Selasa, 1 September 2015

23 Apa khabar jutawan-jutawan MLM?

"Apa khabar jutawan-jutawan Luxor??!"

"LUAR BIASA BAIK!!!!"

Ya. Itu cerita tahun 2005-2006. Rupa-rupanya, Phytoscience lambat lebih kurang sepuluh tahun dalam menggunakan ayat keramat ini dalam bertanya dan menjawab khabar. Ya. Sepuluh tahun. Patutnya gunalah lagu "Apa Khabar" yang Joe Flizzow dan SonaOne nyanyi tu. Barulah 'up to date' kata mat saleh. Dan "jutawan-jutawan" Luxor tu tak ada pun jadi jutawan. Semua akhirnya melingkup. Dah masuk Kampus Gombak pun pakai motor lagi. Jutawan taik kucing!

Gambar hiasan

Aku ingat lagi, punyalah 'hip' MLM waktu tu, terutamanya Luxor. Tiap-tiap malam Selasa ada perjumpaan kalau aku tak salah. Masa tu perjumpaan tu dibuat dekat Menara Luxor dekat PJ. Sekarang aku pun tak tahu Menara Luxor ni masih tersergam indah ataupun dah tukar nama. Pertengahan semester pertama dekat Matrik, ramai dah kena getah. Ini semua gara-gara kena 'brainwash' di Menara tersebut. Semua balik ke bilik dengan semangat berkobar-kobar nak suruh kawan satu dorm masuk juga.

Semua pergi pun bukan ada 'upline' yang "kutip". Tahan teksi, dan "tong" duit tambang nak sampai ke tempat tu. Upline ada Mercedes, BMW bukannya nak tolong. Ya. Kau tak payahlah menunjuk upline kau umur 24 pakai Porsche Carrera GT dengan Ferrari. Orang lain dah pakai skil tu tahun 2005. Upline kau tu baru tingkatan dua masa tu.

Tapi mujurlah aku ni budak AED. Banyak kerja. Ya. Sudahlah aku ni pemalas nak siapkan projek, ada hati kau nak ajak aku ke tempat macam tu. Lainlah kalau ajak aku 'fly' pergi 14 main snooker. Itu aku 'on'. Aku rasa, inilah antara penyebab aku 'extend' pengajian aku dekat Matrik jadi dua tahun.

Masa tu yang masuk ni semua bukan ada duit pun. Dapat seribu ringgit je wang ihsan KPT setiap semester. Tapi punyalah "selenge" sampai sanggup meminjam. Ni semua pasal upline dia ajar. Aku tahulah pasal ada brader tu ajar macam tu. "Korang dapat duit seribu kan? Ko cari kawan ko dua orang. Ko pinjam duit diorang seribu sorang. Atau ko cari 4 orang, pinjam 500 sorang. Ikut ko lah macam mana. Nanti dah masuk, ko cari downline. Dapat dua downline, ko dah boleh setel hutang. Lepas tu, engko lah Jutawan Luxor!" Menitik air mata aku bila fikir balik apa yang dia ajar ni.

Bangang mereka yang meminjam, bangang juga mereka yang sanggup memberi pinjam. Termasuklah aku. Sebenarnya aku beri pinjam pasal aku semak kena paksa masuk Luxor ni. Aku ingat lagi perbualan berkenaan kehidupan dan harapan tu. "Kalau ko tak nak masuk tak apa, ko bagilah aku pakai duit ko, Pet. Ayah ko kan bagi duit belanja. Nanti aku dah dapat cari 'downline' aku bayarlah semula. Sekejap je ni. Bakal Jutawan Luxor!! Hehe." Kata dia sambil tersengih memujuk aku.

Nak pinjam pun janji bayar dalam masa sebulan dua. Kau tahu berapa lama aku nak dapat semula duit aku? Semester ketiga ke semester empat dekat Matrik baru aku dapat. Celaka betul. Itu pun jenuh berbuih mulut aku minta, dah serupa pengemis pun ada.

Selain Luxor, banyak juga jenama MLM ni. Ada Sureco, Uptrend, Omegatrend dan segala jenis 'trend' lain yang memang 'trendy' pada tahun-tahun tersebut.

Punyalah hebat penangan MLM. Ada putus kawan. Ada sampai bertumbuk pasal minta hutang. Ada yang buat tak tahu terus dengan hutang tu. Tapi, penghujungnya cuma satu je aku nak tanya.

"APA KHABAR JUTAWAN-JUTAWAN LUXORRRRRRRR???!!!! Dah pakai kereta jenama apa sekarang??!"

Sumber FB Ariff Arifin.


* * * * * * * * * *

Perangai orang MLM dan rangkaian kaya yang paling asshole ni satu je, diorang suka memandang rendah pada orang lain terutama yang kerja makan gaji semata2 nak tarik orang join organisasi diorang.


Malas nak ulang balik tulis benda sama berulang2 kali, boleh baca kat sini:

Serius, macam sial kan?



tags: apa khabar jutawan kaya luxor mlm multi level marketing kereta mewah apa pakai bmw ferrari mercedes phytoscience

23 ulasan:

  1. Memang teringat zaman mengikuti MLM dulu, main ikut saja tetapi sekarang dah selidik baru join marketing MLM yang adil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada MLM yg adil ke ? kalau dah nama MLM , semua penipu , pembohong besar . cakap tak jual barang , akhirnya kena jual barang . meniaga apa kalau setakat jual air liur & kertas kosong boleh dapat riban2 K ? wtf la. Bill gates kaya pun sebab kerja keras bangunkan & jual produk microsoft . jangan terpedaya cik kak woii. nanti menyesal kemudian tiada berguna lagi.

