Iklan Leaderboard

Rabu, 26 Ogos 2015

29 Persiapan anak muda menentang demonstrasi Bersih

Satu demonstrasi yang difahamkan sebagai aksi mempertahankan diri dibuat kumpulan Anti-Bersih di depan Sogo hari ini, lapor TheRakyatPost.

Kumpulan tersebut dilihat memakai pakaian merah di dalam aksi tersebut manakala kumpulan Bersih 4.0 akan memakai baju bewarna kuning.

Kumpulan tersebut membabitkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Melayu. Kumpulan terbabit diketuai oleh Datuk Jamal Md Yunos yang berkata, demonstrasi itu sebagai persiapan pertahanan diri jika berlaku keganasan antara 'merah' dan 'kuning.

“Jika penganjur Bersih 4.0 mengotakan kata-kata mereka, untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100,000 orang menyertai perhimpunan haram itu, maka, pihak berkuasa sudah tentu akan menghadapi masalah untuk memberi jaminan keselamatan kepada semua peserta kuning dan juga kami.



“Kami tidak akan memulakan sebarang keganasan tetapi sekiranya pasukan kuning berbuat demikian, maka, orang-orang kami yang berpakaian mereka berkemampuan mempertahankan diri masing-masing,” kata Jamal.

Menurut Jamal, seramai 30,000 penyokong anti-Bersih sudah siap sedia dan akan berkumpul di kawasan sekitar Low Yat pada Sabtu 9 Pagi sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

“Semua 30,000 penyokong sudah menandatangani borang persetujuan bahawa sebarang keganasan fizikal menimpa mereka, kami tidak akan bertanggungjawab, tetapi kami menyediakan insurans kemalangan untuk mereka,” kata Jamal.

Namun, Jamal turut berkata sekiranya Bersih 4.0 dibatalkan, mereka juga akan mengundurkan diri dari perhimpunan.

“Kami berhimpun untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan yang dipilih oleh majority rakyat Malaysia, dan memastikan Malaysia kekal sebagai negara aman dan harmoni.

“Jadi, jika mereka membatalkan Bersih 4.0, kami akan membatalkan perhimpunan aman kami.”

Video persembahan yang dimuat naik oleh TheRakyatPost Network di Youtube itu memperlihatkan aksi beberapa kumpulan tersebut memukul sesama sendiri menggunakan kayu dan juga aksi memecahkan atap siling menggunakan kepala.

Bersih 4.0 dijangkan akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Sumber Siakap Keli.



Segala demonstrasi dan perhimpunan jalanan akan menjadi halal sekiranya ia adalah demonstrasi yang diadakan untuk menentang demonstrasi yang telah diharamkan.

Dan kau tengok siapa yang terlibat dalam video di atas?

Melayu.

Aku pun tak berminat dengan demonstrasi jalanan seperti Bersih tu, tapi perlu ke memperbodohkan diri untuk menunjukkan betapa kita benci benda tu? Ini bukan ada unsur cari gaduh atau ugutan ke? Pukul2 badan tu dah macam orang Syiah aku tengok.

Kau tahu tak kenapa blog Buasir Otak ni wujud in the first place? Sebab wujudnya orang dan masyarakat macam ni dalam negara kita.

Maka bila korang tengok blog ni selalu highlight perangai orang kita (terutamanya orang melayu) buat benda mengarut, merapu dan merepek2 macam ni, kitorang bukan nak suruh korang sama2 kutuk dan hina diorang, tapi untuk korang dapat jadikan benda2 ini sebagai suatu pengajaran agar korang takkan buat dan jadi benda yang sama macam diorang.

Kita perlukan lebih ramai orang yang boleh berfikir dengan lebih matang dan bijak untuk mengatasi jumlah orang yang berfikiran karut dan dan buat benda yang ntah apa2.


tags: demo demonstrasi perhimpunan jalanan anti-bersih depan sogo pertunjukan seni mempertahankan diri kebal pukul badan cederakan diri sendiri ngo baju merah kuning video

29 ulasan:

  1. Wow.. ini sudah bagus.. merah vs kuning. Moga2 boleh jadi mcm Thailand. Kedua2 jangan berhenti berdemo. Teruskan sehingga 6-12 bulan berdemo, baru best.

