Jumaat, 31 Julai 2015

101 Gaji mengikut jenis kerjaya dalam bidang ICT

Kerjaya dalam bidang Information Technology (IT/ICT) atau Teknologi Maklumat ada banyak bidang dan cabangnya. Seperti yang aku pernah tulis dalam artikel "Mitos dan realiti kerja dengan komputer" dulu, pengkhususan dan cabang IT sangat banyak sebenarnya. Aku pecahkan kepada 3 cabang bidang utama iaitu pengurusan ICT (ICT management), pembangunan (development) dan operasi teknikal (technical operational).


Bidang pengurusan ICT ini lebih kepada kerja2 menguruskan dan membuat perancangan terhadap projek2 berkaitan ICT, menyediakan garis panduan, polisi, latihan dan lain2 kerja yang melibatkan pengurusan.

Orang yang bekerja dalam bidang pembangunan pula tidak semestinya expert dalam operasi teknikal, begitu juga sebaliknya. Malah dalam 3 cabang bidang tu, banyak lagi sub2 bidang di bawahnya, seperti contoh bagi pembangunan, ada macam2 jenis pembangunan seperti web development, system development, software development, multimedia development, mobile app development dan lain2, malah bahasa pengaturcaraan (programming language) dan tools yang digunakan pun berlainan seperti PHP, Java, ASP.net, Cold Fusion, Visual Basic, C++, Cobol, Pascal, Adobe Flash, Premiere, After Effects dan macam2 lagi.

Dalam operasi teknikal pula ada cabang2 seperti network (rangkaian), database, server, operating system, sistem, data center, backup, hardware/software support dan lain2. Orang yang expert dalam database tak semestinya expert dalam network, dan orang yang expert dalam backup tak semestinya expert dalam operating system. Malah dalam cabang2 tu sendiri banyak pengkhususan pada jenama produk, seperti contoh dalam rangkaian, orang yang mahir dengan peralatan HP Networking tak semestinya mahir dengan peralatan keluaran Cisco, dalam database pula orang yang mahir dengan Oracle tak semestinya mahir dalam MSSQL, dalam server pula orang yang mahir dengan Red Hat Linux tak semestinya mahir dengan MS Windows Server 2008, begitulah seterusnya.

Pengkhususan dalam bidang kerja ICT ini lebih kurang macam ni:
  • Dalam bidang kejuruteraan ada kejuruteraan awam, elektrik, elektronik, mekanikal, kimia dan macam2 lagi. Orang yang expert dalam civil engineering tak semestinya expert dalam chemical engineering, dan orang yang expert dalam electrical engineering, tak semestinya expert dalam bidang mechanical engineering. 
  • Sama seperti doktor, ada general doktor, doktor pakar mata, pakar tulang ortopedik, pakar bedah, pakar bius, pakar pediatrik, pakar neurologi saraf, pakar jantung dan lain2. Doktor mata tak semestinya expert dalam bidang tulang, dan doktor pediatrik tak semestinya expert dalam bidang sakit puan.

Sebab itu memilih bidang IT ini bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan. Penting untuk ada minat yang mendalam dalam bidang IT dan yang paling utama anda kena tahu apa sebenarnya yang anda mahu jadi nanti apabila mengambil jurusan IT atau Komputer Sains di universiti, kerana kemungkinan anda akan rasa menyesal ambil jurusan IT setelah masuk alam pekerjaan.

Namun sekiranya bidang teknologi maklumat adalah pilihan anda, berikut kami kongsikan senarai top 5 kerja di bidang IT yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia (berdasarkan data sepanjang tahun 2014).

Salah satu kelebihan lain membina kerjaya dalam bidang IT adalah kemampuan untuk bekerja secara bebas. Baca kisah bagaimana seorang lelaki menjana RM5,000 – RM12,000 sebulan dengan hanya bertugas sebagai seorang IT Consultant – klik sini.

1. Software Engineer
 
kerja-sebagai-software-engineer-malaysia

Kerjaya sebagai jurutera perisian atau software engineer selalunya melibatkan urusan reka bentuk, pembangunan, penyelenggaraan, dan penilaian perisian komputer dan sistem.

