Iklan Leaderboard

Rabu, 21 Mei 2014

17 Mahalnya segulung ijazahku

Kalau ditanya senang ke nak genggam segulung ijazah , ada yang kata senang ada yang kata susah . Pada aku ianya merupakan satu benda yang sangat bermakna. Dari permulaan , pertengahan dan pengakhirannya. Kerana aku mengalami detik detik yang aku katakan sangat sedih sehingga sekarang , hanya syukur kepada illahi yang mampu aku ucapkan. Pada aku , segulung ijazah yang aku genggam sangat mahal nilainya tapi mungkin tidak pada sesetengah graduan yang lain.


Permulaan mahalnya ijazah aku dimulakan dengan kisah sedih , seminggu sebelum aku mendaftar sebagai pelajar "bachelor" , nenek (merupakan emak kepada ayah aku) telah meninggal dunia. Ditambah pula dengan perasaan hiba aku yang langsung tak berkenan mendapat tempat pengajian jauh di utara. Perjalanan dari selatan tanah air (Jjohor Bahru , Johor ) ke semenanjung utara ( Sungai Petani , Kedah) membawa satu perasaan sedih dan benci kerana aku dicampak jauh ke utara. Tapi perasaan benci itu bertukar menjadi keinginan untuk merasai hidup sebagai perantau yang akhirnya membawa kepada banyak kisah suka duka sepanjang pengajian aku disana. Ianya memakan masa lebih kurang 2 tahun setengah dimana setengah lagi , aku menjalankan latihan industri di Johor Bahru.

Di pertengahan cerita aku, hari dimana aku sepatutnya pulang ke Johor Bahru untuk cuti semester 2 yang panjang bertukar sedih apabila pagi subuh sebelum aku bertolak, aku mendapat berita sedih dimana atuk (bapa kepada ibu aku) telah meninggal dunia. Nah , sekali lagi perasaan sedih itu datang kembali. Pada ketika itu , aku pulang bersama dengan dua orang kawan aku dan mereka berasa pelik sehingga berkata , "kau dah kenapa alim sangat Ain , siap pakai baju kurung"  Lalu aku menjawab , "atuk aku meninggal, aku kena terus ke Melaka". Pelbagai macam kisah berlaku sepanjang perjalanan cukup sekadar aku katakan pelbagai macam dugaan darinya terjadi kepada kawan aku namun alhamdulilah ,walaupun aku tak sempat melihat wajah arwah atuk aku pada akhir kali, cukup sekadar aku selamat sampai ke Melaka.

Di pengakhiran cerita aku , astagfirullah... Jika pada saat setiap kali aku teringat kronologi cerita itu , pasti bengkak mata aku menangis meratapi dia yang telah tiada. 17 november 2013 , mungkin tarikh itu tarikh yang sangat bermakna pada rakan rakan aku yang menghadiri majlis konvokesyen, tapi tidak pada aku. Tarikh itu, pada saat itu, diri aku secara formalnya telah bergelar graduan ijazah dan secara "official" juga , diriku bergelar anak yatim. Ibu aku telah pergi menghadap ilahi tepat azan zohor. Sedih. Terduduk . Menangis separuh gila . Tak percaya . Meraung raung aku di hospital berkata , "Ain tak percaya, Ain tau ibu kuat." Kakak saudara aku peluk aku dengan kuat berkata, "Ain, ain kena kuat, ain jangan macam gini , kesian dekat ibu.. Dah , jom kita tengok ibu ye". Disaat aku melihat sekujur tubuh yang tidak langsung bernyawa , aku kuatkan hati dan janji aku pada ketika itu , "Ain akan terus kuat macam ibu". Hiba . Sebak. Aku tak sempat nak bersama dengan ibu disaat saat ajalnya kerana aku dalam perjalanan dari rumah pakcik ke hospital. Tapi , aku tak pernah langsung pertikaikan kenapa semuanya ini terjadi. Kenapa aku dipilih ? Kenapa begitu cepat ALLAH ambil dia disaat aku membawa kegembiraan pada dia. Namun, siapa kita nak persoalkan kerja Dia yang Maha Esa. Malam sebelum arwah ibu pergi , dia nangis sambil pandang aku,  "Ibu minta maaf sebab  ibu tak dapat pergi konvo ain" . Ibu pergi sehari sebelum hari aku menerima segulung ijazah iaitu pada 18 november 2013 . Selesai sahaja semuanya , jenazah di bawa dari Melaka ke Johor Bahru , pakcik dan makcik aku memujuk "Ain nak tak konvo ? Mak uda dengan pak uda boleh  temankan sebab mak uda memang kena balik KL malam ini , boleh singgah Shah Alam" , aku dengan tenang menjawab "Ain tak cukup kuat untuk berada disitu" . Oh ,aku memang belajar di UiTM Merbok , Kedah tapi konvo di Shah Alam kerana kampus aku tak menyediakan sidang konvokesyen. Satu lagi , kenapa aku di Melaka kerana pada ketika itu saudara aku melangsungkan hari perkahwinannya. Nah , satu kesyukuran disitu pabila ibu pergi dan adik adiknya berada di samping dia. Sampai di Johor Bahru juga kelihatan penuh sesak sampai ke tanah perkuburan , mereka datang memberikan penghormatan terakhir.

