Rabu, 16 September 2015

5 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 8

BAB 8

Sudah hampir seminggu Ray terlantar di rumah sewanya. Luka-luka di tubuhnya sudah pun beransur kering. Doktor memberikannya cuti sakit selama dua bulan dan dia membuat keputusan untuk berehat di rumah sewanya sahaja walaupun emaknya menasihatkannya supaya berehat di kampung. Alasannya, di kampung dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran maklumlah ini adalah semester terakhirnya sebelum bergelar Sarjana Muda. Jadi emaknya mengikut sahajalah kemahuan anak tunggalnya itu.  Padahal jauh di sudut hatinya tak sanggup untuk berjauhan dengan Qis.

“Assalammualaikum. Ray, tolong bukak pintu. Apahal pulak lu kunci pintu dari dalam?”, jerit Mie dari luar.

Ray pun mencapai tongkatnya dan melangkah setapak demi setapak kearah pintu, “Jap.. jap gua bukak”. Bukak sahaja pintu terus sahaja Mie menempelaknya, “Dah tau bertongkat yang lu kunci pintu dari dalam apesal? Lu layan movie baek punye ke?”.

“Banyak la lu punye movie. Dah..dah.. gua lapar giler ni. Mana gua punya mi goreng mamak?” Mie pun mengeluarkan sebungkus mi goreng daripada beg sandang Deuter nya.“Bro.. tadi ada budak nampak kereta Evo putih tu dekat seksyen 13. Bebudak cakap memang kereta tu selalu port dekat situ. So, lu nak gua kumpulkan bebudak ni pergi serang dia ke? Bebudak ni menunggu arahan je”.

“Tak payah la Mie. Kalau gua nak repeat, gua sendiri boleh pergi. Kaki dan tangan kanan gua je yang bersimen, tangan kiri gua still boleh genggam buku lima lagi. Tapi dari dulu gua cakap dekat lu. Kita takkan bergaduh pasal pompuan Mie. Daripada lu pikir pasal si mangkuk hayun tu baik lu practice untuk gig kita next week”.

“Perghh.. dengan kaki bersimen pun still nak on lagi ke? Gua ingat lu dah cancel dah gig tu”.

“Susah payah gua dapatkan slot untuk gig tu takkan senang-senang je gua nak cancel. Kaki bersimen ni takkan menghalang gua untuk berkarya bro”.

Illustrasi oleh CT_M.

“Gua tabik spring sama lu bro. Semangat ni yang kita perlukan. Ha.. ha..”, kata Mie sambil mengangkat tangan tabik hormat. “Dah.. dah.. gua nak makan dulu kang sejuk plak mi goreng mamak yang lu beli tadi”, jawab Ray sambil menggosok perutnya yang dah berkeroncong sejak dari tadi.

“Minum milo anda jadi sihat dan kuat!”, terdengar suara iklan dari corong televisyen.

“Fuh.. layan milo ais pun cantek gak ni. Mie tolong buatkan milo ais untuk sahabat baik lu ni. Please…”. “Ye la.. ye la.. Nasib la lu ada member macam gua ni. Baik lu pergi tutup TV tu, kang tah iklan apa lagi yang keluar pulak. Oh ye.. ape cer dengan awek pujaan lu tu?”, soal Mie sambil membuka kabinet dapur mencari saki-baki milo yang ada.

“Tu la pasal. Gua dah rindu giler dah ni. Setiap jam dia call gua merengek-rengek nak datang sini tengok gua tapi gua tak bagi. Tak manis la pulak perempuan datang sini, dengan rumah yang tak gaya macam rumah."

“Ala.. biar je la dia datang. Gua ada, si Zee pun ada sini, bukannya lu berdua-duaan pun. Ape da. Tapi gua musykil la bro. Lu dengan dia dah declare ke? Dia tu memang takde balak ke? Sikit punye cun gua tengok, takkan belum berpunya lagi? Lagi satu, si mamat Haikal tu sape pulak?”, soal Mie bertalu-talu.

“Belum declare lagi bro. Gua perasan yang dia macam ada sorok something la dari gua. Tapi gua malas nak amek port. Tapi gua dapat rasakan yang dia memang syok kat gua jugak la. Ha..ha.. Yang si Haikal tu pulak gua tak tau siapa yang pastinya ada kaitan dengan si Qis tu la. Dari sehari ke sehari gua nak tanya tapi takut dia marah pulak gua sibuk tanya hal peribadi dia. So, gua diam kan je la”, jawab Ray sambil matanya tak berkedip menonton cerita Kiamat Sudah Dekat.

Kedengaran azan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib di kawasan yang sewaktu dengannya. Walaupun dalam keadaan bersimen Ray tetap menunaikan tuntutan Ilahi. Islam itu mudah tapi ramai yang ambil mudah. Sibuk mengejar dunia tanpa mempedulikan akhirat yang memang pasti.

