Iklan Leaderboard

Rabu, 9 September 2015

18 Kebaikan dan keburukan transaksi tol tanpa tunai

Hari ini, Plus Malaysia Bhd (Plus) mula melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya di lima plaza tol miliknya mulai 12 tengah hari tadi. Pengurus Besar Operasi Plus, Norbayati Manap berkata, lima plaza tol itu ialah di Jambatan Pulau Pinang, Kubang Semang dan Lunas di Pulau Pinang serta Jitra dan Bukit Kayu Hitam di Kedah.
  
Beliau berkata, tujuan pelaksanaan ETC adalah untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol kerana kutipan secara elektronik mampu menjimatkan masa.
 
"Mulai 12 tengah hari esok, kami tidak akan menerima pembayaran wang tunai di kelima-lima plaza tol berkenaan dan kami akan sediakan lorong 24 jam untuk pembelian kad Touch 'n Go," katanya kepada pemberita selepas melawat persiapan ETC di Jambatan Pulau Pinang semalam.
  

Beliau berkata hasil pemantauan PLUS mendapati pengguna ETC Jambatan Pulau Pinang telah mencapai 82,000 pengguna sehari, tol Kubang Semang 40,000, tol Lunas 34,000, tol Jitra 22,000 dan tol Bukit Kayu Hitam 3,000.
  
"InsyaALLAH dengan persiapan yang telah dijalankan, kita akan mampu mengendalikan jumlah trafik di kelima-lima plaza tol itu esok," katanya.
  
Beliau berkata Plus akan menyediakan kakitangan yang akan dibantu anggota Rela untuk menguruskan aliran trafik sekiranya pelaksanaan hari pertama esok menyebabkan kesesakan.
  
Norbayati berkata, pemantauan Plus mendapati masih terdapat lebih kurang 20,000 pengguna lebuh raya yang membayar secara tunai.
  
"Setakat hari ini, peratusan jualan kami adalah menggalakkan di mana kami menawarkan 20 peratus rebat kepada pembeli kad Touch 'n Go baru yang melalui kelima-lima plaza tol tersebut sehingga 31 Disember ini," katanya.
  
Beliau berkata sejak Julai lepas, Plus telah berjaya menjual lebih 150,000 kad Touch'n Go dan menjangkakan jualan itu akan meningkat lagi selepas pelaksanaan ETC nanti.

Sumber Sinar Harian.


Berikut adalah perkongsian mengenai isu hanya Touch and Go dan Smart Tag sahaja yang dibenarkan di Plaza Tol atau bayaran tol 100% elektronik tanpa tunai oleh Muhammad Musoddiq Jaafar:
Dalam kemelut masyarakat kehilangan kerja, syarikat Tol dan Touch and Go agak rakus meminimumkan pekerja manusia.

Bermula dengan tol batu 3, kini beberapa tempat mula mengimplimentasikan perkara yang sama. Terbaru, mulai 9 september, tol gombak dan tol bentong akan hanya menerima TnG dan Smart Tag sahaja.

Ada 2 benefit yang akan menguntungkan syarikat tol danTouch and Go dalam pelaksanaan ini.

1. Meminimumkan tenaga manusia dan kos.
2. Keuntungan atas kredit yang tidak dituntut.

Sewaktu di UK, Credit untuk sim card aku ada berbaki £5.1 = RM29.4. Tetapi syarikat telco GiffGaff tetap email aku dan memberikan 3 cara untuk membayar balik baki kredit aku.

a) Memasukkan nilai tersebut ke dalam sim terkini atau yang lain (milik aku juga, tetapi mesti telco yang sama).
b) Membayar ke akaun PayPal.
c) Menginfakkan ke badan-badan kebajikan.

Berbanding dengan mana-mana prabayar di Malaysia termasuk Touch and Go ini. Jangan harap nak dapat balik jumlah baki dalam kad prabayar anda.

Sekiranya ada 100k kad (dari tahun 2009~2015) yang tidak dituntut baki dalamnya (katakan kad tersebut average dalam RM0.50 yang tidak diguna). Maka syarikat Touch and Go akan untung RM50k atas angin sahaja.

Kerana itu apabila melihat papan tanda hanya touch and go dan smart tag sahaja diterima, aku skeptik dengan nasib baki kad yang tidak dapat diguna dan dituntut. Juga dngan nasib pekerja.