Sebelum detik detik pengakhiran itu , sewaktu di semester 5 , aku hampir hampir untuk "extend" dari mengambil "final exam" . Ibu jatuh sakit tepat pada saat aku tengah dalam mood "study week" sehingga aku sendiri nak balik ke JB. Tapi dihalang oleh ayah dan abang aku. Rupanya , ibu aku berada di ICU pada waktu itu sehinggalah sehari sebelum "first paper" aku bermula. Bukan senang untuk aku hadapi pada ketika itu, housemates aku semuanya pulang , aku keseorangan study , setiap kali nak buka buku, aku menangis , sehinggalah aku bermimpi , ibu berkata, "ain study elok elok tau. Jangan risau. Ibu tak apa apa" .

Personal nota aku sewaktu ibu di ICU , sebenarnya aku langsung tak tau ibu di ICU sampai aku dah habis semester itu dan balik JB , aku baru tau . Kuatnya ibu pada waktu itu.

Dua bulan sebelum 17 november itu ,aku kerap kali terfikir "macam manalah hidup aku kalau ibu dah tak ada? Mesti meroyan macam orang gila " . Aku juga merasakan begitu dalamnya lagu , "Bukan Milik Kita" nyanyian Sitxh Sense . Ianya seakan akan memberi petanda bahawa aku seharusnya membuka hati dan menerima perkhabaran ini dengan redha dan tabah.

Personal "Moment WeChat" aku - 26sep , 2 bulan sebelum ibu pergi
"Menangis tak kala aku mendengar lagu ini". Bukan promosi , tapi kau fahami liriknya , kau hayati video nya.


Adakala ada yang tanya pada aku , "Ain, aku tak tau macam mana kau boleh kuat untuk hadapi semua ini " . Dengan tenang aku akan jawab , "Kau akan kuat bila kau dah hadapinya. Its come naturally. Aku tak kuat. ALLAH yang berikan kekuatan itu". Seminggu lebih semenjak arwah ibu pergi , aku langsung tidak boleh melelapkan mata . Setiap kali aku cuba , aku sering dibayangi dimana aku diberi pilihan , "sama ada untuk terus kuat atau menyalahkan takdir". Aku buka mata , dalam dalam aku serap kata kata aku dalam dalam aku nak kata kata aku serap terus  dalam hati , "aku tak kan give up untuk terus hidup , aku nak jadi kuat macam mana ibu kuat , macam gitu aku kena kuat".