    Ini nak berdemo ikut org. Ikut2 ja.. demo hampeh.

    Untuk org kerajaan, mmg jangan harap la derang nak berdemo. Nak mampos kene tukar department. Dah tahu nahas gini, padamkan saja niat nak cari perubahan. Boleh mereput dgn niat dan doa utk berubah. Tuhan tak akan ubah sesuatu kaum itu melainkan meteka mengubahnya sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hish,si lahabau ni...tak abis2 dgn sport toto dia. Nilah contoh perosak bangsa!

      Padam
  2. pendapat PG, bebenda macam ni tak perlu kot. even nak menegakkan kebenaran sekalipun. banyak cara lagi kot selain nak buat perhimpunan macam ni. :)
    (nuffy tido pula. nanti PG singgah balik :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila nyatakan cara lain selain perhimpunan tu? macam anon atas tu cakap. tuhan tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri. kalau nampak sesuatu kemungkaran ubah la dgn tangan. kalau tak mampu ubah la dengan lidah. kalau tak mampu jugak cukup la sekadar dgn fikiran. sesungguhnya dgn fikiran adalah selemah iman. cik kalau tak mampu nk pergi bantahan tu jgn la nk mengutuk atau mentidakkan usaha org lain yg cuba mencegah kemungkaran. sekian

      Padam
    2. mana la button like untuk anon 2:46 ni! I like your comment sir!

      Padam
    3. terima kasih la sebab suka comment aku. recommend dekat noob sekali kasi aku jadi admin blog ni. hehe. btw aku bukan anon-anon biasa. aku anon14. haha

      Padam
    4. Betul jugak kata anon14, mana lagi channel untuk si rakyat nk tunjukkan suara sbb media yg sah sumer pro-kerajaan...Hormat kepada yg hadir demi cinta negara...tapi pergi mampos klw yg nak cari gadoh

      Padam
  3. demo la ni dok supo mulo...

    BalasPadam
  4. Lepas tgk video ni..

    Aku bergegas meninggalkan bilik office dan menuju ke surau. Setibanya di surau, terus aku pergi ke tempat wuduk. Sampaikan tak perasan kawan aku, si Mail di sebelah. "Eh?sopian,ko ni nape kelam kabut je ni?", tanya Mail. Aku endahkan saja apa yang ditanya sambil menunjukkan isyarat tangan yang aku nak cepat.

    Kemudian aku bentangkan sejadah dan segera laksanakan solat sunat hajat. Aku berdoa, "Ya Allah, aku bersyukur kerana kau tidak membuatku melakukan perbuatan bodoh yang macam diorang buat. Jauhkan aku dari kenal orang2 mcm tu dan janganlah kau jadikan kawan2 aku seperti itu. Kalau aku ditempat mereka, maka malu lah aku nak berhadapan dengan anak-anak aku dan ahli keluarga aku nanti, tak akan aku mampu menampung dugaan seperti itu. Syukur kau masih letakkan aku dalam golongan yang boleh berfikir waras".

    Setelah kembali ke office, aku terus mula sambung kembali kerja. Mail bertanya lagi., "pehal dengan ko ni pian? macam nampak hantu je tadi". Aku membalas, "aku nmpk lebih teruk dari hantu, aku nampak beruk kena sampuk jadi rimau..menggelupur atas jalan. Pastu takde sape nak tolong pulak tu, yang lain dok tgk mcm pertunjukkan sarkas. Tambah pelik lagi, penguatkuasa tak dtg pulak tangkap beruk2 tu. Kalau tak tangkap pun, bawak la pergi klinik haiwan, kesian aku tgk..kejap beruk, kejap rimau".

    BalasPadam
  5. lanun bugis 2.626 Ogos 2015 4:59 PTG

    Musim peperiksaan tiba lagi. Diminta para guru guru pamerkan result upsr - spm ( jumlah A) dan gambar terbaru mereka di papan kenyataan sekolah bagi memotivasikan murid-murid.

