Rabu, 17 Jun 2015

17 Kerajaan dan pembangkang sama sahaja tahinya

Di kala kerajaan BN sedang kuat, parti pembangkang PAS, DAP dan PKR beria2 membentuk gabungan dan sanggup mengetepikan perbezaan dan ideologi semata2 untuk menguatkan diri demi mengalahkan kerajaan BN.

Di kala kerajaan BN sedang lemah dan berpeluang besar untuk dikalahkan, parti pembangkang PAS, DAP dan PKR bergaduh dan berpecah belah.

Ketahian apakah ini?

Janganlah marah kalau lepas ni ada 100 orang Ahmad Maslan jadi menteri.


Jawatankuasa Pusat DAP memutuskan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi, kata Lim Guan Eng.

Menurut lidah rasmi parti berkenaan, Roketkini, Setiausaha Agung DAP itu berkata, beberapa tindakan kepimpinan PAS terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah antara punca perkara itu diputuskan pada mesyuarat yang berlangsung malam Isnin itu.

"Memandangkan Pakatan Rakyat dibentuk oleh ketiga-tiga parti berdasarkan konsensus dan terikat dengan dasar bersama, usul di Muktamar PAS itu telah membunuh Pakatan Rakyat.

“Justeru kini, tiada lagi Pakatan Rakyat.

“DAP akan bekerjasama dengan PKR dan semua pihak yang mahu melihat pemerintahan Umno/Barisan Nasional berakhir, bagi membentuk semula politik Malaysia dengan cita-cita menawan Putrajaya demi rakyat,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Sumber Mstar Online.

Mungkin ramai juga yang suka akan perpecahan ini terutama penyokong PAS yang tak sanggup pangkah DAP dan juga mereka yang juga tak suka BN tapi takut kepada DAP. Tapi tahukah anda dengan perpecahan gabungan ini, maka BN akan jadi parti tidak terkalah. Ini kerana jika mereka bertanding 4 penjuru seperti dulu kala di mana BN vs PAS vs DAP vs PKR, maka peluang BN untuk menang adalah amat besar kerana undi kepada parti selain BN (ABU/ABBN) telah berpecah.

Malah jika PAS mahu berjuang sendirian dan mempunyai angan2 untuk menang pilihanraya umum terutama di peringkat persekutuan, mereka kena sediakan calon di setiap kawasan yang bertanding di seluruh Malaysia, dan calon tersebut juga bukan sahaja yang sekadar memakai kopiah dan jubah, tetapi juga mereka yang bijak dan pakar dalam bidang2 professional seperti ekonomi, kejuruteraan, undang2, perubatan dan lain2, malah calon2 tersebut haruslah boleh diterima oleh semua kaum di Malaysia terutama di kawasan yang mereka bertanding.


Adakah korang rasa dengan meletakkan calon Melayu PAS bertanding di kawasan majoriti Cina atau India dia berpeluang besar untuk menang? Adakah dengan meletakkan calon PAS di negeri Sabah Sarawak korang berpeluang besar nak menang?

Nak menang pertandingan kena bijak, kena ada strategi pasti menang. Bertanding tanpa strategi atau dengan strategi yang bodoh pasti mudah untuk kalah. Kalau hanya bergantung kepada harapan dan perasaan syok sendiri sahaja memang takkan menang lah.

Kat Malaysia ni model parti politik yang boleh menang pilihanraya dan seterusnya membentuk kerajaan persekutuan dan memerintah negara hanya model parti seperti BN, so kalau nak kalahkan BN kena ada satu lagi parti gabungan macam BN tapi bukan BN.

Takpelah, kita tunggu jelah pilihanraya nanti  macam mana pula ketahiannya.




tags: pr pakatan rakyat bubar tidak wujud dap pas pkr abdul hadi awang lim guan eng pembangkang kerajaan bn barisan nasional kuat lemah

17 ulasan:

  1. So, ko nak kata apa sebenarnya, yang punca masalah ni PAS, PAS ni bodoh takde strategi, or PAS punca BN menang lagi, or macam mana tu sebenarnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. BN akan menang dan terus kekal menang bukan kerana mereka kuat tapi kerana pembangkang lemah.

      Bila aku cakap pembangkang, itu bermaksud pakatan PAS-DAP-PKR. Dan PAS takkan menang sebab strategi mereka taklah bodoh tapi lemah.

      Padam
    2. gst akan terus kekal, apa yang ada hari ni tetap akan kekal, team bola yang hampeh juga akn turut kekal. cuma nyawa, jodoh dan rezeki kita je blom tentu kekal hehehe..

      Padam
    3. Detected butthurt level rising!

