Iklan Leaderboard

Jumaat, 14 Ogos 2015

19 Media sosial telah melahirkan ramai pakar Internet

Hari ini kita boleh lihat keyboard warrior atau pahlawan papan kekunci yang punya macam2 kepakaran muncul macam cendawan kat FB, Twitter dan lain2 media sosial. Namun yang sebenarnya keadaan dan situasi kita pada hari inilah yang telah memaksa dan menuntut para keyboard warrior ini untuk menjadi seorang pakar Internet dalam pelbagai bidang seperti:

• Pakar ekonomi

Tiba2 muncul ramai pakar ekonomi Internet disebabkan ekonomi negara dan dunia sekarang tak menentu, cakap2 pemimpin pula sukar untuk diterima dan dipercayai, pakar2 penganalisa ekonomi yang sebenar2nya pakar pula jarang muncul untuk memberitahu hasil analisa ekonomi mereka, kalau ada pun orang tak faham.

• Pakar sejarah

Sejarah ditulis oleh orang yang menang, so banyak perkara sejarah telah dihitamkan dan sejarah2 yang sepatutnya orang tahu tak diajar di sekolah2, memaksa orang mencari lebih banyak alternatif untuk mengetahui sejarah daripada pelbagai sudut.

• Pakar agama

Kerana berleluasanya hadis2 palsu, ajaran2 yang salah, agamawan yang bertelagah sama sendiri dan bersuara hanya mengikut kepentingan, maka ramai orang mula membuka mata untuk belajar sendiri namun tidak kurang juga yang pandai2 buat tafsiran dan fatwa sendiri sehingga mendapat gelaran ustaz ustazah FB.

• Pakar sains

Terlalu banyak perkara pseudosains yang karut marut tersebar malah lebih dipercayai daripada ilmu sains dan teknologi itu sendiri, maka terpaksalah ramai orang menjadi pakar sains untuk mencari bukti dan hujah untuk menangkis pakar2 pseudosains.

• Pakar kewangan

Dengan kos sara hidup yang semakin mendesak, maka secara tidak langsung muncul ramai pakar kewangan yang telah berjaya keluar dari kesempitan hidup berkongsikan pengalaman mereka, tidak kurang juga yang menjadi pakar kewangan air liur.
Sumber gambar

• Pakar perubatan

Tidak percaya dengan ilmu2 perubatan moden, maka tiba2 muncul ramai pakar perubatan bersijil Google 2 3 jam sehingga berjaya membuat teori sendiri dan membelakangkan pakar sebenar yang belajar lebih dari 5 6 tahun.

• Pakar politik

Paling ramai keyboard warrior yang menjadi pakar politik dari yang usia remaja hingga ke tua bangka. Pakar politik muncul disebabkan ketidaktentuan iklim politik di negara kita. Ada yang menjadi pakar politik level macai, level hater, yang neutral, tak kurang juga yang berideologi pelik2.

• Pakar siasatan

Oleh kerana terlalu banyak maklumat yang tak betul dan fitnah di Internet memaksa keyboard warrior perlu menyemak dan menilai kesahihan maklumat tersebut dahulu, walaupun yang percaya maklumat palsu tu lebih ramai dari yang menjadi pakar siasatan.

• Pakar lawak komedi

Ramai keyboard warrior tiba2 mempunyai bakat dalam membuat lawak jenaka, loyar buruk, troll, sarkastik dan macam2 lagi jenis komedi, mungkin kerana mencontohi para pemimpin yang seringkali menyiarkan kenyataan2 lawak. Cuma yang aku pelik, kat Internet nampak ramai betul bakat2 komedi kat Malaysia ni, tapi kenapa bila masuk rancangan lawak kat TV penuh dengan lawak yang tak lawak dan lawak bodoh?


Itu belum kira pakar2 Internet dalam bidang2 yang lebih niche atau unik seperti pakar komputer, pakar cinta, pakar rumahtangga, pakar motivasi, pakar animasi, pakar komik, pakar anime, pakar mereka cerita, pakar makanan, pakar pertanian, pakar interior design, pakar dunia hiburan, pakar seni, pakar filem, pakar bisnes, pakar hartanah, pakar emas, pakar nak jadi kaya dan lain2 kepakaran.

Sebenarnya tak salah nak jadi pakar Internet, tapi pastikan kita mencari ilmu yang betul, mempraktikkan ilmu yang betul, memberi ilmu yang betul, merujuk kepada yang lebih pakar yang sebenar2nya pakar, tidak menjadi pakar yang syok sendiri dan berminda lebih terbuka untuk menerima pendapat dan pandangan pakar2 internet yang lain juga.

