Rabu, 7 Oktober 2015

30 Sampai bila penduduk terpaksa hadap Bauksit ini?

Tidak ramai orang yang menolak kemajuan dan pembangunan. Tidak dinafikan kemajuan dan  pembangunan itu bagus untuk ekonomi serta peningkatan taraf hidup masyarakat. Namun, apatah gunanya kemajuan dan pembangunan itu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal oleh masyarakat sekeliling hanya untuk kepentingan dan kekayaan orang2 tertentu sahaja. Demi memenuhi nafsu dan kerakusan para kapitalis ini, ekonomi, kesihatan, kualiti hidup masyarakat sekeliling terjejas. Antara yang paling teruk pada masa ini adalah perlombongan Bauksit di Pahang yang sedang pesat dijalankan sehingga menyebabkan pencemaran yang sangat teruk di kawasan sekelilingnya.


Isu pencemaran akibat perlombongan Bauksit ini sudah agak lama sehingga kawasan berdekatan menjadi seperti permukaan planet Marikh yang dipenuhi dengan tanah dan debu merah. Jika anda sering menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), di antara exit Jabor-Kuantan anda boleh lihat ada kawasan yang jalan, pembahagi jalan dan pokok2 di sekitarnya penuh ditutupi debu merah. Itu belum lagi masuk ke jalan2 yang sering dilalui oleh lori2 pengangkut bauksit ini terutama sekitar kawasan Bukit Goh, Gebeng dan Pelabuhan Kuantan.








 Lagi berita dan gambar di Astro Awani.

Tonton sahaja video "Di Persimpangan Jalan" ini yang memaparkan betapa teruknya masalah ini.


Bukan mahu menuding jari atau bercakap pasal politik, namun cuba bayangkan jika masalah pencemaran tersebut berlaku di negeri2 yang dipimpin oleh parti selain BN, pasti ia akan sering digembar gemburkan di media2 cetak dan elektronik seperti mana masalah air di Selangor, masalah pembalakan di Kelantan dan isu perkauman di Pulau Pinang lalu menyalahkan pentadbiran kerajaan negeri. Namun disebabkan ia berlaku negeri Pahang, maka ia sekadar jadi isu2 biasa sahaja. Begitulah halnya apabila politik itu berada di atas segala2nya melebihi kebajikan dan kepentingan rakyat itu sendiri.

Tidak salah untuk membuat pembangunan atau menambah kekayaan, tetapi buatlah dengan cara yang baik dan mengikut prosedur yang betul supaya pencemaran teruk dapat dielakkan agar kesihatan dan kualiti hidup masyarakat setempat tidak terjejas.

Negara Jepun itu maju juga, kaya juga, tapi takde pula diorang buat pencemaran dan abaikan alam sekitar dan keselesaan rakyat mereka. Contohilah mereka dalam menguruskan sisa2 industri dan pembangunan secara sistematik dan mengikut prosedur yang betul agar tidak menjejaskan alam sekitar. Janganlah pula mencontohi negara Cina yang nak maju tapi mengabaikan alam sekitar sehingga menjejaskan kualiti hidup rakyat mereka.



Aku tahulah usia bumi ini sudah semakin hampir ke penghujungnya, namun bumi ni bukan kita je nak pakai, tapi anak cucu cicit kita juga, maka bertimbangrasalah. Sekarang mungkin kita hidup senang, namun siapa tahu, yang sedang meminum air dari longkang dan sungai yang tercemar seperti gambar di atas itu mungkin anak2 cucu kita.



tags: pencemaran perlombongan bauksit kuantan gebeng felda bukit goh gambang tanah debu merah macam planet marikh video di persimpangan jalan ini

30 ulasan:

  1. saya selalu guna LPT untuk balik ke K. Terengganu, last balik hari raya haji lepas..
    jalan, divider, pokok2 kat tepi semua dah bertukar jadi warna oren...
    kesian dekat kereta pengguna jalan raya yang warna putih, lalu dekat kawasan bauksit ni mesti dapat makeup free tapi lagi kesian dekat penduduk berdekatan... sampai bila nak hadap...

    ada keluar berita dekat tv3 baru2 ni, tapi mb terengganu cakap tiada perlombongan bauksit dalam tanah kerajaan, yang ada sekarang dalam kawasan tanah individu... negeri pahang saya tau lah apa cerita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://www.youtube.com/watch?v=hkpAMxD6pXI

      aksi memalukan.. tanpa seurat benang

      Padam
  2. Antara Noob ngan Menteri2 UMNO dan BN, aku lebih percayakan menteri2 UMNO BN ni lagi. Jadi dgn demikian, MB Pahang dok buat pekak jer, berbakna Bauksit ni menyihatkan badan. Malah amat sesuai dibuat makanan harian rakyat Pahang khususnya. Sehingga kini, blom ada rakyat Pahang mati beramai2 kerana bauksit.