      Padam
    4. Mesti ade hikmah smua ni jadi agaknye..sbb dr pmerhatian aku smua parti pn hampeh..tgk la skrng mcm mna. Smua tunjuk true colour..kalo org2 mcm ni yg pegang negara rsanye xde prubahan gak..mngkin ade nmpak bgus dr 1 segi..tp dr sudut yg lain x bgus jugak. Mngkin Allah nk tunjuk..ataupn Allah nk pihak yg menang nnti ialah pihak yg btol2 amanah

      Padam
  2. pas dah makan umpan bn...pkr mati dalam jerat..adakah pas terlalu bodoh , percaya umno sedia memberi bantuan jika ingin laksanakan hudud...sedangkan umno memang menolak hudud dari dulu lagi..umno bagi ruang pada pas membawa hudud supaya mudah mengapi-apikan dua2nya ...yang benar2 bangkai kat sini..umno..sanggup biarkan mca dan gerakan memperlekehkan hudud ..siap buat report polis..kerana politik mileage ..ko biarkan geng2 ko hina undang2 agama ko sendiri..hari ni umno dah berjaya pecahkan pakatan antara pas dan dap...tapi kena ingat dalam usaha menjadi batu api itu ada juga lakonan ..kutukan, persendaan...pada hukum yang Allah turunkan dan juga nabi amalkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. elok la tu daripada sokong peliwat jadi pm

      Padam
    2. Peliwat jadi pm x pe . Dia x sesah duit rakyat .

      Padam
    3. pahwalanpekanpahang18 Jun 2015 pada 8:44 PG

      dahla sesah duit rakyat, bunuh orang, takut bini, xde telor, malu la aku yg duk australia ni... org pandang melayu mcm orang bodoh.

      Padam
  3. aq dah tau benda mcm ni nanti jadi. nak tak nak bn nanti menang juga akhirnya. buatlah apapun. troll ke, rusuhan, mogok dan bentuk segala pembangkang . x da apa yg boleh lawan bn. Betul ni. tengoklah pilihan lepas ini kitaran hidup kita nanti jadi sama. bn menang, kondem bn,marah bn, sembang nak lawan, last2 bn menang, lepas tu menyesal, dan begitulah kitaran hidup rakyat malaysia.
    aku rasa kita kena tunggu nabi isa turun dari langit barulah negara kita bebas dari parti kerajaan yg penting diri.

    #terpulang sama ada mahu undi bn atau bn, yg pasti
    bn pasti menang.
    #kosong kosong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..masih bingung lagi... xder sesaper pun boleh selamatkan kita lagi.. turun nabi isa sekalipun, hidup kita tetap celaka mcm gini juga..

      Tu la pasal..percaya sangat dgn ustat2 kampung.. dgn ulamak2 PAS pun ko kene kencing..inikan pulak ostat2 kampung...lanchow la semua ni.. Harun Din pun 2x5.. cirit jer lebey.. ingat nak lawan GST..rupanya ada malaikat dok bayar GST derang..

      Bernanah la harapan ko kena main..

      Padam
  4. Salam ramadhan semua..berpecah??apa nak heran?baru berapa lama gabung ja.biasa la tu..tapi kalau nak tegak hukum Allah ,melayu pkr yang beragama islam kena la sokong usul PAS..bukan susah pun..cina xmau sokong,itu aku tak heran..melayu umno nak sokong??haha..lagi la jauh..macai politik bermati matian sokong parti masing masing pun atas ada hidden agenda,tambahan pula orang atasan..huhu..yala..politik..oh politik..betul la ada pepatah cina old skol cakap..politician ni kotornya seperti daki hitam di kolar baju yang putih bersih..zahir baju nampak putih sangat..tapi ada yg kotor tersembunyi..hmm..PAS kena lebih proaktif lagi la lepas ni..aku yakin PAS boleh..sebab bilamana ada lagi satu parti yang memperjuangkan haq islam walaupun nampak macam lemah,aku tetap sokong sampai bila bila..sebab bila nanti pada zaman dimana islam betul betul xdak sampaikan parti politik pun tak sentuh langsung dah pasal islam aku tak akan ada modal nak sokong mana mana parti nanti..tu baru betul zaman gelap beb..sekadar sembang kosong aku la..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS?? Woi..ini lebai kampung pun..hang masih percaya nak takluk dunia??? Pathetic la.. buleh baca doa, tulung buat tahlil dan semayang mayat, inilah modal dia nak takutkan orang supaya menaruh kepercayaan kpd derang.. lain2 HAMPAS!!!

      Padam
  5. Lagi gambar tahi... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    BalasPadam
  6. Hmmm....pilihanraya lambat lagi..malas nak cite. Papepun semua yg berlaku ada hikmahnya..tp politicians tetap nak kuasa, utk rakyat bukan priority utama.

    BalasPadam
  7. memg lah tahi semua sama noob cuma jenis je lain ade yg jenis keras atau cirik eeeuwwww....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.