1. Jenis yang terlebih ambil berat, suka forward imej lengkap gambar bunga bagai semata-mata nak ucap salam, selamat pagi sampai 2, 3 keping. Paling tak boleh blah, yang reply pun sama. Kalau group 5-10 orang dalam group boleh tahan lagi. Buatnya, lebih separuh daripada 50 orang buat hal sama, tak ke pagi-pagi dah serabut perut.
2. Sembang berjela hal yang hanya kena pada 2 orang saja padahal group ada lebih 50 orang. Ada tu pula suka benar menunjuk-nunjuk gambar selfie diri sendiri atau gambar anak sampai 14 kali sehari. Habis data. Akhirnya, tekan More --> Clear Chat!
3. Respon menganjing/ tak serius pada komentar ahli group yang bagi cadangan atau pandangan padahal sebelum tu menyalak minta respons. Bila 'exit group' boleh pula yang menganjing tu tanya kenapa dia left?
4. Kalau group kawan sekolah lama, masing2 tanya khabar, sibuklah cakap rindu, kenangan indah bagai tapi bila admin nak set tarikh utk jumpa punyalah payah.
5. Kalau group kawasan kejiranan, ada yang suka merapu melebih-lebih sampai masuk hal dalam kain padahal masing-masing dah ada bini, anak berderet, siap kalau malam Jumaat hantar gambar yang sewaktu temanya sampai jam 2,3 pagi. WTH?!
6. Kalau group rasmi, hantar beberapa keping gambar dah cukup. Tapi kalau jenis yang tak fikir orang lain sanggup hantar sampai 30 gambar serentak untuk satu program je termasuk gambar kabur/blur sampai memori full.Gila kau! Habis jammed hp.
7. Isu remeh-temeh yang sama dikitar semula. Kalau jumpa cerita sama, dalam group pun cerita sama. Akhirnya baik jadi silent reader tak pun CCTV.
8. Ada pandangan berbeza nanti kalau cakap boleh tercetus perang dunia ketiga tambah kalau menyentuh bab politik.
9. Bosan jenis yang copy & paste atau dipetik dari group sebelah cerita2 yang konon mengajak ahli group ingat Tuhan. Sumber tak tahu sahih ke tidak. Panjang2 pula ayatnya itu. Akhirnya sekadar scroll tak baca habis.
10. Jenis yang kepoh berangan reporter Melodi. Sibuk copy & paste berita sensasi, khabar angin tup tup, esok lusa hal yang dikecohkan itu hanya salah faham, tak berlaku pun atau gambar edit.
Jadikan group WhatsApp bukan alat pencuri masa berharga anda sedangkan hayat kita semua ni sedang dihambat!
Sumber FB Arif Atan.
* * * * * * * * * *
Sebab tu kebanyakan group Whatsapp atau Telegram yang aku tak berapa suka yang aku dimasukkan atas sebab dulu pernah satu sekolah dan satu universiti, aku akan mutekan notification, takde la rasa terganggu sangat. Aku hanya akan buka group bila aku rasa nak buka. Kalau left nanti orang cakap sombong, so aku biar jelah group tu mereput dengan sendiri.
Lain2 artikel berkaitan Whatsapp:
- Masalah ketagihan telefon pintar dalam masyarakat
- Awek malam jumaat dalam group WhatsApp Melayu
- Kisah group WhatsApp orang Melayu
tags: 10 sebab mengapa kenapa group whatsapp jadi semak left keluar smartphone telefon kawan lama borak
Nasib baik group whatsapp tempat kerja aku tak cakap banyak sangat, cuma senang sikit dapat maklumat dari shift leader suruh buat itu ini masa kerja.
BalasPadamNi kalau group sekolah...Ya Allah....pot pet pot pet tak sudah sampai malas nak layan dan exit group terus.
mu xsir wak gruk wasak denge kawe ko? kawe baco belok ni sokmo wetek..
BalasPadam-abe mat klate-
ado group wasak namo nate kero..mung nok join ko?
Padam-paksu kocak belakang-
beyeh ah, demo hok jadi ademing gruk nate kinzir tu ke?
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKIRYUIN SATSUKI!!!!!!!!!!
PadamKIRYUIN SATSUKI!!!!!!!!!!
PadamprrrrooooooOOOOOOoooootttttTTTTTT pritttt prAaaaaAttt ProOOOtttTTTttT di muka sirosli.
Padamargghhhh lega baaaq aaanggg !!!
saya paling menyampah orang dok copypaste panjang2 dalam group whatsapp.. saya antara susah nak jumpa orang tak kira kawan lama atau kawan baru. Saya lebih selesa bersosial dengan family. Kalau kebetulan terserempak tu rezeki la jumpa saya hahaha
BalasPadamkisaahhhh plak akuu..
PadamAq pon mcm tu. Klw btul2 kisah nk tunjuk ambil berat tak perlu group pon. Call ajak kluar minom mana2..
PadamTak suka dengan bini2 org yg suka whatsap my husband... dah pkul 11mlm baru nk ajak chat... benda2 tak penting plak tu... husband aku x wish bday dia merajuk... boleh tak? Noob, ko kasi tak bini ko whatsapp dgn laki orang mlm buta? Do you think it's okay? Ada pendapat? Geram ni....
BalasPadamPada pendapat saya, tak ok. Apsal husband awak tak wish dia merajuk? Apa masalah dia? Menggatal ke apa? Bincang balik dengan suami puan.
Padamnoob mana ada bini. bujang terlajak. tu yg selalu meroyan
PadamAnon 8.11, hensem sangat ke husband ko sampai menjadi pujaan bini orang?
PadamTapi yang aku syak minah tu most probably tak dapat layanan dari husband dia sendiri. Apa kata kau cakap direct dengan minah tu?
tu tanda nya laki ko tgh menggatal nak berbini lagi satu. kasi bini lagi satu dkt dia senyap la tu
PadamDisable kan auto download bagi yang rajin hantar video dan imej.
BalasPadampaling menyampah yg nak borak 2 orang tu.. pm kan senang..
BalasPadamSatu lagi medium penyebaran fitnah, umpat, salin tampal untuk maleis...
BalasPadamSenang cite...mute kan je samada 1 year atau forever + no notification. Kalau rasa menyampah sgt left group je....no body cares. Tp kalau family atau work group xleh wat mcm 2, nanti jd isu pulak.
BalasPadamYg sy paling menyampah, ada group yg khas utk sports mcm futsal atau apa2 sukan rekreasi, tp ada 2-3 ketul non stop cite politik dlm group...plz, nak cite politik masuk dlm group politik terus. N plz dont share gambar kemalangan n gambar pelik2...x semua hati kering mcm anda.
Kanssss.... 10 fakta tu bukan auta.
BalasPadamSetiap individu tu patut muhasabah diri-sendiri, anda yang mana satu?
Kekdahnya bila dah tahu jawapan sila hentikan tabiat buruk tu.
Belom dikira fakta selagi tiada bukti. Semua berasakan teori. Teori yang menyakinkan.
PadamPompuan mana yang tak wish bday merajuk tu? Biar aku babab sket.. No whatsapp no life.. He2
BalasPadam