Bergantung kepada syarikat, tugas seorang jurutera perisian boleh terdiri daripada membangunkan aplikasi baru dan perancangan projek untuk menaik taraf perisian yang sedia ada dan menyediakan sokongan keselamatan.

Gaji Software Engineer di Malaysia:
Maksimum: RM8,600
Purata: RM5,656
Minimum: RM2,771

2. Web Developer
 
kerja-sebagai-web-developer-malaysia

Pembangun laman web atau web developer adalah pengaturcara yang pakar dalam Internet dan pelayar aplikasi (browser), dan juga boleh memberi tumpuan kepada reka bentuk dan perjalanan laman web.

Bonus bagi anda yang mahir pengaturcaraan seperti .NET, Java, PHP, Silverlight, Flex, MySQL, dan SharePoint kerana permintaanya sedang tinggi sekarang.

Gaji Web Developer di Malaysia:
Maksimum: RM4,000
Purata: RM3,700
Minimum: RM3,400

3. Network Systems Analyst / Network Engineer
 
kerja-sebagai-network-engineer-malaysia

Bergantung kepada syarikat, kedua-dua peranan boleh jadi berasingan atau satu dalam masa sama. Penganalisis sistem rangkaian (network systems analyst) memantau kecekapan sistem rangkaian syarikat – termasuk rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN), Internet dan Intranet – dan menubuhkan rangkaian seperti yang diperlukan.

Syarikat-syarikat tertentu melabelkan kedudukan penganalisis sistem rangkaian sama seperti seorang jurutera rangkaian (network engineer), manakala yang lain mengupah jurutera rangkaian untuk mengkonfigurasi infrastruktur dari awal, mereka bentuk dan melaksanakan rancangan untuk menubuhkan satu rangkaian baru.

Gaji Network Engineer di Malaysia:
Maksimum: RM10,100
Purata: RM5,148
Minimum: RM3,300

4. Mobile Developer
 
kerja-sebagai-mobile-developer-malaysia

Antara kerjaya yang mendapat permintaan tinggi seiring perkembangan industri telefon pintar adalah pembangun mudah alih (mobile developer) berasaskan Android, iOS, dan Windows.

Pembangun mudah alih bekerja pada reka bentuk, back-end dan penciptaan aplikasi mudah alih, dan bergantung kepada syarikat itu, boleh termasuk hiburan, maklumat, komunikasi dan banyak lagi.

Gaji Mobile Developer di Malaysia:

Maksimum: RM4,000
Purata: RM3,700
Minimum: RM3,400

5. IT Manager
 
kerja-sebagai-it-manager-malaysia

Kerjaya sebagai pengurus teknologi maklumat (IT manager) berbeza mengikut syarikat. Mereka sama ada bertanggungjawab bagi operasi IT dalaman atau lebih tertumpu kepada strategi penyelesaian berasaskan teknologi untuk para pelanggan.

Gaji IT Manager di Malaysia:
Maksimum: RM22,000
Purata: RM8,283
Minimum: RM2,800

Sumber info gaji kerja di bidang IT daripada portal Laman Kerjaya.

Jom layan animasi lucu pasal kerjaya ICT di bawah. Jangan lupa Subscribe channel Buasir Otak TV ya.






tags: top 5 ranking rating pendapatan gaji kerja kerjaya pekerjaan dalam bidang cabang it ict sains komputer tahun 2014 2015 pengkhususan

101 ulasan:

  1. Gaji minimum tu maksudnya gaji untuk fresh grad ke? Kalau ye, memang tak tepat langsung minimum gaji tu. I've experience kerja as web developer fresh grad, kawan2 saya pun mostly kerja dalam bidang IT, fresh grad tak kan dapat gaji setinggi tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa gaji minimun tu bukan untuk fresh tapi lebih kepada yang dah berpengalaman. untuk gaji fresh grad boleh rujuk sini - http://buasirotak.blogspot.com/2015/07/gaji-mengikut-pekerjaan-dan-tahap.html

      Padam
    2. Pasal gaji adalah subjektif. Ada kompeni internasional bayar tinggi. Ada yg bayar ciput. Begitu juga kompeni local. Ada yg bayar tinggi dan ada yg rendah. Terlalu subjektif.

