abg sbb dekat sikit dgn umah sy.
Aku: Mana dapat nombor saya ni?

Eyma: ada kwn bg dia ckp abg ni kwn dgn abg dia.

Aku: Kalau macam tu emel pada saya resume dan surat permohonan untuk praktikal, nanti saya panjangkan kepada HR.

Eyma: surat tu xde lg sbb pensyarah sy kata nnt dy akan hantar kemudian. Tp lau boleh hari isnin minggu dpn pun sy dh boleh start. abg ada kt pejabat ke nnti tgh hari la sy jmpe abg bg resume sbb pgi ni sy ad hal...

Aku: Takpe, saya tunggu emel awak dan surat dari pensyarah awak. Dapat atau tak awak tunggu je surat atau call daripada HR. Terima kasih.



Pehh, aku pun tak tahu lah, sesetengah budak2 sekarang ni macam langsung dah takde etika dan adab. Dah la tak kenal, nak mintak kerja untuk praktikal pun tulis dengan ayat dan ejaan yang macam celaka, langsung tak professional. Cara nak mohon buat praktikal tak sama dengan cara nak mohon buat pakwe atau abang angkat. Nama je budak kolej/universiti tapi benda mudah dan common sense macam ni pun gagal.

Dulu aku pernah tulis situasi yang lebih kurang sama dalam entry "Sikap generasi muda dalam bidang pekerjaan" yang macam tahi dan langsung tak professional dalam mohon kerja sama ada melalui telefon, email, resume, masa temuduga mahupun bila dah dapat kerja. Budak2 sekarang ingat nak mohon kerja atau latihan industri ni macam cakap dengan adik2 diorang ke? Sengal gila.

Dan ya, maaf Eyma, abiang takkan forward pun resume Eyma kat HR. Abiang akan forward terus dalam trash folder.




tags: budak generasi muda anak kini lepasan graduan spm degree ijazah sarjana muda diploma universiti kolej cari mohon kerja pekerjaan pelajar student practical praktikal latihan industri

13 ulasan:

  1. Hahaha... saya masa pratikal tu...nak tulis mesej pun takut. Nak panggil tuan ke encik...grrr... naseb baik pegawai tu okep..so bahasa encik dan saya. hurmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://www.youtube.com/watch?v=ShhykdqZUOI

      Padam
  2. hhhaaaahaaa... manusia sekarang dah kurang sopan santunnya

    BalasPadam
  3. hahahaha, minta camtu jek...? Tak berperokotol langsung.. adeyh..

    BalasPadam
  4. Haha..mintk nak praktikal guna wassup je.mmg terbaikkk

    BalasPadam
  5. Wooooow

    Whatsapp Siak... Nak mohon Mcdonald guna whatsapp pun tak tau lepas ke tak...

    Camne phone number kau leh leak nub...
    Ntah2 membemembe kau nak kenakan kau...

    BalasPadam
  6. Peh...moden giler pakai whatsapp je mintak praktikal. Ada strength kat situ....kira dia jenis yg up to date. :)

    BalasPadam
  7. amikla... mana la tau cun melecun mcm mawar rashid.. bleh suruh tlg bancuh milo jadi la...hahaha

    BalasPadam
  8. kesian adik eyma hehehe bang ade kerje part time tak ? haha

    BalasPadam
  9. xmaju2 la gini.. asik tak ikut prosedur.. bukan takat praktikal jer. lain keje pun sama. sll klu yg msuk xikut prosedur ni dia wat keje pun xikut prosedur, keje pn mgkin xdibuatnye.

    BalasPadam
  10. mesti eyma ni x cun

    BalasPadam
  11. Bawak masuk bilik.. 'interview'.. settle masalah..

    BalasPadam
  12. Haha.. Saya pun pernah kena. Sudah solat, orang sergah kat tepi;
    "Akak kerja syarikat blablabla ke? Boleh tolong saya nak masuk syarikat tu?"
    Macam kau kenal dia sangat yang lagilah takut tiba-tiba dia tahu kau kerja mana.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...