Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan seolah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.
2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.
3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.
4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.
5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?
6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.
7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.
8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.
9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.
10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.
11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.
12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?
13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.
14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.
15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?
16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.
Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.
18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.
19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?
20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.
21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksud dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?
Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.
Wassalam,
Amin bin Yatim
Petaling Jaya
MYKMU.NET
Warkah ini diambil dari Portal MyKmu dan juga FB Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami. Hari tu ada juga orang bagi kat aku warkah ini kat FB.
Aku sebenarnya dah malas nak ulas banyak sangat pasal PM kita. Aku tak nafikan PM Najib sekarang ada juga jasanya, banyak juga tanggungjawab dia sebagai seorang PM yang dia sedang dan telah jalankan, malah aku juga kadang2 rasa annoying juga bila ramai orang yang kutuk dan hina dia lebih2 sampai edit gambar dan troll yang bukan2.
Ya, memang banyak dasar dan tindakan yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Najib memberi kebaikan dan faedah kepada rakyat seperti BR1M, KR1M, Klink 1Malaysia dan lain2 lagi, namun ada juga dasar dan tindakan yang tidak menyenangkan rakyat seperti GST sebanyak 6%, kenaikan kadar tol dan lain2.
Tapi dalam hal ni, point aku simple je. PM Najib tidak "walk the talk".
Apa yang dia sembang pung pang pung pang pada tahun 2012 pasal integriti, pasal inisiatif, pasal transformasi bagai bahawasanya sumbangan atau derma kepada parti politik haruslah dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti dan bukannya akaun peribadi, tup tap tup tap kantoi dia terima "derma", "dana" atau "sumbangan" politik sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi. Itu je pun sebenarnya dah cukup checkmate bagi dia.
Bayangkan kalau Barrack Obama kantoi orang masukkan sejumlah duit yang besar ke dalam akaun peribadi dia, rasa2 rakyat US masih percaya dan boleh terima ke Presiden dia?
Atau mungkin seorang ketua kampung, yang menerima sejumlah besar duit sumbangan ke dalam akaun peribadinya, lalu dia diam sahaja tidak memberitahu dan mengumumkan kepada orang kampungnya mengenai wang sumbangannya itu, namun beberapa tahun selepas itu terkantoi, dan dia cakap duit itu dia dah pun gunakan untuk kemajuan dan kebajikan kampungnya, dan dalam masa yang sama kau lihat sekeliling kat kampung kau tu, kau tak nampak banyak pembangunan yang dilakukan yang setimpal dengan jumlah sumbangan itu, malah masih ramai orang fakir dan miskin dalam kampung itu yang tidak terbela. Maka adakah penduduk kampung itu masih percaya kepada ketua kampungnya dan masih mahu mengangkatnya sebagai pemimpin mereka?
Selain daripada itu, seperti yang aku pernah tulis dalam entry "Tunaikan janjimu, surat terbuka buat PM tersayang", dengan berbaki tempoh masa dalam 2 tahun lebih sebelum PRU14, masih banyak lagi manifesto masa PRU13 yang masih belum dilaksanakan malah aku sendiri masih kabur2 adakah boleh dilaksanakan sebelum PRU14.
Maka, kemana perginya Janji Ditepati itu?
Dan kepimpinan melalui tauladan yang mana satukah yang layak dicontohi?
Dia bukan "The Chosen One" atau "The Special One". Dia memang Perdana Menteri kita yang sekarang, tapi setakat ini aku belum nampak "Wow Factor" atau aura kepimpinan yang membuatkan beliau adalah seorang pemimpin yang benar2 hebat yang disegani dan dihormati yang lain daripada yang lain.
Malah dia bukan dipilih oleh rakyat tapi hanya diperturunkan kuasa oleh PM terdahulu. Kalau bukan dia pun, aku yakin ramai lagi orang lain yang lebih layak memimpin negara. Dalam UMNO sendiri, aku yakin ada banyak tokoh yang lebih layak, yang bijak, yang boleh membaca iklim politik hari ini, yang lebih disenangi rakyat, yang boleh menjadi PM, bukan? Jika bukan Najib, orang lain juga boleh menjalankan tanggungjawab dan amanah yang sama menjadi PM.
