Memaparkan catatan dengan label Gila. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gila. Papar semua catatan

Sabtu, 1 November 2025

0 Yang salah bukan minat tapi obsesi

1. Roblox. Aku kadang main Roblox untuk buat live. Kadang main dengan anak dan anak buah, gelak-gelak, happy-happy, seronok-seronok. Masa kecik dulu main Contra, Double Dragon, Doom. Remaja main Counter Strike, Red Alert, Warcraft, Starcraft, GTA dan lain-lain. Aku membesar dengan main pelbagai genre game. Perang, lawan, sukan, strategi, RPG, casual dan sebagainya. Ya aku faham, kebanyakan orang dewasa dan ibu bapa normies tak tahu pun benda-benda ni sebab tak minat dan tak ambil tahu.


Ahad, 23 Mei 2021

0 Buasir Otak TV: Orang gila memancing kat baldi

Bila kau nampak ada orang gila tengah memancing ikan kat baldi. Jom tonton animasi ini.


Selasa, 3 Januari 2017

11 Aksi berani bahayakan diri itu cool atau bodoh?

Berkenaan isu beberapa orang belia lelaki dan perempuan memanjat perkataan gergasi IPOH dan juga kren di tapak pembinaan projek Pusat Konvensyen Ipoh, ada yang kecam, ada yang menyokong. Yang kecam kerana merasakan perbuatan tersebut kerja bodoh kerana membahayakan nyawa, yang menyokong pula kerana merasakan perbuatan tersebut berani dan cool.



Selasa, 15 November 2016

15 Fenomena supermoon bukti bumi itu rata bukan sfera

Semalam 14 November 2016 berlakunya fenomena yang digelar Supermoon ataupun Bulan Penuh Perigee di mana bulan akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi menyebabkan bulan kelihatan lebih besar daripada biasa. Supermoon kali ini adalah yang paling besar dan terang sejak tahun 1948, bermakna dari 1948 hinggalah tahun 2016, dalam banyak-banyak supermoon, bulan kali ini yang paling hampir dengan planet Bumi kita.



Selasa, 11 Oktober 2016

7 Telefon pintar candu moden yang melalaikan

Zaman sekarang zaman hamba... hamba kepada telefon pintar.

Aku banyak kali terserempak dengan orang yang masuk lif sambil tengok telefon, lepas tekan tingkat yang nak dituju, sekali dia keluar kat tingkat lain sebab terlalu leka main Whatsapp kat telefon. Kadang-kadang memang rasa kelakar dan rasa nak gelak, tapi ia secara tidak langsung menunjukkan yang ketagihan kita dengan smartphone sudah semakin parah sehingga ke tahap lalai dan kemungkinan boleh membahayakan diri dan orang lain.


Sabtu, 23 Julai 2016

9 Ramai orang gila di media sosial dan Internet

Di media sosial... memang ramai orang gila.

Ini bukan lagi yang sekadar ada kesihatan mental, tapi bagi aku memang cukup syarat untuk diklasifikasikan sebagai orang gila.



Jumaat, 22 Julai 2016

4 Kadar parkir di ibu kota sama dengan Bangladesh

Pelaksanaan kenaikan harga parkir di daerah pusat perniagaan (CBD) sekitar ibu kota adalah wajar memandangkan ia tidak pernah dinaikkan selama 40 tahun, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

"RM0.80 kepada RM2 tidaklah besar (kenaikannya), sepatutnya RM5, itupun kita antara yang paling rendah bayarannya berdasarkan tinjauan kami.

"Jika dibandingkan dengan negara lain, kadarnya sama dengan Bangladesh dan Myanmar, sebab yang lain lebih tinggi," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.


Selasa, 12 Julai 2016

5 Jalan sesak musim perayaan salahkan polis

Zaman sekarang bila ada masalah je kita suka sangat salahkan orang lain hingga kadang-kadang ke tahap yang tak masuk akal. Menjadi suatu perkara yang sangat biasa setiap tahun pun ketika hari perayaan yang ada cuti panjang je jalanraya mesti sesak gila babi sebab semua orang pun nak balik kampung termasuk dengan aku, kau dan kau sekali. Kalau ada seseorang yang boleh dipertanggungjawabkan pun, ia adalah pemerintah yang perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan kesesakan jalanraya setiap kali musim perayaan.