Ya, sistem bayaran tol 100% secara elektronik tanpa tunai ini memang nampak macam bagus dan ada kebaikan seperti dapat melancarkan trafik di plaza tol, namun lebih banyak sisi hodohnya.

Kalau kita ni jenis yang pakai lalu highway tiap2 hari pergi balik kerja, memang patut lah pakai Touch n Go dan Smart Tag. Kalau kau guna lebuhraya lalu tol tiap2 hari tapi masih sanggup beratur panjang kat laluan tunai memang bodo la.

Tapi bagi orang yang jarang pakai highway macam orang2 kampung yang sekali sekala je guna highway, mungkin bayar tol pun seminggu atau sebulan sekali, bayangkan contohnya satu hari dia masuk tol kena bayar RM5, tapi sebab dah guna sistem cashless, dia terpaksa (atau dipaksa) beli kad Touch N Go di lorong tol yang menjual kad tu dengan harga RM10 atau RM20, lepas tu kena tambah lagi duit untuk topup nilai kredit dalam kad tu, dan dia sendiri tak tau bila lagi dia nak habiskan baki dalam kad tu tapi syarikat Touch N Go awal2 dah dapat duit orang tu yang mungkin takkan dibelanjakan pun.

Malah cuba bayang jika orang tu pula tak bawa banyak duit untuk beli dan topup kad Touch N Go yang hanya boleh ditopup dengan nilai2 tertentu, atau kadnya tertinggal hingga dia terpaksa beli kad yang baru. Efektifkah sistem ini?

Ya, memang sangat efektif untuk melancarkan trafik, dan juga efektif untuk memperoleh keuntungan berlipat lipat lipat kali ganda.

Crazy.

Pada aku daripada buat sistem prepaid untuk bayar tol, lebih baik buat sistem postpaid untuk bayar tol. Korang lalu dulu tol tak payah bayar apa2, hujung bulan dapat bil penggunaan tol yang perlu dibayar. Masalah kesesakan dapat diselesai, pengguna pun tak rasa ditekan. Walaupun mungkin ada orang tak nak bayar bil atau lambat bayar, tapi benda tu boleh je diselesaikan mengikut saluran undang2 seperti denda dan masuk mahkamah seperti mana perkhidmatan postpaid yang lain.

Atau paling tidak pun, tambah lebih banyak lorong Touch N Go, Smart Tag dan Plusmile manakala lorong tunai hanya 1 atau 2 lorong sahaja, sekurang2nya pengguna masih ada alternatif untuk membayar tol terutama pada orang yang jarang menggunakan lebuhraya.

Cuma yelah, dalam sistem kapitalis ni mana ada konsep kebajikan. Kalau ada peluang untuk menjamin atau secure keuntungan, buat apa ambil risiko yang boleh merugikan diri.



tags: transaksi tol tanpa tunai 100% elektronik elektronic cashless plaza rate bayaran bayar kadar jambatan pulau pinang plus kad harga rebat touch n go tng smart tag plusmile beli topup top-up kredit kebaikan keburukan kelebihan kelemahan

18 ulasan:

  1. Memang betul. Tak byk pun kebaikan yg dpt. Pihak tol je yg untung. Famili sy duk kt kuantan terpaksa beli kad la pasni walau hanya beberapa tahun sekali je turun kl.. Pengurangan peluang kerja tu mmg obvious sgt..

    BalasPadam
  2. aku x penah ada touch n go so mmg kurang cerdik bab ni... tp ade expiry date ke?? kalo x habihkan dlm tempoh tertentu takleh guna yg baki tu? kena topup utk aktifkan mcm sim kad prepaid?

    kalo cmtu mmg bengang gak ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. expired date: 10 thn. beli 2015. expired 2025. tu pun kalu guna kad yg sm

      Padam
    2. 10 tahun. lame gak tu. ok la kot. lepas ni kena amalkan kot membawa touch n go seperti bawak kad pengenalan dan henpon, bawak ke mana2 aje, takla kena beli yg lain.

      atau pun sangkut kt leher.