      Gaji yg dipamerkan adalah yg sepatutnya diamalkan oleh majikan.. namun tak semua mahu berbuat demikian.

      Ada kawan saya, dgn 15 tahun pengalaman network dan well verse wintel server apps, dpt 4000 ja sebulan. Mungkin sbb kerja dgn kompeni kecik dan banyak buat support server. Ada yg cecah 12k, walauoun x ada apa2 sekeping cert. sbb tahu manipulasi degree.

      Pokok pangkalnya, gaji ikut situasi kompeni dan kebolehan komunikasi bakal staff semasa interview dan prestasi kerja. Jika anak Datuk yg berkelayakan dan bapanya ada dlm board of director kompeni tsb, ada mungkin yg dpt gaji bagus dan ada yg biasa2 ja. Nasib la kita kat mana.

      Padam
  2. Selamat bukan fresh grad yg dia maksudkn. Data tu mungkin berdasarkan company2 IT yg kata..klw data dari personal mungkin seperti yg ko rasa.

    BalasPadam
  3. gaji hang brapa nub? jawatan hang apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf tak boleh kongsikan di sini, tapi jawatan dan gaji aku biasa2 je, boleh la sekadar nak tampung keperluan hidup.

      Padam
    2. Gaji gomen kekadang besgak. Jika nak sedikit sedap, GLC dan juga semi govt ada yg offer double malah triple gaji gomen. Rahsia umum, KWSP dan LHDN serta PERKESO mmg lebat. Double triple sbb tempat berwajib kutip duit orang ramai secara konsisten setiap bulan.

      Padam
  4. ex part timer lecturer aku cum cisco network security engineer pernah bagi tau basic dia +-10k. itu tahun 2007. cuma kena ada profesional cert la. kebanyakan prof cert ni exam takda kat malaysia. dia ambik 2002 di hk. now 2015, rasanya dia boleh earn lebih dari prof madya.

    BalasPadam
  5. Thanks for the info! Saya ambil IT(networking) and i think this helps me a lot untuk choose path for my career.

    BalasPadam
  6. Sy dh 4 thun kerje sbgai web developer, gaji 2800.. Wajar ke?

    BalasPadam
  7. Heh, saya Perl developer/administrator. Programming sejak tingkatan 1, seronok jugak. Tapi, kalau takde minat susah jugak nak pergi jauh, lagi2 nk kerja benda yang guna mental secara intensif. IT exposure dengan komuniti programmer kat luar negara tak sama macam kat sini, lagi mendap, tak popular sebab ramai yang tak tau kerja dia macamana, atau ramai yang masih fikir yang bidang ni nak tak nak kena ada certificate untuk cebur masuk.

    BalasPadam
  8. rm10,000 sbg network engineer tu mmg btl. itu kerjaya saya, sy blajar dkt poli pahang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ke ni ? Saya mmg dh minat bidang ni , cuma x thu mampu x tanggung keluarga nnti ?

      Padam
    2. berapa tahun dah kerja?

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. betul ke ? skarang kat malaysia ni banyak lagi ke peluang pekerjaan dalam bidang ni?

      Padam
    5. kerajaan atau swasta??

      Padam
  9. hi.. (lala:nickname) sy nk tanya few questions. if you are not tht good in maths nor programming should you further your studied in networking ? data communication networking. diploma sains komp dh ad cuma nk further ke degree tuk ambk networking. is it advisable or not? btw thnkyou in advance for replying.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Ia bergantung pada minat. Kalau minat design and configure network, boleh la sambung degree networking. Memang tak banyak buat programming tapi kalau boleh belajar buat programming juga untuk upgrade skill. Matematik pun ada juga sebab nak kena buat pengiraan IP address, subnet dan sebagainya.

