Iklan Leaderboard

Jumaat, 9 Oktober 2015

10 Jangan kurang ajar dan biadap bila dah buat salah

Satu video memaparkan dua lelaki bertindak biadap apabila memaki dan mencampak wang kepada anggota penguatkuasa MBPP menjadi viral di media sosial, semalam. Rakaman video itu dikatakan berlaku di Lebuh Campbell di sini, kelmarin ketika anggota terbabit menjalankan tugasnya.

Dalam video berdurasi 2 minit 4 saat itu, dua lelaki berkenaan berang selepas tayar kereta mereka dikunci kerana meletak kenderaan di garisan kuning. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima satu laporan berhubung kejadian itu yang dilakukan anggota penguatkuasa terbabit.

Bagaimanapun, polis tetap menjalankan siasatan berhubung kejadian itu walaupun laporan polis yang dilakukan itu ditarik kembali pengadu dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.



Laporan penuh daripada akhbar Harian Metro.

Klik gambar untuk besarkan.

Biadap, memang biadap. Menghina penguasa tu satu hal, campak duit tu ke bawah tu satu hal juga. Kalau aku lah aku takkan kutip duit tu, aku akan suruh dia kutip balik, kalau tak aku buat je laporan polis kerana mengganggu dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Dah salah tu salah jelah, bayar sahaja saman atau denda, tak payah cakap banyak dan jadi kurang ajar untuk menegakkan kesalahan.

Tapi bila kes macam ni, aku dah agak, pasti ada orang melayu yang akan mengaitkan dengan isu perkauman lantas menghina dan mengutuk seluruh orang cina. Sama juga jika kes yang melibatkan kebiadapan orang melayu, mesti ada orang cina yang menghina dan mengutuk seluruh orang melayu.

Logik orang rasis (dari sudut seorang melayu) selalunya macam ni:
  • Penguasa undang2 = melayu, orang yang biadap = melayu.
    Rumusan: Individu melayu tu biadap. 
  • Penguasa undang2 = melayu, orang yang biadap = cina.
    Rumusan: Semua cina babi + DAP.
  • Penguasa undang2 biadap = melayu, mangsa = melayu.
    Rumusan: Melayu dengan melayu pun nak tindas.
  • Penguasa undang2 biadap = melayu, mangsa = cina.
    Rumusan: Cina tu salah... + cina dapig.
  • Penguasa undang2 lindungi orang melayu dari orang melayu samseng.
    Rumusan: Individu samseng tu bersalah.
  • Penguasa undang2 lindungi orang cina dari orang melayu samseng.
    Rumusan: Pihak penguasa melayu barua cina.
  • Peragut/pencuri melayu kena pukul orang melayu.
    Rumusan: Padan muka kau peragut.
  • Peragut/pencuri melayu kena pukul orang cina.
    Rumusan: Kenapa cina pukul itu melayu? Ada bukti ke dia mencuri? Mana itu orang cina?
  • Peragut/pencuri cina kena pukul orang melayu.
    Rumusan: Cina ni memang sial. Ada je benda nak jatuhkan orang melayu.


Di Malaysia ni apa2 kes yang berlaku pun kita akan tengok bangsa dulu. Dengan contoh yang sama, cuma fikir dan buat rumusan dari kaca mata seorang cina yang rasis. Anda akan lihat benda yang lebih kurang sama sahaja. Orang yang rasis ini dia suka generalize. Nampak beberapa cina yang kurang ajar, terus anggap semua cina kurang ajar. Nampak beberapa melayu yang pemalas, terus anggap semua melayu pemalas.

Tapi tulah, cerita pasal perkauman memang takkan pernah habis. Di negara maju seperti US itu sendiri walau presidennya adalah warga kulit hitam, tapi masalah perkauman antara warga kulit putih dan kulit hitam tetap ada, malah masalah diskriminasi agama terutama terhadap agama Islam masih kuat dan menebal.

Cuma bagusnya, tengok kat komen2 orang cina kat video Youtube kat atas tu, masih ada juga orang cina yang tidak bersetuju dan mengutuk tindakan cina samseng tersebut kerana memalukan dan memberi imej buruk kepada orang cina. Orang cina macam ni yang kita nak, kalau nampak kaum sendiri buat benda tak betul, tegur dan tidak bersetuju, bukan diam atau mempertahankan pula tindakan salah dari kaum sendiri.

So, terpulang kepada kau orang, terpulanglah mahu jadi hantu, mau jadi rasis atau mau jadi buaya. Aku memilih untuk tidak menjadi rasis.



tags: cina pulau pinang dap dapig kurang ajar biadap habis baling campak duit tayar kena clamp kereta myvi pegawai anggota penguatkuasa mbpp video

10 ulasan:

  1. 2 orang cina tu memang kurang ajar. apa2 hal saya pilih untuk tidak mau jadi racist

    BalasPadam
  2. KALAU DAH MELANGGAR UNDANG-UNDANG MESTI ADA HUKUMANNYA.'

    BalasPadam
  3. sama kes dulu makcik bergaduh ngan penguatkuasa jpj kata tak tolong melayu bagai padahal dia tu langgar peraturan jual xde lesen dan kat tmpt sepatotnya memang mendapat la.... sama jugak kes 2 lelaki cina tu dia biadap kat pegawai tu dah memang salah dia apa hal lagi nak bising tapi yg penting jgn lupa kencing sama melayu sama melayu pastu claim hidup melayu meh ak kasi

    cirit sket kat muka Tanpa Nama "Creeeeeeeeeeeet creeet" arghhhh lega bak hang~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko bangang ke sirosli? ProOO00ootTt di muka ko

      Padam
    2. Rosli ni bukannya bangang. Saudara boleh lihat komen-komen dia yang lepas.

      Dia adalah contoh melayu yang sangat bersopan. Cuma kurang kasih sayang dari pembaca lain membuatkan dia cuba mencari perhatian. Memang sesuai karakter dia diguna untuk mengorat awek cun.

      Padam
  4. noob ulas sikit bab tppa .. amende natang ttpa pun aku xtau

    BalasPadam
  5. Syukur.. Malaysia masih aman..

    BalasPadam
  6. Nampaknya LGE dah mula tiru perangai UMNO untuk tutup cerita. Baguslah.

    BalasPadam
  7. selagi bangsa cina x ble bertutur dlm bahasa melayu dgn fasih, dan tidak beragama islam selagi itu lah fenomena rasis akan berterusan.

    BalasPadam
  8. Dari pemerharian sy...org yg selalu label org lain rasis...sbnrnya dia sendiri pun 2x5..maybe lg teruk dr itu.

    Kalau ada langgar undang2, tindakan peerlu diambil. Tp typikal malaysian suka tambah garam gula jdkan isu rasis supaya lebih sensasi sedangkn kes kecil je.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...