Iklan Leaderboard

Selasa, 4 Ogos 2015

12 Kepimpinan melalui tauladan mana layak dicontohi?

SPRM telah menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma dan bukannya daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.

Pertama sekali, ia sudah mengesahkan yang transaksi RM2.6 bilion ke dalam akaun bank PM yang didakwa sebelum ini adalah benar2 wujud walaupun telah dinafikan dengan begitu beria sekali.

Kedua, aku faham derma tu bukanlah sama seperti derma kepada orang susah atau anak yatim piatu. Ia adalah sumbangan untuk dana bagi hal2 berkaitan politik BN, seperti mana juga parti lain seperti PAS, DAP dan PKR yang memperolehi dana daripada pelbagai sumber termasuk sumbangan dan derma.

Namun, memasukkan sejumlah besar wang derma kepada akaun peribadi? Kenapa akaun peribadi? Kenapa tidak derma ke akaun amanah parti?

Gambar hiasan

Ia turut membuktikan apa yang dikatakan oleh bekas TPM TS Muhyiddin Yassin ini dalam video rakaman curi yang viral itu adalah benar, memang PM Najib ada menerima sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya. Malah dalam video tersebut Muhyiddin tidak menyebut langsung pasal 1MDB tapi mempersoalkan, kenapa akaun peribadi? Kenapa wang tersebut masuk dalam akaun peribadi beliau?


Jika amalan memberi sumbangan ke dalam akaun peribadi dibenarkan, maka adakah lepas ini apa2 wang amanah boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadi siapa2?

Adakah dana PIBG sekolah boleh disimpan dalam akaun peribadi guru besar?
Adakah derma surau boleh disimpan dalam akaun peribadi tok imam?
Adakah yuran kelab boleh disimpan dalam akaun peribadi pengerusi kelab?
Adakah wang anak2 yatim boleh disimpan dalam akaun peribadi pengurus rumah anak yatim?

Adakah apabila pihak kontraktor mendepositkan sejumlah wang yang banyak terhadap penjawat awam dan kemudian mengisytiharkan sebagai wang derma atau hadiah boleh menjadi sah dan bukan lagi suatu kesalahan?

Adakah semua transaksi ini selepas ia di"declare" sebagai derma maka semua akan jadi sah dan dibenarkan oleh undang2?

Aku mahu tahu adakah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berkaitan "derma" yang diklafikasikan sebagai "suapan" ini valid terhadap kes derma seperti ini?



Pada pandangan aku, lihatlah dari sudut mana pun tapi dari sudut etika ia amatlah salah. Masukkan wang sumbangan amanah ke dalam akaun peribadi, di celah manakah yang menyatakan ianya satu amalan yang betul?

Bukankah kepimpinan itu melalui tauladan? Adakah ini yang mahu ditunjukkan oleh pemimpin agar rakyat mencontohinya?


Ya, kepimpinan melalui tauladan, tapi dalam ramai2 pemimpin, aku masih tak nampak satu benda kepimpinan pun oleh PM Najib yang layak dijadikan contoh dan tauladan oleh rakyat Malaysia.

Nak mencontohi gaya hidup beliau, beliau tidak pun hidup secara sederhana malah kehidupan beliau sendiri serba mewah.

Nak mencontohi cara hidup sebagai seorang muslim, beliau dan keluarga beliau sendiri tak ikut Islam sangat pun.

Nak mencontohi kejayaan politik beliau, beliau sendiri jadi PM bukan melalui pilihan demokrasi tapi melalui penurunan kuasa PM sebelumnya.

Nak mencontohi pengurusan ekonomi beliau, hutang negara sendiri menggunung, nilai ringgit jatuh menjunam.

Nak mencontohi ketokohan dalam berdebat dan berhujah, beliau sendiri tidak pernah berdebat dan berhujah dalam forum terbuka dengan siapa2.

Nak mencontohi kemajuan dan pembangunan beliau, tiada apa bentuk pembangunan dan penciptaan baru pun yang dibangunkan melainkan meneruskan legasi dan pembangunan daripada pemimpin2 sebelum sahaja.

Nak mencontohi sifat menepati janji, banyak lagi janji2 dalam manifesto pilihanraya yang belum dilaksanakan namun banyak perkara yang tidak dijanjikan pula yang telah dilaksanakan sehingga menambah bebanan kepada rakyat.

Nak mencontohi dari sudut pengurusan wang amanah, beliau sendiri guna akaun peribadi untuk menerima derma dan sumbangan.

Entahlah, bagi aku beliau hanya seorang pemimpin yang biasa2 sahaja dan tiada sebarang keistimewaan yang kita betul2 boleh dijadikan contoh yang boleh kita ceritakan kepada orang lain akan ketokohan dan kehebatan beliau, malah kita sebenarnya boleh dan layak dapat pemimpin lain yang ketokohannya jauh lebih hebat daripada beliau.

Tapi kalau ada sesiapa yang boleh nampak akan ketokohan beliau, cuba cakap apa kepimpinan melalui tauladan yang betul2 boleh dicontohi daripada beliau?

