Sabtu, 10 Mei 2014

17 Ibu dulu VS ibu sekarang

kita sebagai isteri dan ibu ni selalu rasa penat kan dengan kerja di rumah yang tak reti2 nak habis,
tambah pulak ibu2 yang bekerjaya..
kalau saya rasa penat dengan keja2 rumah yang bertimbun,
bukan penat saja sebenarnya malas pun ada jugak terpaut di situ.
.(tapi cakap penat la baru nampak rajin sikit) kekeke
saya selalu fikirkan ibu2 zaman dulu lagi letih saya rasa..
saya ambik mak saya sebagai contoh..
walaupun dia tidak bekerjaya,
 tapi jadi ibu zaman dulu lagi banyak keje saya rasa...


urusan kain baju..

 mak saya bangun se awal jam 4 pagi..basuh baju seniri , anak2 yang 8 orang n suami..
Bukan kain baju saja.. Kain selimut la .. Kain buruk la, Macam- macam kain lagi nak kena basuh..
basuh guna tangan la kak bedah...
.mana ada mesin basuh lagi kat rumah saya masa tu...
.mesin basuh hanya ada kt rumah masa saya darjah 3  ..
Sebelum tu mak saya guna tulang empat kerat dia gonyoh kain baju.. huuhu..

ibu2 sekarang..
baju bertimbun jugak kena basuh..
tapi ada anak dara jepun tolong basuhkan..
kau campak je masuk..kau tekan2 je..terus dia tolong basuhkan..siap perah..
ada lagi anak dara jepun (mesin basuh) yang lebih rajin.boleh tolong bagi kering.
.boleh terus lipat..tak payah sidai..
Kalau bajet ciput ada anak dara china sebagai pilihan..  Hakhak


 Masak memasak

Seingat saya masa saya kecik- kecik dulu kami sekeluarga tak pernah makan di luar..
Tiap hari mak saya masak..
Mula dari sarapan pagi sampai ke makan malam dia masak ..
Masak pulak bukannya mudah macam sekarang ni..
dulu, Kalau nak guna santan kena kupas kelapa..
Pastu kukuq (kukur tradisional bukan yg letrik tu) pastu perah baru boleh dapat santan..
Kalau nak guna kari kena giling rempah ratus dulu baru dapat rempah karinya..
Kalau nak kisar bahan kena guna batu giling (berat nanang benda nih) .
Dapur gas wujud kat umah saya masa saya darjah 1....
Sebelum tu mak saya masak guna dapur kayu..
Paling saya ingat kalau nak makan daging ayam..
Kami makan ayam sekali sekala je ..
Masa tu kami bela ayam 2 3 ekor je..
Arwah ayah sembelih ayam...
Pastu mak akan siram ayam tu dengan air panas dulu supaya senang nak cabut bulu dia..
Pastu kami adik beradik  berebut nak tolong cabut bulu ayam..
Pas dah bersih semua baru la boleh masak..
Banyak la proses kerja nak kena buat kalau nak masak tu..
Tapi dia tak pernah gagal memasak untuk kami..

Kita sekarang ni nak masak ape semua mudah..
Nak santan kau pegi supermarket angkut berkotak2 buat stok..
Nak kari berlambak2 kat supermarket ..macam2 brand dok ada..
Nak kisar bahan ko masuk bahan dalam blender ko tekan je.. Hancur lebur la jadinya..
Nak masak nasi..ko basuh beras ko masuk air..ko tekan.
.pastu ko boleh  layan drama melayu sambil whatsapp kengkawan. ....tau2 nasi dah masak..
 macam2 alat elektrik ada untuk mempercepatkan proses memasak ..
Kalau nak makan Ayam boleh makan tiap2 hari.. Berlambak2 ada jual yang dah siap proses..
 kiranya semuanya boleh siap dalam masa singkat.
kalau engkau pemalas tahap dewata punya..ada pulak makanan dalam tin dan makanan sejuk beku..
ko balik panaskan je.
.kalau pemalas tahap kronik punya..ko bukak tin ko tuang dalam mulut terus..
pinggan pun tak payah basuh banyak2..kahkahkah....
itu pemalas tahap tertinggi tuh...
tapi cuba tanya diri sendiri..
berapa kali kita masak untuk keluarga dalam seminggu..
engkau jgn tanya haku..haku mmg rajin..warisi drpd mak haku <---------------------- boleh pecaya ke?? percayalah...


urusan anak anak

Mak saya dulu urusan anak- anak semua dia urus sorang..
Tiada pembantu.. Arwah Ayah pon tolong sikit2 ja..
Tolong pujuk bila menangis dan bergaduh.. Haha.. Yang lain semua mak..
Daripada makan pakai dan apa saja semua panggil mak..
Bayangkan mcmna mak saya menguruskan anak seramai 8 orang seorang diri..
Huh letih nyaaaaa tuhan saja yang tahu.. Tapi tak penah dengar dia merungut..
Lagi satu mak saya tak pernah pukul kami langsung..
Kalau dia nak marah sgt dia cubit semut api je.. Tapi berleter biasa la ....
 bila kakak - kakak n abang- abang yang atas-atas dah besar baru la mak saya boleh rilek sikit pasal dah ada anak yang boleh diharap..