Tidak perlu taksub kepada parti, tidak perlu taksub kepada pemimpin, kerana pemimpin itu silih berganti. Jika pemimpin itu bersih serta tidak ada pelbagai masalah dan kontroversi, maka tiada sebab untuk orang mahu menjatuhkan pemimpin tersebut.
Ya, aku suka bincang dan tulis hal berkaitan politik, namun aku tidak mengamalkan politik partisan.
Kenapa?
Kerana kau tahu mana2 parti bukan sempurna, dan pemimpin bukan nabi mahupun malaikat. Mereka juga manusia macam kita. Mereka tidak maksum. Mereka tidak sempurna. Mereka ada kelemahan dan hawa nafsu.
Maka bila kau tidak berpartisan, kau bebas memberi pandangan dan mengkritik mana2 parti dan pemimpin yang kau rasakan ada yang tidak kena, dan tidak menjadi keperluan dan kemestian kepada kau untk menjadi macai dengan menjilat najis2 yang ditinggalkan oleh pemimpin2 kau untuk kau cuci dengan memberi dan mencipta pelbagai alasan dan kenyataan untuk mempertahankan pemimpin kau mengenai suatu benda yang kau sendiri tak tahu pun sehingga akhirnya apa yang kau cakap pada hari ini bertentangan dengan apa yang pemimpin kau cakap pada kemudian hari.
tags: warkah surat buat rakyat malaysia najib razak umpama kan buruk kita sedang memusnahkan negara sendiri jasa bakti kebaikan pm perdana menteri derma sumbangan dana politik rm2.6 bilion macai
Najib Nazak adalah pemimpin Amirul Mukminin Bani Melayu yang paling agung mengalahkan segala raja dan sultan di Kepulauan Melayu ni.
BalasPadamSebagai seorang Melayu dan Islam kita patut tunduk dan sembah kaki Najib Nazak sebagai tanda syukur kita kepadanya. Hidup Najib Nazak! Hidup Melayu! Takbur!
najib bukan melayu.. dia pahlawan bugis yang dahulunya terkenal sebagai bangsa lanun.
PadamOo.. Najib Nazak = Captain Hook Melayu!
PadamBuatlah baik banyak mana pun. Sekali buat tak baik, yang tak baik itulah yang orang akan cakap. Apa lagi bila buat tak baik berkali-kali dan melibatkan rakyat yang dipimpin. Memang jadi bahanlah jawabnya...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamdia buat kerja dia tu tanggungjawab kerja dia... yg benda x baik yg kita selalu dgr tu perkara yg melibatkan amanah sbg seorg pemimpin... dah kalau benda yg x baik org lain buat jd satu kesalahan besar tp bila dia buat lgsg x jd apa2 kesalahan, perlu ke kita sokong pemimpin mcm ni lg?
Padamfikir guna otak la
kalau itu base ko judge orang memang bodoh gila babi ko ni , orang to rompak duit orang ramai, tapi dalam masa sama dia tipu orang ramai ambik credit macam dia tolong ramai atas jasa orang bawah dia buat kerja dan idea tolong orang pun orang bawh dia bodoh gila....... apa jasa baik najib? ak brim dalam masa balik ak dah agak dia counter duit minyak naik, gst dsb benda baik dia buat sikit nak compare benda buruk banyak dia buat kat orang ramai....bodoh gila penjilat pembangkang dan penjilat babi negara....
Padam1) ...x kan lah saya bodoh nak letak duit 2.6b dalam akaun saya sendiri..- bila dah kantoi ...2) duit tu adalah derma dari timur tengah....bila x masuk akal..siapa nak derma tanpa apa2 sebab ...3)..duit tu untuk dana bn...tetap x masuk akal kerana kalau dana bn kenapa masuk akaun peribadi....4) duit tu untuk penghargaan menentang fahaman is...tarikh pulak tak matching,...
