Rabu, 17 Jun 2015

14 Game Final Fantasy 7 yang legend bakal diterbit semula

Lebih 25 tahun lepas, aku boleh kira seorang gamer tegar dan hardcore jugaklah. Dari start aku sekolah rendah aku dah main game konsol Nintendo (NES) atau klonnya yang popular iaitu Micro Genius, Super Nintendo (SNES) dan kemudian Sony Playstation (PS). Bila aku dah masuk usia remaja, game yang paling aku minat adalah genre JRPG (Japan Role Playing Game), dan dalam banyak2 game JRPG yang pernah aku main, ada 2 game JRPG yang bagi aku paling best dan legend iaitu Chrono Trigger (SNES) dan Final Fantasy 7 (PS).

Walaupun grafik game2 tu pada masa itu tak boleh lawan teknologi grafik game yang ada sekarang, tapi jalan dan plot cerita dia masih tak boleh dikalahkan oleh kebanyakan game2 RPG lain sehingga kini.

Dan kini, game Final Fantasy 7 versi remake bakal diterbitkan semula dengan dengan teknologi grafik canggih terkini dan beresolusi tinggi di pelantar PS4 yang membuatkan aku shit brick!


Berikut adalah trailer Final Fantasy 7 yang original yang dilancarkan pada tahun 1997 dulu.


Berikut pula adalah trailer FF7 versi remake yang bakal diterbitkan namun tarikh pelancaran masih belum diumumkan lagi.


Gila, gila cantik grafik dia. Nampaknya aku terpaksa kumpul duit dari sekarang untuk beli PS4, dan aku harap ini bukan troll dari Square Enix.


Oh btw, Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Buasir Otak!




tags: final fantasy vii 7 ff7 remake versi version squaresoft square enix sony playstation 4 ps4 trailer e3 2015 release date pengumuman announcement fan shitbrick

14 ulasan:

  1. ramai gamers "jizz in ma pants" bila tengok announcement video ni xpernh main tapi selalu tengok video game top10 selalu ff7 ni mesti ada dalam list ... sememangnya ini peluang ak nak try gak kenapa game ni legend dan boleh layan graphic awesome ni huhu!!

    BalasPadam
  2. kalu video dari E3 nampaknya bukan troll semata2. FFVII ni ada kuar dkt plantar pC x ke eklusive utk PS4 je? kalu ada baik xpyh bli ps4, upgrade pc dah cukup.. nak beli PS4 semata mata utk main game ni je x berbaloi. mesti byk game ko nak main . tapi CD harga stended ori la mahal

    BalasPadam
  3. Selamat menyambut Ramadhan jugak bro

    Marhaban ya ramadhan

    Btw, teringat lak game 'Crash Bandicoot' dan 'Red Alert' pelantar PS

    Cool Guy

    BalasPadam
  4. Dekat mana ada jual katrij game castlevania untk gba dan nintendo ds?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti la jual kat mana, tapi game emulator untuk GBA dan DS banyak kat Internet boleh download je main kat PC atau smartphone.

      Padam
    2. Rasanya tape@katrij dah tk keluar lagi, dah jadi kenangan, dulu selalu dapat info game kt majalah gempak dgn star, tak tahu masih wujud tau tak majalah tu,

      Padam
  5. Selamat berpuasa bero :)

    Aku dari kecik baca pasal FF7 ni tapi tak pernah main..kat PS main PES je haha..
    Cerita dia pasal apa pun aku tak tahu..

    -kartunster

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita dia pasal protagonistnya yang bernama Cloud Strife akhirnya perlu menyelamatkan dunia daripada kemusnahan.

      Padam
  6. sanggup perabis duit semata nak main game "remake" yang ada graphic cantik je. ptff buat abes duit je. *pergi tgk duit tinggal berapa nak beli ps4*

    BalasPadam
  7. ff 7 ni yg ada orang malaysia buat tu ke. atau game yg lain mcm sama je

    BalasPadam
  8. The Squueeenix hype train begins...

    Lepas final fantasy 13... Nampak sgt diorang takde idea

    BalasPadam
  9. Betul tu.....yg ff skarang grafik je cantik.
    Story ngan gameplay kurang.

    BalasPadam
  10. ffvii memang best, tapi nak complete kena main prequel ffvii crisis core. lebih emotional bila zack mati dan cloud yang jambu meneruskan legasi zack. btw aku pun tak sabar menunggu remake version dan mana tahu ada side story yang ditambah?

    BalasPadam
  11. Wah, kalau yang satu ini aku juga nunggu rilis remakenya :) Tapi mudah2an keluar juga versi PC-nya :) Jadi teringat dulu gak pernah bisa ngalahin Omega atau Ultima Weapon yah yang sembunyi di dalam laut. Malah lebih hebat dari Sepiroth :D

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.