Dan yang paling penting, walau sepakar mana pun kita sebagai pakar Internet, tak payah rasa diri tu hebat sangat berbanding pakar2 Internet yang lain kerana pakar Internet yang lain pun graduate dari universiti Google, Facebook, Youtube, Yahoo, Wikipedia, Reddit, 9Gag dan lain2 univeristi Internet sama macam kita juga.



tags: media sosial lahir ramai pakar internet expert pelbagai bidang cabang ilmu everyone on the internet is an expert on everything ekonomi sejarah agama sains kewangan perubatan politik siasatan lawak komedi

19 ulasan:

  1. ayam afrika dok dalam kategori mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy nmpk pakar yg kita bincgkn td byk drpd copy paste info kat internet..mana nmpk sensasi n berkepentingan mula la share n get personal kredit.

      Pasal sy..just luahan isi hati sy. N x semestinya pendapat sy 100% betul.

      Padam
  2. apa definisi keyboard warrior noob. ?

    anon bersaudara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keyboard warrior adalah pahlawan papan kekunci.

      Padam
    2. Owh.. sungguh begitu sabar sekali kau ya Prince Nubhan. Encik Google boleh tutup kedai la mcm ni.

      Padam
    3. Org yg x bole express emotion thru physical violence. Bkait rapat dgn aggression rage etc. Irony thing is noob.. I cant find any connection keyboard warrior and 'pakar' in everything.. If that's ur point..

      Anon bersaudara

      Padam
    4. kau kena ada tauliah untuk jadi pakar ke? pakar menganjing jatuh kepada Buasir Otak kalau gitu.

      Padam
    5. Di atas ni contoh keyboard warrior.

      Anon bersaudara

      Padam
    6. Kat atas Ni cth keyboard warrior.

      Anon bersaudara

      Padam
  3. sangatlah banyak pakar-pakar tak bertauliah gitu..

    btw, jom join GA di sini
    http://www.ummiirfan.com/2015/08/giveaway-dari-ummiirfancom.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tauliah kebendernya?? Semua nabi2 dan rasul2 xder tauliah pun. Ko percaya jugak. Allah Taala xder tauliah pun, ko sembah jugak. Ko pulak, tauliah kebender?

      Padam
  4. hahahaha semua graduan Google Wiki, takde internet takdelah pakar ni semua. Jadi pakar gebang kat kedai kopi je lah macam dolu2, kakakaka..

    BalasPadam
  5. Hang pun noob, dok kat kategori mana? Sumer kategori ka?

    Aku punya sumer kategori aku ada. Kategori babi pun aku ada. Kategori anjing pun aku jugak. Sesiapa pun kita xleh percaya skrg ni. Walaupun kpd ustat ulamak mufti doktor. Internet dan buku serta library kena selalu jadi kawan untuk kita kaji selain pendapat pakar sesuatu bidang, malah menteri2 dan PM pun menipu seluruh warga.

    Sbb yg nak senang atau merana adalah DIRI KITA dan KELUARGA TANGGUNGAN KITA. Ini hak masing2. Dengar dan percaya bulat2, alamatnya senang kena tipu la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, semua kategori ada. Senang cerita, jack of all trades, master of none.

      Padam
    2. Khutbah hari ni kat kawasan aku pun cakap benda ni. Tok imam tu mcm subscribe BO ja.

      Dalam khutbah dia bagitau benda ni la. Ulasan dia mmg kehendak mutakhir ini memaksa kita menjadi sedemikian. Tambahan pula jika yg dah punyai anak dan isteri. Ketinggalan zaman kira ok lagi, ketinggalan ledakan ilmu ilmiah yg sebegitu mudah diperolehi dari internet adalah sesuatu yg merugikan. Banyak ilmu agama boleh dimulakan di sini dan boleh bertanyakan orang diblog2 dan forum2. Malah youtube juga demikian. Prinsip mencari ilmu kena jaga. Jika tidak..kita akan tenggelam lemas gila isim.

      Mcm2 lagi dia syarah. Aku x larat nak tulis kat sini. Ada aku slalu rakam khutbah dia guna henpon bodo aku ni. Yg syoknya ialah ramai yg tido.

      Padam
  6. dah nama pun internet~~ sumer golongan ada dalam, dari ke PHD hingga ke tak pakai otak. So klw informasi yg diberi boleh pakai apa salahnyer...pandai-pandai la guna akal kaji maklumat yg dapat dalam internet.

    BalasPadam
  7. Kalau ikutkan kau pun sama noob.Mungkin kau kurang sikit dari diorang tapi hakikatnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, aku pun keyboard warrior yang terpaksa muncul menjadi pakar internet seperti yang aku tulis kat atas tu, sebab tu aku tulis kat perenggan2 last tu sebagai "kita", maksudnya termasuk aku sekali la.

      Padam
  8. pembahasannya menarik, makasih banyak ya

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...