Sebab itu aku katakan , mahalnya segulung ijazah aku. Aku terpaksa kuatkan hati untuk tempuh 3 fasa cerita ini. Kalau ditanya kuatnya aku untuk hadapi semua ini , lagi sekali  jawab aku ini semua kerja ALLAH. Dia yang berikan kekuatan ini. Aku agak emosi , bila mereka yang bergelar pelajar tidak serius dengan tanggungjawab yang mereka tengah hadap itu. Skip kelas , guna duit ke arah benda yang bukan bukan , tak sungguh habiskan pelajaran , tak pasang niat mereka kenapa mereka belajar semua subjek itu.

KAU ! ye kau ! yang baca ini , jika kau tengah belajar , laksanakan tanggungjawab kau sampai habis . Jangan main main . Jangan kecewakan harapan terutama ibu ayah serta keluarga kau. KAU yang mungkin masih ada IBU , janji pada diri kau , kau akan jaga dia sehingga akhir hayatnya. Jangan bagi dia nangis , sebab PELUANG itu cuma SEKALI di dunia. Jangan sia siakannya. KAU yang senasib dengan aku , walaupun kita sudah terlepas peluang itu , kita masih ada peluang . Ingat kah engkau tentang 3 perkara itu ? 3 perkara itu : Sedekah dan amal jariah , Ilmu yang dimaanfaatkan dan yang akhir itu DOA ANAK YANG SOLEH. Makanya , jangan kau dan aku putuskan yang terakhir ini , sentiasa doa untuk dia , bacakan yassin dan khatamkan Al-Quran untuknya dan sentiasa melakukan amal kebaikan . Itu jaminan , Insyallah , bertemu di pintu syurga bersama dia.

Kelip-kelip disangka api,
Kalau api mana puntungnya?,
Hilang ghaib di sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?


AKU? Insyallah , setiap hari aku akan ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif , Johor Bahru untuk menziarahi ibu aku. Aku tak pedulik orang nak kata aku gila hari hari nampak aku ke kubur . Itu sememangnya dapat menambahkan lagi kekuatan dalam diri ini . Oh , terakhir kali yang mampu aku kata , "Kau tak kan pernah rasa apa yang aku rasa sehingga kau kehilangan orang yang kau sayang , nah , pada saat itu , aku mohon kau turut sama kuat , kuat untuk terima hakikat sebenar". Lagi aku pesan , mungkin pada mereka yang kenal aku selalu nampak aku gelak , ketawa , macam orang tak ada masalah , sebenarnya aku pendam, cukup sekadar aku memilih mereka yang terpilih untuk tau kisah hidup aku , tapi tentang ini , aku nak kau dan kau tau, aku tak rahsia sebab ini kisah realiti sebenar , dan jangan tanya aku kenapa senyum dan ketawa aku dah tak sama macam dulu , jawapannya sudah kau baca.

"AKU ceritakan ini bukan untuk bangga mahalnya "degree'' aku , tapi untuk memberikan peringatan , KAU, AKU , KITA manusia PASTI akan merasai MATI itu"- Nur Farahain- akuainkausiapa.blogspot.com


 Sumber asal dari blog Nur Farahain.




Artikel ini ditulis oleh salah seorang peserta GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan iaitu Nur Farahain dan telah dipilih menjadi salah seorang pemenang. Lagi 1 pemenang yang artikelnya yang bakal dipilih sebagai artikel pilihan akan disiarkan secara berperingkat seperti ini. Kepada pemenang, sila emel kepada saya di princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk menuntut hadiah wang tunai RM30.

Dan bagi yang kurang bernasib baik, jangan risau, walaupun anda tidak dipilih sebagai pemenang hadiah wang tunai RM30, tapi artikel anda beserta backlink juga bakal kami siarkan di blog ini sebagai tanda penghargaan kepada anda.




tags: pemenang contest gila 5 buasir otak artikel pilihan giveaway peraduan pertandingan ga post entry mahalnya segulung ijazah

17 ulasan:

  1. ijjarr zahhhh............

