Isnin, 21 September 2015

26 Dakwah untuk membimbing atau sakitkan hati orang?

Dakwah sentap, tazkirah sentap, tarbiyyah sentap, kuliah sentap, ceramah sentap dan lain2 nama dakwah dengan nama sentap. Lately ini dah seperti menjadi satu trend orang bagi dakwah agama dengan cara sentapkan orang sehingga ramai orang nak dakwah sentapkan orang. Pada mereka, lagi ramai orang yang terasa lagi bagus. Lagi ramai orang sakit hati lagi bagus. Lagi ramai orang yang benci lagi hebat.

So macam mana berdakwah dengan cara bagi orang lain sentap ni?

Marah, herdik, sindir, perli, sarkastik, sinis dan kata2 pedas terhadap orang lain yang dilihat tak begitu mengikut pada ajaran agama.

Gambar hiasan. Kartun oleh Rusdee Artz.

Malah ramai pendakwah2 sentap terutama kat media sosial seperti berlumba2 nak menyentapkan orang lain, malah siap self-claimed sebagai pendakwah sentap kerana berjaya buat ramai orang terasa. Makin banyak dan hebat dia menyentapkan orang lain, makin berduyun2lah orang yang nak Follow dan Like mereka, sehingga mereka terlupa, yang berdakwah itu juga ada adabnya.

Aku faham, teknik yang dikatakan dakwah sentap ini memang agak berkesan terutama di ceramah2 agama atau dakwah tersebut lebih berbentuk umum dan bersifat terbuka tanpa menyebut atau ditujukan khusus kepada mana2 individu. Seperti contoh nak tegur wanita yang tak menutup aurat, atau perihal lelaki yang tak menjaga pandangan mata dan sebagainya secara umum, maka siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya. Yang ini boleh diterima sebab ia boleh memberi kesedaran kepada orang ramai dan kurang mengguris dan menyakiti hati orang lain.

Namun apabila sesetengah self-claimed pendakwah sentap ini menggunakan teknik dakwah sentap tersebut secara direct pada seseorang yang kadang2 dia sendiri tak rapat atau tak kenal pun sehingga mememalu, mengaib dan menyakitkan hati orang tersebut, adakah memang ini adab berdakwah yang sebenar?

Nampak orang perempuan post gambar yang memperlihatkan rambutnya di FB, terus bagi komen "Ni tunjuk rambut ni memang kebal api neraka ke?"

Nampak lelaki dan perempuan bukan mahram bersalaman terus sound "Lebih baik kau pegang babi, babi lepas pegang boleh samak, kau pegang perempuan haram tak boleh samak."

Korang ni sebenarnya nak berdakwah ke nak sakitkan hati orang? Dan apabila orang tersebut makin tak faham dan menjauhkan diri daripada agama disebabkan akhlak, cara dan adab kau berdakwah kepada mereka, kau rasa betul ke cara kau tu?

Kartun oleh MFRStudio.

Kita berdakwah ini untuk buatkan orang semakin dekat dengan Islam, buatkan orang semakin selesa dengan Islam, buatkan orang semkain sayang dengan Islam, bukan nak buatkan orang makin kurang selesa, makin jauh daripada Islam dan orang Islam.

Kau tak boleh anggap semua orang ilmu mereka tinggi macam kau. Kau tak boleh rasa semua orang ada latarbelakang agama macam kau. Kau tak boleh sembur dan pukul rata semua orang dengan cara yang sama. Sebab kau tak tahu pun corak pemikiran mereka macam mana, latar belakang kehidupan mereka macam mana, emosi dan perasaan mereka macam mana, pemahaman mereka terhadap agama macam mana, lebih2 lagi dengan orang yang tak dikenali atau stranger.

Kau mungkin telah mendapat didikan agama sejak kecil lagi, tapi ada orang yang tak pernah dapat didikan agama sepanjang hidupnya kerana dilahirkan dalam keluarga yang Islam hanya pada kad pengenalan.

Kau mungkin dah memperolehi degree, master dan PhD dalam pengajian Islam dan Al-Quran, tapi ada orang yang tak pernah diajar untuk baca Al-Quran dari kecil sehinggalah mereka besar. So kau tak boleh nak expect yang mereka boleh faham Islam sebagaimana kau faham Islam sehingga kau rasa layak untuk sembur, sindih dan merendah2kan mereka.

