Isnin, 19 Oktober 2015

12 Pelanggan tidak akan tertarik dengan kekerasan

Aku tak pasti macam mana orang kita berfikir apabila menggunakan kekerasan, kekasaran dan keganasan sebagai penyelesaian kepada suatu masalah terutama bagi orang yang mencari rezeki dengan berniaga atau menawar perkhidmatan. Mengikut logik mereka, menggunakan kekerasan terhadap pesaing mahupun pelanggan akan dapat membuatkan pelanggan mereka bertambah lebih ramai. Logik bodoh mana yang kita pakai ni?


Aku ambil contoh kes beberapa pemandu teksi menyerang pemandu Uber dan GrabCar pada 2 minggu yang lepas.


Satu kejadian serangan oleh pemandu teksi ke atas dua buah kereta yang didakwa didakwa dipandu oleh pemandu ‘teksi sapu’ Uber dan GrabCar’ di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) tersebar luas di laman sosial Facebook dan Youtube.

Video berdurasi 1.19 minit itu memaparkan beberapa orang pemandu teksi menahan sebuah kereta model Perodua Myvi selepas dikatakan tidak mempunyai permit untuk mengambil penumpang di kawasan berkenaan.

Seorang daripada pemandu teksi berkenaan secara tiba-tiba memukul cermin sisi kereta berkenaan sehingga patah manakala seorang lagi memberi amaran supaya pemandu tersebut tidak lagi datang mengambil penumpang di pusat beli-belah terkemuka itu.

Sejurus kemudian, pemandu kereta berkenaan memecut keluar daripada kawasan berkenaan dan seorang daripada pemandu berkenaan dilihat menendang kon penghadang ke arah kereta tersebut.

Sumber The Rakyat Post.


Aku tahu pemandu teksi tak suka dengan pemandu Uber dan GrabCar kerana memberi persaingan hebat pada mereka, tapi adakah dengan menyerang pemandu2 Uber/GrabCar tersebut akan membuatkan lebih ramai pelanggan akan memilih mereka berbanding Uber/GrabCar? Lagi la orang tak nak guna teksi sebab bagi imej pemandu teksi ni ganas walaupun hakikatnya hanya segelintir sahaja.

Pemandu teksi tidak perlu ambil tindakan sendiri dengan menyerang dan menghukum pemandu Uber/GrabCar ini sendiri. Biar pihak berkuasa yang jalankan tanggungjawab mereka. Kita tiada hak nak serang dan rosakkan harta benda orang lain. Tak perlu jadi vigilante kerana negara kita ada undang2.

Lagipun nak menarik pelanggan bukan dengan keganasan dan kekasaran, tapi dengan mutu dan kualiti perkhidmatan yang disediakan. Cuba kaji dan selidik kenapa ramai orang memilih perkhidmatan Uber/GrabCar berbanding perkhidmatan teksi, kemudian kenalpasti kelemahan dan perbaiki keburukan, bukannya dengan menggunakan kekerasan.

Kekerasan hanya boleh digunakan apabila kita terpaksa mempertahankan diri dan harta benda kita daripada ancaman kekerasan dan keganasan daripada orang lain. Selain daripada itu, apa2 masalah pun tak boleh diselesaikan dengan kekerasan termasuklah jika pekerja Bangladesh tercuci kereta kau dengan kain kotor kerana sekali anda lakukan kekerasan, anda sudah bersalah kerana menggunakan kekerasan walaupun pada mulanya anda di pihak yang benar.

Cuma dalam kes Uber dan GrabCar ni, pada pandangan aku kita tak boleh nak tolak kemajuan dan pemodenan kerana tak dinafikan guna perkhidmatan Uber/GrabCar yang boleh ditempah melalui mobile app ini lebih mudah, cepat, efisyen, malah dikatakan harganya lebih murah.

Namun pihak kerajaan perlu juga pantau dan kawal seperti daftarkan pemandu2 Uber/GrabCar ini sekurang2nya untuk tujuan keselamatan, bukannya haramkan terus, kerana mungkin ada yang mengambil kesempatan menjadi pemandu Uber/GrabCar untuk melakukan jenayah jika mereka memberi perkhidmatan yang teruk kerajaan tidak boleh mengambil tindakan.

