Isnin, 31 Ogos 2015

17 Sejauh manakah rakyat Malaysia Sehati dan Sejiwa?

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015

Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia yang sebelum ini iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu adalah Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.

#sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.






Sebagai makluman, mulai tahun 2015 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun sebaliknya mengikut tahun kemerdekaan agar tidak meminggirkan penduduk Sabah dan Sarawak.



RASIONAL TEMA

  1

Malaysia #sehatisejiwa adalah cerminan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia negara tercinta. Kesenadaan Malaysia #sehatisejiwa setiap lapisan masyarakat Malaysia akan terus menyatukan kita tanpa mengira garis sempadan nautika lautan, susur galur keturunan, kepercayaan, adat resam dan negeri kelahiran.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 bertemakan Malaysia #sehatisejiwa mampu menggerak dan menyemarakkan perasaan kasih dan sayang serta hormat menghormati di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tunggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia. Malaysia #sehatisejiwa adalah titian hubungan – yang jauh di dekat, ukhuwah dipererat. Selamanya…


RASIONAL LOGO


logo 2015 final

Bentuk HATI merupakan perlambangan kesatuan rakyat Malaysia yang sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan harmoni.

BULAN pula adalah metafora keluhuran Islam sebagai agama rasmi negara manakala BINTANG pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

PETA Malaysia menggambarkan keakraban semua negeri di bawah payung negara.

GARIS MERAH di bawah adalah imejan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani, di samping rentetan warna BIRU, MERAH PUTIH, KUNING yang merupakan kombinasi warna Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia.


LAGU TEMA



TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN TERDAHULU
(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)




Kredit:

Sehati Sejiwa...
Itu adalah harapan.
Realitinya, sejauh manakah rakyat Malaysia ini benar2 Sehati dan Sejiwa?
Adakah ia sekadar harapan ataupun angan2? Kita sendiri menilainya...

Baca perkongsian Merdeka yang bermakna daripada cEro ini:


Sumber blog cErolian.



tags: sambutan ambang majlis hari merdeka kemerdekaan kebangsaan 2015 ke-58 sehati sejiwa tema logo lagu lirik rasional koleksi gambar awek

17 ulasan:

  1. Entah kenapa aku rasa logo zaman dulu lagi cantik.Tapi tahun 2012,seriously tak ada rupa logo;header ke banner jer lebih. :/

    BalasPadam
  2. Memahami pengisian makna sehati sejiwa lebih baik dr mengkritik spt tin kosong...Yer benar kita sendiri yg menilainya...

    BalasPadam
  3. sehati sejiwa menentang penyelewengan.

    BalasPadam
  4. Salam 1rasuah,

    Maksud hadith, 'kamu akan mengikut gaya hidup golongan terdahulu (jahiliah & yahudi nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan ikut".

    Trend terbaru daripada kafir,
    1. Mas kahwin mahal
    2. Majlis membazir dan menunjuk-nunjuk
    3. Baju labuh menyapu lantai, budak menabur bunga dan potong kek.
    4. Malam berinai bertema filem tiru kafir.
    5. Ucapan kawan-kawan dan famili di hari perkahwinan tiru acara kahwin orang kafir.
    6. Pakai purdah sementara lepas akad nikah buka dan cium dahi tiru tradisi kafir selak veil dan cium lepas lafaz I do.
    7. Pintu gerbang kahwin yang sebenarnya membezakan perkahwinan Yahudi dan Kristian.
    8. Pengapit ramai ramai bertema membazir saudara syaitan.
    9. Berjalan atas alley menuju ke pentas akad nikah di mana khadi sedang menunggu, tetamu duduk di kiri dan kanan lorong, punya bulur nak tiru acara kahwin kapir dlm gereja.

    Makin ramai GPI di sekolah sekolah makin hanyut ummah kerana kualiti GPI. Ibu bapa bertindak minta GPI pamer result UPSR & SPM di papan kenyataan sekolah demi anak-anak anda!

    sehati sejiwa menentang hipokrit (munafik! )

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee

    BalasPadam
  5. Satu kerja paling bodoh pernah wujud dalam hidup melayu ialah buat logo dan cuba tranxlate warna logo entahapa2 entah.. kendian buat lagu xder pekdah dan nyanyi ramai2.. gelak UAI denga lagu puisi dan logo biol ni.. buat penat dia berceramah kehulu kehilir..

    Ko ni pun satu noob, baru jer berkempen tak nak buat kerje bangang. Hanya bertahan sehari jer. Letih la kami dengor..

    "Kerna itu aku hanya punya perjuangan yang kecil, sangat kecil dan terlalu kecil, malah rasa2 tak layak pun untuk dipanggil perjuangan tapi harapan, iaitu mengurangkan kebangangan manusia dalam masyarakat agar kita semua dapat hidup dengan harmoni antara satu sama lain dan tidak menyusahkan orang lain dengan menjadi asshole.