      Padam
  10. Assalamualaikum..sy ni beginner lg..bru nk spm..tp da ade cite" nk join bdg ict ni..tp still konfius nk masuk bahagian mne..rmai mmber ckp..ambik software engineering ni simple sket..tp xtau laa kan..ade x sape" yg boleh jwb..pelishhh..Allah akan membalas jasa org yg mmberi kebaikan kpd org lain..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Nak kata simple atau tidak bergantung pada minat. Kalau dah minat, mesti benda akan jadi simple. Kalau tak minat, benda senang pun akan rasa susah.

      Software engineering kena pandai buat programming. Kalau network kena tahu design dan configure network. Kalau computer engineering banyak main dengan hardware. Kalau artificial intelligent kena pandai logic and programming juga. So bergantung rasa-rasa minat ke arah mana.

      Padam
  11. Assalamualaikum..
    sy ni student course computer science ..sy xtau mcm mne sy boleh dpt course tu..sedangkan sy daftar course multimedia animation web designer..tp bila da dpt course CS tu sy try je la tp nmpk gaya mcm x boleh g jauh je..mcm mne ea nk bg minat dlm course ni..ada cadangan x

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak dapat nak tolong pasal aku ni belajar computer system

      Padam
  12. Asalam . Saya bru lepas spm dan mase di sekola saya amek course teknologi maklumat . Saya nak kembangkan lagi ict sayaa nii . Saya minat nak jadi software engineer tu . Bole bagi cadangan takk perlu masuk universiti mane nd course ape yg lebih dekat dgn software engineer nii ? Harap ade sesiapa yang membantu saya . Terima kasihhh

    BalasPadam
  13. Yang mana rajin belajar lagi tu ambil Degree atau Master Data Science atau Big Data Analyst. Negara memerlukan 2000 data scientist pada 2020. Sekarang baru ratus orang je.
    Niat nak bantu Agama, negara dan biat Haji bila dah kerja.
    Dari segi career 100k USD per annum klu dah 10 tahun experience. Boleh start dari sekarang. Boleh search di Google.
    Selamat belajar semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ke ni. Apa nama ijazah yg perlu saya ambil?

      Padam
    2. Amik bidang bachelor apa utk buat kos ni? Statistic ke?

      Padam
    3. Boleh ambik software engineering, major in data analyst.

      Padam
    4. Boleh ambik software engineering major in data analyst

      Padam
  14. Assalamualaikum saya ambil ict kat university technology Petronas bidang kerjaya apa yang saya bole ceburi dan gaji

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum....kerja software engineering ni keja dia buat ape eh

    BalasPadam
  16. Assalam. Saya nak jadi data analyst. So , bidang apa yg patut saya amek ?
    a. computer system
    b. multimedia
    c. software engineering
    d. computer network.

    BalasPadam
    Balasan
    1. A dan C. Multimedia lebih kepada grafik, animation, audio visual. Computer network lebih kepada sistem rangkaian komputer.

      Padam
  17. Assalamualaikum , saya ambil foundation in engineering and technology.. bole suggest tak nak ambil degree ape?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam. terpulang pada minat. engineering boleh, sains komputer boleh.

      Padam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Salam, saya nak tanya boleh ke saya nak apply kerja dalam bidang ict ni tapi background study saya berlainan *degree engineering mechanical, saya ingat nak tukar bidang pekerjaan sebab tak bnyak peluang pekerjaan skrang and yes saya minat sangat dgn coding ni belajar melalui udemy dan lynda, terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, susah sikit sebab takde degree dalam bidang ICT, tapi boleh je cuba apply kalau ada cert lain yang diperolehi berkaitan ICT. Atau mungkin boleh tunjuk beberapa projek sistem atau aplikasi yang dah dibangunkan dan masukkan dalam resume.

      Padam
    2. Nak tanya, sijil apa yg laku kalau majikan nak amik kita pekerja it ? CIDB ?

      Padam
    3. Macam-macam cert profesional macam Cisco cert (CCNA), Microsoft cert (MCSE), Oracle cert, Linux cert, boleh cuba Google.