    Good luck buat calon-calon upsr hingga spm.

    BalasPadam
  6. Papepun...sy lebih suka tunggu tgk berita weekend ni. Yg sy tau yg selalu gi berdemo kebanyakan satu kaum je...kalau bersih4 ni dpt peratusan setiap kaum yg memberangsangkan, ada tanda signifikant kat situ..tp kalau org melayu je berdemo, nmpk sgt mcm kita ni dipergunakan.

    Pasal video org merah ni...layan je la...skrg leh tunjuk power, on actual day batang hidung x nmpk, power pun hilang. Still nak berdemo pergi la ke stadium...x perlu pergi ke jalan utama smpi nak masuk KL semua jem.....kalau PR memerintah n org UMNO nak berdemo, nak ke dia bagi demo kan jalan?, 2x5 gak.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju ayam, tapi tang "melayu" dipergunakan tu tak brape...bagi aq, mungkin melayu je yg ambik kisah pasal negara..bangsa len mungkin kurang

      Padam
    2. Leh terima gak...sbb one day if Malaysia berlaku perang. ..dr situ kita tau sapa rakyat Malaysia yg berjuang n mana yg lari gi negara lain.

      Padam
    3. korang ni tak update ke apa. yang mahasiswa dok kena tangkap dengan polis tu bukan cina ke? korang ingat yang pergi demo bersih 1 sampai 3 tu semua melayu ke? korang tak tahu berapa banyak cina pergi. korang duduk rumah jadi keyboard warrior je baik la tak payah nak cakap banyak. benda salah dah depan mata pun korang still tak buat apa2.

      Padam
    4. pastu ayam ni pulak nak berdemo dekat stadium. alahai ayam aku tengok selalu ko comment sini tapi aku tak tahu pulak pemikiran ko sungguh kebelakang. pernah kat mana2 dunia ni ko tengok orang berdemo kat stadium? tak pernah orang buat weh. demo orang buat kat jalan sebab nak bagi orang nampak. biar semua orang tengok kuasa rakyat. biar pemimpin tengok dan tahu rakyat ada kuasa. baru la pemimpin bukak mata sikit kalau dah ramai sangat berdemo. itu pun kalau bukak mata la.

      ni kalau berdemo dekat stadium sapa nak tengok weh? macam ko tak puas hati dengan boss ko. co-worker ko pn tak puas hati dengan boss. pastu korang bajet nak buat "picket" la nak tunjuk kat boss ko yang ko tak puas hati bagi gaji ciput. pastu ko buat picket tu dengan stadium bukit jalil. logic tak?

      Padam
    5. Aku nampak orang cina yg beria-ria nakkan perubahan..org melayu yang pling takut nak berubah..

      Padam
    6. Kat media, cina2 DAP yang nak berubah. Yang melayu PR echo aja.
      Bila time demo, yang melayu2 ni la dok tadah leher dgn SB/FRU, yang duduk jauh2 dari atas hotel.

      Bagus le melayu ni, pi tolong lawan melayu lain untuk kasi kuasa kat Cina.

      90% cina sokong DAP, yang calon melayu habis undi berpecah.

      Cuba tgk balik siapa yang sebenarnya berkuasa kat Selangor? ADUN cina DAP kristian lah paling ramai dari PR.

      Tgk kat media, kalau cina jadi mangsa, cina bising. Contoh, gereja kat taman medan. Macam2 orang depa interview pasal kes tu. Yang melayu bodoh piang LGBT pun pi sokong pulak..

      kalau melayu jadi mangsa, mampuih kau la. Contoh, kes budak cina 21 tahun bawak VW Polo mabuk langgar kereta polis (melayu). masuk mahkamah denda RM10 ribu, tak kena penjara. Sikit pun takde orang nak ulas dalam media. Dan2 tu je budak tu nak further study oversea seminggu lepas jatuh hukuman.

      Najib bagi muka sangat kat orang yang memang tak nak undi dia pun. Kebangsatan apakah ini?

