Selasa, 20 Oktober 2015

5 100 Teknologi popular dari masa lalu - Bahagian 1

Berikut adalah himpunan 100 teknologi yang pernah popular suatu ketika dahulu (Tech From The Past) terutama di kalangan mereka yang lahir sekitar tahun 80/90-an (80/90s kids) namun kini sudah lagi tidak sepopular dahulu atau sudah pun menjadi bahan peninggalan sejarah yang semakin dilupakan.

* Entry ini dibahagikan kepada 4 bahagian untuk mengelakkan browser jadi berat akibat loading terlalu banyak gambar.


Tech From The Past #1: Geocities

Antara website terawal yang menawarkan hosting website HTML secara percuma. Siapa yang pernah buat website kat sini memang lejen.


Tech From The Past #2: ICQ

Messaging software yang terawal dan popular suatu masa dulu, namun bunyi notification dia memang sangat menjengkelkan.


Tech From The Past #3: Napster

Software wajib bagi penggemar muzik yang cheapskate untuk mendownload lagu.


Tech From The Past #4: Altavista

Sebelum Google, wujudnya sebuah enjin carian lagenda bernama Altavista...


Tech From The Past #5: Netscape

Netscape Navigator adalah satu kemestian kerana Internet Explorer terlalu shiet.


Tech From The Past #6: mIRC

ASL pls? Nak jadi OP boleh?


Tech From The Past #7: Solitaire & Minesweeper

Siapa yang masih main game ni mesti dah bosan sangat tahap gaban.


Tech From The Past #8: WinAmp

Tukar skin, buat skin sendiri, lepas tu biarkan dia play 1000++ lagu MP3 sepanjang hari.


Tech From The Past #9: Hotmail

Lelaki/wanita yang setia adalah mereka yang masih pakai Hotmail sampai sekarang.


Tech From The Past #10: Windows screen saver

Sampai sekarang aku sangsi dengan kewujudan screen saver. Dia nak selamatkan skrin daripada apa?


Tech From The Past #11: Wordstar

Wordstar membuatkan Microsoft Word kelihatan begitu noob. Hmm aku rasa dah terundur jauh sangat ke belakang.


Tech From The Past #12: Subseven & NetBus

Antara hacking tools untuk script kiddies macam aku. Pernah guna untuk menyakat awek mIRC bukak CD-ROM komputer dia lalu terus putus kawan huehue.


Tech From The Past #13: Arkanoid

Game klasik yang dah diperbaharui beberapa kali, dan aku sempat bermain antara versi yang terawal. Namun sekarang baru aku tahu game ni ada ketua terakhir.


Tech From The Past #14: Diskette/Cakera liut

Sebelum kewujudan CD, DVD, Memory Card, Pen Drive dan Mobile Hard Disk yang bersaiz ratusan dan ribuan MB dan GB, disket atau cakera liut ini yang digunakan untuk menyimpan data, dan kapasitinya hanya lebih kurang 1MB sahaja!


Tech From The Past #15: Negatif film

Orang berumur akhir 20-an dan ke atas mesti pernah pakai negatif film atau yang biasa dipanggil Kodak ni. Malangnya kewujudan kamera digital dan storan yang besar menjadikan benda ini sudah tidak relevan lagi.


Tech From The Past #16: Friendster
Antara media sosial yang sangat popular satu masa dahulu yang sudah pun pupus. Kelebihan dia berbanding Facebook adalah penggunanya boleh customize layout dan add script ntah apa2 sampai serabut.


Tech From The Past #17: Monitor CRT

Ada sesiapa yang masih pakai monitor CRT berskrin kaca cembung yang bapak berat siap dengan monitor filter?


Tech From The Past #18: Walkman dan kaset

Dulu nak beli kaset mampu tapi nak beli Walkman tak mampu, maka terpaksa pinjam Walkman kawan2 kat asrama untuk dengar kaset sendiri.


Tech From The Past #19: Super Mario Bros 3

Dalam banyak2 game klasik Super Mario Bros, aku rasa yang ke-3 ni yang beri aku kesan yang mendalam dalam diri aku.


Tech From The Past #20: Visual Basic 6

Orang yang belajar Sc. Comp/IT sekitar akhir tahun 90-an dan awal 2000-an mesti pernah guna software ni, sekurang2nya untuk buat assignment.


Tech From The Past #21: VHS Player & Cassette

Antara masalah benda alah ni magnetip tape selalu tersangkut kat dalam, tape yang dah lama tak guna jadi sarang semut dan ada orang ter"record" cerita lain kat tape cerita kegemaran kita.


Tech From The Past #22: Fotopages

Pernah suatu ketika dulu menjadi tempat para jurugambar tak bertauliah dan juga professional menyimpan gambar2 mereka termasuk Saiful Nang sebelum kewujudan Instagram, Flickr, Tumblr dan lain2 media sosial baru.


Tech From The Past #23: ACDSee

Software untuk browse gambar yang wajib diinstall kat PC suatu ketika dulu, tapi aku dah lupa apa sebenarnya yang penting sangat untuk install software ni.


Tech From The Past #24: WinZip

Dulu WinZip adalah software yang wajib diinstall. Kini memandangkan Windows sendiri dah boleh handle fail Zip, maka software ni macam dah takde point.


Tech From The Past #25: Myspace

Seperti mana Friendster, Myspace merupakan sebuah media sosial yang pernah popular kerana user boleh masukkan macam2 sampai serabut, malah user lain pun boleh spam dan inject macam2 script kat ruangan komen page orang lain. Selalu digunakan oleh pemuzik2 sebenar dan wannabe sebab boleh upload lagu untuk promote.


Kredit semua gambar: Google.


Siri 100 Tech From The Past:



tags: teknologi tech gadget gadjet dari masa lalu lampau dulu komputer ict it sains permainan game toys memori kenangan relic vintage throwback

5 ulasan:

  1. Semua di atas tu memang telah aku lalui noob.... geocities tu la paling best sebab bleh buat website phishing free banyak2

    BalasPadam
  2. Sempat jugak ada profile dengan friendster tapi dah lupa password sekarang

    BalasPadam
  3. Sempat jugak ada profile dengan friendster tapi dah lupa password sekarang

    BalasPadam
  4. sebut pasal winamp teringt ak dulu masukkan lagu ragnarok online bgm kat situ layan hari2 syoknyaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. masukkan lagu game2 memang layan. Sound track Metal Gear Solid pun boleh tahan

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.