Rabu, 1 Julai 2015

23 KFC masih penuh walaupun harga minyak naik

"Minyak NAIK RM0.10 tapi KFC ramai juga orang. Beban di mana?"
Dipetik daripada sebuah FB dengan nama Ahmad Maslan malah dilaporkan juga di banyak blog.


Namun tahukah anda yang kenyataan tersebut bukan daripada Ahmad Maslan yang sebenar?

Aku faham ramai yang benci pada Ahmad Maslan.
Aku tahu kadang2 Ahmad Maslan ini memang agak menjengkelkan.

Namun tak perlu la percaya semua benda2 merapu yang ada nama dia itu memang datang dari dia.

Kaji. Selidik. Semak dahulu.

Takkan lah asal semua kenyataan yang ada gambar dan nama seseorang tu kat situ memang confirm datang dari orang tersebut?


Kenyataan tu datang dari sebuah fan page Ahmad Maslan di Facebook, dan setelah aku tengok, terlalu obvious yang ia adalah fan page Ahmad Maslan yang palsu yang dicreate semata2 untuk troll. Sudahlah posting tu bertarikh 1 Jun, tapi hari ni 1 Julai baru orang kecoh2.


Fan page Ahmad Maslan yang sebenar dan rasmi hanyalah https://www.facebook.com/ahmadmaslan.

Malah ia langsung tidak dilaporkan oleh portal2 berita yang tidak pro-kerajaan seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider dan lain2 lagi, sebaliknya hanya dilapor oleh blog2 murahan yang kredibilitinya sangat boleh dipertikaikan seperti Media Info Semasa dan Negara Pakatan Rakyat, malah siap boleh tulis lagi caption "Tidak dapat dipastikan samada ini tweet Ahmad Maslan yang sebenar atau tidak".

Benda yang tidak pasti buat apa laporkan, bodoh.


Lihat sahaja betapa membabi butanya orang terus percaya dan menghentam Ahmad Maslan disebabkan kenyataan troll pasal KFC tu yang dibuat oleh ntah siapa2.



Seperti yang sudah banyak, banyak dan banyak kali aku tulis sebelum ini, kalau kau benci pun seseorang itu, ia tidak menghalalkan kau untuk buat dan sebar fitnah mengenainya. 

Nah sekarang, siapa yang ada tersebarkan berita tu, sila pergi minta maaf pada Ahmad Maslan.

Nak tau kenapa kita semua jadi macam ni?

Sebab bila korang nampak je berita2 bodoh pasal orang yang kau benci, tanpa berfikir panjang kau terus tekan butang Like dan Share.

Tapi lepas kau terbaca cerita dan kisah sebenar pasal orang tu, kau diam2 buat tak tahu sahaja sebab kau dah malu tersebar benda tak betul dan rasa kecewa sebab benda yang kau begitu percaya rupa2nya hanya palsu dan fitnah semata2.

Contohnya macam sekarang ni la, aku percaya kau takkan tekan Like atau Share pun artikel ni sebab perasaan benci kau terhadap Ahmad Maslan melebihi daripada perasaan nak betulkan semula apa yang kau dah salah.




tags: ahmad maslan harga minyak naik 10 sen tapi kfc masih ramai di mana bebab tidak terbeban orang miskin kaya 1 julai ron95 ron97 diesel palsu tipu fitnah facebook troll twitter tweet

23 ulasan:

  1. setuju! banyak orang sekarang terus percaya dengan apa yang dibaca buat pertama kali tanpa sebarang rujukan, bukan setakat kes politik malah isu2 lain juga....

    BalasPadam
  2. syabas Noob. gua tau ramai tak suka dia, gua pun tak suka tapi kita takleh terima sangat statement yg dibuat oleh page2 troll ni. kalau nasik goreng timun tu boleh lah percaya.

    lumrah alam, bila tau salah, senyap sunyi, biarkan cengkerik berbicara..

    BalasPadam
  3. Abraham Lincoln ni time dia mmg dh ada internet ke?#soalanserius

    BalasPadam
    Balasan
    1. Obviously tak paham tujuan artikel ni...

      I lioke to kill jews - Hitler

      And tersebar lah quote tersebut sampai kiamat oleh mereka2 yg berpengetahuan tinggi

      Padam
    2. Obviously tak paham tujuan artikel ni...

      I lioke to kill jews - Hitler

      And tersebar lah quote tersebut sampai kiamat oleh mereka2 yg berpengetahuan tinggi

      Padam
    3. Ape motif nta letak gmba dada posing cggitu akak chegu sorg nie, komen plak stail mls nk pikir dlu sblm komen..

      Padam
  4. Ini le masalohnye "bile baca tapi tak pekior" main bedal je deme troll

    BalasPadam
  5. Kesian jugak kekadang kat pak maslan ni... asyik kena troll je... nak troll benda betul takpe laa... ini? haish...

    BalasPadam
  6. contoh obvios azwan ali...sendiri silap masih nak menegakkan benang yang basah... ignorance at it finest.... ak ingat kesian gak last2 rupanya degil mcm lembu puihh

    BalasPadam
  7. orang sekarang terlalu mudah menjatuhkan hukum.memanglah DAM slalu kluarkan kenyataan y bodoh utk didengar dan dilihat tapi periksa lah dulu bende macam ni sahih @ tak utk disebarkan.masing-masing sibuk nak jadi viral kat internet.

