Iklan Leaderboard

Khamis, 30 Julai 2015

7 Pekerjaan bergaji tinggi tanpa ijazah di Malaysia

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.

Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain

Memiliki ijazah bukanlah lesen untuk anda mendapatkan pekerjaan bergaji tinggi di Malaysia. Tambahan pula dengan lambakan graduan setiap tahun, purata gaji fresh grad hanyalah sekitar RM2,000 ke RM3,000 sahaja. Malah ada juga majikan yang menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lebih rendah daripada itu atas alasan tidak  ada pengalaman bekerja.

Gambar hiasan: Juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit.

Namun begitu, bagi anda yang memiliki ijazah janganlah berasa kecewa sekiranya anda sedang bekerja dengan gaji yang rendah. Ada banyak kelebihan orang yang memiliki ijazah yang mungkin anda tidak tahu.

Yang tidak memiliki ijazah pula, jangan sedih kerana ada sahaja pekerjaan yang menawarkan gaji tinggi walaupun tanpa ijazah.

Berikut adalah antara kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

2. Penasihat Kewangan

Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.

3. Agen Insuran

Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.

4. Agen Hartanah

Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di sini berkaitan pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia).


Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

12. Safety & Health Officer

Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar)

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak

Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.

14. Wireman

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

Di atas adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti. Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf.

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semanggat yang tinggi untuk berjaya.

Jadi, yang mana satu pilihan anda?

Ditulis asal dari blog Syed Syahrul Zarizi dan telah diolahsuai dari MyNewshub.

* * * * * * * * * *

Memandangkan minggu ni banyak cerita pasal kerja dan pendapatan, maka aku akan share artikel2 yang menarik yang aku jumpa kat Internet sepanjang pencarian bahan aku berkaitan kerja dan pendapatan.




tags: 16 senarai pekerjaan kerjaya gaji pendapatan tinggi besar tanpa ijazah degree diploma di malaysia gadis wanita perempuan awek melayu juruterbang pilot air asia

7 ulasan:

  1. Aku bkerja dgn airline.. gune spm je. Untk jawatan tertentu la.. basic 1200++... tapi gaji aku bleh cecah 2.8k-3k sbln tolak epf socso bagai.. jwapannye... Overtime!

    Keje mmg shift tapi x de la smpi xde life kat luar ngn family ke atau kwn2...

    Ko pandai adjust mase kerja + ot...x de hal punye.. yg pntg ade kmahuan..

    Sekadar berkongsi..

    BalasPadam
  2. Ada dip, degree, etc pon kene berhutang plak lain la klw dpt shcolar atw berduit. Atleast kpd yg lepasan SPM tak perlu risau nak bayar balik duit ribu2 kpd peminjam. Pucuk pangkalnya samada ada rezki atw tak~ noob citer kelebihan berijazah nanti terasa mcm buang masa amik ijazah lepas baca entry ni haha.

    BalasPadam
  3. Awek Pilot AirAsia detected......

    BalasPadam
  4. Aku ada kenal sorg tu takda ijazah, takda diploma, takda sijil pun dlm bidang komputer, tp boleh jadik chief programmer. Belajar dr google jer. Pelik tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pelik. Pelik kalau tak belajar tapi jadi chief programmer

      Padam
  5. Ramai kurang tau..masuk politik sikik-sikik dah la...bagi kata ada network.. Ijazah boleh dibeli (DICOPY DARI degree BINI, anak sedare, bini kawan dll), di-alter dan di-print dgn printer kaler, ubah nama. Register ahli UMNO, Bukak kompeni cap ayam, modal RM2000. Kendian register la dgn Kementerian Kewangan. Topup sikik ngan kawan yg ada ACCA.. ijazah akaun ka.. Bulan 8-10.. TUNGGU DENGAR BAJET.. wuhu.. apa susahnya??? Berapa ramai yg jadi jutawan dan hidup senang lenang dengan cara ini???

    Jgn lupa ada yang masih kelabu asap walaupun kompeni dah register macam-macam. Ada yang ada macam-macam, pun masih buta tak nampak jalan.

    BalasPadam
  6. Bekerja sbg penasihat kewangan mmg masyuk. Gaji bergantung pada kerajinan memasing. Ada yg gaji cecah lebih rm10ribu ke atas. Jgn risau training is provided. Jika berminat bekerja sbg penasihat kewangan boleh call/whatsapp saya di 0183216297

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...