Iklan Leaderboard

Isnin, 19 Mei 2014

27 Pemimpin tidak perlu letakkan diri setaraf macai

Satu yang bermasalah dengan sesetengah pemimpin pembangkang ini adalah diorang ni ada je benda kondem pemimpin kerajaan, ada je benda yang buruk pasal kerajaan, ada je benda yang nak dijadikan modal dan isu yang kadang2 sangat remeh, tak penting dan tak betul pun.


Ahli Parlimen Pandan dari PKR, Rafizi Ramli memang selalu membuat pendedahan mengenai salahlaku yang berlaku dalam kerajaan, tapi takkan pasal DS Najib jadi datang atau tidak ke kenduri kahwin anak bekas Menteri Besar Terengganu DS Ahmad Said pun nak dijadikan isu?

Sumber sini dan sini
Dah la mula2 cakap Najib tak datang kenduri, Ahmad Said merajuk apa la, last2 Najib pergi je, naik helikopter lagi. Lantak dia lah nak pergi majlis kenduri atau tidak, takde sebarang kesan pun kepada ekonomi dan pembangunan negara.





Anak DS Anwar Ibrahim merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah ni pun satu. Ntah gambar dari mana dapat, dengan sumber pun takde, tau kondem je. Tak tahu sama ada orang reka signage kertas tu, atau memang ada kat KLIA2 kat area yang masih under construction, tapi ia tak menggambarkan yang semua papan tanda arah kat KLIA2 semua teruk cincai boncai macam tu. Sebelum post apa2 kenyataan, kenapa tak pergi dulu ke KLIA2 dan dapatkan kesahihan?

Sumber

Sumber

Tak dinafikan apa yang kerajaan buat tu tak semuanya bagus, tapi tak juga semuanya teruk. Walaupun korang ni pembangkang, tapi tak bermakna semua benda kena bangkang. Ini tidak, ada je benda nak kondem, ada je benda nak dijadikan isu, last2 makan diri sendiri sehingga boleh mengundang fitnah.

Kalau hal2 yang penting seperti ekonomi, dasar, kemajuan, pendidikan dan lain2 tu takpelah nak bangkitkan tapi haruslah disertakan dengan fakta dan bukti yang sahih. Ini hal2 yang remeh temeh, hal yang tak penting dan tak betul tak payahlah para pemimpin politik sibuk sangat. Mereka seharusnya berfikiran lebih matang dan mempunyai mentaliti yang lebih baik. Tak perlu downgrade atau rendahkan tahap pemikiran korang ke level macai. Benda2 busuk ni biar jelah macai korang yang buat.

Dan daripada asyik mencari kesalahan pihak lain sampai hal2 yang remeh temeh dan tak penting, baik fokus kepada tugas sendiri, selesaikan masalah kawasan anda, sumbangkan idea dan bantu bagaimana nak membangun dan majukan negara.

Kadang2 sikap macam ni la yang membuatkan kenapa ada orang yang masih tidak suka pembangkang di Malaysia.




tags: pemimpin politik tidak perlu letakkan diri setaraf macai rafizi ramli twitter tweet najib razak tak datang kenduri ahmad said merajuk naik helikopter nurul izzah kondem klia2 papan tanda signage balai ketibaan arrival hall tuntutan bagasi baggage reclaim tanda arah

27 ulasan:

  1. Pakwe Dyana Sofya19 Mei 2014 5:03 PTG

    First lagi!!!!Harini dah dua kali first. akan ku ingati tarikh hari ini sebagai hari yg bertuah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Rozana

      Di kala kepikiran tentang bisjut & royi
      Yang tidak tahu entah di mana
      Sering hati ini teriak dengan teriakan bangla
      Mencari menunggu kedatangan jejaka bangla
      Sampai kamu menangis tanpa bisjut & royi
      Sampai bangla pun teriak tanpa seketul bisjut

      Oh Rozana

      Bangla merasakan bisjut & royi
      Sangat letih menunggu warga bangla yang di nanti
      Sangat berat melepaskan bisjut & royi ini
      Terlanjur masuk dalam hati
      Sampai kepikiran juga
      Apakah mungkin bila nanti bisjut & royi itu dijual
      ia akan mendapat sambutan jejaka bangla?

      Oh Rozana

      Apakah itu bisjut & royi?
      Ataukah ia hanya perkataan semata-mata?
      Tapi hatiku tegar membeli bisjut & royi
      Walau akhirnya ianya basi juga

      Nak bisjut?

      Padam
    2. Ade ape ngan bisjut? Xfaham..

      Padam
  2. Rajin noob post smpi 3 entry 1 hari.....bosan ke? Musim politik kembali..yeah!