Kalau dengan kawan2 yang kau dah biasa tu OK la kau nak sembur bagi diorang sentap dan panas pun sebab diorang memang dah kenal perangai kau, tapi orang2 yang kau tak kenal atau tak rapat, tiba2 kau nak sembur diorang, rasa2 diorang suka dan boleh terima ke?

Janganlah buatkan orang rasa yang Islam ini agama yang kasar, yang penuh dengan kebencian, kemarahan dan merendah2kan martabat orang lain kerana cara kita berdakwah. Nak berdakwah ni kena ikhlas, berilmu, amalkan ilmu, sabar, berakhlak baik dan berhikmah.

Sebab tu aku sendiri bila nak bagi nasihat atau tulis benda2 yang melibatkan hal2 agama, aku akan cuba buat tanpa membuatkan mereka rasa sakit hati, jelek, jengkel dan benci pada orang muslim dan agama itu sendiri.

Ini kalau awal2 lagi kau dah timbulkan persepsi yang tak disenangi oleh orang lain terutama orang yang kau nak dakwah tu, macam mana kau nak berdakwah lagi kepada mereka kalau mereka dah rasa benci dan mahu jauhkan diri daripada kau?

Cubalah dekati diri mereka dulu, berkawan dengan mereka, fahami latar belakang mereka, selami hati dan perasaan mereka, tunjukkan akhlak yang baik dan terpuji, barulah mudah untuk kau dakwah dan bimbing mereka. Ini baru konsep dakwah yang terbaik, bukan dengan sentap2kan orang.

Akhir sekali, tolong, tolong jangan rasa bangga dan best bila dakwah kita dapat sentapkan orang dan self-claimed betapa hebat dan pakarnya kita menyentapkan orang lain dalam berdakwah serta  janganlah jadikan dakwah sentap itu mewakili cara sebenar orang Islam dalam berdakwah.

Semak balik niat kita berdakwah, kita ni nak membimbing atau nak sakitkan hati orang?




tags: berdakwah dakwah tarbiah ceramah nasihat teguran tazkirah sentap mantap sakitkan hati sindir sinis perli cara kaedah teknik adab etika

26 ulasan:

  1. tujuan berdakwah untuk menyampaikan ilmu untuk orang lain follow tapi kalau terlampau buat orang sentap bukan je tak berkesan untuk mengajak orang berubah kearah kebaikan malah buat orang benci pada pedakwah2 yang suka buat depa sentap.. So, hati2 la kalau nak sentapkan orang dalam dakwah. silap teknik orang melihat dakwah adalah perkara yang menyakitkan hati orang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju, nanti org pandang negatif pulak fasal hal2 dakwah ni

      Padam
    2. https://www.youtube.com/watch?v=dyh0KVdZoKg

      Aksi tanpa seurat benang..

      Padam
  2. Niat tu plg penting, klw betul tulus nk menasihati seseorg, ko akan jaga maruah org yg ko nak nasihat, bukan nak jd kan dia bahan ketawa depan khalayak atw tmpt perbandingan ilmu. Takda sebab len klw ko nak dakwah bg org tersentap, sakit hati, down, malu,etc melainkan ko nak cari kebanggaan diri atw nak jd tumpuan org.

    BalasPadam
  3. contohilah brader kedepan dalam menyampaikan dakwah.

    BalasPadam
  4. Nape noob... hang ada tesentap dgn mana2 ustad ka.. ce la cite ustad mana tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku takde la sentap dengan ustaz, in fact aku sendiri boleh terima je kalau ustaz2 ni bagi ceramah sentap. Cuma aku tak berkenan dengan cara2 ustaz ustazah fesbuk yang nak tiru trend dakwah sentap tapi tak kena cara, malah ada yang boleh rasa bangga pulak sebab berjaya buat orang terasa.

      Padam
  5. Allahu..kalau sentap itu sentap hati ke arah kebaikkan ok tak apa..tapi kalau sebaliknya..kena muhasabah diri kembali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, memang baik utk kearah kebaikan. Tapi sebelom kawan tu sempat dpt muhasabah diri, dia dah pon diberi bebanan baru oleh pendakwah sentap ni. Bebanan ape? Rasa Malunya, aibnya dah diketahui ramai. Contoh, kata seorg murid yg kesalahan/kecuaian dia di heboh satu kelas...apa persepsi rakan2 dia especialy yg x kenal dia..org dah set in mind, dia ni careless boy/x boleh pakai. Tapi klw kesalahan dia diberi tau secara personal, and dia perbetul kesilapannya,and kali ni dia buat dgn cara betol. Hasilnya dia dpt perbaiki diri dia tanpa perlu risau persepsi masyarakat kat dia.

