Himpunan Rakyat Bersatu ini menggariskan lapan objektif utama:
1. Menzahirkan amaran keras supaya jangan menghina pemimpin Melayu dan menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan.
2. Menghimpun umat Melayu bagi menunjukkan solidariti sekali gus mendokong teras dan keadilan sosial seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
3. Mendesak Kerajaan supaya bertindak tegas kepada pengkhianat negara yang memfitnah serta mempertikaikan kredibiliti Kerajaan dan mahu menjatuhkan pentadbiran yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem pilihanraya.
4. Mendesak Kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran tanpa kompromi untuk memupuk perpaduan dan toleransi ke arah pembentukan bangsa Malaysia.
5. Menuntut Kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar seperti yang dijamin oleh Perlembagaan khususnya di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan pembelaan dan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.
6. Menyarankan kepada Kerajaan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan sebagai satu langkah dalam usaha-usaha Kerajaan untuk memastikan tahap keselamatan dan keamanan serta ketenteraman dalam negara sentiasa terjamin.
7. Memupuk dan menzahirkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam jati diri rakyat demi menuju ke arah satu perpaduan nasional yang mantap.
8. Memastikan tiada lagi pehimpunan seperti Bersih di masa-masa akan datang.
Namun melihatkan pada apa yang berlaku pada hari ini, ia sebenarnya tidak ubah seperti Himpunan Anti dan Benci Cina, itu sahaja. Malah ia langsung tak kena dengan nama perhimpunan ini iaitu Himpunan Rakyat Bersatu, di mana yang boleh berhimpun hanya melayu, sedangkan rakyat itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, dan tak tau kat celah mana Rakyat Bersatu tu kalau kat perhimpunan tu asyik mencaci dan mengutuk Cina.
Kalau tengok video ini, aku tak tahu kat mana yang dikatakan Rakyat Bersatu, kat mana yang dikatakan perhimpunan aman, kat mana yang menggambarkan sifat orang Islam.
Nak tengok lebih banyak gambar boleh layari FB Malaysiakini.
Aku tertarik dengan slogan di banner ini...
Malaysia Melayu Punya...
Maka adakah Malaysia memang Melayu punya?
Tidak.
Negara Malaysia adalah kepunyaan semua rakyat Malaysia tak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Dayak, Melanau dan lain2 kaum dan etnik lagi termasuk orang asli. Negara Malaysia adalah milik kita bersama.
Namun tak dinafikan orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak mempunyai hak keistimewaan tersendiri seperti yang sudah termaktub dalam perlembagaan, malah Malaysia juga boleh dianggap sebagai mainland atau tanah besar kepada kaum Melayu, sebab tu nama dia pun Malay-sia, bukan Cina-sia atau India-sia. Orang Cina sudah ada tanah besarnya sendiri iaitu negara China manakala orang India sudah ada tanah besarnya sendiri iaitu negara India.
Akan tetapi, walaupun Negara Malaysia ini adalah milik rakyat Malaysia, namun tanah dalam negara ini adalah milik orang yang berduit tanpa mengira kaum dan agama. Asal kau ada duit, kau boleh menjadi pemilik tanah di Malaysia.
Sayangnya, kebanyakan orang Melayu ini hanya mampu berslogan dan berretorik, hakikatnya masih ramai Melayu yang masih tidak mampu memiliki rumah dan tanah berbanding kaum lain, dan Melayu2 ini serta pemimpin2 Melayu juga masih tidak mampu untuk membantu Melayu2 lain untuk memiliki rumah dan tanah di negara yang dikatakan Melayu Punya.
Dan hari ini, mereka mengecam kaum lain terutama kaum Cina kerana mencabar dan mengancam kaum Melayu. Sebenarnya, apa yang orang Melayu rasa tercabar dan terancam sangat? UMNO, sebuah parti ketuanan Melayu telah memerintah Malaysia selama lebih daripada 50 tahun namun orang Melayu masih rasa tercabar, rasa terancam, rasa miskin, rasa takde kuasa dan sebagainya.
Malah mengapa orang Melayu rasa begitu terancam sedangkan:
1) Di Malaysia ada 9 Sultan dan seorang Agung dan semuanya orang Melayu.
2) Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang memegang tampuk pemerintahan juga orang Melayu.
3) Sejak tahun 1974, Menteri Kewangan adalah orang Melayu.