Sesudah itu dia bersiap-siap untuk keluar. “Mie.. jom pergi lepak Hakim”, ajak Ray. “Woitt.. Lu betul ke nak keluar lepak ni? Gua takde hal, takut kang lu sibuk nak balik awal pulak?”.

“Ala dah seminggu gua terperuk dalam rumah. Bosan siyut. Lagi pun gua dah janji dengan somebody ni. He..he”, jawab Ray sambil matanya membelek-belek sms di telefon bimbitnya.

“Ooo nak pergi jumpa Qis la ni kan? Lu ingat gua driver ke? Kang lu seronok-seronok dengan dia gua jadi pak pacak”, soal Mie pulak dengan nada tak puas hati. “Ala rilek la bro. Nina ada sekali la. Dia pun single lagi bro. Gua tengok cara dia pandang lu pun semacam je. Kira cantik la tu double date. Dah.. dah.. jom gerak, gua dah rindu giler dekat Qis ni”.

Ray pun mencapai tongkatnya dan terus menuju ke tangga. Mie yang baru siap mandi, tergopoh-gapah mengenakan pakaiannya, “Woitt.. sabar la. Gua baru nak pakai baju ni. Hadoyaii.. tak menyabar betul la. Tak lari gunung di kejar woii!”. “Gunung memang tak lari. Awek ada kaki boleh lari beb”, sahut Ray dari jauh.

Dengan tongkat terkepit rapi di bawah bahu, Ray dan Mie menuju ke Seksyen 7. Jalan raya masih lagi basah disebabkan hujan petang tadi. Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju dan dengan selambanya melanggar lopak air yang betul-betul di tepi mereka. Apa lagi, air itu memercik tepat terkena pada Ray dan Mie. Memang menyumpah habis la mereka. Tapi kelibat kereta warna putih itu memang Ray cukup kenal.

“Evo putih!”, kata Ray dalam hati. Kurang dari 15 minit mereka pun tiba di Restoran Hakim, tapi sesampai sahaja di situ kelihatan keadaan di restoran agak kecoh. “Apa hal pulak tu? Ada penggambaran drama ke? Bukan biasanya drama melayu dorang buat penggambaran dekat hotel lima bintang ke?”, soal Mie dengan dahi yang berkerut.

Sebaik sahaja Ray nampak Evo putih di perkarangan parking restoran, hatinya dah mula rasa semacam. “Eh.. tu bukan Qis ke Ray? Apa hal mamat tu tarik tangan dia pulak? Ni boleh mendatangkan marah ni Ray!”, kata Mie sambil memulas habis throttle menuju kearah Qis. Belum sempat Mie menghentikan motosikalnya Ray sudah pun melompat turun. Akibat marah, dia terlupa yang kakinya bersimen. Berpeluh juga lah dahinya tatkala kakinya menghentak ke jalan.

Tanpa memperdulikan kakinya, dia melangkah laju kearah mamat berbaju kemeja yang cuba mengheret awek pujaannya itu. “Ray!”, jerit Qis sayu. Dengan tangan kanan yang menggigil meggenggam kemas buku lima, tangan kirinya pantas mencekak leher lelaki itu. Akibat terkejut, lelaki itu melepaskan pergelangan tangan Qis.

“Apa masalah lu Haikal? Apa yang lu nak dari Qis?”, soal Ray sambil cuba mengawal kemarahannya. Tiga orang suruhan Haikal cuba menghampiri Ray tapi berhenti sebaik mendengar jeritan Ray, “ Lu orang jangan masuk campur. Duduk diam-diam dekat situ sebelum gua pecahkan muka lu orang”.

“Hidup lagi kau ye Ray. Aku ingat kau dah mati ”, akhirnya Haikal bersuara.

“Ajal gua bukan dekat tangan lu bro. Gua nasihatkan baik lu berambus dari sini sebelum kereta mahal lu tu terbalik. Lu angkut member-member lu ni blah dari sini."

Muka Haikal menampakkan kecuakkannya apabila lebih kurang 50 orang lelaki menghampiri mereka. Salah seorang dari mereka bersuara, “Ni ke mamat kurang ajar tu Ray? Lu nak kitorang belasah mamat ni sampai lembik? “.

“Takpe Jang, yang ni biar gua settle”, jawab Ray.

“Ok..ok.. Kitorang blah dari sini. Tapi kau jangan ingat kau boleh lepas Qis!. Dah guys jom kita blah dari sini”, ugut Haikal dan terus beredar dari situ dengan Evo putihnya.

“Are you ok Qis?”, soal Ray. Dalam keadaan teresak-esak, Qis meluru kearah Ray dan memeluknya sambil berkata, “Terima kasih Ray. Kalau awak takde tadi tak tau la apa yang jadi”. Ray terkejut tapi membiarkan sahaja drama cinta itu. Dalam hatinya tersenyum kegembiraan.