    Warna merah oren ini juga mencantikkan lagi alam sekitar. Ia menyebabkan uniknya tempat ini di Malaysia untuk dibuat tempat perlancongan keluarga sambil menjamah bauksit yg sedang ranum gitu.

    Jika Noob x suka, sila pindah ke Jepun dan negara yg disukai. Majulah Pahang bersama Bauksit dan Lynas Thorium.Beruntunglah makcik pakcik Pahang mendapat nikmat pendapatan sampingan berganda2 hasil bauksit dan thorium ini. Pahang kini sudah maju didepan berbanding targetnya pd 2020. Ia mendahului Kedah 2010 dan Perlis 2015.

    Jangan jeles dgn negeri kami lalu mencari jalan memburuk2kan Pahang. Pahang telah sedia makmur di bawah BN dan kini setanding dgn Jepun. Kahkahkah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila macai pkr buat sarcasm..

      Padam
    2. Macai untuk UMNO macam lu je. Lu nie memang kaki jilat ke mat? Jilat jangan tak jilat.

      Padam
  3. asyik puji jepun aje. macam la jepun tu negara paling hebat. ni terlalu taksub ngan manga ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam SatuMDB

      Memang Jepun bagus. Isunya bukan taksub manga ke mango ke mange. Dah memang culture antara paling berdisplin kat dunia. Lu kalau nak amik SPM, memang lu suka rujuk kat budak UPSR ke?


      KEBELAKANG
      (KEmbalikan BErak MeLAlui KANGkangan)
      Musnah Tandas Duduk

      Padam
  4. isu ni xkan habis..
    tunggu saja bah ujung tahun nanti.
    kalau teruk baru ler ada tindakan.
    kalau tak teruk ia akan berterusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum teruk lagi kalu takde yang mati....

      Padam
  5. Kiamat dekat sangat dah ni. Hujung minggu dah.

    BalasPadam
  6. Pasal isu ni patutnya pihak berkaitan kena ambil tinfakan, Jabatan Alam Sekitar patut ambil tindakan isu pencemaran, JPJ/Polis- isu lori lebih muatan/kotor/laju, pihak2 macam ni yang patut ambil tindakan, kalau jabatan kesihatan boleh bagi notis semntara tutup restoran yang kotor sehingga bersih kenapa tidak dengan lombong? tak kan nak tunggu menteri keluar arahan baru nak ambil tindakan?, pengarah JAS dgn JPJ ni tiada telur ke?

    Notis amaran, saman dan denda patut dikenakan, JKR/Majlis Bandaran Tempatan patut bagi notis minta gantirugi, bawa masuk mahkamah, kalau semua buat kerja benda ni tak jadi masalah.. pihak pelombong jika ditekan dengan undang-undang dia orang akan mengalah dan mengamalkan aktivti perlombongan yang sihat..

    Yang penduduk kampung pun bila dah sua duit semua dah kelabu asap, pergi jual tanah pada pelombong untuk melombong bauksit, memang padan muka la

    Just my opinion...

    BalasPadam
  7. Susah nak ckp...sy dpt info yg isu bauksit ini ada kaitan dgn VVIP, termasuk dgn isu Lynas...so smpi xde sape yg berani nak counter balik termasuk PM.

    Biasela di malaysia, mcm konsep rokok atau judi..kalau ada income kpd kerajaan atau pihak berkentingan, so segala common sense akan ditolak tepi demi wang ringgit...fhm2 je la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang macam tu pun tapi masih ada setengah orang yang tak faham2..

      Padam
    2. Ni bukan lg VVIP...tp VVVVVIP..lg hebat dr Najib. Renung2kn...

      Padam
  8. biasala...najib pun org pahang....siapa berani tangkap towkey2 di pahang tur....

    BalasPadam
  9. pong pang pong pang kat PBB pasal IS lah,pasal jerebulah, pasal itu ini lah tapi bauksit kat negeri sendiri tak boleh nak handle..bangang betul

    BalasPadam
  10. Haah, Ayam. Aku pun dgr mcm projek bendera kuning.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok sg Rasau, mukim sungai Karang utk keluasan 74hektar

      Padam
  11. Salam sehati serasuah ,

    sewaktu zaman komunis dulu Russia dan China pernah difitnah US sebagai negara miskin digambarkan rakyatnya merempat seperti yang mereka gambarkan korea utara sekarang.

    namun rusia mengalahkan us apabila berjaya menghantar satelit pertama, sputnik ke angkasa lepas dan manusia pertama mengorbit bumi sehingga memaksa us melakonkan adegan angkasawan mereka mendarat di bulan untuk menutup malu. Itu teknologi angkasa belum lagi kejuruteraan mereka hingga tank T-34 dicopy German menjadi panzer. Mengambil contoh Russia tersebut.

