Iklan Leaderboard

Jumaat, 10 Julai 2015

22 Tiada lagi peluk cium di filem dan drama tempatan

Nampaknya selepas ini adegan-adegan romantis di dalam drama seperti berpelukan, mencium pipi, dan sebarang aksi yang membangkitkan keghairahan tidak dibenarkan sama sekali ditayangkan kepada umum di kaca televisyen.

Menerusi satu pekeliling dari Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang dikongsi di media sosial sejak semalam, badan tersebut telah menggariskan peraturan rasmi dan setiap stesen televisyen yang beroperasi di Malaysia wajib mematuhinya.

Peka dengan rungutan orang ramai terhadap beberapa produk drama melayu yang disifatkan sebagai terlalu ‘keterlaluan’, LPF tampil dengan garis panduan ini.


Selain dari adegan sensual dan ghairah, LPF turut menetapkan bahawa adegan yang berunsurkan khurafat dan tahyul juga tidak dibenarkan.

Malah sebarang adegan berbaur politik seperti mengkritik kerajaan juga tidak dibenarkan.

Sumber daripada Oh! Bulan.

Disertakan juga salinan surat pekeliling daripada FINAS yang menjelaskan garis panduan khusus bagi penapisan filem di televisyen yang telah dikongsikan oleh Shahrulezad Mohameddin di FB miliknya.


















Bagi aku dari satu sudut, garis panduan yang baru ni agak bagus kerana semua babak pra-lucah, berpelukan, bergesel, aksi ghairah, rogol, bercium lelaki perempuan di antara pelakon Melayu dan juga segala babak2 yang menjelek dan memualkan dalam drama dan tele-filem akan ditapis dan tidak akan disiarkan di kaca TV. Malah benda2 yang mengarut dan tahyul, pakaian yang mencolok mata, serta minuman keras, dadah dan juga rokok turut tidak terkecuali daripada tapisan tersebut.

Namun selain dari itu, aku agak tidak setuju dengan beberapa larangan seperti tapisan yang menunjukkan kerosakan akhlak masyarakat, adegan yang agak ganas, yang berbaur politik, adegan seperti salah guna kuasa dan rasuah serta sindiran kepada kerajaan dan parti politik. Dengan mengenakan larangan2 sedemikian, percayalah, tahap dan mutu industri filem dan drama tempatan takkan ke mana, malah lebih rendah mutunya daripada filem2 Tamil.

Ini kerana penerbit filem dan drama kita akhirnya masih takut untuk memaparkan suatu realiti yang berlaku di dalam negara dan masyarakat kita. Filem dan drama tempatan sampai bila2 tidak akan boleh menjadi medium untuk menegur dan memperbaiki masalah sosial serta meningkatkan tahap intelektual masyarakat. Akhirnya yang kekal ditayang hanyalah cerita2 syok sendiri dan cinta khayalan yang merendahkan tahap intelektual terutama kepada kaum wanita.

Sementara itu, filem dan drama luar negara terus maju dan maju sehingga boleh menjadi agen perubahan dalam sesebuah masyarakat. Seperti contoh lihat sahaja filem Tamil, adegan2 seperti polis yang jahat dan korup, yang tidak amanah memberi maklumat kepada penjenayah, yang bersetongkol dengan geng kongsi gelap, yang menindas dan menganiaya polis yang baik, pegawai tinggi polis yang angkuh dan mengejar nama dan pangkat, pemimpin kampung/daerah/negeri/negara yang pecah amanah, ahli politik atau pemimpin kerajaan yang jahat dan anak2 pemimpin negara, ahli politik, ahli perniagaan kaya raya yang jahat sudah biasa ditayangkan.