4) Selain daripada negeri Pulau Pinang, semua Ketua Menteri dan Menteri Besar adalah orang Melayu dan Bumiputera.
5) Menteri Kabinet majoritinya orang Melayu, dan kementerian yang penting dan berpengaruh diketuai oleh orang Melayu.
6) Daripada 222 ahli parlimen, lebih 50% adalah orang Melayu.
7) Lebih 93% kakitangan kerajaan, daripada jawatan paling rendah sehingga yang paling tinggi adalah orang Melayu.
8) Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibangun dan dilaksanakan untuk orang Melayu.
9) 80% kuota Universiti tempatan adalah untuk orang Melayu.
10) Diskaun istimewa untuk pembelian rumah dan pembelian saham amanah adalah untuk orang Melayu.
11) Jawatan tertinggi dalam kesemua pasukan keselamatan negara sama ada polis atau tentera adalah orang Melayu.
12) GLC dikawal dan dijalankan oleh orang Melayu.
Maka bagaimana, orang Melayu, sebuah kaum majoriti, yang sudah pun mempunyai kekuasaan dan kawalan mutlak terhadap semua institusi penting seperti politik, ekonomi, sosial dan keselamatan, boleh rasa terancam oleh kaum minoriti?
Dan adakah dengan mengancam, mengugut dan menakut2kan kaum minoriti yang lain maka orang Melayu akan dipandang tinggi dan dihormati?
Tidak.
Respect is to be earned, not demanded.
Penghormatan itu datang dengan sendiri melalui sikap, akhlak dan tauladan yang ditunjukkan, bukan dengan cara meminta2, apatah lagi dengan mengancam dan menakut2kan.
Kepada kaum lain, terutama orang2 Cina yang baik dan tidak sukakan perkauman, jika anda rasa tersinggung dengan kenyataan orang2 Melayu seperti dalam video di atas, aku minta maaf. Mereka bukan mewakili suara semua orang Melayu. Tidak semua orang Melayu itu rasis, dan aku juga tahu tidak semua orang Cina juga yang rasis. Orang Melayu rasis, orang Cina rasis, orang India rasis, semua itu bukan sikap sebenar kita sebagai rakyat Malaysia.
Nasihat aku kepada orang Cina yang baik, anda abai dan lupakan sahaja mereka2 yang rasis ini dan terus buat kerja anda. Teruskan belajar rajin2, terus cari ilmu, terus bekerja, teruskan berniaga, teruskan berusaha dan buat perkara baik seperti apa yang anda buat sebelum ini seperti biasa. Mereka2 ini tidak meninggalkan apa2 kesan pun dalam kehidupan anda.
Dan nasihat aku kepada orang Melayu yang baik, jangan biarkan benda2 seperti ini mengganggu kehidupan anda. Abaikan juga orang2 yang memberi imej buruk terhadap bangsa Melayu dan agama Islam ini. Kita mesti terus belajar, terus mencari ilmu, terus mencari kebenaran, terus membuat amalan baik, terus mencari keberkatan, terus bekerja, terus berniaga dan terus berusaha untuk berjaya dan mencapai cita2 dan impian. Kalau boleh carilah duit banyak2, sebab at the end, yang menentukan ada sekangkang kera tanah di Malaysia ini milik kita adalah duit, bukan slogan dan kain rentang.
Akhir kata, jom layan video filem pendek terbaru Mat Luthfi yang bertajuk "Berdialog dengan Orang Gua" ini.
tags: perhimpunan demonstrasi jalanan himpunan melayu maruah baju merah rakyat bersatu padang merbok anti benci cina langgar jalan petaling street bukit bintang low yat hari malaysia 16 september 2015 kuala lumpur surat peserta dibayar bawa bas konvoi rempuh ganas kecoh baling kon cedera sembur pemedih mata fru babi anjing barua cina
orang gua mcm noob la berterima kasih la kat orang2 baju merah ni mengharumkan lagi nama melayu!! yiii haaaaa!!!
BalasPadamSalam 1 rasuah ,
BalasPadamTadi saya ke bank nak ambil duit, selalu apa yang saya lihat ada melayu bersongkok atau bertudung akan tunggu di depan pintu bank minta derma untuk sekolah atau surau atau tabung kebajikan yang ntahdimanantah.
Tapi kali ini saya lihat ada india di depan bank, dia buat apa, dia jual muruku untuk menyara keluarganya.
