Sejak dua menjak ini banyak betul berita dan isu2 yang tidak sedap didengar berkaitan diri tuan. Pasal gaya hidup tuan, tuduhan 1MDB, penyingkiran TPM Muhyiddin dan sebagainya. Sejujurnya, saya malas sangat nak ambil port pasal isu2 yang membabitkan diri tuan tu, malah saya langsung tak peduli siapa pun tuan nak lantik untuk bersama2 bekerja dengan tuan.
Saya cuma lebih kisahkan pasal janji2 yang parti tuan taburkan dalam manifesto PRU13 dahulu yang antaranya masih belum ditunaikan. Daripada tuan sibuk melayan isu2 peribadi, apa kata tuan fokus dan lancarkan apa2 program dan dasar yang ke arah mencapai matlamat manifesto tersebut, dan jika pelaksanaan sedang berjalan, maklumkan kepada rakyat sudah berapa peratuskah manifesto2 tersebut yang telah selesai dilaksana dan berjaya dicapai?
Kenangan dan janji manis 2 tahun lepas. |
- Penurunan harga kereta antara 20% - 30%.
- Penurunan yuran jalur lebar sekurang2nya 20%.
- Dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
- Membina 1 juta rumah mampu milik (1 juta ok, bukan 1 ribu, 10 ribu atau 100 ribu).
- Pengurangan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
- Meningkatkan jumlah polis dan program SafeCam yang menghubungkan sistem CCTV awam dan swasta dan lain2.
Tuan jangan risau, walaupun melayu mudah lupa, tapi Insya Allah saya takkan lupa kerana saya masih menyimpan semua manifesto tuan dalam blog saya untuk rujukan.
Saya harap tuan sudah pun ada perancangan dan mengambil tindakan untuk menjayakan janji2 tuan ini, kerana janji2 ini lebih penting dari segala isu peribadi tuan lebih2 lagi ia membawa manfaat kepada seluruh rakyat. Lagipun tuan hanya tinggal hanya kurang dari 3 tahun untuk melaksanakan manifesto2 tersebut. Saya harap tuan masih berpegang kepada moto yang tuan bangga2kan suatu ketika dulu iaitu "Janji Ditepati" dan bukannya "Janji Dicapati".
Namun andai tuan gagal untuk mencapai janji2 tersebut, saya harap agar rakyat buka mata dan tidak mengundi dan memberi mandat kepada tuan lagi pada pilihanraya yang akan datang.
Sekian sahaja dari seorang rakyat marhaen,
Prince of Noob
tags: surat terbuka layang buat pm najib tersayang akujanji tunaikan janji dicapati ditepati bn manifesto 17 kepada rakyat
No.1
BalasPadamyeeehhaaaaaaahhh..... naik kuda meh..
PadamKan ke bagus kalau semua orang macam tuan. Tapi malangnya hanya berani tuding jari pada Kerajaan BN sahaja. Manifesto Pakatan Rakyat semua pihak buat diam aje walaupun hampir semua gagal dilaksanakan dan siap boleh buat kenyataan manifesto bukan janji tau. Hanya alat untuk menang pilihanraya. Nasib le kita orang Melayu.
BalasPadamManifesto PR peringkat negeri Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang untuk PRU13 saya tak tahu secara detail, so kalau tuan tahu dan boleh highlight mana yang belum dilaksanakan, boleh beritahu saya, saya akan highlight kat sini. Yang saya tahu manifesto2 popular PR di negeri Selangor seperti air percuma 20 meter padu sudah pun dicapai.
PadamGEMPAQ!!!!!!!!!!!!
BalasPadamBerita tergempar!
Sumber sahih!
PM akan bertukar malam ini.
Selepas jam 12.00, PM akan bertukar kepada...
...AM.
noob..hang buat la liga fantasy premiere league macam 2 tahun lepas....bagi hadiah buasir otak the komik pun ok..hehehe......aku rasa ramai ja nak join...
BalasPadamNampaknya ada janji yang dah dimungkiri.
BalasPadamJanji politicians adalah janji x leh pakai..x kira BN atau PR...the best thing is kalau nak mintak something, mintak on that time..bukan lepas PRU. X dpt consider no vote to them
BalasPadamTak perlu la kita meminta dia untuk menunaikan janji beliau... untuk menjaga maruah diri serta integriti agar boleh diberi mandat pilihanraya seterusnya pun tak mampu, inikan hendak menunaikan janji kepada rakyat... pembohongan nyata berlaku, apa yang penting, kedudukan mesti diselamatkan dahulu.... setelah AJK PAC diusik, setelah pasukan penyiasat dihentikan atas dasar kesihatan dan kerja kontrak, apa lagi kita boleh harap dari mereka semua ini... tapi itulah, rakyat Malaysia sebenar tiada pilihan, baik kerajaan dan pembangkang, keduanya tidak boleh dipercayai, semua hendakkan selamatkan diri dahulu...
BalasPadamJanji? Janji aper ni noob? Lanjiaola sumer ni..
BalasPadamNajib tidak lebih hanya seorang ahli politik macam yang lain juga. malangnya, macam lebih teruk dari yang paling teruk..
BalasPadam