      Orang cina guna orang melayu/islam untuk dapatkan kuasa. Dah dapat kuasa mampuih kau la. Sekali-sekala bagi duit kat masjid/surau nak kasi tunjuk depa ni sayang Islam, tapi sebenarnya mereka ni umpama sesumpah.

      Padam
    7. Apa hang dok merepek ni 1109? Hang ni dok ataih langit ka? Cina gunakan Melayu?

      Turun sendiri berdemo. Tengok berapa kerat Cina pergunakan Melayu? Politik Cina x akan kemana. Atas kertas mmg lebat. Tapi nak supersede Melayu, jangan harap la. Jauh api dari panggang.

      Jangan takat jadi keyboard warrior je. Mentaliti Ayam jugak hang ni. Sumer nak tunggu dan lihat. Tak nak ambil bahagian dan cipta sejarah untuk anak cucu yg tok wan dulu pun berani berjuang. Dasar melayu pengecut!!!!

      Padam
  7. Nak berdemo tgh2 bandar kenapa ye? Kalau terus berdemo di depan rumah atau opis pihak yang mahu diambil perhatian boleh ke?

    BalasPadam
  8. ape la ngko ni noob.. ni bkn demo cari gaduh dan sebagainya.. ni demonstrasi silat sawan beruk yang julung2 kali diadakan di sogo.

    BalasPadam
  9. merah ke kuning ke, ni semua agenda yahudi nak menyusahkan aku seorang warga KL untuk berjalan-jalan dengan keluarga menikmati hari cuti yang selalu ditunggu-tunggu setiap minggu, hadoihhh.... gi mereput la semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni lagi satu tak habis2 salahkan yahudi. barang naik salah yahudi. cost of living naik salah yahudi. tol naik salakan yahudi. dapat derma nak kalahkan yahudi. minyak naik salahkan yahudi. adui come on la. jangan jadi melayu typical yang tak habis2 salahkan orang lain. ko dengan najib tu boleh la jadi satu geng. ada problem, lepas tangan pastu salahkan orang lain. puii aku paling anti melayu islam macam ko ni.

      Padam
    2. rilek arrr anon14, ayat tu pun dah nampak skema, yg lu makan umpan buat apa, senang sangat kena troll, melayu akal pendek,cannot read between the lines, macai politik!!!!

      Padam
  10. Kesian..agak2 bape rm dpt ni. Malu la mak bapak tgk dh mcm b**uk dh

    BalasPadam
  11. noob..aku nk tnya hg la..klau najib trun sapa layak ganti dia?aku dok tnya kwn aku yg dok hina najib tp depa pun xtau..so aku sbgai pihak neutral pun masih mncari2 siapakah yg layak gnti beliau?..lg satu pasai rm jatuh xmau komen ka..TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa2 je pun layak ganti dia. Ahli umno ada berapa juta, takkan takde sorang pun yang layak? Pak lah dulu masa ganti Tun M pun tak tau dia layak ke tak, bila dah pegang kuasa baru nampak belang. Najib pun sama. Nak tukar PM dari parti lain, tunggu PRU.

      Pasal RM jatuh memang banyak beri kesan negatif, tapi buat masa sekarang aku belum cukup ilmu dan kepakaran lagi untuk bagi ulasan pasal tu. Tengoklah kalau aku ada masa aku study.

      Padam
  12. Umno sayang Melayu,

    Beri BRIM RM 500 one off, sendiri ambil RM 2 600 000 000.

    Suruh rakyat berjimat, sendiri shopping tak hingat.

    Habis berbilion bayar bonus penjawat awam, tapi perkhidmatan lembab kena harap Myeg & swasta juga.

    Suruh murid belajar rajin senang masuk U, tiba-tiba ubah dasar orang tak pandai pun boleh ambik degree.

    Tukang ajar anak-anak rakyat UPSR A penuh pun jarang jumpa, anak menteri hantar luar negara.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya .heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Please macai-macai politik sekalian,anda boleh pergi mereput

      Padam
  13. Mereka buat demonstrasi, utk bgtau mereka xsuka demonstrasi lain.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...