Iklan Leaderboard

Jumaat, 23 Oktober 2015

6 Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat. Belanjawan yang dibentangkan oleh Najib yang juga menteri kewangan itu bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat'.

Bajet 2016 menggariskan lima tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.

Berikut adalah antara ringkasan dan rumusan intipati bagi Pembentangan Bajet 2016.


Intipati belanjawan

  • SKMM sediakan RM1.2 bilion antara lain untuk tingkatkan kelajuan Internet luar bandar kepada 20 megabit sesaat.
  • Ekonomi mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh pertama 2015 dan dianggar mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun.
  • KDNK negara dijangka berkembang pada kadar empat hingga lima peratus pada 2016, dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta masing-masing pada kadar 6.7dan 6.4 peratus.
  • Eksport dijangka tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus.
  • Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus.
  • Kerajaan dapat mengurangkan defisit fiskalnya daripada 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini.
  • Kemasukan pelaburan asing terus kukuh pada RM22.4 bilion.
  • Negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal antara dua dan tiga peratus.

Berikut antara laporan langsung pembentangan menteri kewangan daripada Dewan Rakyat dari masa ke semasa yang dilaporkan oleh Malaysiakini:

  • MRT II Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dengan anggaran kos pembinaan RM28 bilion direncana bermula dalam suku kedua 2016, dijangka siap menjelang 2022.
  • Lima hospital baru akan dibina. Caj penuh akan dikenakan bagi pesakit bukan warganegara Malaysia.
  • Lebuh raya Pan Berneo akan bebas daripada dikenakan tol.
  • Pengguna prabayar telefon akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan jumlah GST yang dibayar, dikredit terus mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2016.
  • Cukai pendapatan bagi golongan berpandangan tinggi dinaikkan. Golongan berpendapatan antara RM600,000 hingga RM1juta naik daripada 25 kepada 26 peratus. Golongan berpendapatan lebih RM1juta dinaikkan daripada 25 hingga 28 peratus.
  • Sebagai pengamal dasar ekonomi terbuka, kerajaan secara prinsipnya menerima Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tetapi pertimbangan muktamad hanya akan dibuat di parlimen kelak.
  • Kerajaan sedia melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas.
  • Tanpa GST, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan 3.1peratus seperti yang disasar tahun 2016.
  • Kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ini hanya RM18 bilion berbanding kutipan GST sebanyak RM39 bilion.
  • Kutipan GST terpaksa untuk menampung sebahagian kekurangan kutipan hasil petroleum.
  • Malaysia masih stabil dengan asas ekonomi kukuh dan terus berdaya saing.
  • Malaysia tidak dapat lari dari kelembapan ekonomi global, penurunan harga komoditi, penyusutan nilai ringgit, pertumbuhan perlahan negara kuasa besar ekonomi dunia
  • Untuk 2016 kerajaan menyasarkan seramai 30.5 juta pelancong datang ke negara ini dan dijangka menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi. Justeru sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
  • Kerajaan bercadang memantapkan usaha memperkukuhkan integriti serta kurangkan ketirisan serta rasuah. Untuk itu bilangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan ditambah
  • Untuk menghargai kakitangan perkhidmatan awamk berajaan bersetuju:
  1. Memberikan faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yg akan memanfaatkan 1.6 juta kakitangan dengan peruntukan RM1.1 bilion;
  2. Menambah baik 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;
  3. Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kpd RM1,200 sebulan yang akan manfaatkan 60,000 penjawat awam
  4. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan dan ia melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan
  5. Melantik tetap pegawai lantikan kontrak yang sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan membawa manfaatan 10,000 pegawai kontrak
  • Pelaksanaan kesemua langkah ini berkuatkuasa pada 1 Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion
  • Jumlah BR1M untuk 2016 akan dinaikkan seperti berikut
  1. Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1050
  2. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000
  3. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kpd RM800
  4. Bagi individu bujang 21 tahun ke atas dan memiliki pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM350 kpd RM400
  • Kesemua bantuan BR1M ini akan memanfaatkan 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, dengan peruntukan RM5.9 bilion
  • Pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250
  • MARA diperuntukkan RM3.7 bilion termasuk untuk menaja pengajian seramai 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi


Antara lain Intipati Ekonomi Bajet 2016 mengikut laporan dari Bernama:

