1. Tidak jaga hubungan dengan Tuhan dan manusia.
Orang ini hubungan dengan Tuhan dia tak jaga, hubungan dengan manusia pun tak jaga. Agama itu hanya di atas kad pengenalan sahaja. Yang diwajibkan tidak dibuat, yang dilarang itu yang dibuat. Lepas tu hubungan dengan manusia lain pun tak jaga. Kuat menipu, tak reti hormat orang, kuat maki hamun, suka cari pasal, ego, sombong, rasa diri hebat gila dan lain2 lagi.
2. Tidak jaga hubungan dengan Tuhan tapi jaga hubungan dengan manusia.
Orang ini dengan manusia lain memang baik. Cakap lembut, hormat orang lain, suka jaga hati orang, tak pernah kutuk2 orang lain, suka belanja kawan2. Orang di sekeliling pun memang cukup menyenanginya. Namun dia tidak menjaga hubungannya dengan Tuhan, tidak melakukan apa yang disuruh seperti ibadah2 yang wajib malah melanggari perintah-Nya.
3. Jaga hubungan dengan Tuhan tapi tidak jaga hubungan dengan manusia.
Orang ini memang jaga hubungannya dengan Tuhan. Berperwatakan baik, pakai kopiah, tudung labuh, rajin pergi surau, ibadah wajib tak tinggal, tambah pula dengan ibadah2 sunat, namun hubungan dengan manusia memang tak jaga langsung. Suka menyindir orang lain, maki hamun kat Fesbuk, mulut laser macam longkang, pandang sinis dan memperlekehkan orang lain sampai orang lain sakit hati dan timbul rasa benci untuk mendekatinya.
4. Jaga hubungan dengan Tuhan dan manusia.
Habluminallah wa Habluminannas. Orang ini bukan sahaja menjaga hubungannya dengan Tuhan, rajin beribadah yang wajib dan juga sunat serta meninggalkan segala yang ditegah, malah menjaga hubungannya dengan manusia. Tidak menyakiti hati orang lain, berbuat benda yang disenangi orang lain, mengajak orang lain ke arah kebaikan dengan cara yang berhikmah malah mempunyai ramai kawan kerana senang didekati.
* * * * * * * * * *
Golongan no. 1, 2 dan 3 memang aku dah biasa jumpa namun yang no. 4 amat jarang sekali, mungkin kerana bilangannya tidak banyak. Aku sendiri pun masih di antara golongan 2 dan 3.
Semoga kita dapat menjadi golongan yang ke-4.
tags: jaga hubungan dengan tuhan sesama manusia habluminallah habluminannas golongan orang melayu islam
No 4 tu bukan manusia biasa, mmg payah nak jumpa. Ini dah tahap para waliyullah hinggalah ke rasul Allah. Nak berjumpa mcm mana? Mmg payah. Ulamak pun masih di area 2-3. Nak sekental 4, ujian pun pastilah hebat juga. Tanpa ujian hebat, susah nak masuk golongan 4 tu. Takat nak berlakon poyo, boleh la.
BalasPadamhubungan manusia dgn tuhan, hubungan manusia sesama manusia, hubungan manusia dengan alam..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamDoa utk kawan kawan di Jumaat terakhir ramadhan tahun ini,
BalasPadamSemoga kita bertemu lagi Ramadhan tahun depan
اِ نْ شَآ ءَ اللّه
1. Ya Allah jika disaat ini, ada kwn ku yg sakit, sembuhkan lah dia. آمِيّنْ
2. Ya Allah jika disaat ini ada kwan ku yg bermasaalah, beri lah jln keluar utk dia. آمِيّنْ
3. Ya Allah jika disaat ini ada kwn ku yg kesempitan wang, kau murahkan lah rezekinya. آمِيّنْ
4. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yg bermasam muka diantara satu sama lain damaikan lah mereka. آمِيّنْ
5. Ya Allah jika disaat ini ada kwn ku yg sesat duniawi, kurniakan Nur kpd dia. آمِيّنْ
6. Ya Allah jika disaat ini ada kwn ku lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kpd dia. آمِيّنْ
7. Ya Allah jika di saat ini ada kwn ku yg bersedih hati. kembalikan lah kecerian diwajahnya. آمِيّنْ
8. Ya Allah jika disaat ini ada kwn ku yg berada dipersimpangan jalan yg berliku, tunjukkan lah jalan yg diredai oleh Mu.
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
Sesama manusia lg payah dr ngan Allah. Ngan alam tu pun kena jaga gak.
BalasPadamSy dgr ceramah motovasi...semua manusia dilahirkn baik sifat n tingkah laku. ..yg buat mereka berubah n berbeza sesama manusia ialah EGO dan NAFSU....so jd la org yg penting diri sendiri n x bersyukur dgn manusia lain n dgn Allah swt..renung2kn...
BalasPadam