    BalasPadam
  3. Pembangkang di malaysia semua jenis bangkang dalam longkang...bangkang tuk mengutuk negara sendiri,kutuk Tentera sendiri..kutuk kapal selam sendiri..kutuk pembangunan negara sendiri..kutuk kereta proton..mcm2 la..semua benda yg melibatkan kerajaan buat semua nye buruk...pembangkang yg menjahanamkan negara bukan pembangkang yg nak membangunkan negara..harap pejuangkan islam pun tapi hampeh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb tu aku tak join mana2 politik. Jenis pengundi buat keputusan pangkah di saat2 akhir berdasarkan manifesto & isu2 matang yg dibangkitkan..

      Padam
    2. Sy tercari2 pembangkang yg membangkang secara matang n positif, n bukan cari isu2 personal n remeh temeh. Mmg nak bangkang kena cari modal utk jadikan isu, tp jgn carca marba nak bangkang..smpi sama tahap mcm macai. Yg paling penting mcm anon atas ckp "pembangkang yg menjahanamkan negara bukan pembangkang yg nak membangunkan negara"

      Kdg2 org politik sibuk berpolitik, tp kawasan sendiri tunggang langgang lg...sibuk bg bantuan n kebajikan kat kawasan PRK tp kawasan sendiri muka pemimpin pun x nmpk lepas PRU.

      Padam
  4. #pembangkangmalaysialowclass

    BalasPadam
  5. mula2 aq ngat penyokong pembangkang kt mesia nie bukanye bodoh, cuma mereka ad ideologi perjuangan mereka tersendiri je, tp lepas tengok sume benda dyorg bangkang kadg2 tanpa usul periksa, so memang betullah dyorg nie bangang je yg ade kahkah

    BalasPadam
  6. dlm umno x semuanya pun bodoh, dlm pr juga x semuanya cerdik belaka.

    BalasPadam
  7. pemimpin pun masih berminda macai...

    BalasPadam
  8. Datang tak dtg kenduri pun jadi isu..adoi la..letih wooo, semua kenduri kena pergi..lau tak pergi nnt org ckp PM tak best.haha..sebat je la jib

    BalasPadam
  9. betul ni, sampai orang kutip sampah pakai baju bn pun boleh jadikan isu... macai pr ni mmg akal2 pendek

    https://m.facebook.com/photo.php?fbid=785795928121946&id=171309649570580&set=a.215552238479654.59038.171309649570580&source=46

    BalasPadam
  10. kami rakyat malaysia mahukan pemimpin yg berkualiti.. bukannya kaki publisiti murahan dari longkang.. hihihi..

    BalasPadam
  11. masing-masing dengan debu gelita sendiri

    BalasPadam
  12. eh BO dah 4 juta views la... tahniah BO teruskan membuasirkan otak2 kitorg & machai2 sekalian

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah 4 juta view...mesti kena ada giveaway...x perlu contest, just kpd pengomen tegar yg menaikkan rating BO. Tp jgn bagi kat Ahmad or OhSuzana (Nak bisjut?). Hehe

      Padam
    2. Silap..Oh Rozana...lirik cari sendiri.

      Padam
    3. aku antara pembaca tegar buasirotak tp xpernah mintak apa2 dari noob...rasanya dah dekat 1juta kali aku view buasirotak...

      Padam
    4. oiiii...knapa nk bg pengomen tegar jekk?? kalo rajin komen tp komen tu x de la bagus mana,baik duk diam2 je la..aku ni sehari smpai 10 kali tgk buasir otak...tgu ada entri baru ke x..n aku hr2 duk baca entri yg dulu2..oleh kerana aku tanpa nama n jarang komen,aku xlayak dpt penghargaan drpd buasir otak la yerrrrrr..wtfishhhhh!!

      i suka la prince of noob @ PON
      ♥ u!!! muaaaahhh

      Padam
  13. Da kurang idea nk kondem kerajaan le tu. Hal remeh pun jd isu. Islam x ajar utk cari kesalahan org dan anggap diri tu perfect. Aku plg xske org prasan diri dia bgus drp org len.

    BalasPadam
  14. jangan salah paham pulak...aku bukan nak puji diri sendiri...cuma nak bagitau aku ni fans buasirotak....

    BalasPadam
  15. Jwpn nk cover kebodohan sendiri "Akaun saya kena hack". Hahahaha.....

    BalasPadam
  16. Hahaha, kadang2 benda camni yg buatkan rakyat geli hati ketawa...

    BalasPadam
  17. Hmm...zzz...zzz..kroih..kroih.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...