  • Ekonomi mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh pertama 2015 dan dianggar mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun.
  • KDNK negara dijangka berkembang pada kadar empat hingga lima peratus pada 2016, dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta masing-masing pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus.
  • Eksport dijangka tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus.
  • Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus.
  • Kerajaan dapat mengurangkan defisit fiskalnya daripada 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini.
  • Kemasukan pelaburan asing terus kukuh pada RM22.4 bilion.
  • Negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal antara dua dan tiga peratus.
  • Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion, berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.
  • RM70.5 bilion untuk emolumen, RM36.3 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan 
  • RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
  • Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion.
  • Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion.
  • Peruntukan sektor keselamatan RM5.2 bilion.
  • Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2016, diunjurkan RM225.7 bilion, meningkat RM3.2 bilion berbanding 2015.
  • Defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.
  • Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016.
  • Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion.
  • Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion.
  • Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion.
  • Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi.
  • Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion.
  • Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah (RM20 juta).
  • Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional Bhd dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi.
  • Khazanah Nasional juga memperuntukkan RM500 juta untuk modal teroka dan dana ekuiti persendirian.
  • Pelaburan seterusnya sebanyak RM18 bilion bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor untuk 2016.
  • Memperuntukkan RM320 juta bagi pembangunan Rubber City di Kedah.
  • Memperuntukkan RM142 juta bagi pembangunan Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak
  • Memperuntukkan RM20 juta bagi pembangunan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah
  • Insentif baharu Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberikan bagi menggalakkan pelaburan semula.
  • Potongan cukai diberikan ke atas kos penerbitan sukuk 'Sustainable and Responsible Investments' dan pengecualian duti setem sebanyak 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah.
  • Peruntukan untuk Skim Dana pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017 ditambah RM1 bilion
  • Peruntukan untuk pelan Induk PKS bagi pemberian dana pada pelbagai peringkat perniagaan sebanyak RM107 juta.
  • Peruntukan RM200 juta untuk menubuhkan dana pinjaman SME Technology Transformation Fund di bawah SME Bank
  • Membina dan menambah baik pengangkutan rel dan lebuh raya
  • RM900 juta untuk projek penyuraian trafik Jalan Tun Razak
  • Kajian pembinaan lebuh raya pesisiran pantai Masjid Tanah-Klebang-Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka
  • RM42 juta untuk membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baharu
  • Kajian pembesaran landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka
  • Projek sambungan LRT Ampang-Putra Heights siap Mac 2016, Kelana Jaya-Putra Heights siap pertengahan 2016
  • Projek MRT Sungai Buloh-Semantan dapat digunakan pada Disember 2016, Semantan-Kajang pada pertengahan 2017
  • Projek MRT II Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya bermula suku kedua 2016, siap 2022
  • Projek LRT3 Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang mula dibina pada 2016, siap 2020
  • Kerajaan teruskan rundingan High Speed Rail dengan Singapura
  • Bus Rapid Transit KL-Klang, Kota Kinabalu akan dilaksanakan
  • SKMM sediakan RM1.2 bilion untuk projek jalur lebar luar bandar, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar kelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut
  • RM250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi tingkatkan kualiti audio visual dan beri nilai tambah kandungan TV
  • RM1.4 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar
  • RM878 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar kepada 10,000 rumah
  • RM568 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar kepada 3,000 rumah
  • Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong pada 2016, menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi negara
  • Permohonan visa secara dalam talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada
  • RM450 juta untuk pelbagai program pertanian berimpak tinggi
  • RM190 juta kepada FAMA untuk Program Penurunan Harga untuk tambah 50 Pasar Tani dan wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia
  • Penjenamaan semula MARDI, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan
  • RM235 juta untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport di bawah Matrade
  • RM877 juta untuk pelbagai usaha teknologi hijau seperti bekalan air bersih
  • RM515 juta untuk meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah
  • RM41.3 bilion untuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi 2016
  • Pembinaan 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, empat MRSM dan lima SBP
  • RM135 juta untuk Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
  • Had maksimum amaun pelepasan cukai ke atas yuran pengajian dinaikkan RM7,000 daripada RM5,000 setahun 

Komen aku...

Seperti yang aku dah nyatakan dalam entry "Janji untuk ditepati bukan untuk dibeliti" ini, aku cuma nak tengok adakah beberapa akujanji PRU13 yang pada aku agak susah untuk dilaksanakan ini akan dilaksanakan ataupun dirancang ke arah itu iaitu:
  • Penurunan harga kereta antara 20% - 30%.
  • Penurunan yuran jalur lebar sekurang2nya 20%.
  • Dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
  • Membina 1 juta rumah mampu milik.
  • Pengurangan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
  • Meningkatkan jumlah polis dan program SafeCam yang menghubungkan sistem CCTV awam dan swasta dan lain2.

Dari 6 akujanji di atas, hanya 1 akujanji sahaja yang nampaknya ke arah itu iaitu "Membina 1 juta rumah mampu milik":
Selepas BN memenangi PRU13, pada Bajet 2014 telah diumumkan pembinaan sebanyak 223,000 unit rumah pada harga berpatutan serta 80,000 unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Untuk Bajet 2015, RM1.3 bilion diperuntuk untuk PR1MA namun tak dinyatakan bilangannya. RM644 juta untuk membina lebih banyak Projek Perumahan Rakyat serta Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat, 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di tanah milik sendiri

Pada Bajet 2016 kali ini, PM mengumumkan sebanyak 351,500 unit rumah bakal dibina membabitkan pelbagai agensi untuk segenap lapisan masyarakat dalam usaha menangani isu pemilikan rumah dan meringankan kos sara hidup rakyat serta sebanyak 175,000 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina dan dijual 20 peratus di bawah harga pasaran dengan peruntukan RM1.6 bilion.