      Padam
  6. Ye la tu..rasanya ramai sgt ustaz2 fb ni bila menegur tu seboleh2 nak bg org bersalah tu sentap dan sakit hati. Rasa bangga pulak tu bg ayat2 sentap.

    Penegur2 camni kalau kita tegur dia balik pun, mesti nak backup statement dia " kadang2 kena bg ayat sentap sikit bro, baru diorang ni faham". Ego. Padahal aku rasa, ramai yg menyampah bila kena tarbiah dgn cara mcm tu.

    Niat nak ajak dekat dgn islam, tp cara tu sendiri menjauhkan org lain dari islam. Niat mcm nak dpt perhatian dan likes pulak aku tgk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hah..fb tu aper bro? Mcm lama jer aku x login.

      Padam
  7. sama macam menegur..biar la dengan niat utk menasihati, bukan untuk mengaibkan.

    kalau depan-depan, biar la satu sama satu antara kita dengan dia jer, kat tempat yg takde orang..bukannya tinggikan suara depan public.

    kalau kat fb, boleh tegur melalui pm..bukannya gi komen sound deret kat status dia :)

    BalasPadam
  8. bg pendapat saya,manusia ni tak sempurna.setiap orang buat silap dan salah.apa salah nya tegur elok-elok,perlukah kita untuk sarcastic untuk menasihatkan orang.kadang-kadang lagi elok cakap terus terang tp dengan cara y baik.bukan nak ajak bergaduh.sekarang mungkin orang y kita tegur buat silap.mungkin nanti masa kita yang buat silap,kita kene tegur dengan orang yang kita tegur.bak kata omputeh 'what goes around come around'.hari ini hari kita,esok belum tentu lagi.
    kita suka ditegur dengan cara yang baik.n kita perlu tegur orang dengan cara y baik.
    tp itu cuma pendapat sy lah.ia mungkin betul atau salah.bergantung kepada orang yang menilainya.

    bg saya tiada pendapat yang betul atau salah selagi ianya tak berkaitan dengan agama.kita kene tanya orang yang ada ilmu tentangnya.jangan kita cepat menjatuhkan hukum sebab siapalah kita untuk menghukum seseorang sedangkan kita sama-sama manusia yang tak terlepas dari membuat kesilapan.

    BalasPadam
  9. Itu paseinyer aku lgk suka baca post updates dakwah dari page Indon ker......page English ker kalau dekat facebook especially......sbb lgk mild cara penyampaiannyer atau posts dari pakar motivasi cam Dr. Fadilah Kamsah atau Prof Muhaya etc......sbb dorang ada otak n ada class tak reti nk point itu ini kasik org sentap atas alasan dakwah kononnyer esp so-called pendakwah perasan yg aku pn tak kenei saper jer dorang.......post sentap itu ini tp suka add jantan betina.....like gambo jantan betina sana sini......syok diam diam kat sidia tu sidia nie.....bila org tak layan maleh nk follow dorangnyer nonsense makin galak wat status cam gampang sentapkn org lgk.......itu haram ini haram......org itu ini takder akhlak pelbagai padahal kenei org pn tidak.......pendakwah apa jer kalau ghoper itu perangei?......posts dorang pn bnyk jer yg berbau dengki guna kata ulamak itu ulamak ini......hipokrit giler babi.......loya jer aku bila ternengok status updates dorang dekat news feed aku.......sorry aku mg anti giler ngn hipokrit hipokrit agama nie be it di alam maya mahu pn di alam nyata......sekian......

    BalasPadam
  10. 1 lagi artikel berkualiti daripada BO..harap artikel ni diulang kongsi beribu kali dan tak jadi mangsa kopipes tanpa kredit sekiaaan..

    BalasPadam
  11. satu topik dengan huraian yg sangat bagus dan mudah untuk di fahami. kekadang sgt betul dan kebanyakan menegur org dgn cara yg salah. dan yang paling susah nak elak bangga setelah berdakwah tu. especially bila org sekeliling tu puji. agak2 boleh tak huraikan jenis2 penerimaan manusia terhadap dakwah sentap ni.? (faham tak soalan ni?)

    permission to share.

    BalasPadam
  12. Mohon noob extend la sikik komen melibatkan 1Malaysia. Tak terikat dgn melayu saja. Kekadang boring la jugak. Cina India pun mcm kita jugak buat salah dan kelaku camsial, tapi yg melayu ja asyik diketengahkan.

