Iklan Leaderboard

Selasa, 21 Julai 2015

11 Kisah Raya: Suasana raya sudah banyak berubah

Walaupun saya nih muda lagi, tapi zaman macam tu sempat gak rasa. Masih dalam zaman meriam buluh kalau kat kampung. Cuma saya tak tinggal kat kampung (jadi saya terlepas bahagian meriam buluh tu... Sedihnya... hehehe...). Tapi macam yang bro bwan cakap, kebanyakan ibu bapa zaman tu memang tak kasi anak2 kuar malam sangat.


Tapi masa Ramadhan adalah malam yang agak bebas bagi kanak2. Terawikh buat lapan rakaat jer. Abis kul 9.30 paling2 lewat. Tapi sampai rumah adalah dalam kul 11.30 atau 12.00 malam. Mana tidaknya. Dengan acara perang mercun lah, main bunga api lah, game2 kampung lain lah (polis sentri, sembunyi2, etc...) dan lain2 lagi. Balik umah jer bukan kena marah sebab lambat tapi sebab baju melayu berlubang sana sini kena bedilan mercun pihak tentera musuh.

Hahaha... Indahnya zaman tu. Zaman yang tidak ada erti "duduk bersendirian mengadap PS3 lagi bagus" macam kanak2 zaman ini.

Tapi kini semuanya dah berubah... Tak sama malah boleh dikatakan jauh sekali. Tapi adat la. Zaman akan sentiasa berubah... Sekarang ni merupakan tahun pertama saya beraya bersama kdn. Dan juga tahun pertama beraya tanpa seorang insan yang bergelar ibu...

Suasana dah lain. Tah macam mana la agaknya. Mungkin juga akan jadi tahun pertama saya beraya dalam tangisan. Siapa tahu... Tapi apa sekalipun, nostalgia zaman kanak2 dulu tetap dalam ingatan...





11 ulasan:

  1. 1st lagi!!

    Bosan noob x bg ulasan....next!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Baca komen2 kau lg la membosankan. Rase kesian pun ade kadang2 tu.....

    BalasPadam
  3. raya tetap raya..tp ntah la..zaman semakin cnggih..adat makin lenyap..kemeriahan mkin kurg..sy yg kat terengganu ni pun terasa...em..ntahlah knp...mood raya mcm dh terbang kemana2....langsung xde kemeriahan..org terengganu kate * xdok suke ang wase nok raye*

    klu zaman dulu best...wt rendang,tlg mok rebus ktupat..psg lngsir...susun perabot..wt satay..skg xde dh..semua nk tempah...hal bunga api n mercun kat sini mmg xpnh hilang..spjg puasa n raya...bunyi mercun la yg membezakan dgn ramdhan dan syawal dgn bulan2 lain..satu lg budak2 moto..dr zaman skolah sapai la skg...still ade ag tradisi anok trg..budk2 moto area bndr terengganu ni suke la sgt ubah moto diorg jd ekzoz pendek..pah tu berarak n buat bising..klu ikut diorg..satu bndr ni diorg nk tawaf..tu r kemeriahan raya yg still ade pun..yg lain smua dh telan zaman...

    # rindu zaman budok2 tlg mok wt satay..rebus ktupat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya yang buat raya macam tak meriah ialah usia ko tu yang meningkat..takkanlah umur dah 20an masih nak lari-lari main bunga api, main mercun pop-pop..kalo pakaian baru pun tak excited mcm kanak-kanak dapat pakaian baru..

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. tahun ni raya di bandar..giliran rumah parent isteri..lepas mandi dan breakfast pegi solat sunat aidilfitri kat masjid negeri shah alam..separuh jemaah orang asing..kebanyakannya sibuk mengambil gambar atau video didalam masjid dan luar masjid..orang tempatan pun ada jugak yang sebegitu..masa tengah solat ada pulak dengar azan subuh dari telefon ntah sape-sape..rasa nak sepak je muka pemilik telefon tu..kesimpulannya walaupun teknologi makin canggih tapi masih lagi yang jakun mentalitinya..tak tahu apa yang harus diutamakan..

    BalasPadam
  5. Zaman budak2 memang best....bunga api main berkali-kali pun tak bosan...

    P/S Raya tanpa orang tersayang memang suatu kelainan sementara nak biasa...

    BalasPadam
  6. Zaman kanak-kanak tak kira dulu mahupun sekarang semuanya meriah. Mungkin ada benarnya faktor usia yang dah meningkat tua yang menjadikan kemeriahan itu pudar atau langsung tak meriah. Bila dah dewasa dan tua nih! otak serabut dengan seribu satu macam masalah isteri sakit hati dengan suami asyik nak beratkan side family dia aje, bila adik-beradik mak bapak dia sendiri bukan main laju jer..ikut. Pastu suami pulak geram dengan isteri bajet takde tapi tak faham-faham nak jugak beli itu ini gelang barulah, baju bnaru 12 pasang, langsir baru kereta baru kalau boleh rumah pun nak rumah baru

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...