Apa yang mereka tayang bukan hendak menyuruh masyarakat meniru dan menjadi teruk seperti watak jahat yang dipaparkan, tapi agar penonton mengambil iktibar dan pengajaran daripada cerita tersebut, lagipun watak baik dan keadilan akan menang juga pada akhirnya. Kita tidak boleh menafikan yang perkara2 buruk tersebut memang ada berlaku malah biasa berlaku dalam masyarakat kita, oleh itu kita perlu juga tonjolkan sisi2 gelap dan hitam ini kerana ia lebih berkesan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat.

Tapi kalau kerajaan dah buat garis panduan sebegitu rupa, takpelah, nak buat macam mana. Teruskanlah bermimpi dan berkhayal bahawa pihak berkuasa dan masyarakat sosial kita ini memang tiada pernah salah dan sangat sempurna, sehingga tiada apa keburukan yang perlu ditonjolkan dalam filem dan drama untuk mereka perbaiki kelemahan tersebut, kerana mereka memang sempurna... dan syok sendiri.




tags: garis panduan baru lembaga penapisan filem di televisyen drama melayu cina india tamil tempatan surat pekeliling kementerian dalam negeri

22 ulasan:

  1. tak pasal2 aku belajar mencarut dalam bahasa lain hari ni. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasal..nasib baik aku belajar dalam hati je..

      Padam
  2. cabut bulu??

    BalasPadam
  3. Kejap je ni..2 bulan censored paling lama.. melayu buat kerja..mana pernah serius? dari sekolah tadika hinggalah menjadi propesser .. semuanya menipu dan khianat kepad bangsa dan agama tak pernah henti2..

    BalasPadam
  4. haaa . bagus lahh kalau semua ikut peraturan baru cm niii .. kan elok tuu .

    BalasPadam
  5. Bagus ni. Gua pun dh muak dgn citer antu tahyul khurafat ..

    BalasPadam
  6. Noob yg ni terpakai utk tv je ke? Yg dkt pawagam mcm ne lak ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang dekat DVD dengan Bluray macam mana pula??

      Padam
    2. wayang kulit?

      Padam
  7. ayam afrika x komen ke ari ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kene sembelih raya gamaknya.. ayam..oooo ayam.. dimanakah dikau?????

      Padam
    2. ayam kena sembelih la .. buat ayam golek bazar ..

      Padam
    3. Sibuk bro..x bukak BO hari ni...papepun sy just risau penguatkuasaan je...x guna buat rules mcm2...last producer bagi undertable boleh lepas tayangan.

      Popular gak aku ye...Thanks guys!

      Padam
  8. lembaga penapisan filem pun takut dengan kerajaan jugak. so no wonder laa...

    BalasPadam
  9. Harap2 kekal la gini. Yg buleh kawal kita kawal. Tenet pun sama. Tp payah sket.

    BalasPadam
  10. alah x best lah semua kena potong hahahaha

    BalasPadam
  11. Bestnya gambar sharnaz ahmas dgn neyldia....aku pun nak jadi pelakon..dah potong pun xpe sbb aku je yg tau...ni baru dlm shooting, belum kat luar in real life..last2 semua heroin drama dia berlakon dah tapau ikat tepi...

    Papepun..tepuk dada tanya iman..jika anggap dunia ni syurga kamu n rasa hidup selama2nya, x terkejut jd mcm ni sbb x takut dosa pahala. Tp laki mmg la accept kalau ada wanita cun nak bermesra...payah nak reject

    BalasPadam
  12. Kita tunggu komen balas dr para penggiat seni yg lain.
    Kita tgk siapa yg lebih terbuka menerima dan siapa yg masih lagi nak kata kebebasan berkarya tersekat.

    BalasPadam
  13. Ape nih noob double standard...
    Adegan ganas kau nak...
    Adegan bomoh tahyul seks ape semua kau reject...

    Kata rakyat yg bijak boleh terima anything and pikir sendiri mana baik and buruk...

    BalasPadam
  14. Mana satu ni noob, kejap ko kata filem tamil rendah mutu, pastu perenggan bawah puji pulak tulis la elok2.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...