Pertama sekali, aku tak peduli pun dia siapa. Dia nak sokong siapa, dia nak jadi ahli DAP ke, dia nak memperjuangkan apa ke, aku tak peduli. Ini bukan pertama kali aku jumpa orang Melayu yang tak sokong kerajaan, malah ramai je yang aku jumpa memperjuangkan ideologi liberal, republik, anarki, nazi, sosialisme, anti monarki, kesamarataan kaum, agama, LGBT dan macam2 lagi ideologi. Bezanya, awek ni memperjuangkan ideologinya melalui platform DAP.
Kedua, ada yang melabelkan dia sebagai seorang Melayu yang teruk, mempersoalkan moralnya, rosak akhlak, tak tutup aurat, pakai seksi, mengkhianati Melayu, Melayu murtad dan macam2 lagi hanya kerana dia join DAP. Errr... tak perlu tunggu masuk DAP pun, ramai je aku tengok orang Melayu yang lebih tak bermoral dan rosak akhlak.
Ketiga, aku ada group Whatsapp ex-schoolmate aku. Dalam ramai2 budak sekolah aku ni, ada sorang kerja dengan gomen jadi PTD, pangkat dah agak tinggi mungkin gred 48 atau 52. Kerja pula bukan kat calang2 jabatan. Kalau dinilai dari segi luaran, pakaian, pangkat, kemahiran bercakap, boleh dikatakan hebat jugaklah.
Malangnya, dia sebarkan gambar awek bikini tu kat group Whatsapp kitorang dan cakap itulah calon DAP Telok Intan. Kemudian muncullah macai2 yang lain turut mempercayai dan turut sama mengutuk minah tu sebab pakai bikini serta forwardkan pula kepada orang lain.
Realitinya, awek bikini tu bukan minah Dyana Sofya tu pun. Kalau korang seorang yang celik IT, korang dah boleh tau dah tu gambar siapa dengan guna carian Google Images. Ia adalah sebuah fitnah "pembunuh karakter" menggunakan isu seks dan lucah yang biasa dilakukan oleh kebanyakan macai bagi memburukkan lawan politik.
Dan ya, pangkat dan darjat yang tinggi tidak menunjukkan tahap kematangan pemikiran seseorang. Tak kira lah kau tu PTD pangkat Jusa ke, ataupun CEO sebuah syarikat multinasional ke, kalau kau terus percaya sesebuah cerita buruk dan terus bersama menyebarkan tanpa ada sedikit usaha untuk menyelidik kebenarannya dahulu, ia hanya menunjukkan yang tahap pemikiran kau adalah di tahap yang paling rendah sekali.
Tiada respek untuk orang macam ini, tak kiralah setinggi mana pangkat dan darjat kau, sekaya mana harta duniawi kau. Bagi aku pemikiran orang seperti ini sangat cheap, low, jijik, hina, sampah. Bertentangan ideologi dengan kau tidak bermakna kau dihalalkan untuk memfitnah musuh politik kau dan akan dapat pahala kerana itu. Kalau nak menjilat jubor pemimpin korang pun agak2lah, tak perlu guna cara kotor dan jijik.
Kalau rasa malas nak selidik, jangan share. Kau tak perlukan harta atau pangkat untuk jadi bijak. Kau hanya perlukan otak sahaja.
tags: awek gambar dyana sofya daud ahli setiausaha politik lim kit siang kantoi pakai bikini pink pauleen paulene luna filipina pelakon pinoy sexy fitnah
hmm ok asal kan ak first yg komen!
BalasPadamSemoga org² yang baik selalu dilindungiNya
PadamKalo aku ahli DAP Teluk Intan yg dah joint berkurun kat situ tentu x puas hati nye sebab budak baru abis study n joint party x sampai 4 thn dah jadi calon Parlimen...
BalasPadamKorang keje tungkus lumus x ingat dunia baru dpt jadi Ketua Cawangan or Cabang... tu kalo dpt gak le... bdk mentah mana tah x de sumbangan mana sgt tup2 naik jadi calon... kalo korang leh terima mmg korang macai terbaik la...
Bodoh joint dengan join pun tak tau beza. Kalau English kau macam celaka jangan guna langsung baghal. Buat malu je
PadamJoint tu Sendi, join tu sertai..
PadamNormal la...kroni (sbb S/U LKS) diutamakan...sape2 xde kepentingan dlm parti xkan diutamakan..kat kerje pun mcm 2, yg ada saham/kable besar cepat promoted n pangkat besar
PadamKalo aku ahli UMNO yg dah joint berkurun kat situ tentu x puas hati nye sebab budak baru abis study n joint party x sampai 4 thn dah jadi calon Parlimen...