Dari situ kita sudah boleh lihat gambaran bangsa melayu berbanding bangsa lain. Bangsa lain jika mereka nak sesuatu mereka terpaksa berusaha dan bergadai untuk dapatkan sesuatu.
Manakala bangsa melayu, mereka nak free, short cut dan mudah. Itulah yang berlaku sekarang dalam pendidikan, penjawat awam dan perniagaan.
Dalam pendidikan mereka ada kuota spm serendah 3A boleh ambil degree, ada yang pakai credit je A tak ada, bangsa lain 10A baru pandang. Dalam penjawatan awam berapa ramai yang datang goyang kaki kerana jawatan yang diwujudkan lansung tak diperlukan contoh ft17 di sekolah-sekolah. Dalam peniagaan pun begitu tapak niaga yang dikhaskan kepada mereka disewakan kepada pendatang asing, syed bukhari meniaga untung sapu rugi kerajaan tanggung. Hakikat bro heee.
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee
mamat cemerlang jadi pedo kat luar negara tu jawatan dia sebagai apa plak?
Padamketua pedo ke?
Ada pihak yang sudah jelas malah termengaku menggunakan 'tangan luar' untuk memperoleh kuasa di negara ini.
BalasPadamMalah ada yang dapat bantuan dari Zionis.
Jadi berhati-hatilah.
Ya. Kenapa melayu rasa terancam? sebab 12 perkara di atas yang di pegang melayu dah mula nak dipertikai/ rampas oleh cina DAP.. matlamat DAP sendiri hak hapuskan hak keistimewaan melayu di bumi Malaysia ni. Kedudukan ISLAM pun dah mula dipertikaikan.. Fikir-fikirkanlah..
PadamMaaf mencelah, bagi saya, isu yang paling utama kenapa melayu takut cina perintah adalah disebabkan isu tanah, duit boleh dicari tapi kalau tergadai tanah mana nak cari ganti, memang orang cina ada duit tapi orang melayu (mungkin sebab agama Islam) pun ada duit tapi tak serakus cina yang rakus mencari duit tak kira jalan depan ke jalan belakang. Lihat saja negeri yang di pegang mereka, alasan kapitalis digunakan untuk mengambil tanah negeri.
BalasPadamDalam perniagaan cina lah yang paling rasis, aku cakap melalui pengalaman aku dalam bidang perniagaan sayur-sayuran, bidang lain aku tak tahu, berbeza dengan cara meniaga orang melayu.
Kalau melayu pegang ekonomi, kaum lain boleh berniaga,kalau cina pegang ekonomi, memang kaum lain tiada peluang.
Sekadar pendapat...
1. Berdasarkan apa yang aku tulis kat atas tu, untuk kaum minoriti Cina memerintah negara yang majoritinya Melayu dan Bumiputera hampir mustahil.
Padam2. Berdasarkan apa yang aku tulis kat atas tu juga, walau sekarang ini Melayu perintah, tanah sudah banyak tergadai pada orang bukan Melayu dan juga orang luar negara.
3. Ramai je pemimpin2 Melayu yang rakus siap boleh berkawan lagi dengan kapitalis Cina yang rakus ini. Yang kaya terus kaya yang miskin terus miskin.
4. Kalau Cina rasis dalam perniagaan sayurnya, kerajaan yang dipimpin orang Melayu dan peniaga Melayu buatlah sesuatu untuk meningkatkan penguasaan orang Melayu dalam perniagaan sayur juga. Buat kursus, bagi bantuan kewangan, buat kebun dan ladang sayur untuk orang Melayu, bagi insentif pada pemborong sayur, bina pasar untuk peniaga sayur Melayu dan sebagainya, tapi bukan dengan cara menjatuhkan peniaga sayur kaum lain. Ini pergi2 ke pasar borong penuh dengan orang Bangladesh dan Indonesia juga.
5. Sekarang ini melayu pegang kuasa tapi orang Melayu masih tidak boleh berniaga sehebat Cina juga. Kenapa? Sebab sikap kita sendiri. Tak jujur, cantas mencantas, nak kaya cepat, tak mesra pelanggan, pengurusan kewangan yang lemah, tidak ikut peraturan seperti menjaja tepi jalan dan depan sekolah tanpa mendapatkan lesen dan permit dan sebagainya.
