Rabu, 29 Julai 2015

7 Gaji mengikut pekerjaan dan tahap pendidikan

Hari tu ramai orang bincangkan pasal slip gaji pekerja Bangladesh yang bekerja sebagai loader KLIA2 sebanyak RM5,000 lebih. Kali ini kita lihat pula purata gaji bulanan bagi pekerja Malaysia mengikut latar belakang dan tahap pendidikan mereka serta purata gaji permulaan bagi graduan yang baru bekerja mengikut jenis pekerjaan di Malaysia.


Berikut adalah jadual Realiti Pekerjaan Mengikut Latar Belakang Pendidikan. Pendapatan ini mengambil kira pekerjaan yang makan gaji sahaja dan tidak termasuk pendapatan hasil perniagaan. Kita boleh lihat purata bagi pekerja yang latar belakang pendidikan hanya PMR dan SPM antara RM1,000 - RM1,500, manakala yang ada degree dan master antara RM2,500 - RM2,800.

Ya, walaupun kita ada degree dan master sekalipun, kita masih lagi di bawah kategori miskin bandar.

Sumber


Berikut pula adalah jadual yang menunjukkan 10 pekerjaan yang menawarkan gaji tertinggi di Malaysia bagi graduan baru yang sumbernya diambil dari akhbar dan juga Jobstreet.com.

Jika dilihat di situ, pekerjaan dalam bidang Farmasi menggungguli carta Top 10 dengan purata gaji sebanyak RM3,640, diikuti dengan Strategi Korporat dan Perkhidmatan Kewangan, manakala yang duduk di tangga ke-10 adalah dalam bidang IT - Persian.


Berikut adalah info gaji graduan selebihnya dengan gaji terendah adalah sebagai Kerani iaitu sebanyak RM900 sebulan. Purata gaji graduan baru bagi keseluruhan jenis pekerjaan adalah sebanyak RM2,100.


Info ni kalau tak silap untuk tahun 2014, dan gaji purata RM2,100 ni (aku anggap graduan yang sekurang2nya ada degree), masih lebih kurang sama dengan purata gaji degree 10 - 15 tahun lepas, dalam lebih kurang RM1,800 - RM2,000. Namun kalau kita tengok di sekitar kita pada hari ini, harga barang, harga perkhidmatan, harga kenderaan, harga rumah dan macam2 lagi harga, banyak naik bukan berbanding 10 - 15 tahun lepas?

Itulah masalah yang gadis bernama Zahra ini cuba luahkan dan tekankan depan TS Muhyiddin Yassin semasa beliau jadi TPM dulu, tapi ramai orang bash dia balik cakap tak bersyukur lah manja lah lembik lah. Dia bercakap bukan untuk diri dia sendiri tapi mewakili semua para graduan.

Namun nampaknya #‎SayaZahra‬ kena repeat balik sesi serampang dua mata kepada TPM yang baru memandangkan TPM lama dah kena gugur. PM cuma menegaskan kepada anggota Kabinet yang kritikan jangan dilakukan di forum terbuka. Harapnya mendengar keluhan dan masalah rakyat masih boleh dilakukan di forum terbuka.

Tahun lepas aku pernah mengulas pasal isu "Gaji RM2,500 untuk graduan cukup jika diurus baik", namun ulasan tu hanya jika valid jika graduan itu mempunyai kehidupan yang normal dan tidak terikat kepada komitmen berat lain, namun jika graduan itu mempunyai komitmen lain seperti masalah kesihatan, ibu bapa yang sakit kronik, adik beradik yang sangat ramai, dilahirkan dalam keluarga susah dan sebagainya, maka gaji RM2,500 tu memang tidak mungkin cukup walau diurus dengan baik, sebab nilai RM2,500 bagi setiap orang tak sama atas keperluan dan komitmen masing2.

So kepada para lepasan SPM yang tak tahu nak sambung belajar apa untuk kerjaya pada masa hadapan, mungkin boleh jadikan jadual2 di atas sebagai rujukan. Kalau rasa nak gaji besar, boleh ceburi bidang Farmasi.




tags: realiti pekerjaan kerjaya mengikut latar belakang pendidikan jenis kategori menawarkan gaji pendapatan tertinggi kepada graduan baru bekerja ijazah sarjana muda degree master phd diploma sijil spm pmr jadual graf ranking rating taraf akademik

7 ulasan:

  1. Tangga gaji masih sama sejak dari dulu lagi.. tapi inflasi tetap naik..hartanah lagi melonjak naik.. kalau masih mentality mahu bekerja di Malaysia memang akan dapat gaji banyak tu..
    Tapi kalau kerja luar insyallah bleh dapat lebih 20K sebulan.

    BalasPadam
  2. Harga ayam pun mahal compare 5-10 tahun lepas....sy akui pergerakan gaji compare dgn pergerakan kos sara hidup totally berbeza especially dduk di bandar. Tp itula, kalau naikkan gaji minimum pun ramai majikan mcm x mampu laksanakan, benda yg mampu ditolong ialah hapuskan tol, control harga rumah, minyak super jimat n cukai kereta dihapuskan...baru gaji yg ada skrg ada nilai.

    Tp apakan daya, parti2 politik sibuk nak jaga kantung masing2, kebajikan rakyat hanya perlu bila dekat PRU/PRK, repeating every years. Sy akui hidup di bandar sgt memerlukan kosa sara hidup tinggi, so xleh nak bermewah2 mcm dlm TV, melainkan anda dduk kaw. kampung atau bandar kecik dri negeri2 lain.

    Kalau hapuskan tol, nanti pendapatan kerjaan persekutuan atau negeri (yg ada saham dlm konsesi) akan berkurangan.
    Kalau super jimat minyak, nanti pendapatan negara sbyk 50% sahaja dr minyak akan berkurangan
    Kalau control harga rumah, nanti ada ckp pelaburan rumah x relevan lagi sbb x naik2 selepas 5-10 tahun.

    Ni semua bergantung kpd niat pemimpin yg memerintah x kira negeri atau persekutuan.

    BalasPadam
  3. Kepada ibu-bapa didik anak belajar untuk berniaga lebib daripada belajar untuk makan gaji. Bagi galakkan kat diorg.

    BalasPadam
  4. Buku Bapa Kaya Bapa Miskin menarik untuk dibaca.

    BalasPadam
  5. Well most of it . Kerja tetap and ALTERNATIF buat masa ni ,extra income ( through Part time business)

    BalasPadam
  6. realiti x payah tgok sijil apa ko ada..yg penting siapa saudara ko... itulah realiti yg sbenarnya... org ada spm gaji mcm org ada dgree.. orng ada dgree gji taraf spm je... sbb realitinya saudara tu lebih penting, biar x pandai buat kerja tpi pandai brcakap... kerja zero... gji tetap naik sebab pandai kipas bos....

    BalasPadam
  7. Ulasan yang baik tapi kurang cerdik. Bagi yang berpendidikan gaji pada awal memang rendah. Tapi kita akan merasakan perubahannya setelah bertahun. Kau kena fikir kesan jangka panjang sebagai pekerja yang bertahap pendidikan. Tak kan lah kerajaan nak bagi naik gaji terus baru masuk kerja kan..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.