PadamKorang keje tungkus lumus x ingat dunia baru dpt jadi Ketua Cawangan or Cabang... tu kalo dpt gak le... bdk mentah mana tah x de sumbangan mana sgt tup2 naik jadi calon... kalo korang leh terima mmg korang macai terbaik la...
mana2 parti pun lebih kurang je
Oh Rozana
BalasPadamDi kala kepikiran tentang bisjut & royi
Yang tidak tahu entah di mana
Sering hati ini teriak dengan teriakan bangla
Mencari menunggu kedatangan jejaka bangla
Sampai kamu menangis tanpa bisjut & royi
Sampai bangla pun teriak tanpa seketul bisjut
Oh Rozana
Bangla merasakan bisjut & royi
Sangat letih menunggu warga bangla yang di nanti
Sangat berat melepaskan bisjut & royi ini
Terlanjur masuk dalam hati
Sampai kepikiran juga
Apakah mungkin bila nanti bisjut & royi itu dijual
ia akan mendapat sambutan jejaka bangla?
Oh Rozana
Apakah itu bisjut & royi?
Ataukah ia hanya perkataan semata-mata?
Tapi hatiku tegar membeli bisjut & royi
Walau akhirnya ianya basi juga
Nak bisjut?
Xmau. Gua mau lu mampos
PadamLurus pada kekosongan bukan pada halangan kelak kau dicemarkan.
BalasPadamMungkin tak kalau fitnah tu fitnah yg di-staged?
BalasPadamYe laa, ahli parti yg difitnah menyamar jadi pihak lawan dan sebarkan gambar fitnah supaya para masyarakat marhaen terfikir itu adalah fitnah dan label parti tersebut sbg penfitnah?
Yg untung adalah mangsa fitnah.
Publisiti dapat, undi simpati dapat, dapat jugak tarik pengundi lawan...
bodo. yg mula-mula sebarkan gambar ni blogger UMNO
Padamcomel juga orangnya..
BalasPadamhmm..macam2..
BalasPadamHot hot bikin. :)
BalasPadamTamadun melayu agak lemah.. sudahlah malas membaca.. menyimpan rekod tamadun sendiri pun entah..
BalasPadamSaya pernah singgah sebuah Sekolah di Chennai India.. sungguhpun kawasan singgahan tu sekolah buruk kawasan slumdog gitu..paling mengejutkan saya...rekod2 kehadiran murid2 tahun 60an masih yersimpan kemas.. malah boleh dijejak studwnt ni menipu ke rekod2 pembelajaran mereka.. jauh lebih jitu dari Malaysia sendiri..7 tahun dah gaduh nak buang dokumen..
Rakyat berbillion beb..masih boleh dijaga dokumennya.. ini baru 28 juta..dah mcm haramjadah dah rekod kita..kalo saya minta rekod kemajuan sekolah menengah saya ( sekolah asrama penuh jugak)..dah boleh teka kemana rekod2 murid spt saya.. kambing pun x pandang..
yg tu mmg bukan gmbar photoshop.. tp photoshop pn x pelik skrang utk menjatuhkan seeseorang. mmg bahaya letak gmbar kter kt tenet... huuuuu bahayaaaaaa. ni la fitnah2 smakin berleluasa skrang. bnyk2 la doa.
BalasPadamDalam malaysia ada dua parti gabungan utama..
BalasPadamSatu parti beruk dan satu lagi parti kera..
Pilihlah salah satu dari mereka atau kedua-duanya untuk menjadi bahlol-bahlol anda....
Selamat memilih..
Nabi Bux perjuangkan hudud
BalasPadamPAS tipu kata Nabi Bux tu bukan ahli dia dan suruh sokong DAP
PAS tolak orang yang perjuangkan hudud.
ikut amanat hadi awang, sapa tolak hudud dia kapir
sebijik sebijik terang PAS itu _________ sebab tolak orang yang perjuangkan hudud
PAS suruh sokong DAP yang tolak DAP berbanding Mohd Nabi Bux yang perjuang hudud.. masyaAllah!! Mohon semua ahli pas dari presiden hingga ke macai bawahan supaya taubat nasuha sebelum terlambat!
PadamPasal gambar bikini pun...dari jauh sy tau bukan gambar dia pun. Lgpun apa kaitan gambar bikini dia dgn bertanding PRK teluk intan? Kdg2 byk macai2 biasa singgah laman web yg pelik2 smpi dpt jumpa kembar Dyana..pas2 buat modal. Dah xde kerje lain gunakan gambar mengaibkan utk menjatuhkn seseorang,
BalasPadamUtk PRK ni biarla org Teluk Intan nilai....mmg ramai persoal kenapa letak calon yg sgt muda n melayu sbg wakil DAP...tp setiap parti ada perancangan masing2. Lgpun x effect pun perubahan 1 kerusi parlimen berubah..tp sy nantikn keputusan PRK ni samada majoriti berkurang atau bertambah.
Jdla pengundi n pemerhati yg matang. Jgn jd mcm thailand yg selalu berubah pentakbiran, smpi kelam kabut negara dibuatnya. Sbb emosi x tentu hala..negara sendiri tergadai.
well said
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamapa pun awek tu mmng cun
BalasPadamapa pun awek tu mmng cun
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamsteady!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam