Iklan Leaderboard

Ahad, 30 Ogos 2015

23 Koleksi gambar awek dan lain2 sekitar BERSIH 4

Berikut adalah koleksi gambar2 awek dan juga gambar2 menarik para peserta sekitar perhimpunan BERSIH 4.0 yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos 2015. Bersedialah untuk menghabiskan kuota data Internet smartphone dan tablet korang.














































Kredit gambar Google dan Facebook.

1. Perhimpunan BERSIH kali ini dilihat didominasi oleh kaum Cina, berbeza dengan perhimpunan BERSIH yang sebelum2nya.

2. Kekurangan kehadiran peserta Melayu berkemungkinan disebabkan perbalahan dalaman Pakatan Rakyat di mana ia tidak dihadiri oleh ramai ahli dan penyokong PAS seperti sebelum2 ini. Mungkin juga ramai Melayu sudah bosan manakala Cina pula baru nak bersemangat.

3. Perhimpunan kali ini walaupun berlangsung selama 2 hari, dan walaupun ramai orang occupy dan tidur di atas jalanraya pada waktu malam, namun ini adalah perhimpunan BERSIH paling aman walaupun diharamkan dan tidak mendapat kelulusan. Tiada insiden besar yang merapu2 seperti sebelum seperti provokasi, pergaduhan, kekecohan, kekasaran, keganasan, vandalism, kena sembur dan sebagainya mahupun pertunjukan demonstrasi Power Rangers kumpulan baju merah Anti-Bersih.

4. Malah perhimpunan kali ini tak ubah macam pesta yang memperagakan pelbagai gaya dan cara yang kreatif untuk memberi mesej dan juga perkelahan secara beramai2 selama 2 hari 1 malam di tengah2 bandaraya.

5. Pertama kali Tun Mahathir turun bersama demonstrasi BERSIH ini walaupun sebelum ini menentang perhimpunan jalanan.

6. Peserta yang turun mempunyai pelbagai tujuan, latarbelakang dan ideologi. Ada yang membantah korupsi, ada yang mahu Anwar dibebaskan, ada yang menyokong LGBT, namun semua pasti punya motif yang sama iaitu mahu PM Najib turun.

7. Aku tidak pernah join perhimpunan BERSIH, dan masih belum berminat nak join mana2 perhimpunan jalanan. Walaupun aku tidak menyokong demonstrasi seperti ini, namun aku juga tidak membantah demonstrasi jalanan seperti ini.

8. Aku hormati perjuangan BERSIH serta peserta2 yang join perhimpunan tersebut, namun perjuangan dan wadah perjuangan aku berbeza.

Aku tidak punya perjuangan yang besar untuk menjatuhkan kerajaan.
Aku tidak punya keberanian yang besar sehingga sanggup ditangkap untuk diangkat sebagai wira.
Aku tidak punya perjuangan yang besar untuk menyokong parti politik mendapatkan kuasa.
Aku tidak punya perjuangan yang besar untuk mengangkat mana2 orang menjadi pemimpin.
Aku tidak punya perjuangan yang mulia untuk mengangkat nama dan martabat kaum Melayu.
Aku tidak punya matlamat yang tinggi untuk memperjuangkan hak dan kebebasan manusia.
Aku tidak punya cita2 yang tinggi untuk menaikkan anak bangsa dan nama negara agar gah di persada dunia.

Aku tahu, semua perjuangan2 itu sangat besar dan hampir mustahil untuk aku buat dan ikut.

Kerna itu aku hanya punya perjuangan yang kecil, sangat kecil dan terlalu kecil, malah rasa2 tak layak pun untuk dipanggil perjuangan tapi harapan, iaitu mengurangkan kebangangan manusia dalam masyarakat agar kita semua dapat hidup dengan harmoni antara satu sama lain dan tidak menyusahkan orang lain dengan menjadi asshole.

Tidak apa kalau orang Malaysia tidak hebat atau tidak menguasai apa2 pun, asal tidak menguasai kebodohan dan membuat apa2 yang dungu sudah cukup memadai dan membanggakan.

Itu sahaja.



tags: koleksi gambar menarik awek sekitar demo demonstrasi perhimpunan himpunan jalanan bersih4 bersih 4 4.0 kuala lumpur dataran merdeka

23 ulasan:

  1. creeeettttt sepalit sket kat muka anon arghhhhhh lega bak hanggggg nooooooooo~

    BalasPadam
  2. Orang melayu balik kampung, pergi kenduri. Aku pun x kan join demo gini sbb i hate crowded people and place but i never against it

    BalasPadam
  3. Pendatang-pendatang ni nak apa sebenarnya ? 10 paling kaya di Malaysia dorg. Org2 yg berjaya di dunia dari malaysia pun dorg, Michelle yeoh, jimmy choo, pencipta bloom band dsb. Apa lagi pendatang -pendatang ni mahu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayoo pun pendatang jugak. Bezanya Melayoo datang lebih awal tu ja. Orang bumiputera sebenar di sin ialah orang asal, atau orang asli. Melayoo tumpangaja kelebihan bbumiputera tu...