Kerajaan perlu fikirkan penyelesaian yang akhirnya boleh menguntungkan pemandu teksi, pemandu Uber/GrabCar dan juga pelanggan yang menggunakan perkhidmatan transportasi ini.



tags: pemandu teksi klcc pukul serang kasar ganas pemandu grabcar uber myteksi prebet sapu haram di malaysia spad suruhanjaya pengangkutan awam video

12 ulasan:

  1. selalu jugak guna uber ni sebab murah & senang dari teksi biasa kekadang tak mahu guna meter. Nak buat macam mana? Malaysia masih aman

    BalasPadam
  2. selalu jugak guna uber ni sebab murah & senang dari teksi biasa kekadang tak mahu guna meter. Nak buat macam mana? Malaysia masih aman

    BalasPadam
  3. selalu jugak guna uber ni sebab murah & senang dari teksi biasa kekadang tak mahu guna meter. Nak buat macam mana? Malaysia masih aman

    BalasPadam
  4. Pandangan aku, SPAD kena kerap buat operasi (berpakaian biasa) di kawasan-kawasan panas seperti puduraya, KLCC, CM dan lain-lain, kerap kali aku kena teksi tak mahu pakai meter, masalahnya SPAD ni tak ada telur, buat operasi pun bila timbul isu, kalau dia orang kerap buat operasi aku percaya imej teksi akan semakin baik..

    Orang awam kalau boleh mainkan peranan juga, rakam video teksi yang tawar perkhidmatan tidak menggunakan meter, viral kan, minta SPAD buat tangkapan, baru la perkhidmatan teksi kita bersih dari orang yang tak sempurna perkembangan otak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa orang awam kat malaysia ni pun masih sangat kurang kesedaran tentang konsumerisme atau hak pengguna. Hampir tiada. Bukan dalam kes teksi ni jer, tapi macam barang keperluan, rumah dan lain-lain. Padahal kuasa untuk menghidupkan atau mematikan suatu perniagaan tu terletak pada pengguna.

      Padam
  5. Sy akui Uber/GrabCar lebih senang menarik pelanggan dgn ketelusan n harga yg berpatutan....n jika diberi situasi kpd pemandu teksi, jika suruh jadi penumpang better ambil normal teksi atau Uber?

    Pasal isu keganasan ni mcm dah jadi lumrah certain org melayu yg low mentaliti..janji nak menang n tunjuk power, pas2 apa nak jadi, jadila....pas2 menyesal..in other words ikut emosi mcm kes kat stadium. Kalau dah 'kalah', mula2 attack personal, paling dasyat attack kaw2 mcm KL gengster. FACEPALM!!

    BalasPadam
  6. mentaliti meleis...

    BalasPadam
  7. aku rela naik lrt ke bas ke dr naik teksi .. takut wei ..

    BalasPadam
  8. Pemandu teksi ni (segelintir) ada mentaliti yang macam ni:
    disebabkan dia dah lama pandu teksi, dia rasa dia bagus di jalanraya dan dia hebat memandu.
    Sebab tu kalau kita perasan, banyak pemadu teksi yg suka2 hati je nak tukar lane, nak berhenti di mana-mana pun lantak dia, bila orang perlahan dia paling kuat hon, bila dia kena hon dia balas jari tengah balik, malah aku pun pernah kena himpit dgn teksi disebabkan aku bawa moto dan dia nak masuk simpang sesuka hati.
    Sebab tu bila ada pesaing rezeki, mereka yg konon otai jalanraya ni tak ada method lain selain menyerang guna kekerasan.
    Pada aku, masalahnya ada pada mentaliti si pemandu teksi.

    BalasPadam
  9. senang cite.. sesape yang membuat pekara bodoh mmg layak dipanggil bodoh.

    BalasPadam
  10. SPM teruk, nak jadi driver teksi pun tak layak. hee

    BalasPadam
  11. kalau berani sgt kenapa x serang office grabcar/uber ni

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.