So tambah tolak 223,000, 80,000, 12,000, 5,000, 20,000, 351,500, 175,000 serta pembinaan yang tak dinyatakan jumlah unit dengan peruntukan RM1.3 bilion itu sudah menghampiri 1 juta unit rumah seperti mana yang dinyatakan dalam manifesto BN untuk PRU13.

Namun untuk penurunan harga kereta, masih menjadi tanda tanya...
Penurunan yuran jalur lebar, masih tiada melainkan mahu meluaskan capaian jalur lebar ke luar bandar, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar kelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut...
Dasar 1Negara 1Harga... tak tahu lah PM Najib masih ingat lagi atau tidak pasal rancangan dasar ni...
Pengurangan bayaran tol antara bandar secara berperingkat... krik krik krik...
Meningkatkan jumlah polis dan program SafeCam tu, sekali lagi, ntah ingat atau tidak PM Najib pasal SafeCam tu, mungkin sudah tinggal nama sahaja...

Itu baru 6 akujanji pilihanraya yang aku highlight, tak larat nak highlight semua, mungkin ada yang sudah dilaksanakan, mungkin ada lagi yang belum.

Walaubagaimana pun, alasan yang dah digunakan untuk melaksanakan GST dan naikkan kadar tol iaitu mahu bina lebih banyak hospital dan sekolah akhirnya menjadi kenyataan apabila diumumkan 5 hospital kerajaan baru akan dibina serta pembinaan 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, empat MRSM dan lima SBP baru.

Oleh itu, setiap kali anda membayar cukai GST dan tol, berbanggalah kerana anda juga turut menyumbangkan kepada pembinaan hospital, tempat untuk merawat orang yang sakit serta sekolah2, tempat untuk anak2 kita belajar.

Kesat air matamu...
Berbanggalah!
Bersyukurlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!


tags: intipati inipati ringkasan rumusan belanjawan bajet 2016 negara malaysia najib razak ucap ucapan teks penuh laporan ekonomi pakatan rakyat pr bn siaran langsung live

6 ulasan:

  1. Syukur Malaysia aman. Tak jadi mcm Syria dan Palestine. Serius, aku tak heran kalo Najib rembat GBP 100 trillion sekalipun. Sbb dia layak merembat duit tu..Yang menjadi pelik ialah Najib tak merembat duit. Ini memang pelik. Sama pelik juga kalo rakyat bangun melawan. Sbb memang telah selesa dibodohkan.

    Teruskan mencari rezeki hasil riba untuk dibawa ke alam kubur kita. Didiklah anak cucu kita mengumpul hasil riba demi sama-sama berkumpul depan Tuhan nanti, kita dapat tunjukkan kepada Dia hasil harta riba kita anak beranak. Berbanggalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku kurang jelas dengan riba tu, adakah kau angap gst itu riba? kalau buat loan dekat malaysia ni memang kebanyakan riba sampai aku sendiri tak sangup nak buat loan motor. aku tak rasa gst itu riba kerana gst dikenakan oleh kerajaan bukan peminjam. jika kerajaan berhutang itu lagi teruk sebab lambat laun hutang kena bayar juga.

      Padam
  2. noob, benda2 turun harga mcm tol,kereta, keperluan asas dll tu kena tunggu bajet 2018

    BalasPadam
  3. sekolah atau hospital tak perlu ditambah tapi fasiliti yang perlu diperbaiki dan ditambah baik.contoh mesin dialisis sbb ramai juga rakyat kita yang tak mampu untuk dialisis.ini dapat menjimatkan masa untuk pesakit2 yang mendapat dialisis.pasal sekolah tak perlu ditambah,tapi digunakan dengan sepenuhnya.contoh sekolah di kawasan luar bandar tidak semuanya padat dengan murid(utk sekolah menengah).berapa kelas yang penuh.ia perlu dimaksimakan dengan sebaik mungkin.adakah perkara seperti ini terlepas pandang @ memang tak diperdulikan @ untuk memenuhkan ..................................ermm tak tahu nak cakap apa.tp negara kita perlukan rakyat dan pemimpin y dapat mencari jalan penyelesaian bukan hanya mencari kesalahan.

    BalasPadam
  4. Untung la penjawat awam. Lepak2 kedai kopi bocor rahsia kerajaan tup2 gaji naik.. fuh best gilaa.

    BalasPadam
  5. buat sekolah and hospital boleh kasi projek kat kroni

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...