PadamEntah la banyak kecelaruan
BalasPadamnajib...ajib....jibby...ah jib....naj....
BalasPadamTak kisah la sapa betul sapa salah, Kalau ko sayang negara & rakyat ni Najib, ko turun la...smua tak yakin dah dgn ko.
BalasPadamBtoi ka ni ��
BalasPadamApa sudah berlaku kepada negara kita malaysia. Sungguh menyedihkan dan memalukan. Duit malaysia tidak diterima oleh mana mana bank lagi di China. Ini berlaku semasa saya ingin membuat pertukaran mata wang tadi.
Manager bank di sini kata ekonomi Malaysia hampir sama corak kejatuhan ekonomi seperti di Greece. Katanya baru sebulan duit Malaysia langsung tidak laku.
Marah dan sedih. Apa akan berlaku pada nasib anak anak kita nanti.
Dulu duit China tukar RM1 dapat 2yuan. Sebulan yang lepas, RM1 dapat 1.5yuan. Tetapi hari ini, paling malang, tidak laku langsung dan tidak dapat langsung buat pertukaran.
Saya melaporkan kejadian ini terus dari China. Sedih dan sungguh sedih. Apa pemimpin kita dah buat? Come on la....
Sahabat dan saudara mara saya di Malaysia, plz hati hati. Mulakan laburkan duit anda kepada emas atau simpanlah duit anda diluar. Ia sangat memeritkan bagi peniaga peniaga dan usahawan seperti kami.
Ikhlas,
Farlina & Hairul
Live at Guangzhou, China
ujung2 kfc jugak jadi pengukur..
BalasPadamOo.. ptt la.. mykmu... mmg seronok bce tulisan2 kwn2 dr mykmu ni. selalu mbuatkn saye tergelak seorg diri.
BalasPadamgua pun geram jugak dengan pentadbiran Malaysia sekarang. tp takdelah nak maki hamun serupa orang hilang akal. karang tak pepasal dapat dosa free. lagi-lagi kalau nak sebarkan berita atau lawak jenaka yg menghina, lagi lah tak, benda ntah betul entah tidak. kalau jatuh fitnah lagilah berdosanya berganda-ganda.
BalasPadamapa yg boleh buat sekarang ni berdoa sebab berdoa lebih afdol dari memaki. tak gitu?
Janji dichapati.
BalasPadamMarah tu marah jgk tp adap diri kena la jaga. Duk maki hamun, buat finah, bukan jd apa pn, tmbh dosa lg ada la. Klu xsuka, berbicara la dgn baik, bg pandangan dan kritik yg membina.
BalasPadamSerangga Bertaubat
Haha.. hoi mak inang lembik.. patut la ko ni bangang berlapis2. Pandai xleh ditumpang, bodoh xleh ditolong.
PadamAku habaq dgn ikhlas dari hati.
Paling sedih ada yg menghalalkan perbuatan dia tu sedangkan rakyat terus mengeluh susah :(
BalasPadamdemokrasi yang halalkan bukan rakyat.
PadamBerhentilah kita dari menghina Najib Razak.. kesian dia..
BalasPadamnajib pemimpin lemah..tak penah bertanding jawatan presiden party..banyak ketirisan..dulu katanya 1MDB ditubuhkan untuk memacu ekonomi..tapi sekarang matlamat utama 1MDB adalah melangsaikan hutang dengan menggadaikan aset yang dibeli dengan cara berhutang...
BalasPadamSecara moralnya...beliau sepatutnya malu n letak jawatan berkenaan isu rm2.6b dlm akaun peribadi...full stop.
BalasPadamNo komen pasal siapa peganti PM atau buat PRU segera utk tukar pentakbiran. Papepun pemimpin always SUCKS.