“Qis..”, terketar-ketar suara Ray.
 “Ye Ray”, jawab Qis sambil matanya memandang tepat pada mata Ray.

“Awak pijak kaki saya!! Hadoii patah balik la kaki saya ni”, jawab Ray pula sambil berguling-guling di atas jalan memegang kakinya. Mie dengan selambanya menyepak Ray sambil berkata, “Dah.. cukup.. cukup.. nak muntah pulak gua tengok drama swasta ni. Jom makan gua dah lapar”.

“Ceh.. tak boleh kasi can gua nak berkasih sayang”, jawab Ray sambil mencari tongkatnya yang entah dekat mana tercampak akibat nak tunjuk hero tadi. Qis tersenyum melihat telatah mereka. Setelah keadaan mulai reda, Radiah menghampiri Qis, “What actually happened Qis? I terkejut tengok tiba-tiba ada mamat tarik tangan you tadi. I was like What the.. Then I tak tau nak buat apa-apa. So sorry my dear. Suppose I call polis tadi. But, I was so stunning”.

“It’s ok Radiah. Jom kita minum, I will tell you the whole story. By the way, the guy with the crutches is Ray and the specky guy is Mie."

“Nice meeting you Radiah”, jawab Ray dan Mie serentak. “Radiah ni rakan sekelas saya. Dia ni peminat fanatic OAG tau. Band korang pun dia minat jugak. Hi..hi.. Last minute Nina ada hal. So, I ajak la si Radiah ni”. Hilang segala kesakitan Ray setelah mendengar gelak tawa Qis. Setelah memesan minuman dan makanan, Qis pun menceritakan kisah yang sebenarnya. Tentang siapa Haikal dan segala-galanya...

“Itu lah kisah yang sebenarnya. I dah pun membuat laporan polis tapi dia tetap juga menganggu hidup I. That’s why saya selalu tolak ajakan awak Ray. Bukan saya tak sudi tapi saya takut perkara yang tak baik berlaku pada awak. Saya tak tau apa lagi yang perlu saya buat. Mana saya pergi dia ada. Dia tak nak lepaskan saya. What should I do Ray? What should I do??”. Qis menekup mukanya dengan tangan. Esakannya tak dapat dibendung lagi. Segala persoalan sudah pun terungkai.

Ray mengetap gigi menahan marah. Dia membisikkan sesuatu di telinga Qis, “Selagi saya hidup, saya takkan biarkan dia menganggu hidup awak. Ini janji saya”. Qis tersenyum mendengar bisikan itu. Hati kecilnya berbisik, “Saya sayangkan awak Ray. You are the best things that ever happened in my life”.

“Ehem..Ehem.. So sweet la couple ni. Tapi jangan lupa pulak dekat I ni Qis”, suara Radiah memecah keheningan. “He.. He.. So sorry Radiah”, jawab Qis dengan muka kemerah-merahan menahan malu.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Qis dan Radiah meminta diri untuk pulang. “You all boleh temankan kitorang balik tak? Just sampai dekat taman perumahan tu je. Please….”, pinta Qis manja.

“Anything for you my darling”, jawab Ray pantas tanpa memperdulikan Mie, padahal dia membonceng si Mie je.

“Aikk.. Mie macam tak sudi je nak tolong”, Radiah bersuara. “He.. He.. I ikut je si Ray ni”, jawab Mie pulak sambil mengetuk kepala Ray dengan senduk. Di dapur restoran kelihatan tukang masak kebingungan menggaru kulit kepala yang tidak gatal mencari senduk di tangan kanannya yang tiba-tiba lesap.

Radiah menghidupkan enjin kereta Kenari merahnya dan menyusuri jalanraya diikuti oleh Mie dan Ray. Angin malam menembusi kemeja T nipis Ray. Penyesalan hadir di benaknya tatkala terkena hembusan bayu dingin itu. Terbayang jaket kulitnya yang tergantung di balik pintu bilik.

Sesampai di hadapan rumah Qis, seperti biasa Ray akan mengucapkan, “Good night sayang. Sweet dreams”. Dan seperti biasa juga cubitan akan singgah di pinggangnya. Tapi kali ini cubitan Qis terasa begitu lembut, tidak seperti kebiasaannya. “Ini satu petanda baik. Hi..Hi..”, hati kecilnya bersuara.

Hari sudah semakin lewat. Dengan bertemankan cahaya bulan, Ray dan Mie bergerak laju menuju ke arah rumah sewa mereka.


Bersambung... 

(Sambungan novel ini akan diterbitkan pada setiap hari jam 12 tengah malam)

Suamiku Budak Rock:



5 ulasan:

  1. Power gile aki rotak. Soh die derma 2.6million kat aku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waa...ada novel tambahan :D pegi mampos la dgn togel ko.

      Padam
  2. Best giler!! tak sabra nak bace bab seterusnye.. kipidap!!

    BalasPadam
  3. BOSANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.