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa lah noob 30 saja bagi banyak sikit ini kan artikel syok

      Padam
  2. Hampir sama dgn kisah saya. Hari pertama nak jejak negeri orang...amik flight MAS ke Heathrow, ibu sedang demam panas setelah 2 minggu. Di mulut ibu, beliau seolah2 bertasbih berterus terang terasa akan kematian semakin hampir. Terpaksa tunda sbb badan ibu semakin panas, tak sedarkan diri dan meninggal keesokannya. Mujur pegawai MARA waktu tu, En Nordin cukup memahami. (Saya tercari2 lagi En Nordin ni walaupun setelah graduate...sekitar 1997..kecewa..tak jumpa..). Di UK 4 tahun lebih.. duduk ulu banat pulak tu..harapan hanya surat dari kampungku ulu banat pengubat jiwa.. adik beradikku langsung xreti menulis..hanya ayahku yg terer menulis huruf "ra" jer setiap hari demi mencari rezeki motong getah utk keluarga. Tahun kedua peninggalan ibu, ayahku kawin dgn kawan sekelas ibuku..(murid dewasa) makcik kampung sebelah..blom sempat aku balik Mesia, ibu tiriku meninggal tanpa sempat aku kenali dia. Yg saya perasan, setiap kali exam apa2 paper pun, badan saya turut panas. Hari present project akhir pun, badan cukup panas. Namun entah.. mahalnya degree aku.. mungkin juga.. berkat tiap kali exam demam..saya bleh dpt CGPA 3.71.. kalo x demam..mungkin tak merasa dean award gamaknya.. boringnya hidup tanpa ibu walaupun degreeku mahal.. perit nak sambung PhD..takut trauma kehilangan ibu terjadi pd bapa pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah dpt bantuan mara ni jgn lupa berterima kasih kpd kerajaan. jgn jadi spt dyana sofya yg derhaka kpd umno & melayu.

      Padam
    2. tuan, saya bukannya diberi rezeki oleh kerajaan.. macam mana saya nak berterima kasih tu.. cuba tuan habaq mai sat.. contohnya, saya perlu isi borang masuk UMNO ka.. atau saya kene buat projek juta2 ka..saya jadi biol la tuan nak berterima kasih kepada manusia ni.. lain la kerajaan tu seorang diri..

      Padam
    3. mmg rezeki awak bkn diberi oleh kerajaan, tp ia diberi oleh Allah melalui pembangunan & inisiatif kerajaan barisan nasional yg telah membina uitm, mara & pelbagai inisiatif lain agar dpt membantu org2 melayu amnya... xperlu nk jumpa najib, mahathir atau mana2 pemimpin kerajaan atau isik borang masuk UMNO utk berterima kasih, cukup sekadar mengundi BN pada pilihanraya & tidak memburuk2kan usaha yg telah kerajaan buat selama ini utk org melayu

      Padam
    4. Aik..duit cukai dikutip dari rakyat, tapi kene bersyukur kpd kerajaan. Cukai pendapatan bulanan saya hampir 2000 sebulan, LHDN dan kerajaan x pulak nak berterimakasih dgn saya. Diambil duit tu tanpa ada hantar surat terimakasih kerana membayar cukai.. Malah bil letrik rumah saya, dari 70-90 sebulan pada 2007-2011, sekarang dgn barang2 letrik yg sama, bil sudah tak berkurang dari 700 sebulan..xdak pulak TNB hantarsurat berterimakasih dgn saya kerana membayar bil letrik..

      Saya semakin tidak faham tuan..katanya undi saya rahsia dan saya boleh mengundi calon pilihan saya dari mana2 parti beruk unta harimau dan gaban, masihkah saya perlu memaksa diri saya mengundi calon BN jika ianya saya tidak suka dan berkenan. Jika calon itu seekor beruk sekalipun, perlukah saya membabi buta memilih beruk sebagai pilihan saya? Bagaimanakah demokrasi yg perlu saya ikut? Maaflah tuan, 2x undian yg lepas, saya telah mengundi kerajaan Selangor kerana tawaran mereka lebih mengurangkan beban hidup saya dan ramai orang. Jika tawaran kerajaan persekutuan mengurangkan pelbagai beban rakyat dan terbukti dgn pelbagai kenyataan menteri2 persekutuan itu cerdik, sudah tentu saya mengundi sesiapa yg memberikan untung amnya
      untuk orang ramai khususnya kpd saya.