      Padam
  2. bapak die. riak takbur nak mampos. ptuih!

    BalasPadam
  3. kahkahkah!! aku suka ayat pertanyaan si Ariff yang last tu :))))

    kalau benda2 ni semua betul aku rasa semua rakyat malaysia dah jadi jutawan kot sekarang.
    there are no magic just logic.

    BalasPadam
  4. riak takbur bukan sifat orang dalam syurga... moga aku jauh dari sifat... ni amin ....T.T

    BalasPadam
  5. Aku pernah hampir terjerumus dgn Uptrend disebabkan paksaan senior satu bilik.
    Neraka sungguh. Sampai laa ni tak bertegur dgn senior tu kalau jumpa...

    BalasPadam
  6. Melayu dan shortcut berpisah tiada. Mereka tidak percaya kepada usaha keras seperti kaum cina. Sebab itu cina, Pakistan, Indonesia, Myanmar yang baru datang pun boleh kaya dari mereka. Manakala mereka asyik salahkan orang walhal mereka malas dan bodoh.

    Dalam pendidikan mereka nak shortcut, SPM tak mahu score mahu terus ambil degree, sudah dapat ambil degree pakai kuota, tak mahu belajar bersungguh sungguh pula. Attendance minta kawan tanda, assignment buat last minute atau copy paste atau upah orang buat. Malas belajar, ramai ramai datang jumpa lecturer kow tim.

    Nak cari kerja mereka malas bersaing mereka nak shortcut. Pakai cable, saudara mara. Masuk cara zalim dengan rampas tempat orang masuk secara adil. Bila ditanya tipu cakap rezeki walhal cable. Berani fitnah Allah cakap itu rezeki.

    Dalam berniaga mereka nak shortcut. Masuk kerja kerajaan tapi buat bisnes luar maka tak fokus pada kerja, selalu hilang. Suka melabur skim piramid atau jadi ahli untuk paksa beli (mlm). Jual ayat Quran dan sunnah oleh kerana madu ada dalam quran maka di kapak habis habis walhal harga madu dan minyak zaitun di giant berapa ja. Letak tanda rm20 bila customer pegang dan tanya terus di up harganya, ini 25 yang lain 20, yang atas promosi yang bawah tak. Dasar penipu!

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesian pulak aku dgn ngko ni.. noob ko amik la dia keje dgn ngko.. dah lama sangat menganggur agaknya..

      Padam
    2. hahaha...tapi betul apa yang dikatakannyer

      Padam
  7. serius sial MLM ni. pembohong dari atas sampai ke bawah . luar & dalam , siang atau pun malam.

    BalasPadam
  8. Org kaya xkn menunjuk terang2 yg dia kaya smpi nak suruh org lain join...nmpk sgt nak cari downline nak kayakn lg diri dia....

    Org kaya yg ikhlas nk tolg bg duit free2 tnpa mengharap balasan manusia susah sgt nak cari. ..tp klau org kaya yg sanggup tipu org lain utk menjadi tamak haloba 2 gunung emas mmg byk.

    Lg satu. ..Melayu senang kena tipu n gelap mata pasal duit...ini baru tergadai duit, belum lagi hak istimewa bumiputera n agama islam lagi kelak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku setuju dgn anon 9:50. Setuju sesangat. Buat apa byk graduan tapi kualiti tahap sampah. Bila mintak keje demand gaji degree tapi bila buat keje taraf tadika.

      Padam
  9. MLM = Melayu Lembu Main ...kekekekekeke....

    BalasPadam
  10. serious la aku cakap, jgn hina orang yg makan gaji dgn orang lain. disebabkan dia makan gaji la boss dia ada orang nk tolong buatkan keje. Kalau tak, pegila boss dia buat semua keje kalo sumer org nk jadik boss tp takde yg nk keje dgn orang lain.

    BalasPadam
  11. Kita ni sebabai manusia, inginkan kebahagiaan dan KEBERKATAN.
    Pakailah kereta apa pun, gaji/duit berapa pun, jika tiada kebahagiaan dan keberkatan, TAK AKAN pernah cukup.

    Tak apalah pakai motor, kancil even Merc or BMW, kalau berkat and bahagia, sentiasa akan lebih dari cukup.

    Persoalan yang lebih penting, bukanlah bagaimana nak kaya or jadi jutawan, rather, bagaimana nak capai KEBERKATAN dan memperoleh KEBAHAGIAAN.. mcm cliche kan soalan ni, tapi disinilah jawabannya. Selamat mencari.

    'too small to make a difference? Imagine a mosquito.'

    -Katya-

    BalasPadam
    Balasan
    1. *sebagai.
      bukan sebabai, typo pulak. Heheh

      Padam
    2. betul tu, kalau gaji RM 4,000 sebulan sekali pun berbanding gaji RM 211,000 seminggu macam pemain bola sepak, ianya lebih dari cukup dengan "BARAKAH" iaitu keberkatan tertutamanya mecari rezeki halal yang diredhai ALLAH.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.