Sabtu, 24 Mei 2014

12 Coklat halal yang mengandungi DNA babi

Aku dulu suka makan coklat Cadbury Black Forest dan tak suka coklat yang ada kacang, tapi sekarang keberahian aku terhadap coklat dah hilang, so bila kecoh isu coklat Cadbury ada DNA babi aku tak risau sangat dalam badan aku ada babi sebab aku dah lama gila tak makan coklat.


1. Mula2 tersebar laporan ujian makmal yang dibuat oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai coklat Cadbury yang mengandungi DNA khinzir (porcine) atau babi.


3. Kemudian KKM mengeluarkan kenyataan akhbar secara rasmi mengenai penemuan hasil laporan makmal ini.


Sumber
4. JAKIM juga kemudiannya mengeluarkan kenyataan media mereka berkenaan isu ini.

Sumber

5. Berikut adalah coklat dan batch no. pengilang yang terlibat yang mempunyai DNA babi:
  1. Coklat susu dengan kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut (batch no. 221013N01RI2 yang bertarikh luput 13 November 2014)
  2. Coklat susu dengan buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond (batch no. 22103N01RI1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015)

6. Pihak Cadbury juga telah mengeluarkan kenyataan di Facebook mereka:
Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.

Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.

Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.

Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury.

7. Sehubungan dengan itu, mereka telah menarik balik semua coklat dari batch no. yang terlibat daripada pasaran namun tiada permohonan maaf dilakukan. Namun walau hanya 2 batch coklat sahaja yang mempunyai DNA babi, perkakasan dan mesin2 pengilangan kemungkinan besar sudah tercemar dengan bahan mentah yang mengandungi DNA babi tu, so adakah semua mesin dan peralatan akan disertu atau disamak seperti mana kes dapur dan food court IKEA disamak suatu ketika dulu kerana didapati sosejnya dicampur usus babi.

8. Ramai orang yang marah dan meluahkan rasa tidak puas hati di dalam Facebook Cadbury malah ramai yang mahu memboikotnya.



9. Namun ada juga yang terus menyalahkan pihak JAKIM 100% kerana coklat2 Cadbury ini ada sijil dan logo halal JAKIM tetapi ada DNA babi. Bagi aku nak salahkan JAKIM bulat2 tak boleh jugak. Ini kerana sampel coklat yang dihantar untuk dapatkan logo halal JAKIM tu mula2 memang bebas dari DNA babi, so produk itu dapat lah pengesahan logo halal, tapi sewaktu manufacturing, ada batch yang mengandungi DNA babi yang kemungkinan bahan mentah dari pembekal mereka untuk batch coklat tersebut yang telah tercemar dengan DNA babi dan pihak Cadbury sendiri terlepas pandang, tak sedar atau berlaku kecuaian.

Takkan pegawai JAKIM atau KKM nak diletakkan di setiap kilang pembuatan makanan dan check setiap satu produk yang dikilangkan tiap2 hari? Pihak Cadbury dah dapat sijil halal JAKIM, maka itu tanggungjawab diorang untuk memastikan diorang mematuhi semua syarat dan kriteria yang ditetapkan. Pihak JAKIM mungkin ada buat audit secara berkala dan juga pemeriksaan mengejut, tapi adalah mustahil diorang nak check satu2.

Ada juga yang cakap pihak JAKIM tidur, tak buat kerja, makan gaji buta, kayu dan lain2. Aku percaya memang terdapat beberapa kelemahan, biasalah agensi kerajaan, tapi sebab diorang selalu check la diorang dapat jumpa batch coklat yang ada DNA babi tu, sedangkan batch2 yang sebelum ini dan yang lain yang diorang check tidak pernah lagi jumpa DNA babi.

10. Pihak Cadbury pula kita tidak tahu sama ada mereka memang sengaja atau pun berlaku kecuaian di bahagian Quality Control tapi merekalah yang perlu bertanggungjawab. Pembekal bahan mentah juga harus dipersalahkan kerana merekalah yang membekalkan bahan mentah yang mengandungi DNA babi tu.

11. Kadang2 nak komen tu memang senang tapi kita tak faham pun macam mana proses pembuatan makanan di kilang2 makanan, proses mendapatkan sijil halal, proses pengujian produk makanan dilakukan dan lain2.


12. Kalau rasa dah tertipu dan dikhianati oleh Cadbury, boikot sahaja Cadbury. Nak bagus lagi, buat laporan polis dan saman sahaja Cadbury, tegakkan hak anda sebagai pengguna. Tapi make sure korang simpan lagi pembalut coklat Cadbury yang terlibat dan coklat DNA babi tu telah pun masuk dalam perut.


