Khamis, 15 Oktober 2015

11 Orang darah manis lebih mudah kemalangan

Selalu apabila ada kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian, ramai warga Internet akan tengok kereta, dan jika yang terlibat itu adalah kereta2 yang murah2 seperti kereta Perodua Kancil dan Proton Saga, benda yang biasa orang komen adalah kereta ni body lembut macam tin milo, takde safety, no wonder remuk habis dan sebagainya.

Dan jika mangsa yang meninggal pula adalah pengantin, bakal pengantin dan orang yang masih dalam pertunangan, mereka akan komen orang darah manis ni sepatutnya mana boleh bawak kereta laju2, mana boleh memandu, kenalah lebih berhati2 dan sebagainya.

Gambar hiasan

Ya, komen2 meleis yang tipikal kat media sosial:

1) Kereta tu takde safety, body lembut, senang eksiden, bla3.

Kau bawaklah kereta apa pun, hatta kereta Ferrari ke Porsche Carrera GT ke, kalau bawak laju bila eksiden teruk juga, atau kalau kau bawak perlahan pun orang lain langgar pun teruk juga. Lagipun dah nama kereta murah, takkan nak expect kualiti macam BMW? Cuba kalau yang eksiden tu kereta Honda Civic ke, Nissan Skyline ke, kereta remuk sampai pemandu semua mati, takde pula nak komen kereta tu takde safety body lembut bagai.
 
2) Pengantin sepatutnya tak boleh bawak kereta sebab darah manis, bla3.

What? Darah manis? Ni kepercayaan tok nenek moyang mana korang masih percaya lagi? Dalam Al-Quran, hadis ada ke sebut ke pasal darah manis semua ni? Ajal maut tu ketentuan Tuhan tak kira la darah manis ke masam ke masin ke pahit ke. Ini siap ada pantang larang waktu darah manis tak boleh itu, tak boleh ini, senang dapat malapetaka dan musibah, pastu bila kemalangan dikaitkan sebab darah manis.

Habis tu masa darah manis sahajalah orang perlu lebih berhati2, bila dah tak darah manis tak perlu berhati2 sangat? Masa darah manis sahajalah malapetaka mudah datang, masa tak darah manis malapetaka susah datang? Ada pernah buat kajian dan statistik ke kadar kemalangan jalanraya orang berdarah manis lebih tinggi berbanding kemalangan jalanraya yang melibatkan orang yang bukan berdarah manis?


3) Ini mesti bawak laju lebih daripada 100km/j, ni mesti tak bawak perlahan, ini mesti salah kerajaan sebab tol dah naik, bla3.

Kenapa la meleis ni tak boleh je bagi komen yang baik2 dan doakan sahaja yang baik2 buat mangsa dan keluarga mangsa. Ini nak kena jadi penyiasat bagai dah kenapa? Kau bukannya ada kat situ pun sampai nak buat teori konspirasi pasal kemalangan tu. Nak tau cerita sebenar tunggu je la laporan kat berita dan akhbar.



tags: bakal pengantin tunang lelaki perempuan darah manis kemalangan eksiden maut mati meninggal kereta viva kancil saga murah tiada kualiti pandu laju sebab punca

11 ulasan:

  1. Pengajaran dr kemalangan....mati itu pasti, x lambat sesaat, x cepat sesat. Cuma kita doakan supaya kita mati dalam iman n keadaan yg baik (selain kemalangan ngeri)

    Pasal nak salah itu ini, mcm biasa part salah menyalah mmg kehebatan kita...tp part utk diri kita sendiri supaya lebih berhati2 atau beli kereta yg safety tinggi xnak pulak fikir. Senang cite x perlu layan pengomen2 yg hebat di mulut tp kalah di hati/tangan nak laksanakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://www.youtube.com/watch?v=HppuY2KYyAM
      Darah panas! Tanpa seurat benang..

      Padam
  2. kalu xsir wak gitu buke maleis lo namonyo.. gong molek mu.

    -mat klate-

    BalasPadam
  3. -kereta tempatan ke, import ke, kalau dah eksiden remuk jugak, lainla ko pakai kete kebal
    - darah manis pasangan bertunang ke, darah masin pasangan veteran ke, kalau pandu cuai, atau atas kecuaian pihak lain, eksiden jugak..
    -tak semestinya pandu laju je eksiden, pandu perlahan 40 kmj pun boleh eksiden kalau cuai..

    tak usahlah kita nk buat andaian mcm2. doakan aje yg baik2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang penting, sentiasa patuhi had laju 115km sejam!

      Padam
  4. kemalangan berlaku tak kira kereta apa.bawa lah seelok manapun tetapi tetap ada y bawak laju-laju terbabas dan langgar orang yang bawa kereta elok2.tp klu kat highway banyak kes orang letak minyak dekat jalan area karak ke kl,klu lpt slalunya eksiden sbb bawa kereta laju (kereta guna power steering
    ) terlanggar lopak air dan kereta terpusing.kebanyakan eksiden terjadi sebab lopak air.ini y biasa terjadi dekat lpt dan jalan pantai cherating ke kuala terengganu.apa nak jadi malaysia ni.tak tengok al khawater ke?jalan pon x reti nak buat.

    BalasPadam
  5. Berhati2 ketika memandu. Sentiasa patuh pd had laju. X perlu terlalu emosi jika d cabar oleh pemandu lain ketika memandu. Jika penat berhenti la d area yg selamat. Sila patuh pd arahan pihak berwajib. Semoga selamat ke destinasi. Tq

    BalasPadam
  6. Alamakk..aku tgh bertunang ni..darah manis la ni??masalahnye aku keja driver..mcm mana nak kumpul duit buat kawin..hahaha..meleis2..

    Anyway..kakak aku eksiden ngn lakinya dalam minggu pertama dorang kawin..ramai jugak la yang kata darah manis..mujur dua2 selamat walau masuk hospital dan patah2..

    -lanun-

    BalasPadam
  7. Aku drive balik kampung (KL-Terengganu) tengah malam sorang2 sebab nak nikah hujung minggu tu, alhamdulillah selamat je sampai. Takde kena mengena dengan darah manis la, apa la. Kalau dah sampai ajal, siapa kau yang nak menghalang. Sebelum bawak kereta, niat redha dan tawakal pada ALLAH. Kita ni hidup berTuhan. Doakan yang baik2 pada arwah, mudah-mudahan beroleh husnul katimah. Aamiin...

    BalasPadam
  8. pasal darah manis ni, bkn tak nk percaya... tapi org dulu2 sgt suka bermadah dan berkias klu kita fikir secara logiknyakan... org yg baru bernikah ni.... 'macam2' dia fikir.... macam2... dia pun x sedar apa dia fikir.. tu pasal tak leh bawa kereta... takut tak nampak jalan...

    terkena kat hubby saya.. lepas majlis, dia keluar nk beli topup. org dah ingatkan tak payah. tak penting pun untuk keluar. alih2 langgar tembok rumah org. Alhamdulillah la tak apa2.. tapi melayang juga seribu buat ganti rugi tembok yg rosak.

    bila tanya, kenapa boleh langgar tembok tu? dia pun tak tau, tiba2 je dah terlanggar. bukannya elak kucing ke apa... tak sedar...

    bukan darah manis... bermimpi manis... ehehe..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.