      Tak mengapalah tuan, terima kasih dgn saranan tuan. Saya tidak berkuasa memaksa org lain bersolat ataupun menyembah Yg Maha Esa..inikan pula mengajak org berterimakasih dgn kerajaan. Lakum-diinukum-waliyadiiiiin..to you yours..to me mine...

      Padam
    5. cukai pendapatan puan sampai 2000 sebulan? bil elektrik 700 sebulan? nampok benor menipunya puan oiii... nak burukkan kerajaan pun xpayahloh berlebih2 sgt reka cerita.

      mcm nilah puan. bur cukai itu mmg dh tanggungjawab kita sbg rakyat sebuah negara. puan duduk la negara mana pun, ttp kena byr cukai. dan kerajaan xperlu hantar surat kpd pembyr cukai utk berterima kasih, sebaliknya kerajaan berterima kasih kpd rakyat dgn melakukan pembangunan dan membina kemudahan kpd rakyat. kalau nk kata psl berterima kasih, kerajaan pr di selangor, kelantan dan dap juga xpernah menghantar surat penghargaan kpd rakyat kerana telah byr cukai.

      puan telah 2x mengundi pr di selangor kerana tertarik kpd tawaran mereka. namun setelah 6 tahun, apa yg puan dpt selain drpd air percuma 20 meter padu? sampah yg tidak terurus, krisis & catuan bekalan air, rumah urut yg semakin bertambah.

      utk kali ke-3 nanti bolehlah puan undi bn semula kerana setelah 2 penggal pemerintahan telah terbukti pr telah gagal mentadbir negeri selangor dgn baik. malah tawaran bn pula bakal lebih menguntungkan rakyat selangor kelak.

      saya akui bn bukanlah parti yg terbaik dan ada kelemahan, namun pr sudah ternyata sebuah gabungan yg buruk malah terlalu byk kelemahan, oleh itu pilihlah dgn bijak.

      Padam
  3. Semoga perjalanan dalam menuntut ilmu nanti diberkati Allah.

    BalasPadam
  4. sedih sy bc kisah adik ain ni. cuma sy hrp adik ain dh hbs belajar kt uitm ni jgn jadi mcm ada org tu yg seperti kacang lupakan kulit... belajar di uitm tp mengkhianati bangsa melayu & umno... sentiasa ingat jasa siapa yg membina uitm agar anak2 melayu berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lbh tinggi... dan jgn lupa utk memberi sumbangan kpd agama, bangsa & negara

    BalasPadam
  5. malas nk baca

    BalasPadam
  6. Oh Rozana

    Masih ingatkah engkau
    Akan jejaka bangla
    Gemuruh gelombang yang terus menepi
    Yang menerbangkan bisjut & royi

    Oh Rozana

    Disana kita saling bercerita
    Bercerita tentang bisjut & royi
    Tentang kuatnya akan perasaan
    Yang tumbuh dari bisjut & royi

    Oh Rozana

    Kau makan bisjut ini
    Kau genggam royi ini
    Kau bisikkan kata-kata indah
    Hingga tak ku rasakan lagi bisjut & royi

    Oh Rozana

    Meski aku tau
    Itu semua tak bisa terulang kembali
    Meskipun itu hanya akan jadi bisjut & royi
    Tapi bisjut & royi itu kan tersimpan menjadi kenangan

    Nak bisjut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea....yea...panda da sampai. Cube bg bisjut dgn royi kat panda.

      Padam
  7. Paling penting buat sesuatu benda kena ikhlas n kerana Allaw swt. Anggap semua ujian yg berlaku adalah ujian Allah spy kita setia atau lari dr tanggungjwb kita.

    BalasPadam
  8. Ijazah universiti zaman sekarang ni orang buat kesat berak jer...

    BalasPadam
  9. kawan aku tak abis ijazah dah berenti sem 3.. tapi pulang bawak azizah jumpa mak bapak..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...