Bila cina dah pegang kuasa, tak mustahil 12 perkara noob tulis tu tergadai. Terutamanya bila kuasa luar masuk campur. org kuning berhimpun, dunia tengok. org merah pun berhimpun, dunia pun bole nampak. check & balance.
PadamNoob kata hampir mustahil cina dapat memerintah melayu & bumi bukan mustahil 12 perkara tu tergadai~
PadamMaaf,
Padam1. Cina memang tak perintah negara tapi dia perintah negeri (hal tanah hal kerajaan negeri).
2. Melayu perintah (tak kira pembangkang or kerajaan) tapi yang dok bagi duit masa pilihanraya ialah cina dan orang luar, so bila dah menang pilihanrraya diorang minta balasan. (melayu ni melayu keparat)
3. Pemimpin melayu rakus siap buat benda haram tu aku doa dia berubah, tapi aku kenal banyak golongan macam ni, dah kena macam2 penyakit masih tak berubah. Tapi melayu ada juga yang rakus cari rezeki tapi kebajikan kaum dia tak lupa (islam tak suka umat hebohkan pasal amal)
4. Kerajaan tak boleh buat apa, takat buat program yg Noob cakap tu kerajaan memang dah buat tapi cina ni licik, contoh orang melayu baru nak jinak2 buat import export produk sayuran dari cina, dia boleh pulak pi sogok kebun kat cina bagi barang tak cantik pada melayu nih, lepas tu time melayu bawa masuk kontena nak berniaga, cina bawak masuk berkontena barang yang sama supaya si melayu ni tak dapat jual dengan harga yang berbaloi,cina ni dia rugi sikit tak apa asal si melayu ni jatuh tak boleh bangun sampai bila2 (nampak tak permainan dia?)
For your information, pasar borong banyak bangla dan indon tu pekerja je, tokey besar tetap cina
5. Ni aku setuju sangat2, tapi ada juga segelintir yang betul2 ikhlas,sah dan mesra berniaga tapi susah mau jumpa
and seperti yang aku kata, pendapat rakyat marhaen macam aku ni ialah aku takut anak cucu aku di masa akan datang kena duduk kat kampung2 sebab bandar dah dikuasai bangsa lain (tanah dah tergadai kerajaan pun tak boleh buat apa2), dan sejarah akan berulang dengan sendirinya dimana melayu di kampung,cina di bandar.. pemimpin melayu tak sedar diri sila buka minda dan berpandangan jauh mcam Dato Onn..
Man Utd la diorg ni... liverpool pun sama
BalasPadamAsal ko bracket (mungkin sbb Islam)? Adakah ko beranggapan islam mengehadkan pencarian duit? Melayu tu sendiri punca nya...Cina bulan rakus tapi profesional, apa yg mereka buat hasilnya membanggakan Melayu yg rakus...kuasa x reti pkai, duit x pandai manage, bisnes x reti market. Klw melayu ade duit nk beli tanah..cina tak pikir panjang pon nak jual. Melayu x praktikan islam tapi yg praktikan dlm x sedar...cuma jgn la samakn yg haram tu~
BalasPadamLa..aq nk komen kat anon 9:00Pg
PadamMelayu ni sebenarnya cemburu dengan cina tu je. Tak kira la cina buat apa mesti salah. Dulu bila bersih cina skit kata cina x kisah pasal negara, bila ramai kata mencabar mencabar melayu...senng cmni la tak kenal maka x cinta. Yg assume cina jahat ni try la kawan ngn cina...try saling kenal mengenal...best tau ada kawan berbilang bangsa. Klw takat ada kawan cina x cukup...bagi rapat smpai ajk kluar minom xde mslh
BalasPadamkalau macam tu hapuskanlah SRJK, tak kenal maka tak cinta kejadah nya kalau dari kecil dah diasingkan ikut kaum. Tapi aku tau, diorang akan menyalak kuat punya bila nak dihapuskan sekolah tu, diorang takut kekayaan diorang dikongsi orang lain, mengaku malaysian konon, dari mula lagi memang puak ni tak bangga jadi malaysian, memang ada cina yang baik dan patriotik tapi sangat sedikit seumpama melayu yang sedar diri..
PadamItulah masalahnya. Dari kecil kita diasingkan. Org cina nk ckp cina, melayu nak ckp melayu, begitu dgn india. Tak cukup dgn skolah.berita pon ada melayu,cina,india...x cukup lg...radio pun sama, sampailah ke komik pon ada versi melayu, cina india. Mana taknya tak kenal. Spatutnyer kita disatukn dari kcik time cute, skrg dah bsar x hensem byk songeh...