      Padam
  20. Tapi still masa diploma saya ada belajar c++ programming, boleh ke saya masukkan dalam resume juga ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya boleh sahaja. Kalau ada ambil mana2 kursus programming sendiri pun boleh masukkan juga.

      Padam
  21. Assalamualaikum , saya berminat dengan software engineering , apa yg software engineer ni buat ye ? adakah ia pilihan yang baik pada masa sekarang ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara tugas software engineer adalah membangun dan menyelenggara sistem, aplikasi, website, database dan yang berkaitan. Tapi biasanya apa-apa bidang IT pun seperti network, server, backup, data center, email dan sebagainya masih boleh masuk asalkan ada knowledge dalam bidang2 tu.

      Padam
  22. Assalamualaikum, apa yang ssoftwareengineer ini buat ye ? adakah ia pilihan yang baik pada masa sekarang nih ?

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum , apa yang software engineer buat ye ? adakah ia pilihan yang baik pada waktu sekarang ?

    BalasPadam
  24. Salam, anak saya sgt berminat dgn IT utk degreenya..jd bidang it mana yg paling bagus untuk dlm prospek kerjaya masa depan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. bidang IT paling susah bidang network, software engineering, programming, paling senang pula seperti IT management, multimedia. biasanya yang susah tu lebih banyak prospek kerjaya.

      jadi boleh pilih nak susah tapi lebih banyak prospek atau senang tapi kurang sedikit prospek?

      Padam
  25. Nickname: siti

    Nak tanya kalau nak jadi guru sekolah yg ajar subjek asas sains komputer tu perlu ambil jurusan apa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti, tapi kalau jadi cikgu sekolah ajar subjek asas komputer mungkin boleh ambil jurusan pendidikan apa2 subjek tapi ada major sains komputer.

      Padam
  26. Salam. Artificial intelligence engineering ni mcm mana pula ye. Nanti bila kerja berkaitan dgn apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam bidang AI lah, AI komputer, AI robotik, AI manufacturing dan sebagainya. Tapi asalkan kerja berkaitan komputer dan engineering, biasanya boleh je masuk juga sebab belajar juga subjek yang berkaitan dan boleh digunakan dalam bidang kerja tersebut.

      Padam
  27. Mcm sy amik degree bidang it tp mmg x ade basic it sbb sblm degree sy amik stpm dlm bidang sastera. Soalan sy mcm mane ye sy nk mahir dlm programming sbb sy minat nk jd programmer tp programming yg sy bljr mase degree ni mmg blurr je sbb x ade basic sblm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau masa sekolah ambil aliran sains pun belum tentu boleh faham terus programming sebab kat sekolah tak belajar sangat pun programming (silibus sekarang tak pasti mungkin ada). Kat universiti pun dia ajar basic juga dulu kan? Yang penting fahamkan logik dan algoritma programming, boleh belajar sendiri guna tutorial mudah di Google atau Youtube. Try belajar HTML dan PHP dulu, lepas tu masuk database MySQL.

      Padam
  28. Degree for girls in comp network ramai ke? Senang ke girls nk dpt kerja nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perempuan macam tak ramai sangat ambil computer network, mereka biasanya lebih ramai ambil berkaitan programming atau software development. Masa kerja pun biasanya ramai ambil lelaki sebab kerja network operation ni tak tentu masa, kadang-kadang malam pun kena stay, sabtu ahad pun kena kerja, tapi kalau awak boleh yakinkan pada bakal majikan awak boleh buat semua tu, boleh je perempuan diambil bekerja.

      Padam
  29. Hi, gaji app devleoper tu salah. Sebenarnya app developer adalah sama dengan software engineer, cuma ramai yang buat app development guna web architecture + framework. Ramai yang bayar terlalu rendah dalam bahagian ini dan banyak app yang gagal sebab ni.

    BalasPadam
  30. Hai assalamualaikum , saya lepasan spm dan SKM tahap 3 sistem operasi komputer . Saya nak sambung bahagian kemahiran Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 (Sistem komputer) dan Kemudian Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer. Jadi bidang yang saya nak tuju ni meluas tak dalam kerjaya pekerjaan nanti ? Kerja apa yang saya boleh apply nanti ? Maaf bertanya sbb saya kurang arif . Terima kasih .

