Ahad, 2 Ogos 2015

17 Drama dan filem tempatan yang berfikiran sempit

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.

Azalina yang sebelum ini Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.

"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan.

"Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.

"Kita tak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" katanya kepada mStar Online

Azalina ditemui pada majlis ramah mesranya bersama wartawan hiburan di restoran Rebung, Bangsar di sini pada Khamis.

Baru-baru ini LPF telah mengeluarkan garis panduan peraturan rasmi yang perlu dipatuhi oleh setiap stesen televisyen di Malaysia.

Menerusi garis panduan tersebut, adegan ghairah antara berlawanan jantina mahupun sejenis akan dipotong, manakala perlakuan mencium pipi, dahi, tangan dan babak berpelukan hanya dibenarkan kepada babak-babak membabitkan pelakon bukan Islam sahaja.

Selain adegan sensual dan ghairah, LPF akan turut memotong babak-babak yang menampilkan elemen tahayul dan khurafat seperti manusia berinteraksi dengan roh mahupun jin secara jelmaan fizikal, adegan pembacaan mantera yang bercampur dengan ayat Al-Quran dan adegan ajaran sesat yang tidak diakhiri dengan babak pembalasan atas sikapnya itu.

Walau bagaimanapun, ia hanya tertakluk kepada drama yang melibatkan jalan cerita masyarakat Islam sahaja manakala agama lain bebas untuk menampilkan elemen tersebut.

Dalam pada itu pihak LPF turut menyatakan garis panduannya terhadap elemen-elemen lain seperti babak membabitkan rokok, minuman keras, dadah, kerosakkan akhlak, pakaian, perlakuan tidak sopan, ganas, kejam dan berbaur politik.

LPF adalah agensi yang terletak bawah Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, Azalina berkata, walaupun hanya sempat memegang jawatan sebagai pengerusi Finas selama sebulan 10 hari, beliau tetap akan membantu menaikkan taraf industri seni tempatan yang dilihat semakin nazak.

"Selepas dilantik menteri, saya perlu melepaskan jawatan (pengerusi Finas). Tetapi saya akan tunggu pengerusi baru untuk menyerahkan tugas saya.

"Cuma saya harap, orang yang mengambil alih jawatan pengerusi itu adalah seorang pemimpin Umno, bagi saya suka atau tidak industri kreatif harus dipelopori oleh orang Melayu dan sebaik-baiknya biarlah mereka yang memimpin supaya dapat membawa wawasan Umno," ujarnya.


Bagaimanapun, Azalina berkata, penggiat seni tidak perlu khuatir dengan pemilihan pengerusi Finas yang tidak mempunyai latar belakang seni memandangkan mereka sekadar memberi hala tuju industri manakala ahli lembaga Finas yang dilantik kebanyakannya terdiri daripada golongan pemain industri yang bertindak sebagai penggerak.

Sumber Mstar Online.

* * * * * * * * * *

Berikut adalah teguran Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim:

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim mengingatkan kepada Datuk Seri Azalina Othman Said yang baru dilantik sebagai menteri untuk tidak merasa dirinya lebih besar daripada kuasa Allah.

“Sepatutnya dia sebagai seorang menteri perlu insaf dan faham bahwa dia masih tidak terlepas daripada menjadi hamba Allah. Apabila menjadi menteri bertambahlah tanggungjawabnya menjadi khalifah Allah.

“Jawatan itu harus digunakan untuk memelihara peraturan Allah berlangsung kepada hamba-hambaNya, bukannya teruja dengan cara hidup Barat sehingga terlupa dia masih berbumbung kan langit Allah, tumpang berpijak di atas hamparan tanah Allah dan menghirup setiap detik udara Allah.

“Jadilah hamba Allah yang patuh dengan peraturan Allah termasuk dalam berlakon, berpakaian dan sebagainya,” katanya mengulas kenyataan Azalina semalam berhubung isu tapisan adegan seksi dan ghairah drama dan filem tempatan.

Ini berikutan Azalina menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem. Baginya isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.

“Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan.

“Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat,” kata Azalina.

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim

Bidas Ustaz Zamri, begitu rendahnya sistem nilai seorang menteri yang hanya menilai kualiti filem berdasarkan adegan yang di luar batas syarak.

“Sedangkan nilai sesuatu filem itu adalah berdasar nilai yang diangkat dalam filem berkenaan tidak semestinya wajib ada adegan yang mempromosikan mungkar dan maksiat.

“Ingatlah, memperjuangkan kebebasan ala Barat tanpa melihat peraturan Al-Quran adalah tanda-tanda sempitnya ufuk hidup sesorang apabila mengikat diri dengan sistem yang memperjuangkan hawa nafsu sedangkan Al-Quran telah seribu tahun telah membebaskan manusia dari penjajahan hawa nafsu,” katanya.

Sumber Ismaweb.


* * * * * * * * * *

Komen aku:

Selama ini sebelum garis panduan yang ketat itu dikuatkuasakan, masa drama dan filem tempatan tak berfikiran sempit pun banyak yang mutu dan kualitinya macam sampah, berapa kerat je pun yang sampai ke tahap antarabangsa, itu pun kurang sambutan penonton.

Berfikiran sempit atau tidak bukan penentu tahap suatu drama dan filem. Lagipun daripada buat filem sampah yang tidak senonoh, lebih baik buat filem sampah yang senonoh.

Dan pengerusi FINAS mesti orang UMNO?

Kah kah kah. Kelakar.

