Iklan Leaderboard

Rabu, 21 Oktober 2015

16 100 Teknologi popular dari masa lalu - Bahagian 4

Berikut adalah himpunan 100 teknologi yang pernah popular suatu ketika dahulu (Tech From The Past) terutama di kalangan mereka yang lahir sekitar tahun 80/90-an (80/90s kids) namun kini sudah lagi tidak sepopular dahulu atau sudah pun menjadi bahan peninggalan sejarah yang semakin dilupakan.

* Entry ini dibahagikan kepada 4 bahagian untuk mengelakkan browser jadi berat akibat loading terlalu banyak gambar.


Tech From The Past #76: Peg basikal

Ini bukan teknologi yang related dengan IT tapi masih kira teknologi juga. Peg atau pemijak kaki yang dipasang di tayar belakang ini dulu popular masa zaman aku kanak2, sebab tak semua budak2 ada basikal maka yang takde basikal akan berdiri kat peg ni untuk dibonceng. Aku tak pasti budak2 sekarang masih pakai peg ni.


Tech From The Past #77: LPT Port

Teknologi USB telah mempupuskan port ini sama sekali yang dahulunya banyak digunakan untuk disambung ke printer.


Tech From The Past #78: RealPlayer

Salah satu player yang terpaksa diinstall kerana anime dulu banyak dalam format *.rm. Selain dari itu, player ini tak berapa nak berguna.


Tech From The Past #79: Nintendo Game Boy

Ini juga kawan aku pernah bawa ke hostel dulu dan kami berebut2 untuk bermain game Yu Yu Hakusho di musolla waktu malam selepas prep. Oh memori indah...


Tech From The Past #80: Jumper

Jumper digunakan untuk menentukan hard disk mana yang akan jadi Master atau Slave jika ada lebih dari 1 hard disk. Sekarang ini aku tak pasti hard disk masih guna jumper atau tidak sebab dah lama tak buka PC, lagipun sekarang ini pakai 1 hard disk pun dah cukup kerana saiz hard disk dah besar.


Tech From The Past #81: Excitebike

Antara game Micro Genius/Nintendo/Famicom yang agak popular pada zaman 80/90-an. Antara kelebihan game ini adalah boleh customize track sendiri.


Tech From The Past #82: Mesin jahit lama

Sebagai kanak2, aku tak pernah guna mesin ni tapi selalu nampak mak dan nenek kita guna di rumah dan di kampung. Ia sebenarnya satu rekaan yang genius kerana ia berfungsi tanpa memerlukan tenaga elektrik pun seperti kebanyakan mesin2 yang ada pada hari ini.


Tech From The Past #83: Sony Playstation

Sony Playstation merupakaan kejayaan terbesar Sony apabila produk pertamanya dalam industri console game terus mengalahkan pemain2 lama dalam industri seperti Nintendo, Sega dan sebagainya. Antara sebab aku beli PS adalah kerana nak main game Final Fantasy 7.


Tech From The Past #84: Bleem!

Antara emulator Playstation yang terawal dan popular pada awal tahun 2000-an yang membolehkan CD game PS dimainkan di PC, namun pembangunannya telah ditamatkan setelah mempunyai kes mahkamah dengan Sony.


Tech From The Past #85: QuickTime Player

Satu lagi video player selain RealPlayer yang terpaksa diinstall hanya kerana nak main video yang berformat *.mov.


Tech From The Past #86: Angelfire

Selain Geocities dan juga Tripod, Angelfire juga merupakan website yang terawal menyediakan perkhidmatan free web hosting.


Tech From The Past #87: Space Cadet Pinball

Game pinball 3D ini didatangkan bersama Windows Plus! 95 sehinggalah Windows XP sehingga mereka tidak lagi memasukkan ke dalam versi Windows yang seterusnya kerana masalah bug untuk dijalankan pada architecture 64-bit.


Tech From The Past #88: Ringtone handphone Monophonic dan Polyphonic

Pada zaman ringtone monophonic dan polyphonic, perniagaan jual beli ringtone amatlah menguntungkan.


Tech From The Past #89: Battle City

Sebuah lagi game yang lejen pada zaman kanak2 80/90-an. Boleh juga customize map dengan letak besi kat sekeliling tugu burung supaya takkan kalah.


Tech From The Past #90: Adventure in Math

Dulu tak banyak game pendidikan, tapi game Adventure in Math ni memang aku ingat sampai sekarang. Misinya keluar dari maze castle dengan selesaikan soalan matematik.


Tech From The Past #91: Website Guestbook

Website dulu2 mesti ada guestbook tapi biasanya mesti penuh dengan mesej spam siap boleh inject code javascript lagi.


Tech From The Past #92: Contra

80s kids mana yang tak tahu Contra? Dulu langsung takde Internet tapi macam mana budak2 boleh tahu dan kongsi kat orang lain cara nak dapatkan 30 nyawa memang ajaib.


