Iklan Leaderboard

Rabu, 12 Ogos 2015

7 Isteri sibuk bekerja, suami sibuk cari perempuan

Ada sebuah kisah rumahtangga suami isteri. Pasangan ini masih mempunyai anak2 yang masih kecil. Sang isteri seorang jururawat yang masa bekerjanya shift, kadang2 siang, kadang2 malam, kadang2 hari Sabtu Ahad pun kena bekerja, manakala si suaminya pula bekerja mengikut waktu pejabat biasa dari pukul 8 ke 5, Isnin ke Jumaat. Rumah dan kereta mereka kongsi bayar suami isteri.

Nak dijadikan cerita, akibat kesibukan isterinya bekerja dan tidak dapat melayan suaminya malam2, tengok wayang, teman makan dan sebagainya, maka suaminya cari perempuan lain untuk menghilangkan kesunyian dan kini mahu ceraikan isterinya kerana mahu kahwin dengan skandalnya.


Nak suruh bini dia berhenti kerja jadi jururawat layan dia 24 jam, dia tak nak sebab tak mampu nak bayar kereta dan rumah sorang2. Nak jaga seorang isteri pun gagal, apatah lagi nak nikah dua. Sebab tu lebih rela ceraikan bini semata2 nak rasa barang baru.




Aku tak tahu al-kisah ini yang dikongsikan perbualan mesej FB di atas ini betul atau tidak, tapi kes macam ni banyak je berlaku dalam Malaysia. Aku pernah baca banyak status2 FB bini orang atau anak dara terutama yang cun2 tu ada orang lelaki suka PM kacau mereka, nak berkenalan lah, nak cari kawan la, nak cari teman la, tapi tengok kat profile FB sekor2 dah ada bini.

Aku sendiri pun ada kenalan2 aku yang dah kahwin, ada anak2 yang masih kecil, tapi masih cari perempuan atau lelaki lain sebab dah bosan dengan pasangan, malah orang lelaki yang "makan kat luar" pun ramai.

Apa nak jadi dengan masyarakat kita sebenarnya?

Orang2 macam ni memang aku tak faham apa sebenarnya yang ada dalam kepala hotak mereka. Aku cuma boleh sifatkan mereka sebagai tak bersyukur dan bangang nak mampus.




P/S: Aku mungkin takkan update blog dengan terlalu kerap dan kurangkan topik2 yang agak berat dan panjang buat masa ini kerana agak sibuk dengan hal kerja, persediaan komik Buasir Otak yang ke-2, kerja2 editorial komik untuk Supreme Comichat dan lain2 hal peribadi. Harap maaf.



tags: isteri jururawat suami curang cerai perempuan wanita skandal lain takde masa nak teman tengok wayang makan luar romen jimak bersetubuh layan 24 jam kerja kekasih orang

7 ulasan:

  1. tak sangka aku jadi org 1st komen.

    kalau aku jumpe laki ni aku sepak telor dia. dah la bini tanggung rmh kereta...pastu nk kawin lagi. lanjiaula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepak laju-laju...tapi tak boleh nak salah kan 100% kat laki tu klw dia jadi macam tu. Yela, mana hak dia? yang mana tanggungjwb sebenar seorg isteri? time bayar hantaran mahal2 tapi takleh nak nyot-nyot..mana tak bengang. Tapi aq rasa org mcm ni sbnr nyer isteri dia dah buat yg terbaik..cuma dia yg over

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Aku ada lepak ngan sorang pakar motivasi minggu lepas. Kitorang borak la pasal communication. Dia bagi contoh statistics yang Malaysia mempunyai kadar perceraian tertinggi berbanding jumlah penduduk. Ini kerana antara salah satu faktor ialah kurangnya komunikasi antara suami isteri.

    Salah satu benda yang dia syorkan ialah suami isteri kena anggap pasangan masing2 sebagai rakan bercerita. Jangan malu2 antara suami isteri dan jangan terlalu berahsia. Luahkan isi hati secara baik. Wallahu a'lam.

    BalasPadam

  3. hai

    kalau cari idea DIY yg murah & super cute boleh visit blog/ig kami
    ada paperbag, sticker, tag & card :)

    tq tuan tanah

    Our blogshop, cardbymyan.blogspot.com click >>CARDBYMYAN or instagram kami @begkertas. click >>@begkertas


    tq :)

    BalasPadam
  4. Zaman sekarang ni konsep setia sangat rare, baik laki atau perempuan.

    BalasPadam
  5. Susah senang bersama...itu maksud perkahwinan. Kalau dah x best nak kawin lain..kawin dgn love doll je la..dah lusuh try yg lain, nak beli 100 love-doll pun x heran.

    Perkahwinan yg bertahan lama berpegang pada konsep kasih sayang n pengorbanan..kalau nafsu semata2..sure x tahan lama, ada 10 isteri pun x puas.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...