Iklan Leaderboard

Isnin, 12 Oktober 2015

1 3 Cerita Seks Masyarakat Melayu (25PG) - Part 2

Cerita 2 - Tak Boleh Masa Mengandung.(?)

Kegembiraan Roy ketika Liza, isterinya mengandung nampak ketara. Pergi ofis asyik senyum meleret.
Ya, setelah berusaha sekian lama untuk mendapatkan zuriat, Allah kurniakan rezeki.

Trimester Pertama- Senyum meleret-leret. Berterusan sampai minggu ke -25

Cerita Benar bermula selepas 30 minggu....


Roy walaupun kelihatan kemas dan masih hensem (BACA: Aku bukan gay) , nampak tanda stress di muka. Mata bengkak dan sering termenung panjang. Sehingga satu hari semasa makan tengah hari , Roy ajak aku pergi makan tengah hari di tempat yang agak privasi.Club house, katanya. Spaghetti Bolognaise dia sedap.

Walaupun aku tak gemar makanan Itali, tapi Roy yakinkan aku kat situ nasi goreng ikan masin nya sedap, aku turutkan juga. Bila lagi nak merasa nasi goreng ikan masin atau nama Englishnya Salted Mackerel Fried Rice with Pineapple Cube ( punyalah panjang nama) dan Strawberry Fizzy.


Selesai makan, Roy belikan pula rokok Dunhill (masa tu Dunhill masih murah).
Pelik,
Roy bukan seorang perokok tegar. Lepas sebatang , nyala sebatang lagi, bersambung puntung. Aku diam. Tunggu apa dia nak cakap.

"Soul, aku nak kawin sorang lagi..."

Aku terkesima (Aku tak tau kenapa terkesima adalah perkataan bahasa Melayu paling aku suka. Stunned kalau bahasa Englishnya).

" Hei, bini kau tengah pregnant. Apsal pulak nak kawin lagi satu?"

"Aku...."

Teragak-agak Roy nak cakap. Menghela nafas panjang. Aku dapat agak apa yang Roy runsingkan.
Cuma aku perlukan kepastian.

"Pak cik bini aku cakap, masa mengandung tak boleh...(*****)"

Confirmed. Tapi kenapa pulak tak boleh?

" Nanti dia kata kepala anak luka. Tak pun berkeladak, ada kerak atas kepala baby. So aku bagitau kat bini aku. Dia pun takut.....Dah berbulan dah tak sentuh..."

" Time darurat macam ni boleh poligami kan?"

Kalau korang yang ada pengalaman , apa korang rasa masa ni?

1. Kesian
2. Gelak sampai keluar air mata.
3. Korang pun tak tau nak jawab apa sebab korang pun tak tau?

Dalam situsasi aku, aku pilih 1 dan 2. Itu pun dulu aku pun ada persepsi yang sama. Nasib baik aku dibetulkan oleh seorang kawan yang mendalamai ilmu perubatan moden. Doktor yang ada kelulusan. Sila pastikan hal ini.

Selepas aku terangkan keadaan sebenar dan bagi nombor telefon doktor kawan aku, baru Roy batalkan niat nak kawin lagi satu. Bukanlah niat beliau salah.

Tapi dalam keadaan begitu, poligami bukanlah penyelesaian yang sesuai. Cuma mungkin tak dapat informasi yang betul.

(Roy ada call aku baru-baru ni. Jemput kenduri Aqiqah anak perempuan beliau. Anak ke-4. Alhamdulillah)


Moral Cerita ini :  Kadang-kadang apa yang orang lama-lama bagitau, jangan kau telan bulat-bulat.



1 ulasan:

  1. kl ikut logik ckp roy kl dua-dua bini mengandung, kena kawin 3la

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...