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam2 kerja boleh macam juruteknik komputer, programmer, juruteknik rangkaian, kerja gomen pun boleh mohon penolong pegawai teknologi maklumat kalau ada diploma.

      Padam
  31. Tapi umur saya skrg 24. Kerja gomen smpai umur berapa limit nak mohon tu ? Diploma 3 tahun lagi. Dalam umur 27/28 tahun :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya Allah boleh je, tapi kalau tak dapat kerja gomen pun boleh kerja di syarikat swasta

      Padam
  32. Jap2. Tp saya skrg ubah fikiran , saya mohon KPM course Diploma Business Information Technology. Agak2 nya sektor kerja dia camna ye nanti? Maaf byk tanyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni saya tak pasti, mungkin boleh jadi eksekutif pemasaran di syarikat IT

      Padam
  33. Salam sya ambik scomp sewaktu belajar di matriks, kalau sya sambung pengajian di multimedia computing, agaknya peluang kerja itu di bidang mana, Dan berapa purata gaji biasanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. peluang pekerjaan mungkin ada dalam bidang komputer, multimedia, animasi, grafik dan sebagainya. purata gaji pula saya tak pasti, kalau level degree fresh grad mungkin sekitar rm2000 - rm2500.

      Padam
  34. salam, anak perempuan saya cdg nk apply kursus dip sains comp di ipta, kmdn plan nk further study degree.. masa degree bagus ambil apa ya... cs juga ke.. klu cs prospek ok ke.. sb nmpk byk cs in ni lah, cs in tu lah.. bole bg pemahaman tak.. tkasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. ambil degree computer science lah bagus juga. cuma cs ni ada banyak major seperti network, development, software engineering, multimedia dan sebagainya. nasihat saya ikut minat dia apa.

      Padam
  35. ramai betul graduan cs IT, semua ipta, ipts ada tawar course ni..ada beza tak peluang pekerjaan antara ipta ipts..ke2,agak2 sb ramai so company ambil staff pay rendah... sekadar tanya.. t kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde beza peluang pekerjaan sebab majikan biasanya akan tengok cgpa yang tinggi dan juga pengalaman serta projek2 yang pernah dibuat, tak kira mereka dari ipta atau ipts. tapi untuk fresh grad biasanya tak tinggi mana pun gaji untuk lepasan cs mungkin dalam rm2000 - rm2500.

      Padam
  36. Ape beza computer networking dengan network engineer? Please

    BalasPadam
  37. Ape beza computer networking dgn network engineer?

    Please

    BalasPadam
  38. Ape beza computer networking dengan network engineer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. computer networking tu subjek atau perihal berkaitan rangkaian komputer. network engineer tu jurutera rangkaian, iaitu jenis pekerjaan yang melakukan rangkaian komputer

      Padam
  39. Sy baru hbs kursus sijil senireka grafik selama 6bln dibawah program empower ecer. Apa pengajian seterusnya yg patut sy ceburi n dimna kursus tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin boleh teruskan di peringkat diploma senireka grafik seperti di uitm

      Padam
  40. salam saya nk tanya.. kerja dalam bidang ini.. ada x dlm kerajaan dan adakah kerajaan menawarkan jumlah gaji yang sama seperti penulisan blog di atas

    BalasPadam
  41. salam... saya nk tanya adakah kerja di bahagian ini ada dalam kerajaan.. dan adakah tawaran gaji masih sama?

    BalasPadam
  42. salam, saya ingin bertanya adakah dlm sektor kerajaan ada menawarkan perkerjaan dlm bidang ini.. dan adakah gaji perkerjaan sama seperti penulisan di atas??

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. sektor kerajaan dia tak tawarkan pekerjaan IT secara khusus, sebaliknya hanya pegawai teknologi maklumat. bila dah masuk kerajaan, baru kita tahu jobscope kita apa, network ke programming ke sistem ke server etc. gaji kerajaan pula tak sama malah lebih sedikit dari swasta.