Khamis, 7 April 2016

8 Trend gila pasangan cium dan hidu bau ketiak

Beberapa pasangan dari Indonesia dikesan cuba memulakan trend gila mencium bau ketiak pasangan lelaki masing-masing di laman sosial dengan hashtag #ciumketekpacar.

Menurut laporan Dailymail, beberapa foto pasangan termasuk pasangan wanita yang bertudung dari negara majoriti penganut agama Islam tersebut sedang mencium atau menghidu ketiak pasangan lelaki.

"Saya tak mahu kehilangan awak, kalau tak saya tak boleh bau ketiak awak lagi," kata seorang wanita di laman foto Instagram berserta foto beliau menunjukkan simbol 'peace' dan mencium ketiak.



Sabtu, 23 Januari 2016

27 Punca perceraian tak masuk akal lagi mengarut

Minggu lepas keratan berita pasal punca-punca percerian viral kat dalam FB. Punca-punca perceraian yang dikatakan remeh dan menjadi punca peningkatan perceraian di Selangor.

Apa yang aku boleh baca kat sini, walaupun tak secara keseluruhan, memang remeh sangat .

So, aku akan kupas secara ringkas , sebab yang aku rasa RIDICULOUS sangat.



Khamis, 29 Oktober 2015

19 Polis hanya manusia biasa bukannya Superman

Al-kisah road trip kami sekeluarga baru-baru ini. Kami memandu dari kelantan-hatyai-krabi-hatyai-penang-perak-kl-johor dan pulang ke kelantan.

Alhamdullilah semuanya dipermudahkan walaupun travel dengan 2 kanak2.

Namun otw balik dari johor melalui mersing ke kelantan, di daerah Kahang sesuatu yang tak disangka berlaku. Kakak ipar mengambil alih tugas memandu dari suami aku sekejap. Tiba-tiba ada 3 motosikal mengekori kereta kami. Mengacah2 dari belakang. Mereka memakai topi keledar cover muka. Tapi dari saiz badan, nampak macam budak2 sekolah menengah saja. Sampai satu tempat disimbahnya cecair ke cermin depan kereta.



Rabu, 9 September 2015

20 Kebaikan dan keburukan transaksi tol tanpa tunai

Hari ini, Plus Malaysia Bhd (Plus) mula melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya di lima plaza tol miliknya mulai 12 tengah hari tadi. Pengurus Besar Operasi Plus, Norbayati Manap berkata, lima plaza tol itu ialah di Jambatan Pulau Pinang, Kubang Semang dan Lunas di Pulau Pinang serta Jitra dan Bukit Kayu Hitam di Kedah.
  
Beliau berkata, tujuan pelaksanaan ETC adalah untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol kerana kutipan secara elektronik mampu menjimatkan masa.
 
"Mulai 12 tengah hari esok, kami tidak akan menerima pembayaran wang tunai di kelima-lima plaza tol berkenaan dan kami akan sediakan lorong 24 jam untuk pembelian kad Touch 'n Go," katanya kepada pemberita selepas melawat persiapan ETC di Jambatan Pulau Pinang semalam.
  


Rabu, 17 Jun 2015

14 Game Final Fantasy 7 yang legend bakal diterbit semula

Lebih 25 tahun lepas, aku boleh kira seorang gamer tegar dan hardcore jugaklah. Dari start aku sekolah rendah aku dah main game konsol Nintendo (NES) atau klonnya yang popular iaitu Micro Genius, Super Nintendo (SNES) dan kemudian Sony Playstation (PS). Bila aku dah masuk usia remaja, game yang paling aku minat adalah genre JRPG (Japan Role Playing Game), dan dalam banyak2 game JRPG yang pernah aku main, ada 2 game JRPG yang bagi aku paling best dan legend iaitu Chrono Trigger (SNES) dan Final Fantasy 7 (PS).