Mungkin aku buta, jadi aku mahu tahu.




tags: najib razak pm sprm suruhanjaya pencegah rasuah malaysia jelas dana rm2.6 bilion billion masuk dalam akaun peribadi sumbangan penderma derma bukan pelaburan 1mdb ketokohan contoh kepimpinan melalui tauladan

12 ulasan:

  1. Takkan hasil siasatan dalam kes besar macam ni buleh tutup macam tu je. Takkan transaksi akaun tak boleh jejak dari mana duit tu... kalau cuma nak bagi tahu duit tu donasi...tak payah susah2 buat siasatan la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang paling best pasal apa awal2 x ngaku duit tu duit derma kan senang xyah siasat bagai.Kenapa sebelum ni beria2 nafikan x masuk duit dalam akaun??pecah tembelang.macam tu lagi nak suruh aku sokong

      Padam
  2. ''Nak mencontohi gaya hidup beliau, beliau tidak pun hidup secara sederhana malah kehidupan beliau sendiri serba mewah.

    Nak mencontohi cara hidup sebagai seorang muslim, beliau dan keluarga beliau sendiri tak ikut Islam sangat pun.

    Nak mencontohi kejayaan politik beliau, beliau sendiri jadi PM bukan melalui pilihan demokrasi tapi melalui penurunan kuasa PM sebelumnya.

    Nak mencontohi pengurusan ekonomi beliau, hutang negara sendiri menggunung, nilai ringgit jatuh menjunam.

    Nak mencontohi kemajuan dan pembangunan beliau, tiada apa bentuk pembangunan dan penciptaan baru pun yang dibangunkan melainkan meneruskan legasi dan pembangunan daripada pemimpin2 sebelum sahaja.

    Nak mencontohi sifat menepati janji, banyak lagi janji2 dalam manifesto pilihanraya yang belum dilaksanakan namun banyak perkara yang tidak dijanjikan pula yang telah dilaksanakan sehingga menambah bebanan kepada rakyat.

    Nak mencontohi dari sudut pengurusan wang amanah, beliau sendiri guna akaun peribadi untuk menerima derma dan sumbangan.''
    Benda ni aku dah tulis kat mane2 orang yang aku tgk bersemangat gila sokong najib.Aku nak kepastian kenapa diorang sokong najib gile2.Nope aku x dapat jawapan,bile aku post benda2 kat atas tu terus senyap x berbalas.So aku simpulkan satu je,sebab duit........

    BalasPadam
    Balasan
    1. You deserve my like Captain!

      Padam
  3. noob...kau lupa, dia dah buat pembahagian subsidi bersasaran macam yang kau sokong sangat tu...tu point besau tu, dah overtake sumer masalah lain...

    takpe...nanti time memangkah, kau pangkah parti dia jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noob bercakap dari sudut pandangan kerajaan pasal tu, bukan makna dia sokong sangat...and memang logik pun sistem tu. Tapi setakat tu mana boleh jadi satu kebanggaan...kebanggaan adlh kejayaan yg dapat dirasai bersama bukan syok sendiri

      Padam
  4. Haha Noob Noob.. hang ni mmg buta. Banyak conyoh Najib ajar kau jadi kaya. Patut la hang x leh kaya sbb hang buta.

    1. Keje gomen, inilah peluang nak merembat. Ko tengok yg atas2 kau tu. Gaji 9000 ja. Rumah 5-20 buah. Datang ofis naik Estima G Alphard Odyssey Velfire.

    2. Ada projek masyuk, amik la kamsen mcm kamsen scorpene dan 1mdb tu. Kantoi kaloo, jabatan gomen akan cover kau gila2. Dosa kau ramai org nak sucikan.

    3. Bina network utk merembat. Cari supplier bukan meleis utk supply barang. Cth 1mdb, cina boleh kowtim meh. Meleis ni payah. Kejap islam kejap kapir. Mcm banyak dah aku dok komen dulu2 ni.

    Banyak lagi kalo nak list. Disebabkan ini bukan blog aku, aku xleh list banyak2, nanti meleis marah2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sarcastic level 999

      Padam
  5. Tak lama dah ni hayat kepimpinan org cenggini.

    BalasPadam
  6. definisi tepat hidung tak mancung pipi tersorong2. silalah turun. really tired of your shit already... nk menipu pun takde skill. sila perbanyakkan tonton movie hollywood berbanding layan bini tonton drama melayu.. wakakaka.

    BalasPadam
  7. Papeun hampir satu malaysia dah menyampah PM pasal kes isu duit billion2 masuk dlm akaun peribadi.....kalau sy jd PM, dah lama rasa malu n letak jawatan...x kisah la duit derma ke, duit jiran sebelah bg ke, duit Kasim Alibaba ke..yg kelakar mula2 nafi smpi nak saman itu ini, pas2 ckp lain plak, sama mcm kes Tabung Haji nafi itu ini.

    2 la sy ckp, bila diangkat jadi MP, 1st thing akan buat ialah nak kayakan diri dahulu smpi 7 keturunan, dah stabil baru nak tolg org. Susah nak cari MP yg utamakan rakyat dr diri sendiri dulu....kalau duit RM1juta masuk akun boleh ttup sebelah mata, tp kalau 1-2 billion? Satu bulan gaji Rm1 juta pun smpi mati xleh jejak 2 billion tu....SERIOUSLY &^&^!*$^*!(^$*!&(*!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar ayam, aku paham perasaan ko rasa disembelih

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...