Saya sekarang anak dah la sorang je..
Pembantu memang tak ada la ( melampau sgt  kalau pakai pembantu) ..
suami pun selalu tolong mana yang patut.. Walaupun tak banyak.. Tapi tetap membantu..
Tapi mulut asyik merungut letih .. Ish ish tak patut betol kan...
Ok ok esok haku tak merungut dah..
tapi lusa haku tak berani janji.. Kekeke..

Sebenarnya saya sedang mengingatkan diri sendiri ..
Walau mcmana letih saya menguruskan rumahtangga,
mak saya dulu laaaaaaaaagi letih..
So berhenti merungut.. Perbaiki diri..
Jadilah isteri dan ibu yang lebih baik.. Insyaallah ... Peace..
 Jom masuk dapo jom..
Masuk dapo je la..
Masak belom tentu..  Kehkehkeh


Sumber asal dari blog Mama Mursyid.



* Terima kasih ibu, jasamu memang tiada tandingan. Oleh itu, hargailah ibu anda pada setiap masa sementara mereka masih ada, bukan hanya pada Hari Ibu sahaja. Bagi yang telah ketiadaan ibu, berusahalah untuk menjadi anak yang soleh agar doa anda dapat menjadi bekalan buat mereka.

P/S: Aku kurang sihat dalam beberapa hari ni, so masih lagi tak larat nak tulis entry baru.




Artikel ini ditulis oleh salah seorang peserta GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan iaitu Mama Mursyid dan telah dipilih menjadi salah seorang pemenang. Lagi 2 pemenang yang artikelnya yang bakal dipilih sebagai artikel pilihan akan disiarkan secara berperingkat seperti ini. Kepada pemenang, sila emel kepada saya di princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk menuntut hadiah wang tunai RM30.

Dan bagi yang kurang bernasib baik, jangan risau, walaupun anda tidak dipilih sebagai pemenang hadiah wang tunai RM30, tapi artikel anda beserta backlink juga bakal kami siarkan di blog ini sebagai tanda penghargaan kepada anda.




tags: pemenang contest gila 5 buasir otak artikel pilihan giveaway peraduan pertandingan ga post entry ibu dulu vs ibu sekarang selamat hari ibu happy mothers day

17 ulasan:

  1. Entri pemenang yang tepat pada masanya.

    Ibu engkaulah ratu hatiku :)

    BalasPadam
  2. Terbaikla entri ni...:')...teringat mak..dhla ak bakal bersalin sminggu dua lg..merasa la jd mak org..

    BalasPadam
  3. BAGUS betul entry ni. isteri zaman sekarang xboleh nak banding dgn yg dulu. mak gua dgn mak lu sama je. cuma yg berbeza mak gua garang, kalu setakat kena getah paip atas belakang tu benda biasa ...
    tapi alhamdullillah tu yg buat aku jd org ... bukan jd setan bukan jd tahi macam budak2 nak up zaman skrg .. tq mom

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb mak bapak sekarang bela anak macam bela lembu kambing, tau bg makan dan kesenangan saja. agama yilexxxx... that2 why budak2 dah jd tahi sekarang..

      Padam
    2. Dunia sudah akhir zaman macam2 perkara yg berlaku

      Padam

  4. Entri yg bagus...sambil2 mengenang jasa dan pengorbanan arwah ibu

    BalasPadam
  5. Tahniah kepada pemenang, Happy Mother's Day~ ;3
    Loor noob tak sihat? Get well soon ne~ ^^

    BalasPadam
  6. ko xsihat no0b? mana pergi admin BO yg lain?

    BalasPadam
  7. org cerdik please comment

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. Selamat hari ibu kepada ibu2 seluruh malaysia..

    BalasPadam
  10. buat pertama kali sy baca entry kt blog ni yg sangat kena ngn perasaan sy.gaya bahasa wanita.hehe.. sangat selesa baca.heheheh....terasa mcm baca dekat blog lain bukan buasirotak.heheheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la suraya.. ni entry from "Mama Mursyid". salah seorang pemenang untuk Buasirotak punye contest. hihihi

      Padam
  11. Ok first aku anak yatim so jdi aku merempat umah akak2 n abg aku....jdi life diorang aku perati je sentiasa ada yg ok n ko...dri situ aku bljr erti life family....ada yg fail dlm byk bab sprt kain baju, aku tk thu lh semua akak2 n abg aku kain baju masayaalah bertimbun2 dri hari2 ke hari, sapu rumah every week je, pinggan mangkuk 2@3 hari bru cuci....n byk lgi lh itu blum bab anak lagi.....klu boleh admin bgi saya 1 post psl anak2 skrg sbb 6 family mcm2 ragam timbul

    BalasPadam
    Balasan
    1. emel kat saya artikel anda kepada saya - princeofnoob[at]gmail[dot]com. nanti saya post kat sini

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.