Kalau nak diikutkan bau kentut semua orang sama je busuk dia, tapi kenapa kita boleh selesa dengan bau kentut sendiri sahaja tapi tak boleh tahan dengan bau kentut orang lain?
Boleh siapa2 tolong jelaskan?
Itu persoalan yang aku tuliskan di status FB aku.
Soalan nampak macam bodoh, malah memang bodoh pun, tapi ia memang realiti, namun disebabkan benda tu terlalu biasa maka takde orang rasa benda itu suatu perkara yang pelik, sedangkan kalau difikir2kan balik memang pelik, bukan?
Yelah, kentut kau sendiri hidung kau boleh terima je bau dia, tapi kentut orang lain hidung kau tak boleh terima sedangkan bau dia sama je lebih kurang busuknya.
Tujuan aku upkan persoalan tu sebenarnya untuk buat eksperimen bagaimana orang Malaysia memberi respon terhadap persoalan2 macam tu, dan aku agak bernasib baik kerana ia telah dikongsikan di beberapa page seperti Himpunan Cerita Lawak, Giler Kentang dan Siakap Keli Press membuatkan aku boleh dapat lebih banyak respon.
Dan seperti yang aku dah jangka, lebih ramai yang memberi lebih banyak persoalan, komen lawak, loyar buruk dan sebagainya, malah tidak kurang juga mereka yang terus melemparkan kutukan dan hinaan seperti berikut:
Aku tak salahkan mereka, sebab cara berfikir semua orang tak sama. Ada yang bagi jawapan berbentuk motivasi menjadi komen yang paling popular:
Namun tidak ramai yang benar2 boleh beri jawapan atau sekurang2nya solusi untuk mencari jawapan walaupun ada beberapa respon yang bagi aku bagus, dan dalam banyak2 respon aku paling suka adalah seperti berikut kerana beliau berfikir di luar kotak dengan mencadangkan eksperimen atau ujikaji dibuat:
Ini baru contoh simple aku bagi namun ia boleh bagi gambaran kenapa kita masih jauh ketinggalan berbanding kaum dan orang dari negara2 lain yang maju, kerana mereka ada daya fikir dan perasaan ingin tahu yang tinggi. Benda2 yang pada kita remeh temeh pun mereka mahu kaji untuk mendalami dan menguasai lebih banyak ilmu pengetahuan.
Dan berbalik pada persoalan aku pasal kentut tadi, ya, orang barat sudah pun ada jawapan yang lebih logik dan saintifik.
So jangan pelik apabila negara lain boleh berkembang maju dengan lebih laju berbanding kita. Sebab kita sendiri yang malas nak mengkaji dan mencari ilmu, dan apabila ada orang lain yang cuba mengajak kita berfikir luar sedikit daripada kotak, mereka terus dicemuh, diperlekeh, dihina dan diperbodoh.
Baca lagi entry2 berkaitan eksperimentasi sosial yang pernah aku buat di media sosial:
- Seni Trolling: Kebodohan yang tak masuk akal
- Seni Trolling: Pancing ikan besar untuk jadi viral
- Suatu eksperimentasi media sosial mengenai GST
tags: kenapa kita boleh terima selesa bau kentut sendiri berbanding orang lain fart smell better than everyone else science explained good why we like our own
kentut pun bleh jadi isi kan hehe
BalasPadamKentot tu indah, oleh itu mari mengentot, prOooOooOootTtT arghh leganya
PadamMmg betul noob. Negara kita, kalau nak minta fund buat research, mesti research yg dasat. Yg remeh temeh tak dpt. Contohnya, kalau semut jatuh mesti landing sblh kiri.
BalasPadamLg satu, kalau dpt fund buat research, mesti nak kena berjaya, nak kena ada hasil, kalau tak fund tak sambung. Padahal kegagalan tu pun satu kejayaan/penemuan juga. Dan biasanya kita tak rekod kegagalan ni. Ce tgk, ada ke white paper yg gagal..
pelik nengok reply2 tu... org bertanyakan soalan... jawap la elok2... tak perlu la cakap org tu bodoh... kalau dia rasa pandai sgt.. jawap la soalan tu...
BalasPadam"kalau rasa tak dapat membantu... jgn mencemuh... diam je... sbb diam tu pun dah cukup membantu"
gua pun dah lama xkentut di muka si rosli. proooooOOOOOooooOOOtttTTTttTtTTtt!! d muka si rosli. arh lega baq ang
BalasPadamlawak proooot di muka rosli kembali lagi....
BalasPadamKenapa bila kita tidur/tertidur dalam keadaan duduk (tak terangkat 2 tulang punggung) tak batal wuduk, kalau tidur dgn cara selainnya (e.g. baring) batal wuduk? Ni hal Fiqah.
BalasPadamSebab kita tidak berupaya kentut dgn keadaan 2 tulang punggung melekap pada permukaan. Tiap kali nak kentut, kurang2 mesti kena senget atau angkat sebelah punggung.
Ujian yang boleh buat sendiri :)
Sebab bila sendiri kentot, pas2 lari dari kawasan kejadian...pas2 blame org lain kentut...HAHA
BalasPadamPapepun mmg diakui kita mcm layan kentut diri sendiri...sbb maybe angin kentut dtg dr belakang..so dia akan berlegar di belakang, bukan di hadapan..so maybe kita sendiri x perasan..xpun kentut kita bila terbau kita x komplain, kita try escape bau 2 cepat2
Biar kuat kentut..jgn kuat kencing..hikhik