Tech From The Past #93: Pensel Pop-a-point

Hilang satu bahagian, masak... langsung tak boleh pakai pensel ni. Nak pakai jugak kena sumbat dengan benda lain.


Tech From The Past #94: GameFaqs

Lebih 15 tahun lepas aku guna website ini untuk cari walkthrough game RPG atau cheat code, tapi sekarang dah jarang visit memandangkan dah jarang sangat main game lebih2 lagi game RPG.


Tech From The Past #95: Alley Cat

Game yang agak annoying suatu masa dulu. Mungkin dicipta sempena nama band Alleycats.


Tech From The Past #96: Portal Cari

Dulu portal Cari . com . my ni guna untuk buat carian website2 di Malaysia, malah siap ada bagi awards lagi pada website2 yang menarik dan bagus. Sekarang ini cuma lebih kepada forum sahaja yang aktif dengan cerita gossip.


Tech From The Past #97: Webring

Ketika Google masih belum wujud dan enjin carian masih tidak begitu bijak, pembangun laman web sering menggunakan webring untuk membolehkan website mereka dapat dilayari dalam sebuah komuniti webring.

Untuk maklumat lanjut rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/Webring.


Tech From The Past #98: Chrono Trigger

Sepanjang hidup aku, ada 2 game RPG yang bagi aku sangat memberi kesan mendalam dalam diri aku iaitu Final Fantasy 7 dan Chrono Trigger. Chrono Trigger dikeluarkan pada tahun 1995 untuk platform Super Nintendo, aku pernah main beberapa kali di kedai kerana takde console SNES dan hanya dapat habiskan game beberapa tahun selepas itu guna emulator. Siapa peminat game RPG dan tak pernah main lagi game ni, serius, anda kena main.


Tech From The Past #99: Street Fighter II

Senarai ini tak sah tanpa game yang paling lejen sejak zaman kedai arked game 20 sen. Street Fighter merupakan antara pelopor kepada game2 fighting yang wujud sekarang ini.


Tech From The Past #100: It's now safe to turn off your computer

Akhir sekali, jangan lupa untuk tutup suis komputer anda selepas selesai digunakan. Ya, komputer pada zaman dahulu kala tidak akan tertutup secara automatik, anda kena tekan butang Power untuk mematikannya.


Kredit semua gambar: Google.

Tamatlah sudah siri 100 Tech From The Past. Semoga anda semua terhibur.

Btw, hari ini adalah Hari Back To The Future di mana Marty McFly dan Doc Brown dijadualkan tiba di masa depan dari tahun 1985 dalam filem Back to the Future Part II.


Namun adakah tahun 2015 seperti yang digambarkan dalam filem tersebut adalah sama dengan 2015 yang sebenar pada hari ini? Adakah skateboard telah digantikan dengan hoverboard? Adakah sudah banyak kereta yang bertebangan?

Tonton video berikut "Back to The Future vs The Realiti of 2015".


Baca juga artikel menarik ini - "What did 'Back to the Future II' get right?" dan "Every Future Prediction From ‘Back to the Future Part II’ (And Whether the Movie Was Right or Wrong)".

Siri 100 Tech From The Past:



tags: teknologi tech gadget gadjet dari masa lalu lampau dulu komputer ict it sains permainan game toys memori kenangan relic vintage throwback

16 ulasan:

  1. almost semua game pernah main. omaigad rindunyer zaman dulu T_T

    http://eykhaz.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. satu lagi, 'winpopup'

    BalasPadam
  3. noob ada pernah main game ni wolfenstein? game ni otai gak mcm prince of persia awal2 dulu
    https://www.youtube.com/watch?v=ngWEZdy3rlc

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah main tapi tak boleh main lama2 sebab pening kepala dan muntah.

      Padam
  4. cak plong xdak ka?

    BalasPadam
  5. noob game doom tak masuk senarai ke?

    BalasPadam
  6. Wolfenstein & Doom takde dalam list...dua game ni legend genre fps doohhh

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. "Adakah skateboard telah digantikan dengan skateboard"





    DAFUQ Bro?

    BalasPadam
  9. hoverboard di gantikan dgn skateboard noob. back to the future bkn tahun 1985 ke. mungkin kna tunggu lg 100tahun baru wujud keta terbang. aku perasaan yg movie back to the future xda teknologi hanset. yg ada cuma ada video call dkt tv heheh.

    BalasPadam
  10. noob, kenapa ko publish 4 siri ni dalm sehari?
    kalau ko publish sehari 1 entri baru banyak sikit komen huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. actually 2 siri dalam 2 hari, 2 hari selasa dan 2 hari rabu. lagipun saje je tak nak orang tertunggu2 huhu

      Padam
  11. so lagi demo lupo nok buboh.. 'budu'

    BalasPadam
  12. Game and watch tak masuk senarai..?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...