Apa2 benda pun adalah lebih baik jika ia durus oleh yang ahli dan pakar dalam hal tersebut. Bila suatu perkara diserahkan pada orang yang bukan ahli, maka kita dah boleh jangka hasilnya macam mana.




tags: drama dan filem tempatan malaysia local berfikiran berpemikiran sempit azalina finas pengerusi bagi orang umno garis panduan lpf tegur peluk pegang tangan maksiat lakonan 

17 ulasan:

  1. Tulisan artikel ni xnampak..mcmana nak baca tuan?

    BalasPadam
  2. kadang2 ada sesetengah anime ak follow xperlu babak peluk2 tidur ranjang bagai (yg bukan main stream) best je citernyer siap ada rmi peminat... sebenarnyer salah mentaliti melayu.... bila benda tu animasi terus fikiran jumud tu untuk "kanak2" babi betul ini orang kalau anak tu tengok hentai ckp la untuk kanak2 senang je gambo je pun ap ad hal...puihhh

    BalasPadam
  3. drama dan fikem melayu semakin mrencatkan pemikiran penonton

    BalasPadam
  4. Cuba tgk filem "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck".. dah 3-4 tahun dah filem ni.. boom giler doh. Junot Ali ngan Pevita xder peluk2 pown. Jika Indon boleh buat filem dgn xperlu pun tapisan LPF, kenapa tidak produser kita? Filem ini dari Sunil dan Ram Soraya. Indonesian Indian bro. B

    Banyak bukti filem xperlu pun unsur porno atau peluk2 jantan betina pun nak boom kat pawagam. Filek klasik P Ramlee pun 95% x perlu unsur yg ditapis LPF..masih boom hingga kini.

    Kalo minat porno, download la sendiri. Berlambak la wahai menteri2 UMNO yg biol. Memalukan melayu jer.

    BalasPadam
  5. Macam2 hal skrg. singgah sini bro :)

    http://santanmanis.blogspot.com/2015/08/raya-bersama-yuna-oh-yeah.html

    BalasPadam
  6. mengikut hukum syarak itu berfikiran sempit?
    mengangkat hukum ALLAH SWT itu berfikiran sempit?

    oo kiranya adegan peluk2 antara pelakon lelaki dan wanita yang bukan muhrim dan beragama islam tu melambangkan ketinggian pemikiran dan keterbukaan la.. kira dorang ni open minded la kan...
    alang-alang, buat filem blue la menteri.. tak pun cerita2 sensual, buka2 baju, seluar semua la kan.. mesti lepas tu, rakyat kita jadi orang2 yang kreatif dan open minded... susah2, engkau ja la menteri jadi pelakon utama filem tu...apa nak takut kan menteri, lakonan ja kan....

    looking for for your 'highly creative' sensual film, menteri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. typo pulak...
      looking FORWARD for your 'highly creative' film menteri.

      ty.

      Padam
  7. Aku rasa kan, menteri ni (terutamanya yg baru dilantik) macam ada satu KPI mesti kena keluarkan kenyataan bodoh dlm surat khabar dan media utk nampak buat kerja.
    Siapa tak keluarkan kenyataan dia seolah2 macam tak buat kerja laa...

    Masalahnya semua kenyataan bodh-bodoh belaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini supaya piem nampak bijak.....

      Padam
  8. Kebodohan menteri --> 5 bintang

    Kalau x kuat iman di dada, x perlu tunjuk kejahilan anda smpi 1 malaysia tau...tgk penampilan menteri berkaitan dah cukup. Jgn sbb tindakan anda satu malaysia kena azab mcm MH370 lagi...dah cukup bnyak azab kena kat negara kita, still x sedar2 lagi.

    BalasPadam
  9. malaysia patut mencontohi amerika

    BalasPadam
  10. Org cmni yg bpikiran sempit sbnrny. Cuma tau pikir "kalau ade babak peluk2 bru la real, ade feel". Pdhal malas nk kembangkan otak pikir cmne hasil kn filem atau drama yg lbh bpandukan garis islam. Malahan filem/drama btemakan islami yg d hasilkn pn hancur kelaut.
    Filem indonesia "ketika cinta bertasbih", xde satu pn babak peluk antara bkn mahram, laku je filem tu.

    BalasPadam
  11. buatapa nak dengar cakap pengkid. dah sah-sah dia tu tak tahu menahu hukum Islam =.=

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum, :) Saya dari Indonesia,,,
    Menurut pendapat saya, Artis / pelakon2 di Malaysia mempunyai skill yg bagus2, kurang lebih sama dengan artis Indonesia pada umumnya,,,
    Yang membedakan hanya pada Cerita atau Genrenya yg terlihat seperti itu itu terus,,,
    Mungkin waktu nanti akan ada pengarah flim yg akan mengembangkan dunia flim Malaysia,,, Amiin
    Diantara banyaknya rakyat2 Malaysia sudah tentu ada segelintir yg akan menjadi tonggak untuk membuat Malaysia menjadi lebih maju khususnya di bidang flim :) Cintailah negerimu :)
    Dan saya tetap bangga menjadi rakyat Indonesia walaupun terdapat banyak kekurangan yg harus diperbaiki
    I love Indonesia
    Bhinneka Tunggal Ika

    BalasPadam
  13. Artis malaysia sama sekali tak ber skil ditambah scrip yang tak berbobot, pengarah msia kurang berani menggambarkan realita. Msia bikin filem islamik tapi hanya sekedar tontonan takde messejnye

    BalasPadam
  14. Filem msia 20 tahun tertinggal dari indon

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.