Iklan Leaderboard

Ahad, 5 Julai 2015

12 Tukar kerajaan amat berisiko dan beri kesan buruk

Suatu ketika dahulu, sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang diadakan pada bulan Mei 2013, PM Najib telah menyuarakan kekhuatirannya mengenai menukar kerajaan dan membuat perubahan mendadak dalam pentadbiran sesebuah negara akan beri kesan buruk dan menyebabkan beberapa risiko.


Antara risiko menukar kerajaan yang disebutkan adalah:

1. Menyebabkan mata wang jatuh
2. Inflasi meningkat
3. Sektor pelancongan lumpuh
4. Keselamatan negara tidak terjamin


Namun percayakah anda, tanpa menukar kerajaan pun, risiko2 tersebut telah pun berlaku:

1. Mata wang telah jatuh

Nilai mata wang ringgit telah pun mengalami kejatuhan yang paling teruk sejak dan menjunam ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun.

2. Inflasi telah meningkat

Tidak perlu tukar kerajaan, kadar inflasi di Malaysia tetap meningkat sehingga 4% - 5%.

3. Sektor pelancongan terjejas

Setakat ini sektor pelacongan walaupun tidak lumpuh sepenuhnya namun masih terjejas terutama disebabkan oleh kes penculikan di Sabah dan juga isu pesawat pesawat MH370 serta MH17. Apa yang kita lihat faktor yang menjejaskan sektor pelancongan bukanlah faktor kerajaan namun tahap keselamatan.

4. Keselamatan negara tidaklah terjamin sepenuhnya

Setiap hari kita dengar di kaca TV dan baca di berita dan akhbar2 laporan mengenai kes2 jenayah. Setiap hari ada kemalangan. Samseng jalanraya masih banyak. Seringkali berlaku pergaduhan di mana2. Kes pembunuhan masih lagi berlaku. Rompakan bersenjata, curi, ragut, penculikan rogol, masih lagi berleluasa. Pendatang asing tanpa izin masih berlegar2 tanpa masalah. Itu belum lagi kes keselamatan di peringkat yang lebih tinggi seperti pencerobohan tanah air dan juga pemerdagangan manusia.

Rekod statistik kadar jenayah mungkin sudah menurun saban tahun. Mungkin juga tanda aras mengukur keselamatan kita hanyalah dengan buka pintu rumah tiada kereta kebal di luar rumah, syukurlah Malaysia masih aman.

Namun hakikatnya kita yang duduk di Malaysia tahu yang ancaman keselamatan terhadap kita dan keluarga kita bukan lagi seperti dulu di mana rumah tidak perlu dipasang alat penggera, kanak2 boleh bebas bermain di taman permainan tanpa pengawasan dan kita boleh berjalan di waktu malam tanpa rasa takut dan terancam.

* * * * * * * * * *

Disebabkan risiko2 ini tetap berlaku walaupun kita tidak menukar kerajaan, maka ia tidak boleh lagi dijadikan alasan untuk menakut2kan rakyat agar jangan menukar kerajaan pada pilihanraya2 akan datang. Malahan dengan tidak menukar kerajaan pun, risiko2 yang dinyatakan masih boleh berlaku akibat ketidakcekapan dalam pentadbiran kerajaan.

Tambahan lagi jika kita sudah set dalam kepala yang jika tukar kerajaan maka negara kita akan mundur dan gagal, maknanya kita sudah menganggap seperti BN adalah penentu nasib dan masa depan kita. Lagipun kita bukannya Tuhan yang boleh meramal dan tahu apa akan jadi pada masa hadapan.

Negara lain sudah berkali2 menukar parti pemerintah masih boleh maju dan membangun, kita tidak pernah menukar parti pemerintah masih di tahap itu sahaja. Kelakar.

Baca juga "Nasib orang Melayu-Islam sekiranya BN kalah".




tags: risiko tukar kerajaan pm najib khuatir beri kesan buruk pentadbiran negara mata wang nilai ringgit jatuh inflasi meningkat sektor pelancongan lumpuh keselamatan negara tidak terjamin

12 ulasan:

  1. Itula malaysia ni. Apa guna kita buat pilihanraya kalau asyik puak tu je yg memerintah sejak wujudnya malaysia ni. Baik kita jadikan trus sistem pemerintahan turun temurun. Biar dia dgn anak pinak dia je yg control. Bila terlampau lama sesuatu puak tu memerintah..kita xkan tau apa yg mereka rancang.bnyak benda rahsia dan sulit dibelakang tabir. Kita jadi hilang keupayaan untuk jadikan rakyat berkuasa. Tak payah demokratik la lau cmtu.kita guna diktator je. Aku naik menyampah dah.smpai ke media sume dikawal. Org yg menentang ditangkap. Dikata menghasut. Tak ke diktator tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam nuwar berahim kan letak isteri dan anaknya ada jawatan dalam parti...
      sama gak ngan lim kit sial dan anaknya....

      turun temurun plak keluarga haramjadah tu kan

      Padam
    2. ^^^^^^^^^^ jenis ni yang sokong pembelot negara... puihh

      Padam
    3. Hampir semua parti ada konsep nepotisme..sy lebih suka konsep mcm amerika, setiap presiden maksimum menjadi presiden adalah 2 penggal...nanti pegang lama2 senang berlaku kroni n nepotisme....boleh buat jawatan ni kat dalam parti gak.