PadamMasing-masing ada hak untuk berhimpun secara aman. Orraaaiit... yabedabeduuuuuu..
BalasPadamsibuk nak hapus sjkc, apa masalah sjkc dah bagi kat korang? produk sjkc jadi mat rempit ker? jadi mat dadah? jadi mat ragut? jadi mat rogol 32 orang sekampong macam di kelantan? typical meleis. racist tak sudah sudah.
BalasPadamdiorang memang tak jadi rempit ke mat dadah ke mat ragut ke tapi produk diorang jadi kaki penipu gadget clon, tipu MLM, tipu dalam jualan (jual jam/laptop/handphone ori tapi dalam dah tukar cikai punya), samseng kongsi gelap, penjual barangan tiruan, pelacuran,cd cetak rompak, tokey besar dadah, dan macam2 jenis tipu bak kata mereka tak tipu bukan meniaga maaaaa, kau tu je buta kayu tak nampak,
PadamRacist pebendanya kalau nak hapuskan skjc, skjc tu la rasist yang terang dan nyata, kita nak satu sekolah je, baru la ada perpaduan
Anon 5:22PTG aku x stuju SJKC tu melahirkn spt apa yg ko ckp...tapi aq stuju kita nak satu skolah je.Baru ada perpaduan
PadamMaaf, aku cuma nak sindir anon 4:02 PTG sebab ayat sindiran dia seolah2 sekolah kebangsaan yang melahirkan rempit semua kejadah, semua sekolah tak kira apa pun sama je, individu sendiri yang tentukan baik buruk kelakuan
Padamkau yang buthurt, aku tak sebut pun sekolah kebangsaan produce mat rempit, mat ragut, mat dadah, mat rogol sekampung, kau jer perasan. soalan dan kenyataan pun kau gagal hadam. kalau dah tahu baik buruk bergantung pada individu dan bukannya sekolah, apa hal sibuk nak hapus sjkc? kan nampak kau bodoh. nak satukan sistem pendidikan, at the same time kau halang orang bukan melayu masuk ipta yang sama dengan kau. kau tuduh sjkc racist, tapi sjkc tak halang anak melayu masuk belajar. kau yang racist, kau tak nampak, patutla parti umno tak layak masuk sarawak. typical melayu semenanjung berideologikan umno. shit at their best
Padam90% kekayaan Malaysia hanya berlegar di kalangan 1% org melayu dan 30% org bukan melayu. Yg selebihnya berebut2 untuk 10% yg selebihnya. Sekiranya bukan melayu benar2 ingin kan kesamarataan seperti yg selalu diperjuangkan, berani tak mereka bagi seimbang nombor diatas. 1% penyagak melayu yg sepatutnya dihalau kerana mengkhianati kepercayaan 99% yg lain.
BalasPadamBile kebanyakan melayu miskin, itulah punca orang melayu Nampak banyak buat perkara negative.
Sekali sekala kena tunjuk juga kt golongan pendatang tu di mana tempat mereka. Nk tumpang berniaga , buat elok-elok bayar cukai tanggung melayu dan bss.
BalasPadamhttp://www.thehypemedia.com/2015/07/dengki-cina-pasang-khemah-depan-kedai.html
BalasPadamni salah satu contoh orang cina "pandai sangat" meniaga dan "tidak rasis"
yang rasis orang melayu Islam jer
Salam. Sedihnya tengok kat sini pun berbalah sebab Cina... Melayu. Brader semua berbalik ke Islam.. InsyaAllah selesai.
BalasPadamKepada yg takut ngan Cina... Baiki diri dan keluarga, berusaha utk berjaya dunia akhirat. Jangan jadi kan bangsa sebagai alasan sebab Islam merentasi bangsa.
Kepada yg tak setuju dgn setuju dgn 'Baju Merah' dan sewaktu dengan nya. Itu hak diorang. There's no racis & hatred in most of us but the stupid and ignorance. Dont hate them but hate their deeds. Help them for There is always forgiveness and redemption. Kalau korang berbalah ko pun sama cam diorang.. Rasis sbb ko tak leh terima depa yg tak sebulu ngan ko.
Rgds & JazakaAllah
Aksi baju merah
BalasPadamhttps://www.youtube.com/watch?v=dyh0KVdZoKg