Walaupun grafik game2 tu pada masa itu tak boleh lawan teknologi grafik game yang ada sekarang, tapi jalan dan plot cerita dia masih tak boleh dikalahkan oleh kebanyakan game2 RPG lain sehingga kini.

Dan kini, game Final Fantasy 7 versi remake bakal diterbitkan semula dengan dengan teknologi grafik canggih terkini dan beresolusi tinggi di pelantar PS4 yang membuatkan aku shit brick!



Isnin, 16 Februari 2015

16 Bomoh main golf, demonstran dan misi letup mercun

Rentetan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, berlaku beberapa peristiwa yang memperlihatkan kedunguan manusia, antaranya Raja Bomoh yang main golf depan penjara, peserta demo anarki yang buat vandalisme serta budak2 baru nak up yang bagi amaran nak bakar mercun depan mahkamah di Malaysia pada malam Tahun Baru Cina.



Jumaat, 23 Januari 2015

19 Pekerjaan melakon babak panas adalah suatu ibadah

Pelakon Adi Putra tidak pernah membataskan watak yang akan dilakonkannya biarpun sudah menunaikan ibadah haji tahun lalu dan beberapa kali mengerjakan umrah.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 34, berkata, apa yang dilakukannya itu adalah semata-mata untuk menghidupkan watak selain menganggap ia sebagai suatu ibadah.

"Saya tidak membataskan watak selepas mengerjakan haji dan umrah termasuk watak panas kerana itu adalah tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan.


Sabtu, 17 Januari 2015

11 Kalau tak mampu menegur, usahlah mempertahankan

Baru je beberapa hari lepas aku tulis pasal isu JAWI telah membuka kertas siasatan terhadap gadis2 peminat K-Pop yang peluk artis K-Pop atas pentas di konsert tempoh hari atas alasan berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di mana2 tempat awam, dan di bawah tu aku tulis "Jangan pula, ada macai yang akan berkata, ini tidak apa, kerana ia hanya ibarat, pelukan antara seorang ibu dan anak". Ya, aku hanya berseloroh dan sarkastik, tapi tak disangka, macai itu memang wujud.


Khamis, 21 Ogos 2014

50 Model pakaian muslimah disuruh beraksi ghairah

Apa yang lebih jahanam dari seorang lelaki miang yang kononnya seorang jurugambar/photographer cuba memancing anak2 dara atau bini orang kat Facebook untuk ditawarkan jadi model pakaian muslimah tapi minta gambar dia buat aksi2 ghairah dan menggiurkan?



Khamis, 14 Ogos 2014

46 Selfie punca kita kurang bijak dan tidak sensitif

Selfie jimak, sudah.
Seflie kuburan, sudah.
Selfie tempat kemalangan, sudah. 
Selfie tempat mangsa rogol, sudah.
Selfie budak sekolah tunjuk kelangkang, sudah.
Seflie kena langgar motor, sudah.
Selfie pistol tembak diri sendiri, sudah.
Selfie lemas di sungai, sudah.
Selfie jatuh gaung, sudah.
Selfie riang ria dengan nenek yang terlantar sakit di hospital, belum ada. So... kita selfie dulu!



Rabu, 6 Ogos 2014

24 Sukan bogel di Pulau Pinang memual dan meloyakan

Memualkan. Itu gambaran paling tepat buat sekumpulan individu terdiri daripada lelaki dan wanita yang tergamak berbogel sebelum merakamkan aksi mereka yang kononnya menyertai acara Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 di Teluk Bahang, di sini.



Selasa, 3 Jun 2014

36 Fenomena kesanggupan beratur panjang di Malaysia

Di luar negara, fenomena beratur panjang, tidur dan menunggu seawal tengah pagi adalah perkara biasa terutama pada hari pertama gajet elektronik dan permainan video seperti iPhone, Xbox, Sony Playstation dan sebagainya dipasarkan. Tahukah anda, hanya di Malaysia, ramai orang sanggup tidur, beratur panjang di kaki lima dan menunggu dari tengah pagi semata2 untuk membeli tudung?