    Tidak apa kalau orang Malaysia tidak hebat atau tidak menguasai apa2 pun, asal tidak menguasai kebodohan dan membuat apa2 yang dungu sudah cukup memadai dan membanggakan.

    Itu sahaja."

    Baca ulang2 sehingga lena.. malan ni jangan bertasbih sblm tido tau...kahkahkah.. lena la dgn warna dan logo utk pegawai2 kerajaan buat projek anak bini kengkawan suku sakat depa tu.. kita melopong tengok logo dan bunting dicetak dgn hasil duit cukai segala bagai tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ngko pulak bagang dalam mengomen.

      Padam
    2. Buat logo merdeka, sambut kemerdekaan negara dengan menyanyi lagu patriotik dan sebagainya, bagi kau mungkin bangang, tapi pada aku dan mungkin kebanyakan rakyat Malaysia, ia bukan satu kebangangan pun. Itu cuma cara untuk menyambut dan menyemai rasa patriotik kepada negara, malah mana2 negara pun lebih kurang sama.

      Tapi seriously, apa masalah kau dengan sambutan kemerdekaan sebenarnya sampai nak label benda tu bangang?

      Padam
    3. manusia macamnilah yang jadi 'tikus dalam rumah'
      eh pergilah mereput.

      Padam
  6. Kenapa kementerian tak buat pertandingan cipta logo hari kebangsaan secara tahunan setiap tahun?
    Maksud aku, kalau buat pertandingan secara besar-besaran, bukan sahaja dapat semai semangat kemerdekaan tu lebih awal, malah rakyat pun akan sentiasa look forward dgn logo setiap tahun sbb sudah tentu idea dan hasil anak muka semestinya lebih kreatif dan menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maybe xde bajet nak bg hadiah n organize komiti utk buat pertandingan....skrg bajet ciput

      Padam
    2. Adala, diorang buat, korang je tak tau

      Padam
  7. Klau nk suruh org muda hayati kemerdekaan....suruh hntar mereka gi negara bergolak mcm Palestin, agak susah nk hayati selagi x merasa kesusahan nak merdeka. Tp bnda ni agak normal di mana2 negara yg dah lama merdeka n celebrate every year

    Konsep nk uji diri kita paling basic ialah...kibarkan bendera Malaysia x kira rumah, office, keta atau pakaian kita...cuma ralat bg sy x jumpa kedai jual bendera malaysia yg lekat kat keta skrg....klau ada dah beli 2-3 lekat kat keta byk2

    Pasal isu bersih...jika diberi pilihan pki baju Malaysia atau baju kuning, anda leh tau apa jwpnnya.....dgr ceramah mengatakan kita patut utamakn tanggungjawab kita berbanding hak kita...bila kita bertanggungjawab atas peranan kita, hak tersebut akan dtg sendiri tanpa diminta..cuma cepat atau lmbt...x kira dlm kerja, keluarga ataupun sbgi rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju~ selagi tak rasa kesusahan selagi tu tak dapat nak jiwai kemerdekaan. Bagi aq jangan langgar undang2 dah cukup membuktikan ko menghargai kemerdekaan ni

      Padam
  8. Xrasa negara ini merdeka kalau masih mngamalkn sistem penjajah..tgk brunei ..masih memelihara yg asli..tulisan jawi masih tertera sana sini..sultan yg adil memerintah ...bukannya sultan diperintah..

    BalasPadam
  9. Logo, lagu, banner, tema dsb hanya tinggal logo, lagu, banner, tema dsb sekiranya kita, rakyat a.k.a penghuni x phm cara nak menterjemah semua ni dalam kehidupan.

    Analogi rumah yang baik dan mudah difahami. Jadi, untuk wujudkan rumah yang harmoni dan bahagia, kena ada ketua keluarga, yang....... bijak dari semua aspek, terutama AGAMA. maka penghuni rumah, hendaklah memilih ketua rumah yang mempunyai kriteria tersebut kan.. Tapi mcmana kalau penghuni rumah tu mempunyai ideologi agama yang berbeza? Maka, konsep keadilan dalam rumah perlu difahami. Then, how? (Inilah persoalannya).

    Sebagai rakyat a.k.a penghuni rumah, sy yakin kita semua inginkan rumah yang harmoni dan bahagia... jadi, bagaimana menjadi penghuni rumah yang boleh MENYUMBANG kepada keharmonian rumah, ini peranan kita. Walaupun rumah kita dihiasi bendera sampai langsir pun dari bendera.. sekiranya konsep tidak difahami, bendera hanya tinggal bendera dan langsir? Hanya tinggal LANGSIR.

    'too small to make a difference? Imagine a mosquito."

    -Katya-

    BalasPadam
  10. Cuba perhati tengok, hanya orang melayu, india, bumiputra sabah dan sarawak sahaja yang puya semangat cinta negara.

    Orang cina kau takkan jumpa mereka zahirkan semangat ni.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.