      Even kalau anda ada syarikat sendiri pun anda akan utamakan ahli keluara terdekat pgg jawatan besar dalam syarikat..inikan parti, lagi la parah sbb mereka akan utamakan keluarga dari kepentingan rakyat.

      Padam
  2. 1. Anda nak turunkan najib supaya ganti org baru dlm BN?

    2. Anda nak tukar gov terus?

    Yg saya tau bukan pekara senang nak tukar pemimpin atau gov dengan senang dalam masa terdekat. Nak cara straight forward tunggu je la next pru14 tapi lama lagi. Maybe paling dekat ialah najib diturunkan. ..tp still next pemimpin dari BN yg ganti x jamin akan mengubah apa2.

    Tp sy suka stail sesetengah negara maju lain...bila dah ada isu n TERBUKTI BERSALAH...dia sendiri letak jawatan tanpa disuruh. Personally hampir satu malaysia dah bengang dgn najib dan isteri dia sbb keborosan n certain barisan lineup menteri xleh pakai...better dia berundur skrg. Pasal tukar gov...sy lebih selesa buat melalui PRU..cuma sy x jamin BN nak bubar parlimen time BN ada krisis dalaman.

    Bg sy...tgk PM kita mcm xleh pakai...tgk PR pun asyik bertelagah. Sy just nak pastikan org melayu tak berpecah belah...isu ekonomi adalah isu kedua. N sy personally tak x beberapa suka dgn DAP....biar ulama memerintah, dr segi moral n attitude xde masalah sgt..cuma kena brush up dr memimpin negara sbb byk benda nak jaga.

    Ni just pendapat sy..x semestinya 100% betul..semua org ada pendapat berbeza. Just hormati pendapat masing2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kala maybe teori RAHMAN dah start boleh diterima...one day pemimpin bernama N akan last menjadi PM utk org UMNO. Haha.....

      Padam
  3. Negara lain tukar govt rilek jer..

    BalasPadam
  4. Wahai pemimpin,
    Go die.
    Ty.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan pemimpin ler... tapi politikus!!

      Padam
    2. Politician yg ada ditujukan ni, bkn Pemimpin ka?

      Padam
  5. tolonglah tukar. muak tau tak hari2 BN kental nak menipu rakyat? buka je tv penuh propaganda tunjuk BN ni paling bagus mentadbir..bagus jadahnya la.. negara lain takde parti macam BN ni..tiap penggal tukar parti. tak mundur, malah makin maju. Negara yg tak reti2 nak tukar parti kepimpinan ni negara mundur je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1) Nape tgk TV1-TV3 hari2? Dah lama sy x tgk tv berita nasional/utama..lain la rumah xde astro n internet tgk portal sinar harian atau malaysiakini. Dah muak still tgk lagi TV1-TV3 sbb dah tau berita pemerintah. Setiap media ada pro parti masing2, xkan cite pekung sendiri....anda boleh buat pilihan nak tgk media mana anda percaya n selesa...jgn muak2

      2) Singapore x pernah tukar pemerintah..siap anak beranak jadi perdana menteri...maju je. Tukar parti 2 boleh kalau ada parti x perform...tp xleh selalu berubah mcm Thailand, susah nak kekalkan dasar..x sampi 2-3 tahun tukar, pas2 x smpi setahun tukar lagi. Sy nmpk BN n PR sama2 tipu rakyat...cuma BN tipu rakyat sebagai kerajaan memerintah (large scale)...PR tipu rakyat selangor (small scale) nak bagi itu ini..smpi skrg bayang pun x nmpk.

      Pd pendapat sy....biar najib memerintah smpi PRU14, biar dia dihimpit kontroversi mcm2...pas2 bila PRU14 sure tukar pemerintah. Kalau tukar PM skrg kepada pemimpin BN lain, nanti PM baru kita pulak tip top..pas2 rakyat suka PM baru..then bila PRU14 BN still memerintah lagi. Sama dgn kes Pak Lah dulu..bila Pak Lah dah resign, Anwar rasa menyesal suruh Pak Lah resign sbb Najib nmpk lagi kuat dlm politik, sbb 2 x menang PRU12 lepas.

      My 2 cents....

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...