      Padam
  43. salam, sy nak tanya.betulkah habis diploma in IT dah boleh cari kerja ?

    BalasPadam
  44. salam, sy nak tanya.betulkah habis diploma in IT dah boleh cari kerja ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. ya boleh tapi jawatan yang kelayakannya diploma sahajalah. kalau nak minta jawatan yang memerlukan degree tak boleh lah

      Padam
  45. Salam ,,,bidang2 tuu berkait jgak ke dlm comp engineering??? ,,Sebab saya dpt buat buat dip utk comp.engineering
    Harap admin sudi balas...

    BalasPadam
  46. Salam.saya pelajar lepasan spm dan saya dapat diploma sains komputer..tapi saya tak amik addmath and fizik masa dekat sekolah dulu .saya amik acc n bisnes..rasanya saya boleh cathup x sebb saya math pon dapat B je..tolong tespon secepat mungkin..tq.sebb esok dah daftar t6 kalau mmg susah saya nk masuk f6 sahaja..(T_T)

    BalasPadam
  47. Nickname:alip

    Saya xde basic sains komp tapi saya dapat sains komp untuk diploma,dan saya x amik addmath n fizik ,senng ckp saya x amik sains tulen..boleh ke saya ketchup untuk matapelajaran ni di u nnti..

    BalasPadam
  48. Saya nak tanye..sy baru nak spm amek course geografi dengan seni..sy tak dpt course computer dengan akaun..boleh ke nak amek it atau berkenaan computering time dekat college or university??atau sy dh terlambat??

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak masuk cs tak semestinya kena ada akaun. geografi and seni boleh je nak ambil it tapi lihat requirement dulu baru tau layak ke tak. computing course perlukan maths yg baik.

      Padam
    2. Salam, hi ..Saya tahun 2018 spm ambil seni dan geografi jugak.. sekarang Saya ambil course science computer di ipta.. so awak Tak terlambat lagi :)

      Padam
    3. ye nnti bila msuk u ada add math advance,physic pon ada lol dan yg pling penting bljar psal logic math petak nsib aku dh abis

      Padam
  49. Salam.. Sye skrg study degree utk network security.. Boleh sye tahu job scope apa yg sye boleh pilih utk kerja nnti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Bidang kerja yang awak boleh pilih adalah dalam bidang rangkaian seperti Network Engineer dan juga keselamatan seperti Firewall Administrator dan sebagainya.

      Padam
    2. network operation centre(noc) utk beginner, network engineer,it executives,it helpdesk,it technician,data analyst

      Padam
  50. salam, nk tnya. saya diploma telecommunication engineering. so nk smbung degree dlm bidang sains komputer. so better ambil software engineering or computer network?

    BalasPadam
  51. Nak tnya klau amik pure cs boleh ke amik network eng?

    BalasPadam
  52. Nak tnya klau amik pure cs boleh ke amik network eng?

    BalasPadam
  53. Aslm .saya sambung degree kat UMS bidang elektronik engineers (komputer)..nanti kerja .peluang pekerjaan banyk kaa?

    BalasPadam
  54. Asalamualaikum nak tanya saya punya sekolah takda bidang asas komputer atau math tam sebab saya sekolah agama tapi saya berminat dgn software engineering jadi saya pun buat la research tanya cg apa semua search google dan saya jumpa la Politeknik (POLIMAS,Kedah) jadi senior saya kata masuk software and application development,diorang kata ambik diploma terus so saya nak tanya la adakah saya perlu belajar basic computer & coding sendiri ataupun nanti dia akan ajar from basic??? Plz bagi pencerahan

    BalasPadam
  55. Saya menyesal ambil comp science.sebab sy x minat dan x reri.walau alhamdulilalh kerja sentiasa ada,banyak company up gaji 2k,3k..mas akerja pon masa fresh grad,direcotr naikkan gaji 2k pon pernah..

    Tapi betul cakao blog ni.better minat mwndalam,kalau,x mwnyesal.dpt kerja gaji besar tapi x berani sebab pengetahuan teknikal tu kureng sangat2.10 tahun kerja lg tinggal teknikal.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.