    BalasPadam
  8. manusia sekarang terlalu ego untuk minta maaf.memang lah DAM slalu mengeluarkan kenyataan y bodoh tp kali ini kepada y sebar fitnah minta maaf lah kpd DAM.bukan susah pun nak minta maaf.kita sbg manusia tak terlepas dari melakukan kesalahan.kita bukan malaikat y patuh perintah Allah dan kita bukan nabi y maksum.dah nama manusia minta maaf je lah.JANGANLAH KITA TERLALU TAKSUB DENGAN PEMIMPIN KITA SAMPAI KITA TERLUPA YANG DIA JUGA ADALAH MANUSIA BIASA SEPERTI KITA YANG JUGA TAK TERLEPAS DARI MEMBUAT DOSA..

    BalasPadam
  9. Sy rasa owner kpd account Fake Ahmad Maslan ni sure gelak tergolek2...ye la kan dpt troll satu Malaysia n ada gak yg percaya. So...skrg ni pun nak akhir zaman...fitnah berleluasa....spt noob ckp, even Ahmad Maslan 2 kdg2 x betul x bermaksa merupakan lesen besar utk fitnah mereka sesuka hati. Tp zaman internet ni kan payah nak trace owner kpd fake account. Bila dah baling batu...senang sembunyi tangan.

    X tau la SKMM buat siasatan cari owner account ni....kan dah cari penyakit.

    BalasPadam
  10. kesian plak tgk ahmad maslan kena fitnah.. nila kena hati2 skrang. byk kan baca 10 ayat pertama dan 10 ayat akhir surah kahfi. kalo boleh bace habis lagi bagus

    BalasPadam
  11. Rakyat Malaysia tidak matang. Setelah memerhati lama, itulah keputusan yang didapati.

    BalasPadam
  12. Kesian kat Ahmad Maslan, sudah la bodoh, kena troll pulak tu.

    Gitulah kesannya bila kita sendiri mencipta watak yg dibenci orang. Mcm pelakon TV jugak la. Jika selalu bawa watak jahat, diluar dilem pun org jadi benci. Itu baru berlakon dan hanya adegan lakonan dilem pun dah terasa menjadi bahan kebencian. Bukan salah penonton jika pelakon itu dibenci. Ini kerana beliau sendiri mwncipta satu watak menggunakan wajahnya sendiri dan walaupun dibayar atas lakonan tersebut, ratanya tak salahkan penonton disebabkan perilakunya yg hodoh ditonjolkan dalam filem. Sbb pesan Nabi SAW pun tak ada beza meletakkan diri dalam kehinaan ada sesuatu yg sangat2 tidak elok.

    Tak ada beza perangai Ahmad Maslan ni pun. Kuat menipu dan putar belit yg real punya. Tak salah manusia membencinya. Dulu siap janji nak gi tidur setiap rumah Felda.. skrg pula berbelit2 sembang pasal GST. Sampai bekas PM pun nak dikelentongnya.

    Memang itu yg dicari Ahmad Maslan. Tak perlulah kita cuba backup2 kerana dia sendiri meletakkan diri sendiri dalam keadaan hina dan meletakkan dirinya dalam dunia fitnah. Tak perlu bising2 bagitau busuk jika kita tinggal dalam kandang kerbau mahupun jerumun khinzir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebodohan AM bukan lesen untuk kita fitnah dia. Bukan tak perlulah kita cuba backup dia tapi tak perlulah kita nak fitnah2 dia atas benda yang dia tak buat. Tak perlu kita rendahkan tahap intelektual kita sama seperti mereka, jika tidak tiada bezanya kita dengan mereka.

      Kritik dengan fakta, bukan dengan fitnah.

      Padam
    2. Even ramai antara kita menyampah bebenor dgn AM ni...tp still sebagai muslim sejati setiap tutur kata kita kena jaga x kira mereka 2 kawan atau musuh...dari siu secara x langsung kita tunjukkan keindahan islam. Statement yg mengatakan dia sendiri x betul..so its ok x backing fitnah dia seems menunjukkan anda lebih kurg sama mcm pemimpin yg kaki fitnah n pusing fakta yg lain.

      Kalau Nabi masih hidup n lihat siutuasi AM ni...beliau sendiri xkan menyokong fitnah yg berleluasa ni x kira kpd org muslim atau tidak. Sbb 2 ramai masuk Islam sbb peribadi Nabi dan sahabat2 Nabi yg mulia.

      Padam
  13. kesian jugak pada dia ni sebenarnya. tak baik lah bulan-bulan puasa ni mengutuk dia. yang salah tetap salah. yang betul.. takkan nak kata salah pulak kan.. kalau kita pun tak jaga bahasa... apa bezanya kita ni? rasanya dia takde lah sampai tahap menghina orang kot... cuma kadang2 statement dia tak berapa nak cerdik aje :)))

    BalasPadam
  14. beruntungnya Ahmad Maslan, lagi banyak orang caci maki dia, makin banyak pahala orang dia dapat...hmmm....ada hikmahnya...

    BalasPadam
  15. disebabkan dia memang selalu keluarkan kenyataan yang bodoh, aku percaya gak kalau dia betul2 ukur kesusahan rakyat dengan KFC. tapi apapun aku tunggu beberapa hari supaya aku tau apa hal yang sebenarnya. Ok dia tak keluarkan kenyataan KFC..haha. pencetus troll tu boleh klon ahmad maslan

    BalasPadam
  16. baik semua jadi ahmad maslan,,kalau ada hikmat atas perbuatanya...hehe..semua org pun nak pahala.... BAHALOL!! hahaha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.