    Jika degree berasaskan kepandaian 25 tahun lalu negara sudah maju. Bayangkan hanya skorer yang dibenarkan ambil kos engine, medic, law, science dan berkaitan pasti kita sudah merasa hasil kepandaian mereka sekarang. Tetapi mengapa semua itu tidak berlaku? Kerana sistem pendidikan Malaysia dicipta berdasarkan kepandaian guru gurunya akibat guru sekadar SPM 3A maka PPSMI tidak dapat dilaksanakan. Kedua kerana kuota kaum tidak masuk akal Melayu & bumiputera sabah Sarawak sahaja pandai kaum lain tidak. Bumiputera dapat 3A masuk IPT, kaum lain 10A baru layak. Ke3 dasar kerajaan zalim BN yang tidak mahu mengikut konsep adil- meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. mamat pandai jadi pedo tu dalam kategori mana bila dia keja nanti?
      abih bila jadi boss pakat kena harass
      ke ko mamat pedo tu?

      Padam
  12. sampai bila? sampai kroni kenyang & jemu dgn kemewahan

    BalasPadam
  13. Ape de hal.ini cerita pasal duit punye ma.tauke mau kaya.nnt lu org jugak yg puji dia pakai kereta mewah duit berjuta. Org kg semua sakit mati pun lantak la. Try la tgk..lu letak duit sejuta atau pilih selamatkan org kg yg xde kaitan dgn lu..mst sebat sejuta tu punya. Lu bising la macam mana sekalipun. Kalau nasib lu baik..org atas dgr dan stop benda tu. Tp 0.000001 percent saja jadi cmtu. Yg lain sampai diorang dah puas..dah xde ape nak korek...baru la stop.mse tu org kg dah ramai yg mati..yg rosak harta benda. Kalau mau cerita adil ke tidak..tunggu akhirat nnt la.itu saje yg adil.buat mse sekarang..mau mati pun apa org lain kisah.

    BalasPadam
  14. Setahu aku yg naif ni, isu bauksit melibatkan Pahang emperor,sebab tu media arus perdana x highlight sgt( jentik manja je ) itupun sebagai respon pada clean tackle media2 sosial. Sepertimana negeri johor,bila institusi diraja terlibat maka ia akan jadi "daulatisation", maksudnya negeri beta,bangsa beta,takluk beta maka semuanya bersifat OUR STATE MAKE OUR STATEMENT. belum kira ketua kerajaan persekutuan lagi yg mana berkait secara langsung dgn Pahang Darul Marikh. Ianya tambah kompleks seperti apa hak kita nak enter frame dsb. Penyelesaian? jujurnya aku belum ada idea tp point utk dipertimbangkn aku cadangkn spt di atas. Apa pendapat bro Noob?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh kau pandai pandai tuduh kerabat Pahang punya kaitan. Kau ada bukti ke? Sebab pulut santan binasa tau. Jgn main tuduh je. Noob pun tolong hati hati jgn jadi macam Blog Serius.

      Padam
    2. @Anon 11:58,
      Aku takde apa2 pendapat dalam hal ni, cuma yalah, manusia ini mana pernah adil, hanya Allah Taala yang maha adil. Orang yang menganiaya orang lain pasti akan terima balasannya, kalau tidak di dunia, di akhirat itu pasti.

      Padam
  15. Contoh terbaik kerakusan manusia.
    Perangai bangsat 'peduli apa aku dengan orang lain asalkan aku bahagia dan kaya'...

    BalasPadam
  16. undi lagi dap pkr. padan muka rakyat selangor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh jangan tunjuk sangat bro. Pegi mampos sama umngok.

      Padam
    2. bodo tu kena tunjuk jugak bro baru keluarga peliwat bole jadi dinasti PM kat malaysia ni

      Padam
    3. Lu memang tipikal malay bro. Percaya persepsi dari realiti. Depan mata lu nampak ekonomi makin teruk, lu still bangga. Sebab tu lu kekal bebal. Manusia difitnah liwat hari-hari, berbelas tahun di media-media yang berat sebelah, sampai otak lu dah takde input untuk create realiti sebenar permainan pengekalan kuasa. Teruskan menjilat, sampai kelat.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.