Iklan Leaderboard

Khamis, 22 Oktober 2015

14 Janji untuk ditepati bukan untuk dibeliti

Menjelang Pembentangan Bajet atau Belanjawan Negara untuk tahun 2016 esok hari, aku tak peduli sangat berapa peruntukan dia nak bagi kat kementerian mana, jabatan mana, penjawat awam dapat bonus atau kenaikan gaji ke atau pun sebarang perancangan2 baru, aku cuma nak tahu satu je...

Adakah beberapa perkara dalam akujanji atau manifesto masa PRU13 seperti penurunan harga kereta, penurunan yuran jalur lebar, dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas, bina 1 juta rumah mampu milik serta pengurangan bayaran tol antara bandar secara berperingkat sepertimana yang telah dijanjikan akan dilaksanakan atau dimasukkan dalam perancangan Bajet Negara 2016?

Aku tak mau benda baru mahupun janji2 baru. Aku nak janji lama ditunaikan dulu, selain daripada janji lama pasal BR1M. Tiap2 tahun pun ungkit pasal BR1M, itu memang dah janji masa PRU13 tu malah janji nak naikkan sampai RM1,200 setahun, lagipun takkan itu je janji PRU13 yang mampu dilaksanakan? Benda2 tu bukan kita yang beriya2 nak mintak, tapi korang sendiri yang janji nak buat. Bila dah berjanji kenalah ditepati, bukan untuk dibeliti dan salahkan orang lain pula bila janji tak dapat ditepati.

Penat la rakyat asyik nak kena hadap janji yang berbelit je macam kartun di atas. Lain kali kalau dah tahu tak mampu nak laksanakan, tak payah berjanji.


P/S: Berita baik buat semua pembaca blog Buasir Otak... Nantikan kemunculannya...





tags: komik kartun janji belit pengumuman pembentangan ucapan bajet belanjawan negara 2016 najib razak parlimen manifesto akujanji bn barisan nasional pru13

14 ulasan:

  1. cinta palsu...

    BalasPadam
  2. "manifesto bukan janji"..kata puak pembangkang.
    "Video tu besi"...."fatwa hardiey

    BalasPadam
  3. Paling best janji putar belit ni ialah alasan kenapa tol dinaikkan sedangkan dlm manifesto beriya kata nak diturunkan...
    Boleh pulak dia pusing kata kadar yang dinaikkan tu bukan tol antara bandar seperti yang dijanjikan...
    Adoi laa...Pemutar alam betul pemimpin kita ni. Palam.

    BalasPadam
  4. kesetian yg ku beri...
    kecewa yg ku milikiiii
    kau dustai diri kuu..
    dengan janji palsu muuu...

    puas lah sudah hati mu
    membuat ku beginiii
    menderita sepanjang masa ..
    mendambakan oh br1m dari muuu...

    -lagu : wan hardiah- janji palsumu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg ni mmg kelaka.. sesuai sgt lagu... hahahhaha

      Padam
  5. cakap belit buat sakit hati je pk... haisshhh..

    http://faiizaonfleek.blogspot.my/

    BalasPadam
  6. siapa percaya umno/bn nak buat benda yg dijanjikan, maka dia sama bodo spt macai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg tadbir skrg ni pun spin all the time....pakatan rakyat lg la Tunggang langgang.. x pakat langsung.

      Padam
    2. Yang kita bercakap sekarang ialah mengenai siapa yang ada kuasa keatas budget negara dan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat, iaitu Umno/BN dan bukan mengenai Pakatan Rakyat, Anon 11.47 oi. Try stick to the point, boleh?

      Padam
  7. Gomen perlu kurangkan PA dan tingkatkan produktiviti PA sedia ada dan menguatkuasa undang undang yang tegas bagi menangani PA yang suka makan haram.

    Sebagai tambahan, sistem dendaan dan penghargaan harus dikuatkuasakan, kenaikan gaji, bonus dan anugerah cemerlang harus hanya diberikan kepada mereka yang jujur dan amanah. Kepada yang rajin curi tulang (lepak 60% kerja 40%), bisnis luar, datang lambat rehat lama, famili first, berkira kerja dll tidak layak diberi bonus, kenaikan dan anugerah, mereka seharusnya dibuang.

    Kasi rakyat berfungsi dalam masyarakat berdasarkan taraf intelek masing-masing, hantar pulang pekerja. maka masalah pengangguran dan kebergantungan kepada perkhidmatan awam tidak akan berlaku.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A > = degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan pekerja am kecuali yang kerja sendiri ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya .heee

    BalasPadam
  8. Teringat bait-bait dalam filem P.Ramlee..

    Kamu tahu kan dia penipu
    Muka dia pun muka penipu
    Yang kamu bijak pandai yang boleh kena tipu dengan dia tu pasal apa?

    https://www.youtube.com/watch?v=bgb6PIZXNHk

    KEDEPAN = KELAUT

    BalasPadam
  9. Aku cinta kamu awek Rusia...
    owhhh..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...