    Banyak juga kejadian Cina India camsial berlaku depan kita seharian. Skrg kita dah bercampur bauh dah lebih 100 tahun dah.. harap kita dapat sama2 betulkan masyarakat kita tak terikat dengan kaum melayu saja.

    Kita tak mahu orang asal pun terus ketinggalan hidup di hutan2 tebal. Orang melayu tebal dgn jiwa kekampungan dan Cina India bandar yg terlalu up to date. Kebebalan dimana2.

    Kearah Malaysia yg lebih berhikmah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entry ni lebih fokus kepada untuk orang Islam. Pasal 1Malaysia entry2 lain pun sudah banyak menyentuh pasal perkauman dan masalah dalam masyarakat tak kira kaum. Nak kait adab berdakwah dengan agama lain macam tak kena juga, tapi sebenarnya ia masih boleh terpakai kepada orang Islam yang mahu berdakwah kepada orang bukan Islam. Sebab tu kita kena tunjukkan imej dan adab berdakwah dengan cara dan akhlak yang terpuji agar orang bukan Islam lebih selesa dan mahu mendekati Islam. Cuba kalau kita guna pendekatan dakwah sentap atau tunjukkan akhlak yang tidak baik terhadap orang bukan Islam, rasa2 mereka mahu peluk Islam tak?

      Padam
    2. Tapi biasanyer jarang orang islam nak berdakwah dekat bukan Islam dgn menyentap. Dengan bukan Islam biasanya org Islam akn cakap baik2 terang satu persatu. Sentap ni biasa guna dekat saudara sesama Islam sebab kononnya seseorg islam tu tau satu2 hukum tapi buat2 tak tau. So malas nak pergi cerita dekat dia yg ini halal yg itu haram sbb dia dah tau. So dgn sentap ni bg dia alert dia tgh buat silap.kan kan?kan?...ahh...kan?

      Padam
  13. yup, betul tu..setuju dengan pendapat saudara. Walaupun tujuan menyentap tu baik, tapi kalau tak kena dengan cara juga boleh menjarakkan hubungan silaturrahim.

    Cukuplah dengan tunjukkan keperibadian yang baik, sopan dengan seikhlas hati kepada semua orang dan InsyaAllah akan menyentap orang yang "terkena" sekaligus akan mencontohi keperibadian kita ke arah yang lebih baik.

    :)

    BalasPadam
  14. Saya bagi 5bintang Untuk artikel ni..

    BalasPadam
  15. Artikel yang sangat membuka hati dan pemikiran.
    Fahami maksud dakwah - antaranya menjemput, menyeru, mengajak dan sebagainya.
    Cara terbaik untuk dakwah (mengajak ke jalan Allah swt)? Sebaik-baik manusia adalah Nabi S.A.W.

    "Too small to make changes? Imagine a mosquito."
    -Katya-

    BalasPadam
  16. Yang dok sound2 org kat fb tu bkn niat nak bdakwah.. jauh skali nak bglar ustaz/ustazah... diorang tu jenis sakit hati and pntag nampak slah org terus nak mambahan..aku pun x tau mcm mane term tu bleh melekat..

    Bile ade je org sound bab2 peribadi org terutamanya yang berkaitan agama pastu siap kuar nas dalil hadis Al-Quran, ko gelar ustaz la ustazah fb bagai.. mana la tak buruk reputasinya.. pasal ape? Pasal yang menegur pun main ikut sedap mulut je tak pikir persaan yang di tegur.. mmg la nabi kate kongsi la yang baik walau sebaris ayat..tapi kongsi nya mcm tu ke? Ape yang di sound tu ingat adik2 diorang agaknya..

    Tapi tu lah.. silap2 ape yang aku komen ni pun orang kate ustaz jgk agaknye.. ahh.. lantak la.. aku cuna bagi pendapat je...

    BalasPadam
  17. Dulu cikgu aku pernah kata,
    kalau nak menasihat, jangan nasihat secara sarkastik.
    Nasihat dan perli dua perkara yg berlawanan, tak boleh digunakan sekali.

    BalasPadam
  18. Salam bro... Aku nak buat 1 instagram psl dakwah.. Kalau boleh aku nk gunakan bahan post drpd blog kau.. Aku harap kau ok la nnt aku akan tulis kat post aku cc:tak.blogspot.. Klau kau ade pape boleh hantar ke email aku.. adamjohary04210@gmail.com

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.