13. Btw, coklat dari luar negara, coklat import yang dijual di lapangan terbang yang sah2 takde logo halal JAKIM pun ramai jugak orang Melayu Islam bedal, padahal lagi penuh dengan kandungan DNA bapak segala babi dan binatang yang tak sembelih.


14. Itu cerita coklat ada DNA babi, bagaimana pula dengan rokok yang ada sel darah babi? Relaks je orang hisap kan? Oh lupa, rokok mana ada logo halal JAKIM.





tags: coklat cadbury kacang badam hazel ada dna babi khinzir porcelain halal jakim laporan ujian makmal kkm kementerian kesihatan rokok ada sel darah babi

12 ulasan:

  1. 1st...noob charming, mana nombor 2? btw, cokelat kadberi last sekali aku makan bulan lalu kot...agaknya masih tertinggal lagi DNA babi dalam perut aku ni...baru skg tahu ada babi dalam cokelat ni....lepas ni xbeli lagi dah...harap2 kitkat atau cloud9 tu xde lah DNA2 x halal ni....aku suka makan cokelat....

    BalasPadam
  2. What de hell. Patut la prangai bebudak skrg cam babi(espesially budak bani qudut). Rupanya duk suap coklat babi dlm perut.

    Btw, nak bisjut?

    BalasPadam
  3. Sy suka komen noob yg mengatakn yg coklat yg xde logo halal n dr oversea dr luar negara atau airport beli sebakul tnpa rasa bersalah..tp kalau Cadbury tercemar dna babi, kecoh satu msia.

    Tp sy akui susah nk pantau 100% nak check setiap makanan yg dpt sijil halal setiap hari....maybe kedai2 makan lain pun boleh sama terkena nanti bila diambil sample setiap hari.

    Papepun, sy akan nmpk org akan stop mkn Cadbury. .tp x lama. Pas2 makan balik. .sama kes mcm mcd masa pencerobohan israel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo patut la ayam ni pun sama jenis ngan geng2 boikot hangat2 tahi ayam tu ek?
      ak dah llama gila babi x sentuh or terpikir nak makan mcD tu kira boikot tak?
      geng kuat2 mcd kfc ni ak tgk pompuan je paling rmi dr laki kalau aku pergi mana2 mcd selalu diorang paling kuat jilat, lol

      mcm ni aku pun boikot gak ambik cadbury leps ni sekang pun ak dh shift sket lyg biskut2 dr munchy....xde layan dh yg jenama2 popular tu

      Padam
    2. geng kuat2 hisap rokok babi ni ak tgk lelaki je paling rmi dr pompuan kalau aku pergi mana2 pun selalu diorang paling kuat sedut, lol

      rokok mmg sah2 haram jadah menjahanamkan diri sndri & org sekeliling, lg mau hisap? apa bodoh gila babi punya jantan2 dayus ni sumer, lol

      Padam
    3. Mmg sy n semua org xkan mkn cadbury pasni....n lepas ni selalu buat pemeriksaan megejut utk makanan2..jgn terkejut pasni Milo, Maggie, KFC pun kena gak......

      Tp pelik org kita pasal makanan sensitif betul utk isu makanan halal (bagus la), tp isu aurat, rokok, hubungan bukan muhrim x sensitif lak..terang2an buat tanpa rasa serba salah.

      Padam
  4. alamak cadburry ni mmg fav.. mmg kena carik alternatif lain la lpas ni... tp kalo jenama besar mcm cadburry ni pn ade babi, cmner dgn jenama lain???????

    BalasPadam
  5. Lepasni makan cokla homemade punya je la.Pun sedap jugakkk..

    BalasPadam
  6. Aku selaku rakyat biasa mahu bertanya, bila makanan dicampur dgn DNA babi, apa kesan kpd makanan ek?
    Makanan jd lagi sedap ke?
    Makan boleh buat gian ke?
    Aku syak ini smua plot nak menjahanamkan umat Islam secara halus ni...

    BalasPadam
  7. HEHEHE.... aku memang marah sangat kat JAKIM neh. bukan kerana dorang tak buat keje ke tidak memantau ke. tapi tindak balas JAKIM tu buat aku marah. JAKIM cuma gantung sijil bagi 2 prosuk tu je. camne produk lain yang guna mesin yang sama. tu je peruntukkan undang-undang yang JAKIM ade. "BERI SIJIL" , "GANTUNG SIJIL" , "TARIK SIJIL"

    Cam lemah je. tak bleh upgrade ke peruntukkan tu. SAMAN KE, SITA PREMIS KA, BAWA KE MAHKAMAH KE ATAS KES KECUAIAN KE

    BalasPadam
  8. Dah lama tak makan coklat, tetiba kecoh pasal coklat ada babi.
    tak guna, baru teringin nak makan, hilang nafsu.

    boikot cadbury.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.