      Padam
    3. sekurang-kurang mesti menggunakan sekali kad touch n go anda.. kalau xguna nnt kad jd tidak aktif

      Padam
  3. apa nak buat disebalik kelebihan pasti ada kekurangan, disebalik kebaikn ada agenda tersembunyi

    BalasPadam
  4. Ye, aku slalu memikir klw org yg takde TnG pastu x cukup duit nak beli on the spot..bukan ke akan menyebab "jam" jugak akhirnye? Mungkin diorg pikir masalah ni hnya permulaan, lepas sedekad semua penghuni Malaysia dah beli TnG and xde masalah. Sekali lg betul! Aq geram x dpt guna baki yg ada walaupun sen sen tapi klw kumpul lama2 xke boleh beli BMW kan? So, kepada Pentadbir tol yg tamak haloba ni cuba ko guna balance yg penguna xleh pakai sebagai peruntukan utk bg Card sahaja secara percuma?kad pon ko nak amik untung...spatutnya dpt free kpd pengguna sbb dh bertahun kita bayor...contoh klw kedai mamak upgrade tambah lagi dua TV hasil perniagaan yg baik, xkan pelanggan nak kene bayar utk penambahan dua TV tu...
    tapi aku still sokong dgn pengunaan TnG ni, tol tunai ni salah satu punca jalan sesak cm harem.And akan paksa rakyat maju kedepan biar pon pedih skit.

    BalasPadam
  5. Di Malaysia ni.. ada mcm2 gila. Rakyat pun gila.. kerajaan pun gila. Ustat dan tok imam pun sama gila. Cikgu engineer dan segala manusia berlumba2 untuk jadi gila babi.

    Barang 10 sen, boleh dijual baratus2 harganya. Bisnes MLM menjalar kemana2. Derma seringgit dah tak laku, datang derma berpekej2 pulak. Hinggakan sekor kambing RM700 dah jadi RM1900!

    Inilah terjadi kepada rakyat dan kerajaan yg nak kaya cepat. Air mineral 600ml pun dah RM2.50! Sikik hari lagi dah jadi RM15.00! Gaji naik ciput, perniagaan ala MLM sudah menular dimana2. Sumarnya kalo boleh nak isap duit customer trus jadi papa kedana.

    TNB TM Syarikat Air Negeri dibina guna modal duit rakyat, sudahpun menjadi syarikat swasta dan medan sedut duit orang ramai. Mula dgn Islam Hadhari. Skrg Islam haramjadah apa pulak ni? Jual agama mmg untung. Politik mengolah persetujuan ramai adalah perkara enteng. Nilai RM jatuh ada baik utk perlancongan.

    Politik ugut dan membodohkan orang lain, mendapat pujian jemaah menteri, ketua2 tertinggi jabatan kerajaan.

    Jadi apa yg kita ada, hanyalah telor dua biji juga akhirnya. Nak melancap nanti pun kena dapatkan lesen tahunan dari pejabat2 mufti. Tamat tempoh, xdpt melancaplah kita.

    Inikan pula harga tol.

    BalasPadam
    Balasan
    1. What the tooooot....klw dulu ungkapan "orang tamak slalu rugi" tapi dah x releven skrg ni "sorg tamak sumer rugi" peribahasa pun dah jd gila

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. selagi si botak mulut merah belum turun selagi tula duit akan di perah dari poket rakyat kekekeke

    BalasPadam
  7. kalau di jepun, sistem etc link kepada kad kredit so sapa yg ada kad kredit sahaja boleh guna etc..so maknanya hujung bulan baru bayar tol..andai kata taknak bayar automatik ccris akan sangkut dan confirm susah nk buat loan kalau ccris tak cantik..

    oh ya kalau di jepun jugak kkalau ada 10 kaunter tol hanya 1 sahaja utk cash 9 lagi etc..so kbykan guna etc cuma yg emergency sahaja akan guna cash kat kaunter..tu pun kaunter takda org..pakai mesin bayar duit parking je

    dan lagi best tol di jepun jugak kalau di bahagian bandar2 besar tak wujud pun kaunter tol..letak palang sensor atas jalan lintas je etc device bunyi duit dah kena telan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde etc device takde la duit kena telan...

      Padam
  8. Kot mana pon duit tetap kene telan, syafiq citer cara efisien Jepun telan duit tanpa mmbuat kesesakan,atw kepayahan kpd pengguna

    BalasPadam
  9. Tol postpaid idea yang bagus.
    Tapi di Malaysia tanah air ku yang tercinta ini dalam mimpi ajelah kot

    BalasPadam
  10. tak dapatlah aku nak pecahkan duit RM50 dan RM 100 kat tol ni, suka guna duit, dari kad, sebab kat tol ni, diaorang tak pernah tanya soalan BODOH! MACAM kat kedai, tak de duit kecik ke bang, tak de duit kecik ke bang? tak de duit kecik ke bang? Bangang betul!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...