      Padam
    2. betul tuh, masa melayu datang, depa kena gegas korek lombong emas kat Kelantan, lepas tu Cina datang kena gegar korek bijih timah, last sekali India datang kena cergas toreh getah...yang kaya tetap Najib! 2.6 billion y'all!!!!

      Padam
  4. point no 3. bersih plg aman
    IMO, bersih sebelum ada macai umngok/kerajaan duk menyamar peserta bersih lepas tu buat provokasi. bersih 4.0 ramai cina, nak menyamar mcm mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn kutuk org atau anda pon asshole jugak

      Padam
    2. dkt mana ayat aku kutuk? bodoh punya macai

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Agak terkejut sbb kali ni byk cina yg turun..Melayu turun gak tp x ramai. .maybe 20-30%. X mcm sblum ni 80% Melayu. Still even sy menyampah dgn najib tp sy x rasa demo mcm ni akan buat najib letak jawatan...max figures maybe 100-200k yg dtg tp not 1million spt yg dirancg. Sy prefer melalui undang2 x kira undi x percaya di parlimen atau PRU.

    Nsib baik x hujan sepanjang hari. .klau x lintang pukang org berteduh, paling untung pengusaha hotel area dataran merdeka/jln TAR. Negara kita still x setanding negara mesir yg berkumpul di dataran tahrir smpi beberapa hari, sanggup x gi kerja utk berdemo.

    Pasal najib...selagi isu personal rm2.6b x setel..isu moral mmg tercalar teruk. Ada org ckp RM sihirkn suami smpi jd x betul mcm skrg...

    BalasPadam
  7. Salam 1rasuah ,

    Umur Najib 62 tahun. Kalau lah dia akan mati umur 82 tahun, maknanya dia ada 20 tahun untuk habiskan 2.6 billion tu. Maknanya sehari dia boleh belanja RM 361,111.10 sen atau tiga ratus enam puluh satu ribu seratus sebelas ringgit 10 sen sehari. sehari ye bukan setahun atau sebulan.

    Itulah maksudnya makan tak habis.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh, amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya .heee

    BalasPadam
  8. yang sokong LGBT pun ade..

    Bersungguh2 btol Mahathir ye menentang Najib.. kuat btol dia even dah tua.. kuat semangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. LGBT tu, raja2 masih mengaku rakyat..asalkan membayar cukai..lagipun negara ini bukan ketuanya Nabi Muhammad.

      Ini blom lgbt lagi.. (https://www.youtube.com/watch?v=oBo7QNMvuxU)

      Yang bersolat pun tak sampai 20% daripada 15 juta umat seluruh malaysia. Menurut Pendakwah Agama Dato Abu Hasan Din Al Hafiz - "1/6 rakyat Malaysia sahaja yang bersolat. Dan mereka yang tidak bersolat itu adalah KAFIR FASIK. MasyaAllah Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah. Renung-renungkanlah..

      Padam
    2. STATISTIK UMAT ISLAM DI MALAYSIA..~ [petikan:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=15735.0]

      Assalamualaikum, saya paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama:

      1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya
      ......
      2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

      3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan

      4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

      5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

      6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

      7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

      8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

      9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

      10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

      11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam

      12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

      13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

      14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

      15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

      16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

      17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

      18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

      19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

      20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

      21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

      Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

      Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

      Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T..

      Wallahua'alam..~

      Padam
    3. Nice info. .byk benda kita kena improve dr segi agama. Spt dlm lagu...aku x layak masuk ke syurgaMu tapi aku x mahu masuk ke nerakaMu.

      Ada org ckp..nak masuk syurga Allah x? Kalau nak kena mati dulu..tp anda x mahu mati pulak...renung2kn ramai antara kita takut mati, tp x takut Allah.

      Padam
    4. Di akhir zaman islam begitu banyak tapi umpama buih-buih...kata2 rasullullah

      Padam
  9. Bersih paling aman compare dgn sblm ni. Sebelum ni melayu majority.bersih 4 cina majority...boleh tak buat kesimpulan Melayu suka buat kecoh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan melayu suka buat kecoh tapi ada pemimpin politik kuat jadi batu api,kasi panas, nasib baik dia dah kena penjara, lagipun cina ni tak da telur, dia mana mau kotor2, dia tau bising a.k.a menyalak je, kerja berat dia tak mau, takat menganjing dengan jadi keyboard warrior je diorang berani

      maaf ter emo pulak

      Padam
  10. ..Agak janggal namun perhimpunan kali ini adalah yang terbaik...Satu soalan mengapa kali ini tiada langsung keganasan...Adakah mereka yang sering melakukan provokasi kali ini tidak turun sama? Siapakah mereka? Adakah mereka terdiri dari ahli PKR atau PAS...

    BalasPadam
    Balasan
    1. YANG SUKA KECOH TU AHLI POLITIK, NASIB BAIK KALI NI DIA DAH KENA PENJARA

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...