Iklan Leaderboard

Rabu, 22 Julai 2015

5 Kisah Raya: Kenangan bermain mercun

Memang tak nafikan sambutan Ramadhan dan Syawal setiap tahun kebelakang ni makin hambar, tapi mungkin saya sorang je yg terasa begitu kot. Mungkin bro2 yang lain ok je dan makin meriah. Saya boleh lihat budak2 sekarang pun dah tak bersemangat sangat menyambut Ramadhan macam saya masa budak2 nakal dulu2.


Dulu saya dan geng2 cukup rajin ke surau atau ke masjid join org terawih walaupun ada kalanya kami tak terawih tapi sekadar nak melepak2 je pastu menyelit time moreh. Hehehhe. Budak2 time sekarang lak saya tengok lepas berbuka puasa lebih suka berkumpul kat simpang2 jalan, bawah2 lampu jalan, atau kat taman2 perumahan. Ni saya duduk kat kawasan kampong, kalau kat pekan2 atau bandar tak tau la macamana.

Tentang bunga api dan mercun lak lagi la sedih. Saya bukan la nak membelakangkan undang2 negara, tapi kesian gak kat budak2 yang dah tak leh main bunga api dan mercun sangat (tapi ada gak yang main sebab masih boleh dibeli kat sesetengah tempat dan juga tokan2 mercun).

Dulu saya cukup suka main bunga api, thunderclap, mercun katak, air bomb, cili kering, mercun naga, mercun cili padi, mercun cina, mercun lalat, mercun ayam, payung terjun, kereta kebal dan lain2.

Sekarang ni yang boleh jumpa pun bunga api lidi, bunga api besi, mercun bola dan jenis2 yang bahaya je. Sebab tu undang2 bunga api pun makin ketat sebab mercun2 yang selamat dah susah nak jumpa.




5 ulasan:

  1. Masuk ni dah 3 kali in a row baca post entry berkenaan pengalaman, perbezaan raya ni

    Takpe raya kan sebulan hehe

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. Tahun ni sangat sederhana tapi keutamaan tetap pada anak2.. ;)
    Part main mercun.. memang dah susah nak jumpa mercun/bunga api yang macam dulu..

    BalasPadam
  3. kisah sang kancil bermain mercun : pada suatu hari ada seekor sang kancil sedang bermain mercun dan... TAMAT.

    BalasPadam
  4. X pyh la nk ikut budaya cina tu, jari anak putus, kita yg susah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko bagi anak yg akal pon xberapa nak ade lagi mmg la putus tangan,ko tgk la berita kes mercun semua jenis akal pendek..main acah2 kat kawan,bako baling kat kawan,bubuh dalam poket.......

      -petai

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...